30.11.11

24.11.11

Rindu Orang Jauh

eh, pelik. semalam saya lain. bukan saya kata, tapi orang opis yang kata. mungkin sebab saya diam je. selalunya potpet2. kenapa ya? PMS? runsing? serabut? tension? stress? bukanlah.

saya rindu. rindu dia.
dia yang akan tinggalkan saya.
buat sementara sebab ada kerja.

tapi saya rasa lama.
isnin. selasa. kami tak jumpa.
rabu dia bertolak.
jumaat baru balik.

maknanya...
1 2 3 4 5 hari tak jumpa.
semalam awak tak pergi lagi, tapi dah ada rindu dalam hati.
sakit tau:-(

staff kat sini nampak perubahan saya. terukkan saya? saya jadi begini sebab saya sayang awak. sayang saya bukan sedikit. harap awak tahu.

ok, bye. nak balik keje dah. ahad cuti. bleh dating:)

23.11.11

Bukan Review - Setia Hujung Nyawa

bangun pagi tadi, sempat baca novel ni setengah jam. yeay!!! berjaya habiskan. sanggup bangun untuk baca novel sebab malam ni dah tidur kat rumah sendiri. ouh. rindu katil sendiri sangat2.

selama kat rumah mami, sempat baca 2 novel. 'usah menangis sayang' dan 'setia hujung nyawa'. post ni nak share ayat dari novel tu yang saya suka.

  • kita cemburu sebab terlalu sayang. lalu jadi marah dan fikir yang bukan-bukan. sedangkan tak semestinya apa yang kita fikirkan itu tepat. jangan singkat berfikir. kelak keputusan yang diambil memakan diri.
  • perkara dah lepas tak mungkin kita kembalikan. tetapi kita punya peluang untuk mohon ampun. redhalah dengan masa lalu.
  • jiwa yang sakit, penawarnya adalah hati. lapangkan dada, keluarkan rasa sakit hati.
  • bahagia tak akan mampu dimiliki jika masa lalu dijadikan sebab. bahagia tidak akan bertamu kiranya ruang masa lalu dijadikan penghalang. untuk menggapai bahagia, biarlah masa lalu berlalu. usah dikenang sebagai sempadan hari ini.
  • jika hati tak bertenang, selalu nak marah-marah. memang kita tak akan jumpa jalan selesainya.

ok. dah. takde wordless wednesday hari ni. sebab rajin nak menaip. mami dan kakna dah selamat sampai semalam. alhamdulillah. semoga mereka berdua mendapat haji yang mabrur.

p/s: encik 9 saya masih di sini. belum pergi lagi. tapi dah ada rindu dalam hati:-(

21.11.11

Hari Tanpa Matahari

hujan yang turun... bagaikan mutiara

pergh. hujan. berdasarkan ramalan kaji cuaca, hujan bermula hari isnin. bermakna, bermula hari ini. tapi kita ada Allah yang maha mengetahui. semalam dah hujan. malam tadi pun hujan. pagi ni pun hujan. lebat pulak tu.

alhamdulillah, hari ni ada pemandu peribadi hantar keje. tak payah nak susah2 drive meredah hujan kan? hurm... rasa macam nak balik awal jerk. hehe pengetua takde, pk hem takde, pk ko pun takde. so, kita semua ketua.

nak balik. nak keje separuh hari je. sejukkkkk. kalau balik boleh tidur. nampak selimut je sekarang ni. heh. mengada betul. sekeh kang!

p/s: men angrybird. mau lawan cuna lor.

19.11.11

19112011

perjalanan yang masih jauh
dan kita bersama mengorak langkah

andai jatuh dan terluka
kembali berdiri dan terus berjalan
kerna masa tak pernah menunggu manusia

jarak terlalu jauh
masa terlalu panjang
untuk sampai ke destinasi

cepat atau lambat
waktunya akan tiba
cuma kita tak tahu bila

sabar dan terus berdoa
moga kita bertemu di sana
di tempat dan waktu yang sama

kerana
aku hanya mahu kamu
untuk menemani hari tuaku:-)

i l.o.v.e u... encik 9

*gedik kan?

17.11.11

Mutitasking La Sangat Kan? :-)

hari ni dah hari khamis. maknanya esok jumaat dan lusa sabtu. so, cuti. yes!

hari ni keputusan upsr diumumkan. kat opis ni ada 2 staff yang anaknya exam upsr tahun ni. dan alhamdulillah. dua-dua dapat 5A. bijak budak2 sekarang.

kitaorang makan free hari ni. lauk ayam kampung gitu. timer kasih ye dik sebab dapat 5a. hari ni haji rahim belanja. isnin depan kaksah pulak. hehe

ni sesaja nak tunjuk betapa hebatnya staff CMU TM kota bharu ni. okai, tengok ni:

multitasking betul la kan

ini lah yang kita mahu. pandai segala-galanya.

p/s: takleh merepek panjang2. ada lagi write-off. untuk cdma pulak. so, keje!!!

11.11.11

Ada Apa Dengan 11.11.11?

penting ke tarikh ni? cantik ek? pergh... lagi suka 20.11.2011;)

ramai yang terlebih excited ngan tarikh ni. pelik je saya tengok. hahaha. mungkin sebab tarikh ni takde apa2 yang istimewa buat saya, jadi takdelah saya nak terlebih excited kan? dah2. takyah nak membebel banyak2. nak cerita pasal benda yang lagi penting.

sejak mami ke mekah kan, tiap2 malam tidur kat umah dia. bajet rumah kat padang bongor hanya tempat persinggahan. grrr... tak patut. rumah mami ni special sebab ada guard. guard ni terbaik. untung. takyah bayar gaji.
hah, tengok ni:
jiran punya. tapi "beliau" selalu lepak depan pagar rumah mami

hari ni, lunch kat cerana villa resort. mama, bebe dan k.nini kata sedap. tapi kalau ikut perut saya, makanan kat sini biasa2 saja. hurm... lain perut, lain seleranya. makanan biasa2 pun habis jugak saya telan. sebab perut lapar masa tu. dah dekat pukul 4.30pm baru nak lunch. haruslah habis kan?
buktinya: bersusun pinggan
ikan siakap 3 rasa + kangkung goreng belacan + telur dadar + nasi + air teh ais

restoran ni ada surau tau. lepas makan terus sembahyang kat situ sebab nak pergi pantai pulak. pantai irama. nak bawak budak comey ni main air.
peace versi nur aisyah

3.11.11

Cuti Paaaaaaannjang~!

Selamat bercuti kepada semua staff TM especially CMU, CSM.

cuti jumaat sabtu: 4 dan 5hb.
cuti raya aidiladha: 6 dan 7hb.
8 dan 9hb kerja.
pastu cuti pulak: 10hb.
cuti jumaat sabtu: 11 dan 12hb.
cuti sekali lagi: 13hb.

8 dan 9hb, taktau lagi saya nak cuti ke nak keje. tapi rasa cam nak g opis sebab 3 orang je staff yang datang keje. so, mesti rilek punya lah.

ok lah. nak kemas barang. nak balik. hari ni khamis, jadi kul 5 dah balik. babai.

p/s: nak g tutti fruitti ngan encik 9 ;)