31.5.10

Dia Aku Dan Kamu

Red Peanut feat Nadia AF6

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak ada siapa mengganggu

29.5.10

Melur Bunga IVY

Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
__________________

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

sumber: Jemari Seni

novel baru dari my fav novelis~ kali ni, happy ending. no more tears:)

25.5.10

Riang Ria Bersama 2

23.5.10 - naik KL lagi si gumuk kesayangan si kurus ni. nun jauh datangnya dari bentong. hihihiiii jauhkah? tak jauh pun, kan?

rela tak balik Kelate kot lepas konvo. jumpa buah hati pengarang jantung dulu. tu lah, bila hati dah sayang. semua sanggup. cuma lepas ni tak sanggup dah pakai baju ala2 nak sedondon ni. tak apa, kan awak? awak tak kisah pun. kan?

suka. suka. suka sangat:)
happy when we are together~
gedik suda. lalalalalalaaaa

dapat ni dari dia:
coklat dah kat dalam perut.
ni je yang tinggal.
thanks banyak2 awak:)
cakap tak nak pun, kena paksa suruh ambik jugak. hihiiii (sebenarnya buat2 taknak je. naseb baik si dia paham)
forever e ❤ n

22.5.10

Jenjalan Tengok Haiwan

pergi zoo negara hari ni. for the 1st time saya jejak kaki kat zoo negara. selama ni tengok binatang kat tv je. hihiii. best. seronok. yang penting, lupa sekejap segala masalah yang menyerabutkan kepala saya. tapi saya pulak terberi masalah pada orang lain. hurmmm, kesian kat dia. kali kedua saya buat dia sedih. sorry:-(

layan gambar je lah untuk post kali ni:

1:
sebelum bertolak.
muka bangun tidur.
natrah, cikcah, cikzuzu
tercongok kat tepi jalan.
nak senyum ngan tak nak sama banyak.
tapi senyum jugak walaupun macam plastik.
mulakan harimu dengan senyuman:)
mungkin dengan senyuman dari kita, mampu buat orang lain rasa bahagia... cewah! ayat tu~

2:
actually this is a charity programme. so kena pakai kasut ni lah. kasut bun pakai kejap je. nasib baik bawak selipar:)

hurmm.. tak ada kerja, rajin cari kerja. kan dah padan ngan muka! orang lain pukul 8 am masih boleh bergolek atas tilam. kita pulak masuk kandang. ishkkkk. mula2 ok lagi, buang rumput je. masuk part cuci kandang tu masalah sikit. tahi beruang busuk! nyamuk banyak! lengan saya dah bengkak. tak tahu sape gigit. nyamuk ke semut:(

next, gambar cikcah bersama penghuni tetap Zoo Negara plak (selected pics only)

















sempat lagi anak dara tiga orang ni posing sementara nak tunggu kul 4. petang rileks sangat sebab dah tak kena buat kerja. tengok jam + makan ais krim je.ermm penat tapi gembira. kira tak rugi lah join program ni. tapi lain kali tak nak gi dah.

ni pic dalam bas. nat, ko masam. aku faham weh. aku pun tak puas hati. tapi takpe lah. anggap je tu rezeki mereka. biarlah. yang penting, kita leh kenal kandang beruang, okey?

dah semua. malas dah nak taip. kepenatan yang amat sangat. kemahuan ketiduran. janji ngan dia nak tidur awal, skali mata ni segar la plak.

hurmm, last but not least. pada si dia: selamat memakai jubah konvo. tahniah. saya bangga ngan awak:) tentang kisah kita, serahkan pada Yang Maha Esa. kita sama-sama bincang dan pilih jalan yang terbaik tanpa ada sesiapa pun yang akan merasa terluka dan kecewa.
peace! no war [sial punye baju!]~ love,ecah

17.5.10

Riang Ria Bersama

hari ini dah tak boleh jadi macam hari semalam. penat. letih. tapi hati berbunga. alahaiii, ayat~

awak ni, saya kat sebelah pun, henpon tu tak lepas jugaks. sms jer. sampai habis kedit. huhuhuuu padan muka! saya suka sangat:)

ni sementara menunggu Mr. GG shopping. pakcik tu kalau shopping boleh tahan lah. mengalahkan pompuan. naseb baik ada bun. leh teman kan GG tu, kan? bun, lawak lah insiden kat PDI tu weh!

bun,
nice shoot
nice scene
sangat comel
i like this pic very much
macam ngopngep
padan doh la ngan buntak
~bun ngop tak ngep~

ini baju free
orang tu kasi
takut nak ambik
tapi saya ambik jugak
terima kasih daun keladi
lain kali kasilah lagi

ok, dah.
sekian, wassalam
p/s: dating lain kali, jangan order mango juice ya. kesian kat awek awak ni hah. paksa diri demi menjaga hati. tapi salah saya. sebab bila ditanya nak air apa. sengih2. ikutlah. skali dia beli, tak minum plak dah. eh, bukan tak minum. minumlah. tapi tak habis. tak apa. dia tak marah pun. siap nak beli air lain lagi. hehehee
~bila hati dah sayang

15.5.10

Dating

esok ahad
ada date lah
dengan yang tersayang

suka sangat
sangat suka

ku rindu:)
tapi malu nak mengaku~

14.5.10

Kisah Semalam

macam artis la pulak. ada yang rindu post saya ek? kak ezan, cikzuzu, imah, sape lagi yang baca? hehehee. ina jugak! ha..ni dah nak bercerita panjang lebar dah ni. kak ezan kata blog saya dah jarang-jarang berupdate with new post. busy lah, kak ezan. lagipun tak ada apa nak bercerita. kak ezan nak tahu apa ecah buat seminggu ni? hari isnin, berehat + study sebab hari selasa ada quiz. selasa + rabu + khamis, bangun pagi pi kelas. petang balik, kadang2 singgah bilik bun. lepak2 makan2. kadang2 terus balik bilik sediri. depends on mood. malam pulak mengonlinekan diri. cuma tak sempat nak jenguk blog. ecah ada upload satu post 2-3 hari lepas. kalau tak cayer leh tengok komen bun kat tepi tu. tapi terpaksa delete demi menjaga banyak hati dan tak nak ada masalah di kemudian hari. rasanya tak ramai yang sempat baca sebab ecah post pukul 2.30am. ecah delete pukul 8.00pm. dah, titik pasal post tu.

petang semalam, saya happy walaupun hati tak gembira. melepak bersama ex-roomates. ada kak ezan, memang tak berhenti la duk gelak. part paling tak leh blah bila cikzuzu nak mintak sikit tu. mana ada orang bagi sikit. kena kasi semua. sikit-sikit wat pe, kan? boleh potong tak kak ezan kalau nak kasi jugak kat cikzuzu tu sikit? kesian dia duk meminta. hahahaaa kalau cikzuzu duk kelantan cakap cam ni, memang kena penampar free dari awe2 klate nih. macam dan macam lah cikzuzu ni. cikzuzu memang lawok. ulang lagi sekali. lawak ok, bukan nawok. faham cikzuzu? nawok = menipu. take note, please.

malam pulak, keluar makan kat luar. sekali sekala. boring dah duk makan nasi umi cafe je, kan? kat atas kereta, sesi meluahkan perasaan telah berlaku. jangan salah faham di sini. kang dop pasal ingat cikcah ngan cikzuzu ni ada ape2. kami straight. saya kata, 'ada boyfriend susah. tak ada pun susah. tapi dulu tak ada, tak sunyi pun. sekarang ni sunyi, masalah pun bertambah.' suka lah ayat cikzuzu. "dulu kita single, kita keseorangan tapi kita tak sunyi. tapi bila kita dah couple, kalau kita duk sorang-sorang kita rasa lain. bukan sunyi, tapi... entahlah. kalau dia lewat sms, tak say good night, kita rasa lain." betul3. cikcah setuju 100++%.

kepada awak,

perpisahan bukanlah jalan terbaik kerana rindu adalah satu rasa yang paling menyakitkan. andai kata saya berubah hati suatu hari nanti, bukan kerana saya ada orang lain. awak, saya tak tahu. bila saya pasti awak dah tak perlukan saya, saya akan pergi dengan sendiri. hingga saat ini, apa yang awak perlu tahu ialah saya masih sayang pada awak.~

still loving you.
❤ ecah

12.5.10

Demi Kasih Sayang

Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan
Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

Cintaku bukan kerana harta
Cintaku tidak kerana paras rupa

Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

Demi kasih sayang
Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi

Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya

singer: Siti Nurhaliza

8.5.10

Saya Bosanlah Awak

bosan,
amat bosan.
sangat bosan.
terlalu bosan.

kalau dulu,
sorang-sorang tak bosan.
sekarang dah lain.
rasa sunyi plak.

buat awak,
terima kasih.
terima kasih kerana buat saya gembira.
terima kasih kerana memahami saya.
terima kasih kerana sayangkan saya.
terima kasih di atas segala-galanya.
~ngop❤sumbak

7.5.10

Dari Sahabat Kepada Sahabat

aku tak nak dah tengok kau sedih lepas ni. ahad ni bila aku jumpa kau, aku nak tengok kau senyum macam dulu-dulu. bukan senyum plastik macam pagi tadi. buat-buat senyum sebab nak tutup rasa sedih. buruk senyum kau pagi tadi. aku dah lama kenal kau lah!

bun, cukuplah menangis. aku yang tengok ni pun rasa penat. huhuu, aku bukan sahabat yang turut menangis bila sahabatnya menangis bun. semalam terbukti. aku tak boleh menangis. aku bukan macam dila yang boleh menangis sama-sama. bagi aku, kalau sahabat aku bersedih aku perlu ada untuk menenangkannya. bukan untuk turut sama menangis. itulah aku. aku nak jadi sahabat yang boleh buat sahabatnya tersenyum ketika bersedih. kalau dua-dua menangis, tak bestlah bun. kan?

bun, semalam entah apa-apa nasihat aku. tapi kan bun, sekurang-kurangnya hubungan kau ada noktah walaupun bukan seperti yang diharapkan. kau sedih. ya. tapi sedih untuk sesuatu yang pasti bukan milik kau lagi. bukan sedih dengan persoalan yang tidak ada jawapan. kau tahu maksud aku kan? lagi sakit bila dia buat tak tahu, kita tak dapat hubungi dia untuk tahu di mana tempat kita sekarang. he respect you as a woman. aku boleh kata dia gentleman. dia berani memutuskan. dia bukan pengecut. dia tak tinggalkan kau tanpa pesan. dia pergi dengan satu alasan. antara kau dan dia hanya kawan. dalam hal ini, aku fikir kau lebih bertuah dari aku, bun. kau sedih, aku pernah sedih. kita sama-sama pernah terluka. tapi cerita duka kita tak sama.

bun, ingat tak masa kitaorang celebrate birthday kau kat jj? masa tu kau asyik bersms tak henti-henti. sampai aku tegur. aku tegur sebab kau sms dengan dia macam lebih dari seorang kawan. tapi bila aku tanya, kau kata hanya kawan. aku takut dia nak main-mainkan kau. mana ada kawan bercerita tentang semua benda bun. waktu tu kalau aku cakap jangan percayakan dia pun, kau akan marah aku, kan bun? sebab waktu tu, he's the best. sampai semalam pun, walaupun kau nangis kau kata dia baik. aku tak nampak baik dia kat mana bun. kalau dia ikhlas dia tak buat kau macam ni. dia tak bagi harapan pada kau. bun, aku faham hati perempuan mudah tersentuh apabila ada lelaki yang ambil berat tentang diri kita. tapi lelaki buat benda yang sama pada semua perempuan yang mereka kenal bun. memang sifat lelaki terlebih "bertanggung-jawab".

bun, dah banyak kali aku bercerita tentang adik kepada ex-roomate kau yang merangkap saudara aku. sebenarnya, niat aku nak suruh kau faham. tapi aku tahu, kau tak dapat tangkap apa yang aku cakap. kalau aku berterus-terang, aku takut kau fikir aku jealous sebab masa tu aku tak ada teman. motif aku bercerita nak suruh kau jangan terlalu percaya pada dia. sebab dah banyak kali kau beritahu aku, dia ajak kau jumpa. tapi bila dah dekat nak jumpa, dia bagi alasan malu. bun, sampai satu tahap lelaki tak akan rasa malu kalau dia betul-betul serius nak kenal kau. nak malu apa bun? gambar dah tengok. cuma perlu jumpa untuk kenal lebih rapat. mungkin cara aku fikir tak macam kau. sebab bab2 chatting ni, dah lama aku expert. lelaki kat internet, bukan boleh percaya sangat. setakat nak main-main boleh la bun. macam kisah aku ngan budak internet yang hobinya menyanyi. kau ingat kan? lucu kisah tu. last-last aku tukar no phone bila aku dah malas nak layan. bukan semua jahat, ada yang jujur. macam sepat. tapi susah nak jumpa yang macam tu.

lepas ni, aku tak tahu apa lagi dia goreng kau. mungkin dia akan cakap dengan cara baik. ala-ala dia tak bersalah, yang dia tak sengaja nak buat kau terluka. aku tak tahu apa keputusan kau kalau dia pujuk kau. itu hak kau nak terima ke tak. apa keputusan kau, aku sentiasa sokong. aku gembira bila kau bahagia. buatlah yang terbaik untuk diri kau. satu pesanan dari aku, jangan terlalu mudah menilai lelaki, bun. mereka ada 9 akal. macam-macam cara dia boleh tipu kita yang hanya ada 1 akal. tersilap langkah, kita jatuh. kita yang rasa sakit itu.

bun, ni aku nak gitau. aku sedih bila kau cakap, kau tanya dila "tak jealous ke tengok aku sedang bahagia?" bun, please. jangan bergurau sampai macam ni. aku baru nak happy-happy. aku sedih bun. sampai aku rasa bersalah. aku dah abaikan kau ke? mungkin ada ketika aku lupa nak layan kau macam selalu. tapi bukan sebab aku dah ada teman di hati. that's why semalam aku tanya kau sorang ke kat bilik. aku nak temankan kau. aku taknak sebab dia, hubungan kita makin jauh. aku sayang kau. aku sayang dia jugak. sebab tu aku nak kenalkan kamu berdua. aku nak dia kenal siapa sahabat baik aku. aku nak kau kenal siapa yang bahagiakan aku sekarang. tapi aku tetap 'tak' kau yang dulu bun. tak ada apa yang berubah. aku sentiasa ada untuk kau. kau tak perlu bimbang, aku kenal kau dulu sebelum aku kenal dia. kau dah ada tempat yang istimewa dalam hati aku. aku sayang kau. aku sayangkan persahabatan kita. buntak forever~

bun. jangan marah dengan post ni ek. hehehee aku tak guna nama betul kau. yang terdekat je tahu. aku doakan kau cepat-cepat cari pengganti. heheheheee sekarang aku percaya kata kau. kita akan berjaya melupakan kisah duka bila kita dah jumpa dengan orang yang mampu buat kita bahagia. aku dah kuat sekarang kan bun? aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. aku taknak buat dia kecewa. aku tak nak kehilangan dia dan kau jugak.

p/s: i love both of you~

5.5.10

Rajuk dan Gelak

terima kasih awak
sebab rajin bergurau dengan saya
gurauan yang amat manis bagi saya

terima kasih awak
sebab buat saya sedih
bila saya dah sayangkan awak

saya minta maaf
kalau saya tidak cukup sempurna untuk awak
tiada apa yang istimewa dalam diri saya
saya hanyalah manusia biasa

yang awak perlu tahu
saya sayang awak sangat

hahahaa. awak, kenapa awak buat lawak time saya ngah merajuk? tak patut tau. mengikut perjanjian kita:
rajuk dikira terbatal apabila telah ketawa
.

saya dah tergelak sakan sebentar tadi. awak memang the best lah.
saya sayang awak tau!

*n❤e* *e❤n*

p/s: sepatutnya ni post air mata. baru je jemari menari di keyboard, dapat sms. ayat 1,2,3,4 ok lagi dia pujuk, masuk ayat ke 5 dia dah start melawak. orang tengah serius merajuk, dia plak pi cakap dia dah macam orang gila sebab matrik kad hilang. mana tak gelak. alahai.. ingatkan berjayalah misi rajuk cikcah kali ni, nampaknya bertahan cuma setengah jam. awak, tak baik gelakkan awek sendiri. saya tersasul tau. nak cakap UiTM kat bulatan yang ada jam tapi tercakap jam pusing. sampai hati awak gelakkan saya! takpe2. saya pun nak gelak jugak. hahahaaaa