30.7.10

Merapu Sendirian

pepagi hari dah ada replacement class.
hah hah sangat tak suka! hah hah

tapi ok gak, dah habis kelas saya boleh beli nasi mamak. lama dah tak makan nasi mamak kat hs kafe ni. hihihii. lauk ayam, sotong. menu kali ni tak ada telur sebab tak terliur langsung. pelik tapi ini kenyataan. beli air plak kat kafe mahallah mariam. air kat sana memang tak ada tandingan lah.

dah balik, terus menjamu perut sambil online dengan mat pujaan hati. tapi tetiba celcom BERUKbeng wat hal. memang cam taik ah. sengal! benci tau tak?marah

sekarang saya sorang2. bosan. tak tahu nak buat apa. semalam download Andartu Terlampau kat youtube. nak tengok tapi mata rasa lemah. kesian kat mata sebab tak cukup rehat. hurmm, macam perlu kasi rehat sama ini mata la. hehehe asyik berkelip je tak henti2, kesian..
ok dah. saya nak rehatkan mata sekejap. ngantuk

29.7.10

Masih Ada Cinta

apabila hati mula berbicara
bibir kelu tanpa suara
hanya pena melakar kata
untuk menzahirkan rasa di jiwa...

hari demi hari yang telah dilalui
suasana semakin suram dan sepi
kebahagiaan seakan berlalu pergi
hanya rasa cinta yang masih menemani...

tuhan...
semoga masih ada cinta di hatinya

~putuscinteseorang budak yang sedang berjauh hati...

27.7.10

i ❤ u

I nak belanja u gula-gula HACKS
faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang


Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit, dilepas malu
dah keluar..fuhhh!
Lega!!!

p/s: okai..dah. no jeles2, no touching2 k. what was happened already happened.

thanks 4 ur mail. i just learn smthing new about love. xsangka plak nain ckp mcm kentut:)

-perlukah kita menoleh ke belakang kalau di depan itu sudah terentang seluruh rasa bahagia.

"cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. kisah silam tak perlu diungkit jika kamu benar mencintainya setulus hati..."

peace. no war!

•.¸¸.•´¯`•♥•´¯`•.¸¸.•
✿[ e c a h ♥ n a i n ]✿
♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫

forever love, ecah

25.7.10

Nyanyian Tanjung Sepi

✿pandanglah kekasih... doa hatinya. walaupun ada hijab, kamu seharusnya mengerti secebis perasaan ini.

✿jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. jika hati seindah bulan, hiasilah dengan iman.

✿bila kita jatuh cinta, kita telah memberi hak pada dia untuk melukakan kita.

✿perkahwinan itu satu perkongsian hidup. sebuah janji yang di dalamnya ada amanah yang harus dipikul. janji sesama manusia dan juga yang utamanya janji dengan Allah.

✿kasih sayang kadang-kadang tidak perlu diucapkan.

✿kita tak pernah bertengkar, apalagi bergaduh. kasih sayang kita tak pernah berkurangan, malah bertambah-tambah.

✿isteri untuk disayangi, bukannya untuk disuruh-suruh.

✿perlukah kita menoleh ke belakang kalau di depan itu sudah terentang seluruh rasa bahagia.

✿tanda-tanda suami mula menyeleweng ialah dibelikannya kita hadiah yang mahal-mahal.

✿kita tidak pernah tahu apa yang ada di hatinya. kalaulah dia terluka, dia akan menangis. tetapi sedalam mana luka itu tidak pula boleh diukur dengan lebatnya air mata yang menderu di matanya yang bening itu.

✿Allah tidak membuat sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala kejadian dan peristiwa.

✿semua yang ada di dunia ini hanyalah sekadar pinjam-pinjaman. kalau Allah ingin mengambil balik semula, itu sememangnya hak Allah. bukan untuk ditangisi terus-menerus.

✿jangan percaya pada cinta kedua seorang lelaki, kerana sesungguhnya mereka tidak bisa melupakan cinta pertama mereka itu sepanjang perjalanan waktu.

✿perempuan... hatinya sukar ditebak. kadang-kadang hanya kerana perkara yang sekecil kuman dia boleh merajuk bertahun-tahun. kadang-kadang hanya berjauh hati, dia sanggup menggadaikan cintanya yang agung.

✿merasakan saat bahagia, apabila kita mencintai seseorang dan orang itu juga penuh tulus kudus mencintai kita.

BEST

24.7.10

Sem Yang Mencabar

sekarang dah minggu kedua kat UIA. boring! kawan-kawan ramai yang pergi kursus kahwin. so hujung minggu saya cuma tercongok kat bilik. manjakan diri atas katil, rehatkan mata. tak study langsung untuk kuiz hari isnin dan selasa ni. post ni nak cerita pasal subjek sem ni. cam ngop je.

NETWORKS & SYSTEM ADMINISTRATION: nak kena install Ubuntu. skali ngan saya jadi buntu. dah cuba banyak kali, tak jadi jugak. this coming monday, i've quiz for this subject. hurmm, maybe tomorrow i'll start to study coz until now i didn't have slide yet:)

COMPUTER ARCHITECTURE & ASSEMBLY LANGUAGE: ntah apa2. subjek ni jadi lawak sebab 1st class saya absent. skali sir dah suruh pilih group members dan bagi topic untuk presentation. nasib baik syefa and mila ada. so, saya ngan diaorang. tapi sekarang, saya ngan syefa dah bercerai. huwaaaa!! natrah ambik syefa. saya ngan mila amik sis Salamah. hurm...for the 2nd time i'll work with foreign student. hopefully everything should be fine. insya-Allah. 2nd class, saya pergi tapi tak faham langsung. lukis je apa yang sir lukis kat whiteboard tu. sir banyak sebut pasal clock. ntah apa-apa lah. sekarang, kalau sir sebut clock, saya pandang mila je. pastu gelak sebab tak tahu sampai sekarang. adakah clock itu jam???

IT SECURITY 2: syefa dah drop. dulu saya ada terfikir nak drop whether this subject or network programming. dah tetapkan hati, drop network programming. suka dengan lecturer ni sebab awal-awal dah inform when we have replacement class, and final exam will decentralize. cantik schedule madam:) awal2 saya boleh plan, bila tak patut ponteng.

CYBERLAW AND ETHICS: lecturer maut. takut kalau beliau pasang video sebab nanti kena soal. dah la kelas kat LT, student sampai beratus. silap jawab bikin malu je. hurmm, tapi lecturer ni cam ok je. lawak sentiasa ada. enjoy jugak walaupun takut2. saya beli textbook untuk sebject ni. buku ke-2 yang saya beli selepas calculus. cayalah cah, beli buku beb!

REQUIREMENTS ENGINEERING: suka madam Normi. that's why i choose this elective subject. kalau yang dah pernah jadi student beliau, tahulah kenapa saya suka madam normi. she's so kind, too generous while marking student's paper, just release simple question in quiz and so on. hahahaa study sikit je. tak ada pressure kelas ni.

ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE: hah, ni lagi satu buat saya menyampah! last sem, dah elok2 add section 38 pi drop plak. tak pasal-pasal terpaksa bersusah payah pergi celpad nak kena add manual. tu pun dah lewat. mintak tolong cikzuzu temankan. thanks to her. macam mana leh lupa saya dah nak habis belajar? hurmmm.. tak start lagi kelas ni. tapi yang best sebab majoriti student section 41 budak-budak ICT. so, tak ada lah malu sangat kalau nak present sowang diri kat depan:)

TAK SUKA sem ni sebab ada kelas waktu malam. huwaaaa!!!!

hurmm, mencabar tak mencabar. saya tetap kena hadapi. sebab ini universiti yang saya pilih. tak ada sesiapa yang memaksa, inilah impian saya sejak zaman sekolah. nak belajar sampai boleh masuk UIA. walaupun pada awalnya tak nak amik ICT, berkat semangat dari kawan-kawan akhirnya saya berjaya jugak sampai ke tahun 3. ada lagi 1 tahun untuk grad. yeay!!!

dah grad, leh keje sementara tunggu abang abis belajar. pastu bang-in masuk meminang dik-cah. kemudian kami kawen, saya pun jadi suri rumah. opsss! (org lain pi kursus kawen, sy pulak ter-excited nak kawen)

19.7.10

we have been together for 3 months

alhamdulillah...masih lagi bertahan:)
gaduh-gaduh baik balik. hopefully sampai bila-bila macam ni. tak nak gaduh lama-lama. hehehee

post ni hanya untuk dia. so, kalau ada readers yang sakit mata nak baca bolehlah klik pangkah kat atas belah kanan tu ye.

to my sayang, baca ni:
semalam, saya ingatkan awak lupa tarikh ni tau. awak langsung tak sebut 19 hb, awak buat bodoh je. saya nak tanya awal2 tapi malu la plak. awak call pukul 12. saya agak2 sendiri, awak tak lupa. tapi waktu tu saya tak boleh nak cakap lama-lama ngan awak sebab saya sedang "meeting" ngan cikzuzu. biasalah yang, kalau perempuan dah mula bersembang, hal remeh pun boleh jadi meleret-leret. apa lagi kalau hal penting, maka bertambahlah tahap kemeleretan perbualan kami.

awak tau tak, bila awak tanya saya.. "esok hari apa yang? wape haribulan?" huwaaaa!!! saya happy sangat. tak tahu nak cakap macam mana. tapi yang pasti, i love u lah:) hehehe saya tak minta awak ingat banyak benda. cukuplah sekadar ingat tarikh 19 April 2010 dan 1 November 1987(hadiah pun jangan lupa tau!).

p/s: sayang, bulan ni takde kad la. nak kad comel macam bulan lepas, kena naik KL. amik sendiri kad dari saya. tak best lah nak mintak abang posmen yang hantarkan.

(✿◠‿◠) (-‿-)
ecah nain

...semailah kenangan bersama di sudut hatimu, bajailah ia agar terus subur di ingatanmu...

**credit to BUN for this pic

16.7.10

menghargai apa yang telah dimiliki

for the 2nd times i do the same mistake. memanglah ngop. i always make him sad with my words. i dunno how it was happened. sorry my nangka:) nasib baik terus ok semalam jugak. haiyaa dugaan oh dugaan~

salah saya, mengharapkan semua yang indah dalam perhubungan sampai lupa nak jaga hati orang lain. bercinta hanya berdua, tapi dalam dunia ni bukan hanya ada saya dan dia sahaja. banyak hati lain nak kena jaga. saya kena terima sebab ini jalan yang saya pilih.

salah saya juga, pandai buat janji tapi nak mungkir plak. it's my fault, baru saya sedar. bukan salah dia tapi saya yang memulakan. sepatutnya kena guna akal kalau nak bercakap. bukan main ikut je kata hati, kan tak pasal-pasal ada yang terasa dan bersedih.

hidup ni tak boleh nak pentingkan diri sendiri. kadang-kadang perlu makan hati untuk menjaga hati. jangan tamak, ecah. dia bukan milik kau seorang dan kau pun bukan miliknya seorang. masing-masing ada keluarga dan kehidupan sebelum saling mengenali.

tak salah kalau kita mengalah untuk menjaga hati orang yang telah banyak berkorban dan berjasa pada orang yang kita cinta. pengorbanan pada awalnya amat pahit, tetapi hasilnya amat manis

semalam saya tahu dan saya boleh percayakan dia sebab:
dia sayangkan saya
sama seperti saya sayangkan dia
dia perlukan saya
sepertimana saya perlukan dia

ecah
nain

12.7.10

Kembali Belajar

sem ke-6 di uia. as a 3rd year 2nd sem student. ala2 super senior la ni. hari ni, macam sem2 yang telah berlalu. TAK pergi kelas. biasanya hari pertama untuk kemas barang dan menjadi hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bilik baru.

bilik: pilihan sendiri bersama roomate lama, cikzuzu. level 2 room no 1 compartment a. cikzuzu compartment b. sem ni paling puas hati sebab dapat bilik idaman hati. saya tak suka bilik bawah sebab ada macam2 binatang. contohnya: lipas, cicak, semut, nyamuk dan sewaktu dengannya.

teman sebilik: saya dah kenalkan diri sebagai 'aishah' a.k.a 'ecah' pada roomate baru saya yang merangkap roomate hilang tanpa jejak pada sem lepas. dia budak baru, batch 092. kak ecah ke? oh ho..no need lah beb. ecah suda~ lagi sorang, dia kenalkan diri dia tengku. hurmm, tengku apa saya tak tahu sebab dia tak bagitahu. nampak macam peramah:) lagi sorang, tak payah la inform kat sini. dah lama dah sebilik ngan dia. sape lagi kalau bukan cikzuzu.

kelas: hari ni tak pergi kelas lagi. penat. perlu rehat. ulang lagi sekali. penat dan perlu rehat. bukan malas, ok! sem ni teman sekelas dah ada. tak lah sunyi sensorang tercongok kat kelas. syefa, miss u sesangat! hopefully sem ni saya dah tak menulis dan syefa tak lagi melukis di kelas. insya-Allah.

subject: alhamdulillah. semua sempat add. (hehehe, bun: sila jangan jeles! aku xmen ah add manual) tunggu masa nak drop network programming. tak minat dowh. bikin pening! semua subject core course. language tak amik lagi. EAP amik next sem la kot. macam malas nak belajar BI sem ni.

ok, cukup dah pasal sem baru ni.
to all my iium's friend: nice to meet u again. muahkss:)

7.7.10

Novel Eka & Dhiya

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Eka Fahara
ISBN: 978-983-124-572-9

Sinopsis: KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Harga: RM19.90
Halaman: 528
Penulis: Dhiya Zafira
ISBN: 978-983-124-569-9

Sinopsis: Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

*buah tangan dari my fav novelis. lambatnya PT nak masuk!! Aisya Sofea punye novel bila plak..

4.7.10

Main Air Laut

seronok tak terkata dan tak terhingga:)







❤nain-ecah❤

to my sayang,

no matter what i do...
all i think about is you...

(:forever love:)