24.8.11

Dikau Tidak Pernah Jauh

Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...

Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!

Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia;
dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.

“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?

* * *

NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.

*novel baru JS

21.8.11

Senget Menget

saya sedang menjalani hidup yang penuh dengan segala macam perasaan. semuanya bercampur aduk. kadang-kadang tunggang langgang. tapi, saya tetap suka dengan hidup saya ini.

kepada yang bertanya,

clash?
tak. saya masih dengan mat nain. cuma semakin kurang berkasih sayang sejak akhir2 ni. menghormati bulan ramadan yang mulia. baguskan kami? hehe;)

tunang?
bukan saya yang nak bertunang. tapi adik saya. tak perlu tanya bila saya nak bertunang sebab saya nak kahwin terus. haha. tunang2 tak perlu. mahu jimat dan cepat.

blog jarang2 update?
sebab saya sibuk berpraktikal. pagi sampai petang kat opis. seperti header di atas blog ni "coretan dan bebelan tika sendirian". kat opis, ramai orang. jadi tak best nak membebel.

"KEHIDUPAN saya, DUNIA saya. maka SAYA menjadi RAJA yang memerintah segalanya"

p/s: esok emak, adik2 dan mat nain balik. yeay! boleh shopping sama2. erk... tapi kan, hp saya rosak di tangan mat nain, jadi ada harapan dapat HENPON sebagai hadiah hari jadi tak lama lagi. euww~!

19.8.11

Doa

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,

Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku,
Ya Allah, satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

semua ayat di atas cilok dari forum

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. Al Baqarah: 186).

p/s: alhamdulillah... terima kasih Allah di atas kebahagiaan yang aku kecapi sehingga kini.
ok, bye. selamat berbuka puasa kawan2. love u all;)

11.8.11

Ayat Best Dari Novel

jika rindu itu berbunga cinta air mata itu pula adalah embun di kelopaknya...
kucari, cinta yang tak pernah melukai... cinta yang tak pernah memungkiri kata hati.
salahkah aku jika cemburu, salahkah aku kerana merajuk, salahkah aku kerana marah? Semua perasaan itu bukan aku yang pinta, tetapi kerana aku mencintaimu...

"Andai cinta itu bukan milik kita, aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku, jangan biarkan aku ditinggal sepi"

*ayat-ayat novel*

9.8.11

Jom Kutip

jom kutip! ya. saya sekarang jadi ceti. kutip hutang. minggu lepas, minggu ni, dan minggu depan jugak. sehari dalam seminggu keluar opis untuk kutip hutang. hutang apa tu? -hutang bil telefon la. mana2 yang ada cas tertunggak tu, kitaorang pi kutip dari rumah ke rumah.

mula2 datang CMU (credit management unit), rasa macam susah nak sesuaikan diri. serius! saya ambil masa lebih seminggu untuk rasa selesa dengan unit ni. tak sama macam saya di unit lama. kat sana, awal2 masuk dah selesa. tapi lama-kelamaan, semakin selesa dan sangat seronok. rasa dah tak nak tukar pergi unit lama.

ok dah. lain kali saya bercerita tentang staff2 kat CMU ni. sekarang nak bagitahu pasal "JOM KUTIP". ini salah satu program telekom untuk kutip hutang bagi akaun yang taliannya telah dipotong sehala (maknanya: call in boleh tapi takleh call out). banyak lagi JOM yang ada, antaranya "JOM REDAH". lain2 punya JOM saya tak ingat la.

yang bestnya JOM KUTIP ni, last week dapat kain pelikat. minggu ni dapat tuala dan topi. hehe terbaik lah. untung praktikal kat CMU, layanan untuk budak praktikal seperti saya sama. kalau bos bawa rambutan, saya pun dapat sama banyak dengan staff. kalau bos bagi kurma, saya pun dapat sekotak. alhamdulillah... syukur ya Allah. saya tak pernah di anak tirikan. cewah;)

babai. nak tunggu 4.30pm, nak balik dah. singgah bazar ramadan plak.
selamat berbuka puasa readers tercinta. labiu~

8.8.11

Pilih Makanan Sesuai Di Bulan Ramadan

Ramadan: Bulan kesembilan dalam kalendar Islam ini mengubah masa dan pemakanan kita. Ramadan sebenarnya bulan mendidik hati dan diri untuk bersabar, lebih berdisiplin, berjimat- cermat dan berhemah terutama apabila menghadapi makanan.

Masalahnya, ramai ‘terlupa’ hakikat ini dan kalau boleh mahu mencuba semua jenis makanan ketika berbuka, sedangkan kita mempunyai 30 hari puasa.

Pemilihan makanan yang kurang sesuai boleh menyebabkan ramai menghadapi masalah sepanjang Ramadan. Antara masalah yang kerap dialami ialah:

# Keletihan
# Pening
# Sakit kepala
# Sembelit
# Penghadaman terganggu
# Paras gula rendah
# Kejang otot
# Ulser peptik
# Pedih ulu hati
# Gastrik
# Mudah jatuh sakit
# Berat badan menurun atau bertambah

Kebanyakan masalah disenaraikan di atas boleh diatasi melalui pengambilan makanan seimbang. Tanyalah mana-mana pakar pemakanan, semuanya akan me�nyarankan supaya kita makan secara bersederhana yang menjadi kunci utama kepada kesejahteraan khususnya pada perut orang yang berpuasa.

Panduan pemakanan sihat sepanjang Ramadan:

# Mesti bangun bersahur, walaupun hanya untuk makan sedikit sekeping roti dan secawan coklat panas. Lebih baik jika ada kurma dan sedikit buah-buahan. Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur, bukannya berbuka.

# Pilihlah sajian yang mengandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Contohnya roti gandum penuh, beras perang, kacang dal, buah-buahan dan sayur-sayuran terutama ketika sahur. Ini kerana kandungan serat akan membuatkan kita berasa cepat kenyang, membantu mengawal paras gula dalam darah.

Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan mengurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan.

# Ketika berbuka, mulakan dengan satu atau dua biji kurma. Inilah cara terbaik untuk berbuka seperti amalan Nabi Muhammad yang memulakan dengan hidangan ringan (kurma dan air).

Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air.

Pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.

Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak.

Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat.

# Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga betul-betul lumat sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah terlalu cepat, kita akan terdorong untuk makan banyak. Selain itu kita juga secara tidak langsung akan menelan banyak udara yang boleh menyebabkan masalah perut kembung keesokan harinya.

Ingat, badan kita me�ngambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat ‘kenyang’ kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia.

# Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa. Namun elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin.

Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya.

Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang menyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya.

Elakkan:

# Makanan bergoreng dan mengandungi banyak lemak. Makanan berlemak mengandungi banyak kalori tetapi kurang khasiat yang boleh menyebabkan kita cepat penat ketika berpuasa. Malah makanan bergoreng juga boleh meningkatkan selera dan menyebabkan kita makan lebih banyak.

# Makanan mengandungi banyak garam seperti jeruk, papadom, sos, kerepek, telur dan ikan masin. Sepanjang Ramadan kita berisiko mengalami masalah kekurangan air dan ia akan menjadi lebih teruk jika mengambil makanan yang banyak garam.

# Makanan terlalu manis. Perkara ini sangat penting kepada pesakit kencing manis. Ini termasuklah buah-buahan terutama buah tempatan yang masak ranum seperti rambutan, manggis, tembikai, nangka atau cempedak; gantikan dengan epal, oren, anggur dan plum.

# Terlalu banyak kopi atau teh. Oleh kerana kafein menyebabkan kesan diuretik, maka memadailah jika anda minum satu atau dua cawan saja, lebih baik jika kurang manis.

# Tidur ketika perut masih kenyang (sama ada pada waktu malam atau selepas sahur) kerana badan memerlukan masa untuk penghadaman.

Luangkan sedikit masa untuk bersenam - sekurang-kurangnya berjalan selama 20 hingga 30 minit sehari (bukan selepas makan atau ketika anda masih berasa kenyang).

Jadikan ia sebagai amalan harian. Senaman yang mudah seperti berjalan ada banyak manfaatnya kerana ia bukan membantu meningkatkan kadar metabolisma dan memudahkan kawalan penyakit malah mampu membuatkan anda tampak lebih langsing!