25.12.10

Kepada Awak

awak
andai suatu hari nanti
awak berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan

saya harap awak tak lupakan saya
kerana saya yang sentiasa ada memberi sokongan
untuk awak bangun setiap kali awak jatuh

andai suatu hari nanti
awak mewah dan hidup penuh gaya

saya harap awak tak tinggalkan saya
kerana saya yang sentiasa ada di sisi
ketika awak dalam kesusahan

andai suatu hari nanti
awak akan pergi jauh
doa saya sentiasa mengiringi awak
dalam setiap tindakan dan keputusan yang awak buat

hanya satu
yang awak perlu tahu
walau siapa pun awak
walau di mana pun awak
saya tetap menyayangi awak
saya sentiasa merindui awak

dulu, kini dan selamanya
percayalah. hanya awak di hati saya...

~to my beloved one, muhamed nain~