31.7.11

Sudah Beli Uda & Dara

antara novel dan data yang belum di "key-in"
uda & dara dah ada di tangan. tapi tak tau la bila nak mula baca. dah 4 hari duk belek "quartet" saidatul safa. tapi sampai hari ni tak habis2 lagi. proses pembacaan tebantut sejak berpraktikal ni. bangun awal pagi, balik kerja dah malas nak pegang novel.

novel baru aisya sofea, one of my favorite novelist. nak baca sinopsis, klik SINI

okey, esok puasa kawan2... selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan selamat bersolat tarawih.

p/s: selepas 5 tahun berpuasa di perantauan, tahun ni puasa kat rumah. pengalaman berpuasa di alam praktikal. masa kerja 8am-4.30pm. selalunya 8.30am-5.30pm. yeay!! balik awal gi bazar ramadhan;)

buat bun: cepat balik! nikmati sahur bersama keluarga....

*kulit dan penanda novel makin nipis. ouh. tak seswai~

27.7.11

Wordless Wednesday: he & me

terlebih gemuk vs terlalu kurus
*rindu bie sayer*

26.7.11

Takut

ku tahu kamu bosan, ku tahu kamu jenuh
ku tahu kamu tak tahan lagi
ini semua salahku, ini semua sebabku
ku tahu kamu tak tahan lagi

jangan sedih, jangan sedih
aku pasti setia

aku takut kamu pergi
kamu hilang, kamu sakit
aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya

jangan takut, jangan sedih
aku pasti setia

aku ingin kau di sini
di sampingku selamanya

20.7.11

Wordless Wednesday

still waiting for his call...
miss him soo much:-(

*rindu saat bahagia yang telah berlalu*

17.7.11

Bebelan Di Office

dah seminggu saya di unit baru. dari flying squad (network-streamyx) ke credit management unit (potong dan sambung mana2 yang patut). kat unit baru, cuma untuk 3 bulan sebab ada project yang wajib saya join. untung tau. sebab saya ni, bos sendiri yang datang unit lama saya untuk cari budak praktikal. akhirnya saya yang terpilih. cewah! istimewa gitu.

yang best kat unit lama:
ada geng praktikal. ada zati, ada imran.
staff: okey. baik2. pemurah penting! slalu makan free kot;)
bos: skema.

yang tak best nya:
takde pc, kena bawak laptop sendiri. pastu tunggu kerja sebab tak banyak sangat kerja kat sana. banyak kerja luar, tapi jarang2 boleh ikut.

yang best kat unit baru:
saya sorang budak praktikal kat sini. best jugak. sebab semua kasih sayang tercurah untuk saya sorang. hehehe
staff: okey. baik2. peramah lebih. potpet2. memang tak kering gusi duk sini.
bos: sempoi.

yang tak best nya:
pc kat sini guna mic.office old version. masih lagi dengan window xp. adoiiiii. saya pernah bawak laptop, wireless pulak tak dapat. huwargh!!!!

ok dah. nanti di lain post, kalau rajin saya nak taip pasal staff2 kat unit lama dan baru pulak.

saper kata praktikal tak best? best la. kat sini la saya boleh kutip pengalaman sebanyak mungkin. lepas ni, saya nak datang kerja ngan bas pulak. kalau boleh, dah tak nak bergantung dengan siapa2. nak belajar berdikari. tapi masalahnya, kalau nak datang ngan bas, ada je yang rajin nak hantar. adoiii. susah jugak macam ni kan? saya fikir, kalau saya praktikal kat selangor mesti lagi susah dari sekarang. bangun awal pagi, pukul 6.30am dah keluar pergi kerja. maghrib baru sampai mahallah. susah kan?

jadi bila dapat praktikal kat kelantan, saya bersyukur sangat2. kesusahan yang kawan2 saya di uia alami, saya tak rasai. jadi apa salahnya kalau saya tinggal di rumah, tapi nak pergi kerja dengan bas kan? hurm *thinking*

p/s: tak sabar nak kerja. sebab praktikal takde gaji:-(

13.7.11

Wordless Wednesday

sekarang saya ngah sibuk buat kerja
tapi saya tak pernah lupa dia
saya merindui dia
-dia...bie saya-
hehe gedik time!

10.7.11

Novel Baru Aisya Sofea: Uda & Dara

Harga: RM22.00
Halaman: 560
Penulis: Aisya Sofea
ISBN: 978-983-124-695-5

Sinopsis: Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

~euw! novel baru aisya sofea. yeay!!!

7.7.11

Trionovel Julai Alaf21

Harga: RM19.90
Halaman: 480
Penulis: Fatin Nabila
ISBN: 978-983-124-699-3

Sinopsis: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ╩╗menyentuh╩╝ isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukum an ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Harga: RM17.00
Halaman: 448
Penulis: Nurassyi Rashid
ISBN: 978-983-124-703-7

Sinopsis: Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

Harga:RM22.00
Halaman: 576
Penulis:Laila Kamilia
ISBN: 978-983-124-691-7

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

5.7.11

Hari Ke-3 Di TM

alhamdulillah...

selesa sangat2 praktikal kat sini. bos dan staff unit saya semuanya peramah. siap boleh bergurau dengan student praktikal. ayat paling mudah: memang tak tension lah. rileks je. (amaran: rileks tak bermakna takde keje ok)

cabaran kat sini: kerja dengan staff lelaki. takde staff perempuan.

sekarang saya masih bertuah sebab ada teman perempuan. budak praktikal dari UMT bernama zati, tapi dia habis 28hb ni. hurm... nanti tinggallah saya dan imran kat sini. harap2 ada lagi budak baru masuk bulan 8 ni.

ok bye. nak tunggu 5.30pm. nak balik. nak beli popia berek 12. yeay!

3.7.11

Hari Pertama Di TM KB

semangat pegi keje. sopan santun berbaju kurung. formal beb. hurm, banyak nak cerita tapi malas nak menaip. yang penting, sekarang ni online kat TM guna laptop budak praktikal jugak yang diberi nama ti. hehehe

hari ni staff unit saya belanja makan kat kafe PKINK. nama staff yang baik hati dan pemurah tu syazi tapi panggil abangchik je.

disebabkan big boss bercuti, hari pertama jadi sangat2 membosankan. sebab duk tercongok tunggu 5.30pm untuk balik umah. kalau big boss ada, mesti saya dah boleh ikut abangchik dan ti keluar. huwarghhh!!!