31.12.10

2010 - Tinggal Kenangan

kenangan pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang tahun 2010. hurm.. banyak nak taip kat sini. kenangan yang tetap akan terpahat di ingatan selamanya.

sakit + jadi suri rumah
mama tiba-tiba sakit masa nak pergi hantar adik saya kat stesen bas untuk ke UM. saya pun naik bas malam tu. hantar adik. dah sampai pagi, malam tu naik bas pulak balik kelantan. nasib baik tak duduk UM lama2. dah balik, tengok mama makin teruk. kaknini suruh bawak mama pergi klinik balqis. saya masuk jugak dalam bilik doktor. doktor cakap, tulang belakang mama bengkok. that's why mama tak boleh duduk lama2. kena baring. pastu doktor tu amik tangan saya, letak kat belakang mama, suruh rasa tulang yang bengkok tu. memang. kena suntik 2 jarum weh. pergh.. dah la atas tulang. sakit kot. saya yang memandang ni pun rasa tak sanggup. paling takley blah, tipu adik. cakap mama dah sihat. dalam keadaan mama macam tu, banyak yang belajar. masa tu lah, saya memasak dan mama makan masakan saya. yeay!! saya masak telur goreng pun, mama kata sedap. masa mama sakitlah saya praktis jadi suri rumah. semua kerja saya buat dan saya jugak pandai masak tomyam masa tu. hehehe. 1st time, memang menjadi. kali kedua, tomyam menjadi sangat cair. hampeh!!!

gigi saya pun dah 2 batang hilang sepanjang tahun 2010. ishk!! sakit hati tau. degil betul encik gigi ni semua. tumbuh merata-rata. dah la yang elok2 bertampal, boleh pulak gigi ni patah. haiyaa. nak kata saya makan batu, mengarut! saya manusia normal. makan nasi. dah tu, sakit gigi lain, doktor cabut gigi lain. tak kisah lah. sebab bila doktor cabut gigi tu, gigi yang saya sakit selama ni dah tak sakit. ajaib, kan? patutlah dia boleh jadi doktor. bijak2..

keluarga
tahun ni saya dapat ayah baru. tak tau nak citer macam mana, sebab tak kenal sangat. sejak mak kahwin, saya tak balik lagi ke rumah mak kat kemaman. asyik balik kelantan je memanjang. cuma yang saya harapkan, semoga keluarga ayah baru saya menerima adik-adik saya sepertimana saya terima adik farham dalam hidup saya. sampai sekarang, saya tetap anggap dia salah sorang adik saya walaupun berlainan ibu dan bapa.

raya 2010, family bakal adik ipar datang berkenalan. kitaorang tempah roti jala. pastu tolong mama masak kari ayam. sedap sangat. serius cakap, selama saya makan kari yang mama masak, kari yang ni paling sedap. pastu, menu bihun goreng putih memang dari saya 100%. hidangan istimewa untuk bakal keluarga adik. then, raya haji, kitaorang pulak pergi rumah dia sebab ayah dia nak kenal ngan bakal menantu. dapat daging banyak. hehehe. saya paling ingat kek batik. sumpah sedap! saya buat kek batik, tapi tak jadi macam tu. erk..nak mintak resepi tapi segan. semoga Allah tetapkan jodoh adik saya dengan pilihan hatinya. amin...

mereka dan sesuatu
dari kiri [fir,kakchik,ecah]. semua teddy bear kecik tu saya yang beli sebab murah. 3 = rm20. ecah yang pilih dulu. budak2 ni semua memang takleh pakai. tak bijak memilih. kalau ikut saya, saya nak kasi yang koko pada dikfir. ntah macam mana kakchik plak pilih yang koko. uish, tak pasal2 dikfir dapat kaler pink. dikfir plak tak kata apa2. terima je. hurm, kira orait lah tu. budak2 ni semua masih buta warna. masih tak layak nak masuk driving class. tak kisah kaler apa pun, janji ada sorang satu. yang ecah punya ada nama tau. namanya "minoh". nak tidur, ecah mesti pastikan minoh ni ada bersama dia.

anak
tahun ni jugak saya dapat anak. aduiii. tak faham betul dengan adik bongsu saya ni. kecoh je yang dia tu anak kak long. pehal? mungkin berkat tangan saya ni kot yang sentuh dia dulu sebelum orang lain masa dia lahir. ye lah, mak lahirkan dia kat klinik desa je. Allahuakbar. betapa besarnya kuasa-Mu ya Rabbi. insaf bila saya lihat keadaan mak saya selepas melahirkan adik firdaus. masa saya basuh kain yang terkena darah, air mata saya keluar jugak. sejak dari itu, saya tanamkan dalam diri. walau siapapun dia, dia tetap ibu yang melahirkan saya. hanya nama dia seorang yang saya bawa sampai akhirat. so, hargailah seorang ibu selagi kita diberi peluang untuk menatap wajahnya. kisah anak saya boleh baca di post http://puterikebayan.blogspot.com/2010/12/ini-anak-saya.html


buah hati
ehem. gatal sikit bab ni. tahun 2010 akhirnya saya temui cinta saya setelah sekian lama mencari. perghhh.. ayat takleh blah. cintaku di facebook. cinta kilat pun ye jugak. 6mac-saya kasi no phone pada dia setelah 3 kali dia meminta. kesian. 4april- kali pertama dia call sebab saya tak online ym. kenapa? sebab tengok ABP. 17april- 1st meeting kitaorang. 19apr-declare as a couple. 25april-first date. lambat dating sebab orang tu busy ngan final exam. hahahaa.. gataii~! belajar tak habis lagi dah sibuk nak berpasangan. paling best sejak ada boyfriend, selalu dapat novel. tetiba terfikir "kenapa la kita tak couple dari dulu?tahun 2000?" sebabnya, saya dan dia satu sekolah sejak tahun 2000-2003. pastu saya pindah sekolah masa form 4 (2004). then, jumpa balik kat facebook tahun 2010. jumpa kat friendster tahun 2008 tapi orang tu sibuk ngan awek lama dia. ahakss;)

kawan-kawan
for the 1st time saya terasa hati sangat2 dengan sahabat baik saya sendiri setelah kami kenal 4 tahun. semuanya kerana seorang lelaki. bukan berebut pakwe tau. ni sebab dia tak nampak apa yang saya lihat dan saya rasa kepercayaan dia pada saya hilang. tapi sekarang alhamdulillah, dia dah tak buta. saat dia sedih dan terluka, dia mencari saya. ingatkan dia dah lupa yang dia masih ada saya sebagai sahabat. pesanan saya: "jangan terlalu percaya orang yang baru kita kenal tak sampai 4 bulan dan abaikan semua nasihat orang yang dah kita kenal selama 4 tahun." orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. yang memandang awal2 dah nak tolong, tapi si pemikul sendiri tak rela berkongsi beban di bahu. bila dah terhantuk, bila dah jatuh, bila dah sakit... baru nak ingat orang sekeliling, baru nak sedih, baru nak menyesal. semuanya dah tak guna sebab jarum jam berpusing ke kanan.

selain tu, pasal group project. ada yang makan hati, hehehe. tak kisah lah. benda dah lepas. merajuk dengan group member sendiri, tapi time present ok. yang penting markah pun ok;) kitaorang punya group, tetap present pada tarikh dan masa yang ditetapkan. tak seperti group lain yang tak datang sebab tak siap. hurm, tapi dah bermaaf-maafan. biasalah tu. nobody's perfect! rasanya ini kali ke-2 sepanjang saya di uia ada masalah ngan group member. bukan masalah apa, bukan gaduh besar. tapi biasalah, bila project 50% maka masing2 mesti nak yang terbaik tapi tak mampu. dugaan sebagai seorang pelajar. semua orang rasanya pernah alami situasi macam ni.

pesta buku
pesta buku tahun ni sangat2 meriah. ramai penulis leh saya jumpa. buku pun banyak yang saya beli. tak tahu nak gambarkan perasaan saya waktu macam mana. rasa nak beli 1 pwtc tu lah. akhirnya, bawak balik uia 13 buah novel. adik saya, orang lain kecoh nak beli buku dia pulak sibuk nak suruh kartunis lukis gambar dia. pastu beli baju. kak bun kita cuma bawak balik 1 je novel. dah la depa berdua ni berpakat sorok novel saya . novel NB plak tu. tapi bila dah banyak sangat kat tangan, memang tak perasan kalau 1 novel takde. maklumat tambahan, masih ada lagi novel yang saya beli masa kat pesta buku tapi tak habis baca lagi. tak sempat. harap2 saya masih berpeluang pergi pesta buku 2011 nanti. baca cerita kat pesta buku di sini http://puterikebayan.blogspot.com/2010/03/pbakl-210310.html

volunteer kat Zoo Negara
ini charity programme mahalah halimah. nice sangat~!saya, cikzuzu dan natrah kena cuci kandang beruang. bila balik kampus, dekat sebulan saya takleh makan ikan masak masam manis waktu lunch sebab tahi beruang macam kuah masam manis. penat, busuk. tapi pengalaman ni sangat bermakna. kalau orang lain tengok kat luar je, kita leh masuk dalam kandang terus. dah siap semua kerja, saya dan natrah pusing satu zoo untuk bergambar. cikzuzu, awal2 lagi dah give up. tunggu kat surau. penat. cian, budak manja ni. dengar suara singa, harimau. tengok gajah berak. opss~! hurm, makan aiskrim mahal. bila balik mahalah, satu je kat dalam kepala saya. "saya nak bawa adik2 saya melawat zoo negara bila saya dah kerja nanti." baca kat sini http://puterikebayan.blogspot.com/2010/05/jenjalan-tengok-haiwan_22.html

--> masuk aquaria klcc. mahal nak mampuih! takde lah besar sangat tempat ni. mungkin harga tiket masuk masa tu mahal sebab saya pergi masa ada pc fair. tak kisah lah. yang sedihnya, tak bawa kamera. lupa nak minta ngan adik. kamera sendiri dah rosak. setakat gambar guna handphone. ape kelas kan?

lain-lain yang saya ingat:

--> belajar main bowling. sekarang, dah mahir sikit2. hehehe

--> ada blog baru iaitu incah194.blogspot.com tertubuhnya blog ni sebab adik cakap.."blog pompuan xhabis2 citer sal boypren" ekeke. betul gak. so, wat blog lain supaya readers tak rasa meluat. nak jugak bagitahu. gedik~!

--> masuk panggung wayang. ni Mr. Nain yang ajar. dah 4 tahun saya kat KL memang saya tak masuk panggung. skali dia datang, terus layan Lagenda Budak Setan. kemudian, saya ajar kakbun plak. sambil2 nak temankan dia release tension. memang sah2 hilang tension masa kat dalam panggung tu. layan hantu kak limah balik rumah sampai sakit perut duk gelak. huh~!

--> join 100penulis. maknanya ada blog lain untuk saya membebel selain blog ni. seronok. belajar untuk berdisiplin semasa berblog. banyak benda baru yang saya tahu dari situ.

okai. dah. ni semua kenangan 2010. esok dah 1 Jan 2011. tak perlu pandang belakang, terus melangkah ke depan. angkut semua azam yang tak tercapai tahun 2010 ke tahun 2011. hehehe

kepada semua pembaca blog ni, selamat menyambut tahun baru. semoga tahun 2011 membawa seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup kita semua. insya-Allah. amin....

2 comments:

idanirha said...

huhu..selamat tinggal 2010..selamat tinggal kenangan dan selamat tinggal kesedihan (:

ezannurhafiz said...

wah....saya pun ade sekali ye...OK la..ape2 pun..selamat tahun baru 2011 ye ecah..semoga kita semua bertambah matang dan menggunakan ke'matang'an kita sebaik2nyer...