8.12.09

Novel- Kifarah Cinta

Sinopsis:

Rania, seorang guru lulusan universiti berusaha menempatkan dirinya jauh ke Sabah semata-mata mencari cinta Mak Usunya yang sudah hilang. Dalam masa yang sama, dia anak seorang ahli perniagaan ternama telah ditunangkan dengan Shahril, anak seorang jutawan atas kehendak keluarga. Tersepit tuntutan peribadi terhadap Mak Usunya yang mengalami tekanan akibat ditinggalkan suami 11 tahun lalu, dia bertekad meninggalkan keluarga serta tunang tersayang semata-mata untuk mencari Ronald yang didakwa sebagai bekas suami Mak Usunya. Rania berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung di Kudat, Sabah. Di situ, dia mengenal erti susah payah kehidupan, kemiskinan dan luhurnya budi seorang lelaki yang bernama Ujang, lulusan sarjana yang sanggup hidup dalam kemiskinan. Shahril, tunangan Rania pula menanti dengan penuh sabar biarpun dihambat oleh ibu dan ayahnya supaya segera kahwin.
sumber: Buku Prima

Saya baru habis baca novel ni. Pinjam dari BUN;-) Bolehlah kasi 3 1/2 *. Saya tak pernah baca novel dari penulis ini. So kira orait la. Boleh beli lagi buku dari novelis ni lain kali. Tak ada mood nak buat review sendiri sebab hati tengah rindu...

No comments: