19.12.13

Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan

entry khas kepada bakal-bakal pengantin dari kelantan. ni saya nak share langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum nak shake hand tangan tok kadi wokey :)

jom baca sama-sama..

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN) 

● Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
● Isi borang dengan lengkap.
● Lampirkan dokumen yang berkaitan
● Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN 

● Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
● Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
● Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA

● Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
● Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
● Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
● Surat perakuan cerai
● Surat daftar kematian
● Sijil kursus pra perkahwinan
● Surat perakuan memeluk Islam
● Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
● Surat akuan Sumpah
● Surat kebenaran daripada imigresen
● Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
● Surat kebenaran berkahwin secara poligami
● Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

sumber: http://www.jaheaik.gov.my/v5/images/download/pdf/bpuk/prosedur-nikah-kelantan.pdf

ok dah.
nak cari pelamin murah? mengikut bajet anda? jom LIKE Facebook Rusma Bridal

6.11.13

Novel Baru Eka Fahara: Bukan Dia Tapi Aku

Sedutan sinopsis :

Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas! 

Hatinya pula tidak tenang bila wajah Iqbal yang jauh di perantauan sering bermain di matanya. Bayangan Nadira pula muncul dalam igauan ngerinya. Sampai bila dia harus menyembunyikan status mereka daripada Nadira dan Iqbal?

Apabila keikhlasan hati dan jodoh tidak bertemu di garisan takdir, wajarkah taat dan setia dijadikan pilihan? Lisa dalam dilema.

p/s: nak beli kena tunggu bulan 12. dan saya lah antara yang menunggu bulan 12. okbai~
sumber: fb alaf21

3.10.13

Novel Baru Damya Hanna (Nov 2013)

Berikan Aku Bahagia; aku yang sedia menanti, menunggu jawapan yang tak pasti

Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILLAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri.

Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan itu ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu, mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran di bawah langit biru. Kini, Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan sengaja menyembunyikan identiti diri, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus-terang.

Akhirnya, rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengecapi bahagia?

*rasanya dah lama tak baca novel dari Damya Hanna. so apa lagi? cepatlah november! :)

23.9.13

Satu Kisah Itu

satu kisah itu
cerita masa lalu

sangat pahit untuk dikenang
terlalu sayang untuk dibuang

bila disentuh kembali
rasa itu hadir dengan sendiri

ada suka ada duka
ada bahagia ada kecewa

pergilah kenangan
biar aku sendirian

*bebelan dari hati~

18.9.13

Tunang Jarak Jauh

dan bermula lah kembali episod cinta jarak jauh kami. sedihnya! bukan sedih macam dia pergi tahun lepas. mungkin sebab tahun lepas dia pergi dengan status sebagai "pakwe" sahaja. jadi bila berpakwe makwe ni, matlamat perhubungan masih samar kerana belum melibatkan keluarga. cerita cinta kita, hanya kita berdua. cewah~

berbeza kali ni, dia pergi dengan status "tunang" saya. selangkah ke arah perhubungan yang lebih serius. berharap, berusaha dan berdoa moga jodoh Allah dah tetapkan untuk kita berdua. pergi dengan status itu, membawa bersama maruah diri dan keluarga. semoga dia tak lupa...

di kopipes dari entri 3 tahun lalu: "untuk satu perhubungan yang kita sendiri belum tahu bagaimana kesudahannya, kita perlu jujur dan saling percaya. kejujuran dan kepercayaan itu sangat2 penting."

dan sekarang, hanya kejujuran dan kepercayaan dari dia yang saya harapkan. selamat jalan, encik tunang.

19410-19913. happy 3 years 5 months anniversary. i miss you already :-(

15.9.13

Berharap Lagi

moga dipermudahkan oleh-Nya
amin....

13.9.13

Happy 27th Besday Encik Tunang!

selamat ulang tahun ke 27 encik tunang... 
  • semoga dipanjangkan umur
  • semoga dimurahkan rezeki
  • semoga terus sukses dan berjaya 
  • semoga bahagia selalu disamping saya. kuakuakua
happy 5 month anniversary + happy birthday my bie!
me. loves. you. 
120913

7.9.13

Terlebih Rajin

hari ni aura rajin penuh dalam diri. nikmatnya kalau rajin ni berterusan sampai bila-bila. bukan rajin apa pun sebenarnya. rajin memasak. heheh *praktis untuk kenyangkan perut suami nanti. kuakuakua~

 menu lunch: kerabu jantung pisang

menu dinner: mee goreng

simple takpe janji perut sendiri kata "sedap". yeayyy!!!

25.8.13

Sibuk Sangat

lama sangat dah blog ni sunyi sepi. tak tau nak taip apa dah. sibuk sangat duk melayan candy crush. huhu korang yang pernah terjebak dengan kancah candy crush ni tau la macam mana tahap ketagihannya. memang gian habis. okbai

Selamat hari raya + maaf zahir batin :)

23.7.13

Berbuka Bersama

kali pertama selama kenal dia. akhirnya dapat jugak rasa suasana berbuka puasa ngan encik tunang. tak cayer? nampak tak cincin comel kat jari manis tu? hehe masa kapel tak dapat keizinan nak keluar berbuka bersama. so bila da tunang, kewangan da stabil sikit2 boleh la demand sesekali nak berbuka kat luar. ye dok? 

kami pilih pattaya village, (jalan berek 12) kota bharu. complete set untuk 2 orang RM55 
lauk: siakap 3 rasa + tomyam + kailan ikan masin + telur dadar + sambal belacan + ulam
dapat percuma: kurma dan agar-agar (ore kelate panggil beledo)
air: teh o beng (ais)! *air boleh pilih. ada sunquick, bandung cincau, sirap, sirap limau, teh o limau tapi teh o beng menjadi pilihan hati :)

tapi hari ni dia caj RM60 sebab ikan besar. memang besar pun. 2 orang makan tak habis. siap suruh bungkus bawak balik untuk bersahur. banyak sangat. makan sampai kenyang. 

terima kasih Allah, di atas rezeki kurniaan dari-Mu ini...
terima kasih Allah, di atas kebahagiaan yang Kau beri pada kami.... 
permudahkanlah segala urusan untuk menghalalkan perhubungan kami ini...
amin....

10.7.13

Hati-hati Student UiTM

awal2 ramadhan nak post pasal perkara yang sangat2 tak puas hati. haaa, adik2 dari UiTM yang bakal grad lepas raya ni, hati-hati ye! nak tau kenapa saya pesan hati-hati ni? supaya tak ditipu atau tak rasa tertipu. faham? tak faham? begini ceritanya....

yang nak konvo tak lama lagi, kalau nak pi amik gambar studio ngan family atau sorang-sorang mintak tolong berhati-hati dengan El Studio. tahun lepas depa guna nama El Studio. tahun ni saya tak tahu. saya cerita ni dari pengalaman saya. amik pakej mahal pun, janji siap bila tiba masa tak siap. 

pastu suruh orang tinggal resit dengan janji nak pos, tapi kalau tak cari memang tak hantar. kenapa tak call jer? mesti soalan tu kan korang pikir. dah call. nombor di phamplet 03-55102221 dan 0172733417 tak dapat langsung. bila check kat TM no tu didaftarkan atas nama MOHAMAD KHAIRUL FAZLI BIN ZAINI beralamat flat PKNS. nak alamat details pun saya boleh kasi. tapi masalahnya talian tu dah dipotong

so???? apa pilihan yang saya ada? mujur ada cik google. godek punye godek akhirnya dapat tau sekarang depa guna nama Eye Lens Photographick. jumpa page tu kat fb. masalahnya depa ni layan tak layan. kalau kita tak tanya, jangan harap depa nak inform pape kat kita. dah la hantar gambar softcopy salah. bila orang mintak gambar buat derkkk je. lepas janji, buat lagi janji. pastu bila kita tanya langsung tak balas pm kita. kita komen kat gambar, delete plak. kat wall langsung tak boleh post. bisnes apa macam ni?   

haaaa... ni peringatan sahaja. nanti akan menyusul cerita yang lebih lanjut kalau takde apa2 perkembangan dari pihak sana. nak printscreen mesej plak. hehee

p/s: korang kalau kenal orang dalam gambar ni, boleh komen kat sini ek. saya nak tanya dia dapat gambar softcopy betul atau salah.  kalau salah saya boleh kasi softcopy. ada gambar dia dengan family jugak. kesian kan? kenangan konvo ni bukan boleh di ulang...

selamat berpuasa kawan-kawan :)

3.7.13

Pada-Mu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-Mu

26.6.13

Jom Berubah

nak berubah ni tak mudah
kena istiqamah

hati mesti kuat hadapi dugaan
agar ianya berkekalan
berubah untuk kebaikan

18.6.13

Moga Dipermudahkan :)

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki.

11.6.13

Temuduga EIO Tesdec

orait. hari ni saya rajin nak update entry baru kat blog yang dah lama tak jenguk ni. terlebih rajin pulak hari ni. bukan cerita pasal kerja tapi pasal temuduga. dah lama pun temuduga ni tapi nak jugak share. sebab masa mula dapat surat cinta dar TESDEC ni, berpeluh depan lappy nak cari tips berkaitan TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ATAU EXECUTIVE INFORMATION OFFICER (EIO) tapi hancur berderai harapan. tak ramai yang share pasal ni.

jadi biarlah saya yang kongsi pengalaman interview ni kan. tak salah berkongsi pengalaman, cuma tak nak kongsi suami jerk. euwwww~!

okai macam ni, mula2 calon kena daftar dulu. hehe macam biasa la. pastu tunggu sehingga nama dipanggil. masa menunggu tu, akan ada orang suruh kita bersiap sedia dengan fail sijil2 dan salinan2 berkaitan yang dimaklumkan dalam surat tu.

yang tak berapa menariknya interview ni, awak datang awal pun nama akan dipanggil mengikut susunan dalam list yang diorang sediakan. saya bernasib baik sebab nama saya di nombor 4. jadi boleh masuk bilik temuduga awal. syukur, alhamdulillah. (boleh balik awal sebab saya datang dari kota bharu, kelantan)

anda akan dipanggil seramai 5 orang sekaligus. so berjemaah la kita masuk bilik mesyuarat untuk ditemuduga. di dalam bilik tu ada 5 orang panel yang akan soal siasat kita. hohohooo~! mula2 masuk terkejut gak, sebab ni 1st time saya di interview ramai2 dan panel pun ramai2 jugak. heee :)

calon2 akan diminta untuk memperkenalkan diri bermula dari calon yang namanya nombor 1. maka, saya calon keempat perkenalkan diri. bila semua calon dah habis perkenalkan diri, maka bermulalah sesi soal menyoal dari panel. maka jawab menjawab la calon. setiap calon akan disoal soalan yang sama seperti pengalaman kerja. pastu soalan lain-lain dah.

antara soalan2 lain: 
  • kenapa apply kerja ni? berbaloi ke tinggal kerja lama untuk jawatan EIO ni
  • apa tugas EIO di sekolah?
  • guna modem apa yang sesuai untuk sekolah?
tapi kebanyakan soalan lebih kepada peribadi. meleret-leret soalan dari jawapan yang kita beri. takde pun tanya isu semasa untuk group saya ni. penat2 je kita prepare tau. huhuuu

pastu lebih kepada perbincangan pasal penempatan. panel tu cakap, keutamaan diberikan kepada calon yang tinggal berdekatan. hampeh! kalau macam tu, baik tak payah panggil interview calon yang dari jauh. saya calon yang dilahirkan di terengganu dan membesar di kelantan. jauh2 datang dengar panel cakap macam tu. rasa macam, huwarghhhh.... sabar jelah!

p/s: jawatan EIO ni untuk rakyat terengganu sahaja wokey. 

setakat tu je lah boleh kongsi. lama sangat dah interview ni. point apa lagi saya dah tak ingat. #nyanyuk 

18.5.13

Berharap!

berharap...
moga encik tunang tak lupa
esok sembilan belas haribulan
please! please! please!
tolonglah jangan NYANYUK kali ni 

berharap sangat2...
tapi rasanya dia akan tak ingat 
sebab selalunya saya yang ingatkan

tak kisah lah.
asal tak lupa BESDAY saya je :)

15.5.13

Bersama Datuk Fatmi

teruskan perjuangan untuk PRU 14
kami puteri sentiasa di belakang #datukfatmi

10.5.13

Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

nice song. love it!

20.4.13

Saat Itu

thank you Allah, for everything. 

alhamdulillah. akhirnyaaaa....

pertunangan tanpa perancangan awal. hanya 6 hari sahaja. sabtu, 6/4/13 kak nora datang sebagai wakil nak tetapkan 12/4/13 untuk merisik. tup2 jadi majlis bertunang. bijop kan? hehe

penghargaan:
thanks to my beloved family yang banyak bersusah payah untuk semua ni. mama, bebe... my sister untuk hiasan  dan gubahan hantaran, mami, kakna, kaknini (thanks for the gift), my big bos puan Maznah Yaacob (Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu ) sebab bagi cuti hari Rabu dan Khamis, mira n family yang sudi masak untuk majlis ni. abg halim & kak ja yang sponsor kain tudung. cantik kan? tak lupa juga pada Kakma pemilik PENGANTIN JAYA RUSMA yang sudi menjadi penaja tak rasmi untuk majlis ini. terima kasih, semua!

kawan2 boleh LIKE FACEBOOK PENGANTIN JAYA RUSMA untuk tengok lebih banyak koleksi pakaian pengantin, pelamin, gubahan dan macam2 lagi. harga memang berpatutan. jangan lupa LIKE ye.

cukup untuk post kali ni. sebenarnya penat sebab baru balik perarakan penamaan calon. 

p/s: saya rasa lain sejak bertunang ni. dah semakin kurang bergaduh. yeay~!!
      
190413 happy 3rd anniversary, sayang!  

*waiting for the next step. 

10.4.13

Wordless Wednesday

bila impian bakal jadi kenyataan

3.4.13

Wordless Wednesday

ni bukan wordless lagi dah.

1.4.13

Politik OH Politik

ini pendapat dan pandangan peribadi. tak ada kaitan dengan siapa-siapa. nak terasa, silakan. tak nak baca, saya tak paksa.

pandangan selepas 2 bulan kerja dalam politik. ye, sejujurnya politik bukan jiwa saya. dunia politik bukanlah dunia kerjaya impian saya. nasib baik tak lama. mohon cepat2 tokjib bubar. saya tak sabar nak rasa mengundi kali pertama. 

duk pungpang pungpang isu ntah apa-apa. mana-mana parti pun sama. saling cari kelemahan dan kesilapan parti lawan. kenapa tidak berusaha untuk memperjuang dan menaikkan parti sendiri? ketengah isu atau program yang dah berjaya parti anda lakukan. kan senang macam tu. rakyat ada otak. diaorang boleh fikir parti mana baik, parti mana buruk.

bab media pun satu. telus? hampeh! rakyat nak baca sesuatu yang neutral dari media. bukan bias. tak berat sebelah. tapi kalau media duk laporkan hanya sebelah pihak, adilkah tindakan sebegitu pada rakyat biasa macam saya? heheh. ambo rakyat biaso jah. ambo baca pasal politik di malaysiakini, nak baca isu setempat ambo baco sinar harian. pah gak ambo baco novel jah :)

PEMIMPIN. JUJUR. AMANAH.

PEMIMPIN tertinggi JUJUR dan AMANAH, belum tentu semua pekerja bawahannya punya sikap yang sama.   sekiranya pekerja bawahan JUJUR dan AMANAH belum tentu PEMIMPIN tertinggi punya sikap yang sama. apa-apa pun, KRONI tetap diutamakan.

dalam dunia politik 
manusia jadi bodoh
adik beradik boleh bergaduh
sanak saudara boleh jadi musuh

p/s: undi kita rahsia. pilih siapa yang kita percaya. peace!!!
saya dah meroyan kat twitter

28.3.13

Syukur

langkah demi langkah
mencari redha-Mu ya Allah

panjangkanlah perhubungan ini
untuk ia menjadi halal di sisi-Mu

terima kasih, Allah
di atas kebahagiaan ini

28032013 kenangan tercipta :)

24.3.13

Selamat Hari Tua Sahabat!

tersebutlah kisah zaman dahulu kala
1987 - 24 hari bulan tiga
lahirlah seorang puteri
yang tau menangis sepanjang hari
itu cerita 26 tahun dulu
sekarang dia dah besar
dia roomate paling best untuk dibuli
dari zaman matrik hingga uia gombak
tak buli dia hati jadi resah
hebatkan penangan dia?
hari ni hari istimewa dia
iaitu hari peningkatan usia
moga dia semakin matang hendaknya

dia jauh. jauh di oversea. kalau tak pandai berenang, memang tak boleh pergi jumpa dia. tapi takpe, biar tak jumpa asal tak lupa. ye dok? hehe. ni entry khas untuk dia. ada entry khas sebab dia sangat (special)! tak semua kawan2 saya bertuah ada entry special dalam blog ni tau. yang terpilih sahaja. limited edition orang kata. curlast gitu :)
happy 26th birthday kakbun!
p/s: sombong la dia sejak ada abe O_ (isi tempat kosong) ni. woiii mu dapat call free tu, reti2 la call aku. ke dah delete no aku? haha tak elok sombong2 ni. tuhan marah. heee

19.3.13

Terima Kasih POPULAR :)

setelah sekian lama menunggu, akhirnya hadiah dah dapat. yeay!!!
 
1) kad keahlian POPULAR selama setahun. 
2) voucher RM50
3) 4 buah buku:
  • Isteri-isteri & Keluarga NABI SAW - buku ilmiah. boleh saya tambah pengetahuan. 
  • Jangan Bersedih - buku motivasi. macam kena dengan keadaan saya sekarang. banyak sedih la. huhuuu. kat buku tu ada "best seller". moga2 buku ni best.
  • Novel Akukah Puteri Itu? - tak reti nak komen lagi sebab nampak cover macam novel remaja belasan tahun je. tak pasti. tapi asal novel semua ok kan?
  • Penjagaan & Kesihatan BAYI Sejak Lahir Hingga 12 Bulan Pertama - yang ni nak buat amal jariah. boleh sedekah pada adik! kalau dapat buku berkaitan perkahwinan ok kot untuk saya baca. hahaa
apapun, terima kasih banyak2 kepada POPULAR ye. saaaayang ketat2 tau. euwww :)

haaa... ni la peraduan yang susah payah saya join
oklah. setakat ni je. mau tidur. esok den kojer. banyok kijoan nak buat. ni pun baru balik meeting ek. harap maklum. sempat lagi nak update pasal hadiah ni. nak kasi tahu semua reader. hihihiii sedikit riak di situ :)

last: thanks ye encik 9! susah payah teman kita pi amik hadiah. katanya, buku 'jangan bersedih' tu anggaplah hadiah dari dia. puiiii buley gitu?

nite guys. love you more...

16.3.13

3 Cerita

mata masih taknak pejam. jari pulak gatal nak menaip. hurm... nak berhikayat la sikit malam ni. layan~

CERITA 1: hari ni hari paling terkejut! bukan sebab PI Bala meninggal tapi sebab cik tikus yang nyaris-nyaris memusnahkan sebahagian novel-novel kesayangan saya. mujur mama kemas barang pagi tadi dan tengok keadaan kotak ni. kalau tak, nangis tak berlagu la saya.
tikus yang kelaparan sampai kotak pun mau makan


mujur novel selamat. sihat walafiat. so, kena beli plastic box la lepas ni. bukan tak beli, dah ada dah 3. saiz besar 1, saiz kecik 2 tapi masih tak cukup. dul novel-novel tersusun cantik dalam rak buku tapi bila makin banyak, bilik pun sempit jadi kita simpan dalam kotak cantik-cantik. letak kat dapur. tak sangka tikus kat rumah kita ni kebulur sangat.

CERITA 2: semalam blackout dari pukul 11.00pm sampai 6.30am. masa tu tengah syok chat ngan ustazah bun kat fesbuk. tetiba zassss! gelap gelita. makan kami bertemankan cahaya lilin semalaman. haaa tengok ni:
romantik gitu weiii

saya ngan mama tidur kat ruang tamu. sebab dalam bilik banyak nyamuk dan panas. seronok jugak ek camni. pastu bila bangun pagi, terfikir camne la zaman dulu hidup dengan pelita. takde lampu, takde elektrik. susahnya hidup diorang. maka, bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang.

CERITA 3: petang tadi pi tengok kapal terbang ngan aisyah kecik, mama dan bebe. kebetulan masa tu Dato' Najib berangkat pulang setelah lawatan sehari di kelate ni. so budak kecik ni boleh la tengok banyak sikitlah kapal terbang. sian dia. banyak kali dah call tanya bila mama tok, bebe dan kaklong nak datang rumah dia. so, pi ambil bawak jalan-jalan.
budak tak dengar kata. hehe

ok dah. tiga cerita sahaja untuk malam ni. simpan cerita lain untuk entry lain pulak. sebenarnya ada cerita gembira. hurm... mungkin tak lama lagi saya share. kena tunggu masa yang sesuai dulu. doakan yang terbaik untuk saya ye readers tercinta semua. me loves you :)

1.3.13

1/3/13

jumaat, 1.3.13. nice day and nice date :)

takde apa yang special dengan tarikh ni. hari jumaat. tidur dan bangun lambat. seperti biasa, jumaat adalah hari untuk cuci kain baju yang dah seminggu bersemadi dalam bakul. dah kerja kan, busy lah memanjang. HAHA *busy lah sangat!

hari ni hari mengamuk. geram kat someone dan lepas geram melalui sms. haaa... boleh la nak kenal siapa siti aishah yang sebenar. jangan ingat kita diam selama ni, kita tak tahu apa-apa. kita diam, kita tengok, kita nilai, kita fikir. bila nampak dah melampau dan nak pijak kepala, baru kita bersuara. dan bila sekali saya bersuara, boleh tengok la macam mana jadinya. haru jugak kau kan!

hari ni jugak hari tak sihat. nak sihat macam mana kalau hati tak pernah tenang? dalam masa 3 hari, dua kali pergi klinik. alhamdulillah, semoga sakit ini tidak berterusan dan sembuh cepat. muak dah makan ubat antibiotik yang besar dan pahit tu. huwaaaa!!

'Dia Tak Tanya' dah habis baca. sepatutnya jumaat dan sabtu nak baca novel baru order dari Jemari Seni. tapi nasib tak berapa baik, masa posmen datang takde orang kat rumah. sedihnya!! esok kena pi amik sendiri kat pejabat pos.

nak jugak buat review novel ni. sebab lain dari yang lain. tapi kena tunggu mood datang dulu. sekarang mood menghilang. sabar ek :)

baru perasan, lama dah saya tak review novel kat blog ni ya? hurm... ok lah. setakat ni sahaja.

update: KELATE 1-1 PERAK. mujur seri. heheh

27.2.13

Dialog Sengal Sebelum Maghrib


A: awak, saya rasa kerja ni tak sesuai dengan saya.
B: memang takde kerja sesuai. kerja nak arah orang je. nak jadi bos!
A: eh, molek sikit! saya bukan nak jadi bos tapi saya nak buka bisnes la.
B: huh, bisnes apa la
A: jual novel. tapi masalahnya takde modal la.
B: berapa DINAR nak buat modal?
A: HAHAHAHAA amboi dinar2 plak sekarang
B: tiru zaman p.ramlee lah :)

p/s: kadang2 dia pandai buat lawak. tapi nak tunggu lawak dia tu yang susah.

thanks for always being with me. thanks for always listening when i'm potpetpotpet. 
me, loves you 

22.2.13

Seperti Ada Yang Tak Kena

ada sesuatu yang tak kena
dengan rasa yang ada di jiwa
saya ni pasif orangnya
nak yang aktif, bukan saya

melihat, memerhati dan berfikir
hanya bicara dalam diam

hidup saya dunia saya
dipenuhi dengan membaca novel
dinikmati dengan gurau senda bersama keluarga
dihiasi dengan kasih sayang dari si dia. ehem ehem!!!

akhir-akhir ini
saat. minit. jam. masa
seakan tidak cukup untuk diri sendiri
penuh dengan tuntutan yang tak sepatutnya

kenapa begini ya?
dulu cakap lain. sekarang jadi lain

siti situ sana sini
siti nurhaliza boleh
tapi siti aishah tak boleh
okbai :)

16.2.13

Dunia Kerjaya

alhamdulillah...terima kasih Allah atas kurniaan rezeki ini dari-Mu. 

4/2/2013 akhirnya AZAM NO 2 tahun 2013 tercapai. sudah ada kerja. walaupun kerja yang tak berapa nak tetap. sudah boleh simpan duit. hehe rasa macam nak putar je masa biar cepat2 akhir bulan. lalalala~ 

kerja. kerja. kerja. itu dunia saya sekarang. masa untuk diri sendiri pun semaking kurang. tetiba jadi rindu dengan masa-masa terluang dulu. boleh bangun lewat. baca novel sampai 2 pagi. itu semua suatu masa dulu. sekarang dah lain. lain yang sangat lain.

Tuhan, andai ini rezeki Kau tetapkan untukku...
tetapkanlah hatiku agar ikhlas dan redha dengan kerjaku...
jauhkanlah aku dari manusia-manusia yang punya hasad dengki...
kuatkanlah imanku agar tidak lupa tanggungjawabku sebagai hamba-Mu...
amin...

29.1.13

Rasa Hati


bicara tentang hati
sukar untuk dimengerti
mengapa sebegini payah
untuk aku meluah

dalam hati ada rasa
rasa sayang pada dia
ku berharap dia juga
punya rasa yang sama

tolong fahami aku
terimalah aku apa adanya
kerna hanya denganmu
aku kenal apa itu bahagia

saya kebosanan. maka wujudnya entri ini :)

25.1.13

Download Sehangat Asmara

ini entri khas untuk peminat setia Aisya Sofea atau drama Sehangat Asmara tapi tak langgan astro yang mahal. heheee macam saya la. kat rumah baru setahun ada astro. tu pun ambil pakej paling murah. ok la tu kan, dari takde langsung? 

kalau yang tak langgan pakej mustika HD tu, mesti tak dapat tengok. tapi teknologi sekarang dah canggih. tak boleh tengok di tv, kita tengok ngan lappy :) encik goole ada. apa guna google jadi search engine kalau tak membantu kita. ye dok? lalala~

kepada yang mencari link download atau tonton online sehangat asmara, harap2 jumpa la blog saya yang tak berapa comel ni ye. kiut tu ada. hahaa *perasaan kejap!

baiklah, kembali pada topik asal. ini link untuk korang tengok online: 
  1. http://www.ceritamaster.com/2012/11/sehangat-asmara-full-episod-movie-online.html
  2. http://www.flm2u.com/2013/01/sehangat-asmara.html
  3. http://ezany-kun.com/video-drama-sehangat-asmara-full-episode/

saya tahu 3 link ni je. kalau ada link lain boleh la korang share kat komen. 

nak tahu lebih lanjut apa yang saya membebel pasal drama ni boleh klik kat bawah ni:

oklah. mood tak berapa ada nak menaip panjang2. sekadar nak berkongsi pada yang masih tercari-cari. sekian saja untuk entri kali ni. selamat menonton semua.

zainal arief ♥ kamilia najwa

23.1.13

Celebration :)

burger yang tak ngam dengan selera melayu saya

18.1.13

Rasa Itu

rasa itu
satu yang istimewa
ada gentar di dada
ada bahagia di jiwa

hadirnya rasa itu
bukan ku pinta
malah tak terduga
semuanya dari Yang Esa

dengan rasa itu
aku terus menunggu
takdir perjalanan hidupku
agar kau dan aku di pertemu

*terima kasih awak, sebab tak lupa :)

16.1.13

Entry Khas Untuk Bakal Pengantin

PERHATIAN!!!!!

kepada bakal2 pengantin terutamanya sekitar Kota Bharu, Kelantan. saya nak cadangkan satu kedai/butik pengantin yang diberi nama Pengantin JAYA Rusma

antara yang ditawarkan:
  • pakej pertunangan
  • pakej perkahwinan
  • pakej gubahan hantaran
  • jurufoto untuk sebarang majlis
  • pakej solekan (boleh juga belajar make-up kepada yang berminat)
  • persalinan pengantin (baju pengantin) rekaan terkini, moden, simple.. semua ada.
yang menariknya di Pengantin JAYA Rusma, anda boleh berbincang dengan kami dan request apa yang anda mahukan. sedaya upaya kami akan realisasikan impian anda. 

jadi, jangan malu jangan segan. anda boleh KLIK kami di :

BLOG Pengantin JAYA Rusma


Alamat: LOT 511 Jalan Long Yunus 15200 Kota Bharu Kelantan
Emel: rusma8099@yahoo.com atau rusma8099@gmail.com
No Telefon: 013-9901330 (kakma). Ok dah. Jom tengok sebahagian gambar :)

..pelamin..

..mini pelamin..

..meja makan..

 ..bilik tidur..
sekian untuk entry ni. nak tengok gambar, di facebook ek :)