29.9.09

Novel baru Alaf21- September

MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

Tajuk: SAKSI CINTA
Penulis: WANA AMANI
Harga: RM18.00
Halaman: 488

Budak-budak Beraya

sekarang kat sun lab
ada lecturer kat depan
tapi still berpeluang
upload gambar2 yang saya suka
sepanjang beraya last week

antaranya:

kak ngah + fir di awal pagi syawal


nak p kubur ni

xsopan langsung!

kakchik yang suka melawa

1st time fir berkemeja. hensem la jugak!

ecah oh ecah!

fir + ecah makan keropok!

suka kalau ecah jadi adik ipar saya! mereka sesuai kan?

me with ecah!
sama cantik kan?


28.9.09

Mertua vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, "Dari ibu mertuamu"

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, "Rasakan kau!", sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, "Dari ayah mertuamu".

Study + Study + Study


dah abes cuti raya
sekarang di UIA
kehidupan sebagai seorang pelajar
perlu diteruskan


hari ini
sempat jenguk e-mail
dapat pula ucapan raya
dari Rose Harissa
macam tak percaya pun ada
sebab saya pernah sekali
hantar "komen" pasal novel
Tuhan Lebih Tahu
ni email raya darinya
jejaka di atas tu, semuanya hero novel (Eddy Ezli-berdiri tengah hensemkan?)

27.9.09

Puasa Enam


PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN


Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1431H. akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Copy from: ISU HANGAT

25.9.09

Beraya Bersama Best Friend

hari ini
saya dan keluarga ke rumah
kawan + sahabat + teman
Amiratul Khaliesah

she's one of my beloved fwens
knowing her since 2000
masa tu baru 13tahun
sampai sekarang masih lagi bersama

walaupun terpisah selepas PMR
masing-masing bawa haluan sendiri
saya ke SMKZ 2
dia ke SMK Bachok (kalau xsilaplah)

selepas SPM
saya ke CFS IIUM
dia ke Maktab Perempuan Melayu Melaka

sekarang
kami sama-sama di tahun 2
lambatnya kita habis belajar kan?

saya + Amiratul
kami memang rapat
family pun kenal
dah macam keluarga sendiri

makan nasi lemak kat umah Amiratul
sedaaaap saaangat!
nak tambah tapi malu
hihihihih

esok nak pergi kemaman pulak
hantar emak dan adik-adik
tadi sempat masak
kek coklat + cornflakes madu
untuk adik farham
kira orait la tu
kali ke-3 buat kek coklat
sedap la jugak
opssss
terperasan lah!

24.9.09

Cerita 4 Syawal

bangun tidur di awal pagi
betul-betul awal lah
solat subuh okeh
dah takleh nak tidur
sakit gigi la pulak

dah ok sikit
tetiba terfikir nak buat kek coklat
even dah buat di malam raya
tapi masih tak puas hati
sebab kek tu tersangat amatlah keras
takleh makan langsung!

tengah enak merasa kek
dapat pulak panggilan
dari izzul
cakap nak datang beraya
rezeki mereka merasa kek dariku
macam tahu2 je ada kek special
patutlah tergerak hati nak buat kek coklat
nak sambut teman2 lama rupanya
kesian pulak kat geng diaorang
dah 3x call hanset
tapi tak dijawab
busy buat kek lah katakan

tunggu izzul punyalah lama
bila call
dia cakap jalan jam ngan buaya dan semut
aduiiii
bab loyar buruk memang no 1
izzul lah juara

sepatutnya nak pergi hospital
nak melawat atuk sedara yang sakit
tapi layan tetamu dululah

skali datang 2 buah kereta beb
fairul + aiman jadi driver
sebab dua kereta
nak parking pun susah (cewah!)

ni lah tetamu tak diundang
spesies muka tak malu (hehehe;p)
izzul (boss besar!) + fairul + kamil + shahrul
ngan mereka ber4 ni selalu jugak contact
lagi 3 jejaka tak malu
shahrizan + nazari + aiman
dah lama tak jumpa mereka ber3 ni

nak komen lah sikit
izzul- potpet2 cam biasalah (tak reti penat)
fairul- masih ngan lawak selamba (susah nak ingat kawan2)
kamil- datang beraya pakai kasut + stokin (giler hensem kasutnya..)
shahrul- senyap je (kenapa ye?)
shahrizan- tak malu tambah air (real punya perangai)
nazari- dah tak macam zaman sekolah (hehe..hanya yg kenal memahami)
aiman- bercerita pasal kastam + hantu (teruk! no phone saya pun xde!)

lepas asar
abang lan pulak datang
part ni buat saya bengang
sebab waktu tidur terganggu!
so apa lagi
bangun-> tukar baju-> cuci muka
layanlah tetamu
uishhhh
awal-awal lagi dah di tegur
"baru bangun ke? patutlah call tak jawab!"
sorrylah brader
waktu i tidur memang i jarang nak jawab call
kecuali dari orang2 penting sahaja
okaih?
abang lan datang bawa awek
bakal tunang kot

pukul 6.30pm
pergi hospital KB (hrpz2)
kesian kat tok chik
wayar penuh
dia pun dah kurus sangat
macam2 penyakit bila dah berusia ni

da malas nak menaip
penat!
baru balik dari umah mami
konon ber BBQ
mak + adik tukang bakar ayam
saya tukang makan
juga tukang complain
tata aLL

21.9.09

Salam Aidilfitri

dah 2 Syawal
masih tak terlewat
nak wish
Selamat Hari Raya Aidilfitri

agak busyLah bila raya menjelma
nak online pun tak sempat

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
-ecah-

Lagu raya yang saya suka dengar

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

16.9.09

Aku Cinta Dia


novel baru
dari Sharifah Abu Salem
sukaaaa sangat
byebye


review bab : klik sini

sinopsis:

DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Nak Beraya

dah lama tak membebel di blog
busy nak beraya
malam esok
adik saya yang ni pulang
bertolak dari UM kul 9.30pm
ada 11buah bas untuk
bawa pulang anak-anak kelantan


tugas harian saya sekarang
bangun pagi
jaga budak-budak degil + nakal ni
aduishhh

ecaeca ecaeca ecaeca ecaeca
pening kepala!
duk potpet-potpet everyday

kena lah jaga adik
sebab mak pergi jahit langsir
setiap pagi
petang baru balik

nak surf internet pun tak sempat!
tension betul

10.9.09

Pesta Buku 2010?

Mata masih fresh
online facebook
jenguk-jenguk blog
skali jumpa ni

nak tengok jadual tuk next sem
time tu saya kat UIA or tengah berHoliday
hopefully still kat UIA lah

menghitung hari
bukan hari nak raya je
tapi hari menjelangnya pesta buku ini
yuhuuuuuuuuuu
kena surveylah novel-novel dari sekarang
pastu simpan duit (poser isnin khamis la nampaknya)
then pi perabis kat PWTC
macam tahun-tahun sudah

tahun depan nak pergi ngan sape?
2008 & 2009
pergi ngan roomate
Kak Dayah & Haizum
xsuka pergi ramai-ramai

thanks to Kak Dayah
sudi bawak ecah for the first time
thanks to Haizum
sudi temankan kita pusing2 pilih novel
korang berdua memang best!

8.9.09

Dugaan Menjelang Cuti

assignment CN in progress
due date: tomorrow before 11am
sepatutnya online untuk cari coding

skali terYM ngan kecik
mestilah melalut lama-lama
dah lama tak borak
punyalah sengal teman saya tu
2+5=7 je ngan saya
bab kelentong cikgu no 1
kamilah juara
sekarang terbawa-bawa sampai ke UIA n UPSI
kesian kat lecturer

rindulah kecik!
sem ni tak keluar bersama lagi
like this pic very much!(muka mcm budak baik okaih)

pagi tadi semasa kelas BM
my friend got Warning Letter from Cikgu Noraini
sekarang akan berfikir 11x sebelum ponteng
cikgu tu diam2 berisi rupanya
hohoho
sebenarnya baru berhajat
taknak pergi kelas BM hari Khamis ni
plan will be cancel la
hohohoo

esok
nak keluar ngan adik
pergi Sogo
tak tahulah dia nak beli apa
tak kisahlah
bab jalan-jalan tak pernah ada masalah

nampaknya esok
skip 2 classes
CN + Da'wah
to Sir Teddy n Ustaz Yamin Cheng
see you after Hari Raya
ampun maaf dipinta
from your student yang sengal

7.9.09

Novel-novel Saya

okaih
bangun sahur
tak tahu nak buat apa
lepas makan
edit lor gambor
novel-novel yang saya ada

inilah koleksi novel-novel saya
(klik pada gambar untuk besarkan)
ni tak termasuk lagi yang saya baru beli 3 bulan lepas
banyakkah?
lebih suka beli
dari meminjam dan memberi pinjam
itulah sikap saya
hehehe

wokaih
nak sembahyang
nak sambung tidur
chaw!

6.9.09

Penat


hari ke 16 berpuasa
baik punyer orang
tak miss lagi tau!

tapi hari ini
tak bangun sahur
sedar-sedar je
dah pukul 6.15am
terkejut la jugak

ramadhan kali ini
lebih bermakna
sebab saya bangun untuk sahur
tak macam tahun-tahun lepas
agak susah nak bangun
tapi hari ni
tak pasal-pasal tak bangun

kenapa ya?
banyak alasan dalam kepala
sebab baca novel sampai 3am?
sebab penat jalan petang semalam?
sebab handphone tetiba wat hal?
sebab tidur kekenyangan malam tadi?

dush!!
sepatutnya saya keluar hari ini
dah janji dengan adik
tapi last minute kena cancel
sebab saya takut
bila tak bersahur
penyakit lama menyerang kembali
dah lama saya tak sakit
perut pulak kosong
macam mana nak ada tenaga

sekarang ni pun
dah tak larat dah
sebenarnya nak basuh pakaian
kena postpone esok la nampaknya

hanya menghabiskan masa di bilik!
tersangatlah bosan

5.9.09

Hari Ini


tak pergi kelas parenting

alasan: malas + nak cukupkan tidur
lagipun homework tak siap
camne nak pergi

pukul 12.30 ada discussion BM
venue: Edu Cafe
tak sempat siapkan semua
pukul 3
saya dan syefa dah blah
syefa nak balik umah kazen
saya pulak nak kuar ngan adik

lebih kurang kul 4.15pm
pergi JJ Wangsa Maju
seronok!
beli donut Big Apple
beli cardigan warna hijau(adik bayar la)
cantik dan menarik buat saya tertarik
thanks sis
saaaaayang mung

singgah bazar Ramadhan jugak
beli ayam percik
memang la sedap
sebenarnya nak beli rojak ayam
tapi dah habis
takde rezeki nak merasa

next week dah tak jumpa adik
sebab saya balik dulu
adik saya balik seminggu kemudian

sekarang
saya dah boleh baca novel
"Tiada Noktah Cinta"
saya tak suka baca novel bila ada orang
kalau kat rumah pun
saya lebih selesa baca dalam bilik sensorang
privacy beb!
senang kalau nak nangis takde yang tahu
hahahaha
tapi stakat ni takde la sampai nangis
terharu sikit-sikit jer

ok lah
sampai sini dulu
nanti bila da abes baca
saya review kat blog ni

h.a.v.e f.u.n!!

4.9.09

Novel - Tiada Noktah Cinta


novel baru dapat
adik belanja
RM30.90
beli kat MPH Jaya Jusco Wangsa Maju
thanks a lot sis!
suka ada adik macam ni
memahami hobi kakak



sekarang
misi menghabiskan bacaan
tapi tak mula belek lagi
nak tunggu hari ahad

3.9.09

Dugaan Puasa

today is Thursday
next Thursday
semestinya saya balik!
yuhuuuuuuu
tak sabar nak tunggu 10hb

hari ini
pra-pembentangan Bahasa Melayu
group Ushna the best la
preparation tu ada
cuma salah faham technique sikit
biasalah tu

hari ini juga dalam sejarah
saya beli makanan lebih dari hari-hari sebelum ini
sotong masak pedas + telur bungkus + sup ayam
aduihhh
jenuh nak habiskan semua tu
masa beli tak terfikir la pulak banyak
dah balik bilik
baru perasan terlebih makanan
takleh nak buat apa dah

sms bebe dan mak
"kak long beli banyak untuk berbuka. Balik raya nanti boleh tengok la kak long gemuk" bebe reply
"kalau gemuk bebe kasi samah!"
faham tak?
samah = 50 sen
ingat ni ecah 50sen ke bebe?
pastu bebe cakap
"dah makan bayak, terawih kena banyaklah!"
hahahaha
"banyaklah sangat bebe"

esok nak keluar
pergi jalan-jalan ngan adik
pastu dia singgah sini

sekarang pening ngan assignment CN
nak kena submit next week
susah la weiii
dah la tengah melayan mood raya
macam taknak buat je assignment tu

dah panjang membebel ni
stop here!
tata
+ Life is simple, just take it easy! (ayat penyedap hati)

2.9.09

Post Sebelum Berbuka


agak sengal
dah mula melayan lagu raya
hahahaha
mood raya dah ni
kalau boleh nak terbang pulang
nak berbuka pun sempat lagi
menghiburkan telinga

jom nyanyi...
hiasi diri indah
riangkan hati gundah
bersihkan jiwa
sesuci lebaran
hihiihihi

-JOM LAYAN-

raya last year.
Kakchik sampai tertido tunggu kaklong balik sembahyang nak main bunga api!

1.9.09

Komen Rindu Untuk Dia

Dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya...

Novel ni saya beli sebelum bertolak balik ke Kemaman baru-baru ini. Buat bekal di dalam bas. Perjalanan di siang hari teramatlah "memboringkan". Dhiya Zafira punya novel memang best. Saya dah baca dua karya beliau yang terdahulu. Ku Damba Bahagia dan Rindu Belum Berhenti. Rindu Untuk Dia ni berkisahkan Amie dan Jad Imran. Sinopsis Sini Amie dan Jad Imran ni bertunang namun Amie melarikan diri seminggu before majlis kahwin. Sebabnya, Amie di rogol oleh bekas tunangnya, Zahim. Awal-awal baca, memang saya langsung tak jangka. Banyak persoalan dari awal sampai nak habis. Tapi cara pengolahan teramatlah berkesan. Banyak yang saya tak menjangka tetapi itulah yang terjadi. Zahim dalam cerita ini sangat jahatlah. Last-last mati dilanggar kereta api. Padan muka! Jad is a very gentleman for me. Tapi kesian la pulak kat Suraya sebab si Jad ni tak jaga hati isteri. Tapi itulah pengorbanan Suraya untuk membalas jasa Jad yang pernah menyelamatkannya. Sedih siot kalau jadi Suraya. Boleh pulak dia suruh Jad ni pergi selamatkan Amie sedangkan dia sendiri bertarung dengan maut. Apapun, Jad mestilah pergi coz Amie ni perempuan yang dicintai. Then, bila Jad dah pasti Amie betul-betul selamat, dia tinggalkan Amie dan kembali kepada isterinya. Ada juga kisah Izz Karami (RBB) dalam novel ni. Cuma tak tahu pasal Adni je. Rindu lah kat watak depa berdua tu! Saya juga tertarik dengan cara Jad perkenalkan dirinya kepada Amie. Siap dengan maksudnya sekali. Fuyoooo hebatlah! Part yang Jad pukul Zahim kat car park. Punyelah ingat betul-betul sampai lebam tangan. Rupanya mimpi. Pastu bila adik dia tanya kenapa dengan tangan, marah la pulak. Padahal malu sebab mimpi sampai p hentam ntah apa-apa! Ada juga unsur rasuah yang melibatkan pihak atasan PDRM dan KDRM. Actually in real life, memang ada orang atasan yang terlibat. Merekalah yang menjadi "orang dalam" untuk menyebarkan maklumat kepada penjenayah.
Niway, Conrats Dhiya Zafira. Novel ini lain dari yang lain. Dah jemu layan novel cinta-cintun sekarang ni. Sekali sekala nak juga beralih angin kan? Belilah. Confirm best nyer!

Cuti-cuti Merdeka

gelagat adik2 bila sesekali bersua

rindu kat kak chik n Fir
rindu kat budak makan banyak (pa-ang)
rindu nak berbuka puasa ngan mak
rindu nasi ayam yang mak masak
rindu telur bungkus kemaman (sedap beb!)

selama berada di rumah emak
saya sempat belajar masak kuih tau!
hehehehe
semakin kurus!
aduiiii
balik kampung pun
ada yang tegur saya semakin kurus
puasakan?
mestilah kurus
kurus ke gemuk tak apa
asalkan sihat tubuh badan
sangat tak suka bila
selalu ditegur perkara yang sama!

percutian kali ini
tersangatlah indah
tak sangka pulak
akan berbaik semula ngan dia
selama setahun kitaorang bergaduh
ermmm bukan bergaduh jugak
nak panggil apa ek?
tak bergaduh cuma tak bercakap
sekarang dah OK
berkat Ramadhan kot
Alhamdulillah

Trionovel Ogos Alaf21

GERIMIS RINDU
Harga: RM19.90
Penulis: Meen Zulaikha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-461-6

Sinopsis:
AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.
Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konflik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.
Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

MAKNA CINTA
Penulis: Maria Alina
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-449-4

Sinopsis:
SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

RINDU UNTUK DIA
Penulis: Dhiya Zafira
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-448-7

Sinopsis:
AMIE NAJLA’ nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.
Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa. ++Novel ni best. Saya dah beli pun. Confirm tak menyesal lah kalau beli. Great writer! 4*