31.12.09

Post Orang Sakit

i'm not feeling well and i got MC for today. alhamdulillah. boleh berehat di bilik petang ni. kalau tak sakit teruk. tak payah mimpilah nak pergi clinic. macam manja plak rasa kalau. sakit sikit jumpa doctor. tapi disebabkan dah 2 malam tidur saya terganggu. memang sah kena jumpa doktor. adalah setengah jam menunggu giliran. ingatkan saya je yang sakit. skali pi klinik. ramai rupanya yang sakit. heheheee. doktor kasi MC. maknanya saya sakit betul-betul okai! tak ada maknanya nak buat2 sakit ni. ingat happy ke buat2 sakit?? kang sakit betul2 baru padan muka! mungkin nampak saya macam ok kot. tapi sebenarnya saya tak ok. saja menguatkan diri supaya tak nampak manja dan mengada-ngada. saya sangat tak suka. bila badan dah lemah, masih lagi nak buat lemah. so macam mana nak baik kalau tak ada inisiatif untuk sihat? kan? cewah, macam mak nenek plak membebel ni. biasalah ~cucu kebayan la katakan;-)

semalam saya mimpi arwah ayah saya. mungkin sebab terlalu penat. lagi pulak saya tengah letih. fikiran tak betul. macam2 yang melintas dalam kepala. mulalah fikir yang bukan-bukan. tapi yang pasti, saya seronok tengok wajah ayah saya. sungguh! saya rindukan ayah. walaupun dah hampir 11tahun ayah meninggalkan saya, wajah ayah tak pernah luput dari ingatan saya. malah, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat arwah ayah saya. ayah saya mendapat tempat yang sangat istimewa dalam hati saya. dalam mimpi tu, saya bagitahu ayah macam ni "ayah, ayah kenal tak? ni kaklong. kaklong dah besar ayah. sekarang kaklong masuk UIA. ayah ingat kaklong?" ayah saya tak balas apa2 cuma dia tengok dan senyum. saya pegang pipi ayah. lepas tu terus terjaga. apa lagi? menangis? mestilah! saya rindu ayah. kepada sesiapa yang baca post ni dan masih mempunyai insan yang bergelar ayah, hormati dan sayangi ayah anda. anda akan tahu betapa pentingnya dia bila dia sudah meninggalkan kita. ayah saya pergi di waktu usia saya masih mentah. waktu tu saya baru 12 tahun. saya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. tapi saya tahu, ayah di sana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. dan sekalipun saya tak pernah sunyi tanpa ayah. bila rindu datang menggamit, saya cuma mampu mengaji al-Quran, saya tak boleh bercakap, tak boleh cium ayah tapi saya tetap rasa ayah dekat dengan saya. al-fatihah

semoga rohmu tenang di sana, ayah. anak ayah di sini sekalipun tak pernah lupakan ayah

30.12.09

Tak Sihat

sakit!
demam + batuk + selesema
haishhh
kenapalah menyerang di waktu2 macam ni
dah la assignment bertimbun
quiz lagi
aduiiii

badan pula sentiasa lemah
rasanya dah lama saya tak sakit teruk
paling teruk masa form 5

sedih la pulak bila sakit2 duk jauh ngan family
huhuhuuu
mulalah fikir bukan-bukan
nak nangis pun ada!
heheheeee manjalah tu;-)

28.12.09

Novel- Pergilah Air Mata

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi
Sumpah bukan ini yang aku mahu
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
SABRINA

Memang aku benci
Memang aku tidak rela dengan takdir ini
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
BADRUL

Sumber: Kaki Novel + Geng Kicap
Nak novel ni..
kena tunggu January
ermmmm

Malas

saya dah kat UIA
mood sekarang: MALAS
tak tahu kenapa
rasanya tak berupdate bl0g ni

busy siot!
esok submit assignment + quiz
lusa pulak ada lg assignment nak kena submit
baru sampai kerja da penuh
uishhhhh

cuma tak sabar nak tungu Jumaat
jalan2 dengan Bun
mungkin shopping 12jam lagi kot

27.12.09

25 Disember

Selamat Pengantin Baru sahabat..

nisah+mcbah+saya+farouk+syaima'+amiratu+husna+fizah+sitah

mcbah+nora+amiratul+nik+adda+husna+saya
depan: nisah+iffah
saya + nik

wif my best fwen..
saya kamu!!

25.12.09

Novel baru


mesti beli punyalah
dah baca separuh kat blog novelis ni
best!!!!!

Cuti Yang Tak Cuti

tak happy pun! walaupun balik awal, tapi macam tak rasa cuti. sebab: adik-adik tak sihat sangat, mak sedara + sepupu pula datang bermalam kat rumah saya sebab ada appointment kat HUSM. kesian tengok adik Akif, baru berusia 2 tahun tapi dah pernah bermalam kat hospital, pernah berada di dewan bedah selama 10jam. sampaikan pergi HUSM, bila nampak nurse terus je menangis. rumah jiran pula dimasuki pencuri. tapi alhamdulillah jiran saya tak di apa-apakan.

hari ni, ada 2 jemputan kenduri. rumah syaima' dan kawan mama. tapi saya pilih nak pergi rumah Syaima'. lepas zohor, nisah + mcbah datang amik saya dan amiratul. adik saya pun nak follow jugak. takpe, boleh jadi tukang snap pic kitaorang.

selasa ni kena submit assignment + quiz IT sec. aduiiii bila kat rumah, mestilah satu benda pon tak buat!


21.12.09

Perlu Pulang

aduiii
penat dah duk UIA ni
minggu ni nak balik
perancangan awal nak balik esok
tapi bila semua ni terjadi
tak tahu lagi lah
walaupun hajat di hati nak balik
tapi macam malas pula esok
tengoklah macam mana nanti

kalau saya bangun pagi esok
saya terbayang rumah
saya baliklah malam esok
kalau tidak
hari khamislah
~MALAS nak pikir!

20.12.09

Benci!

"buat sakit hati saja online skang ni. dah la petang tadi aku dah mengalah. susah2 aku datang ofis, korang suruh keluar kononnya dah booked tempat ni. ape kes? tipu la tu. fine. aku tak amik kisah sangat sebab maybe korang nak buat reunion dengan rakan se negara. sekarang ni aku datang, majlis korang dah tamat."

"bagus sebab korang kemas balik. yang aku geram, boleh pulak korang kasi aku belon. aku ni kan takut belon jugak. yang ko datang kasi buat apa. aku tak kisah tak dapat belon. aku dah agak dah korang akan datang kat aku lepas korang kasi belon pada 2 orang sis kat tepi aku. dengan lemah lembut korang tanya, ~sis, which colour you like? oh My God, tersenyum simpullah aku. ~blue! so aku dapatlah belon warna biru. Cantik! Thanks ya"

"aku tak kisah lagi. masih boleh bertahan. buat aku angin sikit bila korang mula nak letupkan belon tu. BODOH!!! dah tiup tu tak payah la letupkan. aku takut bongok! kan dah terkejut, nasib baik tak ada lemah jantung (ada penyakit berkaitan hati saja). salah sorang dari korang dengan muka tak bersalah cakap kat aku ~i'm sorry sister! amboiii, senangnya hidup korang kan? buat salah lepas tu minta maaf. aku benci macam tu!"

ni post pertama saya marah tahap gajah kat orang. Sumpah benci!

Seronok

Hujung minggu yang tak membosankan. Keluar jenjalan and shopping sakan dengan Norsha dan Bun. Seronok tak terkata. Kepuasan terserlah!

Pukul 10am dah keluar bilik. Tunggu Norsha bersiap, biasalah tu. Penyakit "sem" dia datang, so lambatlah dia sampai. Norsha paling sempoi, dengan muka selamba cicak walaupun baju tak sempat nak iron. Saya pulak ala-ala muslimah sejati OK. Kenapa? Sebab jeans dah tak muat. Apa lah Appeton Weight Gain ni. Sepatutnya saya makin gemuk, tapi jadi makin kurus. Membazir je beli mahal-mahal. Bun pula maintain cam biasa. Cuma pakai seluar yang baru dibelinya last week.

Kami bertiga pergi Sogo. Banyak sangat sale. Saya beli jeans, baju pula sebagai hadiah untuk bebe dan ecah. Cukuplah tu, melayang jugalah dalam RM100++. Jalan-jalan lagi, beli barang yang dah lama saya nak beli. Purse, handbag, gelang kaki, selipar, payung, mini novela dan banyak lagilah. Yang pasti, terlebih bajet!

Apapun, tetap happy! Enjoy sangat! Tak rasa penat langsung walaupun jalan je dari pagi sampai malam. Itulah kelebihan kami. Bila sampai UIA je, baru rasa penat. Haishhhh!

18.12.09

Tahun Baru

1 Muharram. Tahun baru
Azam baru
Nak mulakan sesuatu
Apa tu??

setakat ini
masih di peringkat permulaan
hahahaaaa
ada yang memuji
tak kurang juga yang mengeji

biasalah tu
sebagai manusia
kita tak pernah puas dengan apa yang ada
saya pula sebagai manusia
tak lepas dari melakukan kesilapan
tak apalah
saya tak kisah

terima kasih kepada mereka
yang tak jemu memberi kata semangat
terima kasih jua kepada mereka
yang tak jemu untuk mengkritik
saya hargai semuanya

17.12.09

Peristiwa Maal Hijrah

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid- masjid di seluruh negeri.

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan & rahmat kerana bermula dari bulan ini berlakunya segala kejadian alam ini dan merupakan bulan yang penuh sejarah, dimana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah ke-pada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-Nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya.Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mepersembahkan ibadah mereka(antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw : "Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa.Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.Terdapat juga sebuah hadis me riwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini.Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam,hari itulah,Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan kehormatan iaitu :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah,maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah,Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.I ni adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi.Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat & dipilih oleh Allah.Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yg engkar pada Nabi Nuh a.s.

3. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud.Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

4. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang.Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati,maka Allah turunkan 2 malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu.Maka sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah.Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

5. Pada 10 Muharam ini, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza.Ini merupakan 1 penghormatan ke pada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil

6. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yg dapat men jadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya.Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah.Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.

7. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.10 Muharam,merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dgn mukjizat yang Allah berikan,maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

8. Allah telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Pada 10 Muharam,Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

9. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat dituntut.Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya,maka hukumnya sunat.

Sumber: Klik Sini

~Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah kepada seluruh umat Islam

ikhlas,
-Aishah

16.12.09

Aduhai Sahabat

"wahai sahabatku tersayang
mana ada aku taknak kawan ngan kau
kau tu yang terlebih terasa pulak
aku kat UIA dah
bukan macam kau masih lepak kat rumah
aku ada kelas lah pagi ini
so macam mana nak jawab call kau
aku tak pernah pun ada niat
nak putus kawan"

mOOd tak berapa OK
pagi ni saya dapat
sms dari 'sahabat'
buat saya terasa hati
serious!
saya tak faham dengan 'sahabat' sekarang

tapi saya tahu
'sahabat' mesti tengah gaduh ngan bf terCINTA
that's why pepagi dah cari saya
pas tu bila saya tak jawab
'sahabat' anggap saya
dah taknak kawan dengan dia
banyak cantik muka kau!
saya punyalah sayang kat 'sahabat'
tak kan sebab tak jawab call
hubungan kita selama 9tahun itu akan berakhir???
menyampah tau tak!

13.12.09

f.r.u.s.t

What are you looking at?
I'm not a doll being staged in your world of games.
You thought i would be die, cry and be sad?
Sorry boy, i ain't taking your freaking shame.

You think i'm dumb to fall for you?
I never even tripped baby.
So what if it's just something considered new?
You'll just die to see me happy.

You're the monster in my life
A horrible lame shit idiot
i've stolen you're bloody knife
i'll detest you forever- period

I'm not going down like i did
I'm stonger like bacteria
Boy, you think i'd sleep in your shit?
You got it all wrong- it's hysteria

Shame on you if you fool me once
Shame on me if you fool me twice
I'm taking the opportunity and chance
three times the luck, i had, with the dice

So goodbye to you
So badbye to you
I never ever want to see you
Get lost. Nothing will ever be new with you

Author : Rosesrouges

Description: Here's a poem i dedicate to the immature boy whoes got his freaking ego up on his head.

11.12.09

Just Face It












sunyi + sepi
keliru + buntu
tak pasti yang di cari
tak tahu yang mana satu
entahlah

sesungguhnya
selagi kita sebagai manusia
masih bernafas di bumi milik Allah
selagi itulah tak boleh dari ujian
mungkin dengan dugaan yang menimpa
kita tidak lalai pada-Nya yang Maha Mengetahui

dari hati,
~Aishah

9.12.09

Trionovel Alaf21-Disember

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elee Mardiana

Sinopsis:
NADIA keliru pada mulanya. Rezza menghulurkan kasih tatkala dia serabut dengan kekusutan. Cinta sejati Rezza akhirnya mendamaikan jiwa. Walaupun keluarga Rezza menghalang hubungan mereka, lelaki itu tetap mahu bersama dengannya. Tiada siapa yang boleh memisahkan mereka kecuali TUHAN Yang Maha Esa.

Ketika hari bahagia menjelang tiba, Rezza ragu-ragu dengan kebaikan yang dihulurkan Danial kepada Nadia. Dia merasakan dalam diam, Danial menyimpan perasaan pada Nadia. Namun, demi cintanya kepada Nadia, dibuang keraguan itu jauh-jauh.

Bagi Nadia, hanya Rezza yang bertakhta di jiwa. Hatinya telah tertutup untuk insan lain. Kebahagiaanya hanya bila dia dapat hidup bersama Rezza. Bagaimanapun, kebahagiaan itu cuma dapat dikecapi untuk seketika sahaja. Mungkinkah Rezza terus setia?


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ayu Emelda

Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Elin Nadia

Sinopsis:
SHAKIRA ILYANA kehilangan kasih ibu bapanya sejak kecil lagi. Lantas, dia dibesarkan oleh keluarga angkat. Namun, Shakira bersyukur dengan limpahan kasih sayang, keikhlasan dan persahabatan yang mengindahkan hari-harinya.

Perkenalan dengan Jimmy Hughes sejak zaman persekolahan membenihkan rasa cinta di hati Shakira. Biarpun banyak perbezaan di antara mereka, Shakira dan Jimmy mengimpikan kebahagiaan hidup bersama. Kerana cinta, Shakira tekad untuk menamatkan zaman gadisnya pada usia yang cukup muda.

Tatkala keindahan cintanya dengan Jimmy diusik dugaan, Shakira dikejutkan pula dengan pengakuan Hakim Shahmi, seorang jejaka yang obses tentang cinta. Dia berharap cintanya pada Shakira akan berbalas sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki gadis itu.

Shakira sedar, biarpun sukar dia perlu terus melangkah. Namun, mampukah Shakira melupakan segala kenangannya dengan Jimmy dan membuka lembaran baru dengan Hakim?

sumber Facebook Alaf21

8.12.09

Novel- Kifarah Cinta

Sinopsis:

Rania, seorang guru lulusan universiti berusaha menempatkan dirinya jauh ke Sabah semata-mata mencari cinta Mak Usunya yang sudah hilang. Dalam masa yang sama, dia anak seorang ahli perniagaan ternama telah ditunangkan dengan Shahril, anak seorang jutawan atas kehendak keluarga. Tersepit tuntutan peribadi terhadap Mak Usunya yang mengalami tekanan akibat ditinggalkan suami 11 tahun lalu, dia bertekad meninggalkan keluarga serta tunang tersayang semata-mata untuk mencari Ronald yang didakwa sebagai bekas suami Mak Usunya. Rania berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung di Kudat, Sabah. Di situ, dia mengenal erti susah payah kehidupan, kemiskinan dan luhurnya budi seorang lelaki yang bernama Ujang, lulusan sarjana yang sanggup hidup dalam kemiskinan. Shahril, tunangan Rania pula menanti dengan penuh sabar biarpun dihambat oleh ibu dan ayahnya supaya segera kahwin.
sumber: Buku Prima

Saya baru habis baca novel ni. Pinjam dari BUN;-) Bolehlah kasi 3 1/2 *. Saya tak pernah baca novel dari penulis ini. So kira orait la. Boleh beli lagi buku dari novelis ni lain kali. Tak ada mood nak buat review sendiri sebab hati tengah rindu...

Rindu Mereka

nak upload gambar bebudak ni
rinduLah kat depa semua

kat Terminal Makmur, Kuantan

kalau nakal2, kasi tukul n paku mesti diam budak berdua ni

wajah dikfir bila disuruh senyum (hilang kehenseman)

excited dapat susu banyak!

suka2 dulu

nangis kena cubit

~ni pulak gaya2 kakchik yang suka bergambar








~ ecah pon che long rindu jugak!

6.12.09

Sem 5 @ UIA

okaih
esok bermakna
saya pelajar tahun 3 di UIA

malam ni naik bas
sampai pagi esok
ngan Norsha!

malu pulak rasanya
nak jumpa kengkawan
cik zuzu yang dah tahu semuanya
tak adalah malu sangat

buat yang senasib dengan saya
huhuhuhuh
macam mana kita nak berdepan dengan kawan2 ni?
sangat malulah!
uishhhh

5.12.09

Lambaian UIA

aduiii
nak balik UIA dah malam esok
malasnya!

jumpa teman2 di sana
jumpa roomate terbaik! (jgn perasan korang)
cik zimah n kak ezan kena tukar mahallah
tinggallah saya ngan cik zuzu
siapa yang akan masuk bilik saya nanti?
janganlah junior!

my beloved fwens
~cikpah n mila = pi kelas sama2 ek;-)
~ina = jd mentor aku sem depan OK?
~cik zuzu = nak tumpang keta kalo kelas sama ek?

4.12.09

Dia

dia sedang berduka
tolong doakan dia
semoga dia sentiasa bahagia
semoga dia tabah menghadapinya

sesungguhnya
setiap yang terjadi itu
ada hikmah di sebaliknya
yang kita sendiri tidak tahu

mungkin
suatu hari nanti
dia akan bersyukur
dengan takdir ini

untuk apa bercinta
andai tiada restu orang tua
untuk apa bersama
andai kesudahan belum tentu bahagia

kalau dia baca post ni
hanya satu yang saya mahu ingatkan
~cinta tak semestinya bersatu

kalau kerana cinta ramai orang yang terluka
tak salah kalau dia mengundurkan diri
sebelum melangkah lebih jauh
supaya boleh menggembirakan hati
orang yang telah banyak berjasa pada dia

2.12.09

Novel - 9 Nyawa

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

sumber ALAF 21