20.4.13

Saat Itu

thank you Allah, for everything. 

alhamdulillah. akhirnyaaaa....

pertunangan tanpa perancangan awal. hanya 6 hari sahaja. sabtu, 6/4/13 kak nora datang sebagai wakil nak tetapkan 12/4/13 untuk merisik. tup2 jadi majlis bertunang. bijop kan? hehe

penghargaan:
thanks to my beloved family yang banyak bersusah payah untuk semua ni. mama, bebe... my sister untuk hiasan  dan gubahan hantaran, mami, kakna, kaknini (thanks for the gift), my big bos puan Maznah Yaacob (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu ) sebab bagi cuti hari Rabu dan Khamis, mira n family yang sudi masak untuk majlis ni. abg halim & kak ja yang sponsor kain tudung. cantik kan? tak lupa juga pada Kakma pemilik PENGANTIN JAYA RUSMA yang sudi menjadi penaja tak rasmi untuk majlis ini. terima kasih, semua!

kawan2 boleh LIKE FACEBOOK PENGANTIN JAYA RUSMA untuk tengok lebih banyak koleksi pakaian pengantin, pelamin, gubahan dan macam2 lagi. harga memang berpatutan. jangan lupa LIKE ye.

cukup untuk post kali ni. sebenarnya penat sebab baru balik perarakan penamaan calon. 

p/s: saya rasa lain sejak bertunang ni. dah semakin kurang bergaduh. yeay~!!
      
190413 happy 3rd anniversary, sayang!  

*waiting for the next step. 

10.4.13

Wordless Wednesday

bila impian bakal jadi kenyataan

3.4.13

Wordless Wednesday

ni bukan wordless lagi dah.

1.4.13

Politik OH Politik

ini pendapat dan pandangan peribadi. tak ada kaitan dengan siapa-siapa. nak terasa, silakan. tak nak baca, saya tak paksa.

pandangan selepas 2 bulan kerja dalam politik. ye, sejujurnya politik bukan jiwa saya. dunia politik bukanlah dunia kerjaya impian saya. nasib baik tak lama. mohon cepat2 tokjib bubar. saya tak sabar nak rasa mengundi kali pertama. 

duk pungpang pungpang isu ntah apa-apa. mana-mana parti pun sama. saling cari kelemahan dan kesilapan parti lawan. kenapa tidak berusaha untuk memperjuang dan menaikkan parti sendiri? ketengah isu atau program yang dah berjaya parti anda lakukan. kan senang macam tu. rakyat ada otak. diaorang boleh fikir parti mana baik, parti mana buruk.

bab media pun satu. telus? hampeh! rakyat nak baca sesuatu yang neutral dari media. bukan bias. tak berat sebelah. tapi kalau media duk laporkan hanya sebelah pihak, adilkah tindakan sebegitu pada rakyat biasa macam saya? heheh. ambo rakyat biaso jah. ambo baca pasal politik di malaysiakini, nak baca isu setempat ambo baco sinar harian. pah gak ambo baco novel jah :)

PEMIMPIN. JUJUR. AMANAH.

PEMIMPIN tertinggi JUJUR dan AMANAH, belum tentu semua pekerja bawahannya punya sikap yang sama.   sekiranya pekerja bawahan JUJUR dan AMANAH belum tentu PEMIMPIN tertinggi punya sikap yang sama. apa-apa pun, KRONI tetap diutamakan.

dalam dunia politik 
manusia jadi bodoh
adik beradik boleh bergaduh
sanak saudara boleh jadi musuh

p/s: undi kita rahsia. pilih siapa yang kita percaya. peace!!!
saya dah meroyan kat twitter