20.12.09

Seronok

Hujung minggu yang tak membosankan. Keluar jenjalan and shopping sakan dengan Norsha dan Bun. Seronok tak terkata. Kepuasan terserlah!

Pukul 10am dah keluar bilik. Tunggu Norsha bersiap, biasalah tu. Penyakit "sem" dia datang, so lambatlah dia sampai. Norsha paling sempoi, dengan muka selamba cicak walaupun baju tak sempat nak iron. Saya pulak ala-ala muslimah sejati OK. Kenapa? Sebab jeans dah tak muat. Apa lah Appeton Weight Gain ni. Sepatutnya saya makin gemuk, tapi jadi makin kurus. Membazir je beli mahal-mahal. Bun pula maintain cam biasa. Cuma pakai seluar yang baru dibelinya last week.

Kami bertiga pergi Sogo. Banyak sangat sale. Saya beli jeans, baju pula sebagai hadiah untuk bebe dan ecah. Cukuplah tu, melayang jugalah dalam RM100++. Jalan-jalan lagi, beli barang yang dah lama saya nak beli. Purse, handbag, gelang kaki, selipar, payung, mini novela dan banyak lagilah. Yang pasti, terlebih bajet!

Apapun, tetap happy! Enjoy sangat! Tak rasa penat langsung walaupun jalan je dari pagi sampai malam. Itulah kelebihan kami. Bila sampai UIA je, baru rasa penat. Haishhhh!

1 comment:

waheeda said...

weh..
siap oyak ag aku pak seluar baru..
mu ni gak...