27.1.11

Perempuan Gila

perempuan sekarang suka tunjuk yang diaorang tu gila. kenapa? tak malu ke? orang gila pun kalau kita tanya, kau gila eh? dia akan cakap... "kau tu yang gila". see? orang gila pun tak mengaku yang dia gila.

dah tu, kau yang waras dan sure2 lah kau ada otak yang sihat lagi cedas. kenapa kau nak tunjuk kau gila kat semua orang? tujuan kau apa weh?

penting:

bila kau serahkan dan ajarkan hati kau untuk mencintai dan merasa dicintai, seMESTInya kau kena jadi kuat. bersedia dengan 2 kemungkinan. sama ada bahagia atau kecewa.

when you are in love, you have to be strong. mental + physical. inside + outside.

sihat mental. kuat dalaman: supaya kau tabah dan bersedia dengan apa yang telah ditentukan Ilahi

sihat fizikal. sihat tubuh badan: supaya kau gagah perkasa. senang nak bertumbuk dengan sape2 yang rampas dia dari kau. hehehe

kalau bahagia. alhamdulillah. tapi tak habis kat situ, perlu teruskan berdoa semoga jodoh berkekalan sampai kau mati.

kalau kecewa. takde apa lah. sedih. menangis. meroyan lah kau.

tapi bila orang tanya, kenapa clash? kau akan jawab...

1) hurm...dah tak ada jodoh: dah tahu kau dengan takde jodoh, duk tunjuk lagi perasaan kau kat orang tu buat apa? nak suruh ex kau gelakkan kau ke?

2) dia dah ada perempuan lain: kalau kau tahu dia dah ada pengganti kau, yang kau nak terhegeh2 lagi tu buat apa?

3) kitaorang dah tak sehaluan: kalau dah tak sehaluan, maknanya bila ada simpang, kau dan dia ikut jalan masing-masing. so kau ikutlah jalan kau.

4) banyak makan hati selama ngan dia: kau tahu rasa makan hati tu macam mana. sedap ke tak? tak kenyang pun kan? dah tahu cam tu, tak payah nak rasa lagi.

5) biarlah aku dan dia yang tahu: dah kau dan dia sahaja yang tahu, tak payah la nak post benda2 yang boleh buat 1 DUNIA tahu. tak malu ke?

6) aku nak jadi single balik: fine. kau nak jadi single. dah tu yang kau tunjuk segala rasa kat fb, kat twitter, kat blog, kat ms, kat fs... buat apa? tetiba rasa nak berDOUBLE plak ke?

7) aku bukan yang terbaik untuk dia: dah tahu kau bukan yang terbaik, kau bagi lah perempuan yang lebih baik untuk dia. so, tak yah nak tunjuk kau baik kalau dah tahu kau bukan yang terbaik.

8) mungkin dia bukan yang terbaik buat aku: dah sedar dia bukan yang terbaik, kau duk tunjuk rasa nak kat dia lagi tu buat apa? free2 kau kena gelak.

9) dia pergi tanpa sepatah kata: senang nak faham lelaki ni. kalau dia pergi, maknanya dia dah tak nakkan kau la tu. mungkin dia tak sampai hati nak bagitahu kau. kalau dia tinggalkan kau macam bodoh, tetiba kau tengok dia ber-relationship dengan orang lain. kau faham-faham je lah. kau pun dah boleh mula cari lain. berhenti berharap. dah dia buat kau macam bodoh, kau janganlah jadi betul-betul bodoh. faham?

eh perempuan. sedarlah weh. sumpah dowh! aku malu ada kawan macam kau. please lah. jangan tunjuk gila. JANGAN TUNJUK KAU MASIH GILAKAN DIA WALAUPUN KAU MEMANG DAH TAHAP GILA MEROYAN / GILA TALAK.

malu weh. lelaki duk bergembira sakan dengan dunia dia yang baru. kau cuma kenangan dia je. entah dia ingat ke tak kat kau. so, tak ada sebab kenapa kau perlu ingatkan dia lepas korang dah tak ada apa-apa hubungan.

girls: sedarlah. a boy tak akan kembali setelah dia meninggalkan, kecuali dia tiada pilihan lain.

post ni tercipta bila... tetiba aku rasa menyampah dengan seseorang. tak semua perempuan yang aku kenal macam tu. tapi adalah sesetengahnya memang jenis suka tunjuk gila.

tolonglah hentikan semua ni. aku merayu. sebab aku tahu, bukan aku je duk gelakkan kau, ex kau pun sama. please. aku maluuu~!!! hahahahaaaa. peace~

1 comment:

Encik Bulan said...

macam mana nak buat perempuan tu gila kat laki? ada tips :p