26.6.13

Jom Berubah

nak berubah ni tak mudah
kena istiqamah

hati mesti kuat hadapi dugaan
agar ianya berkekalan
berubah untuk kebaikan

18.6.13

Moga Dipermudahkan :)

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki.

11.6.13

Temuduga EIO Tesdec

orait. hari ni saya rajin nak update entry baru kat blog yang dah lama tak jenguk ni. terlebih rajin pulak hari ni. bukan cerita pasal kerja tapi pasal temuduga. dah lama pun temuduga ni tapi nak jugak share. sebab masa mula dapat surat cinta dar TESDEC ni, berpeluh depan lappy nak cari tips berkaitan TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ATAU EXECUTIVE INFORMATION OFFICER (EIO) tapi hancur berderai harapan. tak ramai yang share pasal ni.

jadi biarlah saya yang kongsi pengalaman interview ni kan. tak salah berkongsi pengalaman, cuma tak nak kongsi suami jerk. euwwww~!

okai macam ni, mula2 calon kena daftar dulu. hehe macam biasa la. pastu tunggu sehingga nama dipanggil. masa menunggu tu, akan ada orang suruh kita bersiap sedia dengan fail sijil2 dan salinan2 berkaitan yang dimaklumkan dalam surat tu.

yang tak berapa menariknya interview ni, awak datang awal pun nama akan dipanggil mengikut susunan dalam list yang diorang sediakan. saya bernasib baik sebab nama saya di nombor 4. jadi boleh masuk bilik temuduga awal. syukur, alhamdulillah. (boleh balik awal sebab saya datang dari kota bharu, kelantan)

anda akan dipanggil seramai 5 orang sekaligus. so berjemaah la kita masuk bilik mesyuarat untuk ditemuduga. di dalam bilik tu ada 5 orang panel yang akan soal siasat kita. hohohooo~! mula2 masuk terkejut gak, sebab ni 1st time saya di interview ramai2 dan panel pun ramai2 jugak. heee :)

calon2 akan diminta untuk memperkenalkan diri bermula dari calon yang namanya nombor 1. maka, saya calon keempat perkenalkan diri. bila semua calon dah habis perkenalkan diri, maka bermulalah sesi soal menyoal dari panel. maka jawab menjawab la calon. setiap calon akan disoal soalan yang sama seperti pengalaman kerja. pastu soalan lain-lain dah.

antara soalan2 lain: 
  • kenapa apply kerja ni? berbaloi ke tinggal kerja lama untuk jawatan EIO ni
  • apa tugas EIO di sekolah?
  • guna modem apa yang sesuai untuk sekolah?
tapi kebanyakan soalan lebih kepada peribadi. meleret-leret soalan dari jawapan yang kita beri. takde pun tanya isu semasa untuk group saya ni. penat2 je kita prepare tau. huhuuu

pastu lebih kepada perbincangan pasal penempatan. panel tu cakap, keutamaan diberikan kepada calon yang tinggal berdekatan. hampeh! kalau macam tu, baik tak payah panggil interview calon yang dari jauh. saya calon yang dilahirkan di terengganu dan membesar di kelantan. jauh2 datang dengar panel cakap macam tu. rasa macam, huwarghhhh.... sabar jelah!

p/s: jawatan EIO ni untuk rakyat terengganu sahaja wokey. 

setakat tu je lah boleh kongsi. lama sangat dah interview ni. point apa lagi saya dah tak ingat. #nyanyuk