30.11.10

Chocolate Cupcake

nampak cam sedap

tetiba rasa rajin nak buat cupcake. tak pernah lagi ni cuba selama ni. hurmmm. mungkin bila adik dah balik baru leh buat. susah nak kuar beli butter. barang lain semua dah ada. cuma perlu butter je. dah ada butter, confirm leh buat:)

lambatnya 3 Dis. tak sabar nak tunggu dia balik. boleh makan roti jala:) pastu paling penting, leh keluar outing vs dating. yeay!!

ishk. tetiba je ada post pasal makanan kat blog saya. ni lah padahnya kalau sampai sekarang masih tak makan malam lagi. hurm, menu malam ni: maggi je la. boring dah. asyik nasi je tiga kali sehari. sekali sekala berubah selera takpe, jangan berubah hati suda~

tengok resipi cupcake ni dari blog Dapur Kayu

28.11.10

Hari Yang Indah

hadirnya membawa bahagia
walau tidak diundang
namun memberi seribu makna
sangat gembira + bahagia

terima kasih kerana memahami
terima kasih untuk segalanya, my bucuk....

post pendek je kali ni;)

26.11.10

Cheng Ho Expo 2010

hari ni, pergi cheng ho expo kat stadium sultan muhammad ke-4. hari terakhir expo. nasib baik sempat pergi. macam2 ada kat sana. jom layan gambar-gambar ni~

ini al-quran emas

seramik

al-quran terpanjang di dunia

ini patung laksamana cheng ho tanpa tangan:)

syiling zaman dulu kala

barang dagangan


tak tahu burung apa ni

ni plak alat muzik apa ntah

kapal comel

ni plak gambar2 kat luar pameran (perkarangan stadium). pusing punya pusing, pening! banyak sangat gerai. dah tak tahu yang mana dah masuk jenguk, yang mana tak singgah lagi.


ni ada kat booth bersebelahan yayasan Islam Kelantan.
tak ingat booth apa:)

asyik gambar pameran je. saya pun nak jugak:)
hurm.. ni namanya tempat men.... entah. tapi guna kalo nak hancurkan padi. kena tumbuk2 camtu. fungsi cam lesung gak la. hehehe...

ini kisah my kesayangan. ingat nak tunjuk apa, excited semacam. tetiba "yang, meh sini tengok.." skali tunjuk peta kampung dia. kat dalam hati nak je jawab camni.. "lor, dia ni. nak tunjuk peta. ayang dah amik geografi dah form 3 dulu. tak tunjuk pun ayang tahu..." hehehe

best:) suka2. jalan2. minum2. baju pun seakan sama warna. balik umah, tunjuk gambar kat mama... mama kata, "long, sehati ni...xdok gambar skali ko?" muahahahaaa... dop pasal2 kena gelak. malu plak rasa bila jalan pakai baju nak sama warna camni. tapi rasa rugi sebab takde gambar bersama hari ni.

24.11.10

At UM

bosan!!!
tolong!!!!
nak balik!!!!!

18.11.10

Bannerku

muktamad!
ini banner blog saya untuk 100penulis

16.11.10

Raya + Novel

okeh. sampai umah hari ni kul 8.30am. bas lewat. kereta banyak. kira orait lah tu, syukur... boleh balik:)

semalam nak pi exam, dapat hadiah dari cikzuzu. berbungkus siap! ada kek coklat lagi. suka2. tapi masa tu, tahan diri. takmo buka, sebab takut baca novel. hihiihiii bawak bungkusan cikzuzu balik umah tau.
ni rupa hadiah dari cikzuzu "very BELATED besday"

dah tu, bukak depan adik. nak jugak menunjuk, dapat hadiah kan. cakap kat dia, dalam ni ada novel. bimbang kot2 novel yang cikcah dah ada.

mula2 bukak, tengok alaf21. aduiiii, janganlah yang dah ada. skali tengok...
yeay!!! takde lagi novel ni. thanks bebanyak cikzuzu tau:)

habis exam, masuk bilik, tengok ada benda ni kat atas meja. comel. bleh wat tanda untuk novel cikzuzu kasi ni:)
penanda buku IIUM dari tengku. thanks byk2

sayang korang ketat2 tau! muah2... dapat novel Cinta Aku Seadanya jugak. tapi malas nak citer pepanjang kat sini. kalau kita yang beria-ria, tapi orang tak reti nak jaga hati + tak tahu nak menghargai... tak guna jugak. semua dah hilang. kosong.

15.11.10

Selagi Ada... Cinta

Telah kulakukan semuanya kasih
Telah kukorbankan segalanya

Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan

Ku tahu kau tak pernah setia... kasih
Ku tahu diriku tak bererti

Namun ku sendiri tak pernah mengerti
Apa yang engkau fikirkan
Apa yang engkau inginkan

Selagi ada cinta di hatiku
Selagi ada rindu yang membara
Selagi air mata ini mengalir
Kau tetap di hati ini
Cintamu tetap di hati

Selagi ku mampu bertahan kekasih
Jangan sampai cinta tiada lagi

Jika memang cinta tiada lagi... kasih
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan cintamu kasih...

*psst!! cinta itu ketawa dan airmata. layan lagu ning baizura pepagi hari sebelum gi exam:)

malam ni balik klate. Bun, camat pulang ke kampung halaman ye~

14.11.10

Kelebihan Hari Arafah (Wukuf)

Oleh Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,

Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah." Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,

Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).

Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia di padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.

Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.

Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.

Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.

Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.

Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.

Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.

Untuk tahun ni: 9 Zulhijjah = 16 Nov 2010. ini bermakna saya sampai di rumah pada pagi 9 zulhijjah. aiyooo, selama 5 tahun jadi anak perantau.. tahun ni lah saya tiba di bumi kelantan sehari sebelum raya! hurrmmm, takpelah. menuntut ilmu perlu banyak berkorban.

kita semua sama di sini. tak kisahlah ada pangkat apa2 kat depan nama tu, tapi di sisi Pencipta, yang membezakan sesama manusia hanya amalan kita. biar kita dicaci, dikeji, dihina manusia...yang penting Allah sayang. (semoga saya juga sampai di tempat ni suatu hari nanti. insya-Allah...aminnn)

Kepada semua umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji, semoga ALLAH permudahkan segalanya dan mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha:)

gambar tambahan dari http://hajiarshad.blogspot.com/

artikel: www.isuhangat.net
gambar: http://msaadhamid.blogspot.com

13.11.10

Semangat Yang Hilang

entah ke mana hilangnya semangat nak study. haihhh... dah di bawa pulang oleh roomate2 tersayang la kot. diaorang semua dah habis exam. 2 orang dah balik. lagi sorang ada tapi tiada. erk, camne eh? hurm....

so, berseorangan lah di bilik terindah ni. dah la sekarang ada bunyi guruh. ya allah, janganlah turunkan hujan malam2 saat aku sendirian. aminnn...

saya ni perasan macam dah habis exam. erk, nak siapkan assignment 8 100penulis. kena buat banner. lalalalalalaa~

xbest la nak edit, photoshop takde! tapi siap jugak tau. hurm, kira ok la ni. simple. cute .cantik. comel. (perasan suda)

semangat study hilang, semangat blogger datang! tak rugi lah:)

dilema seorang puteri_kebayan, tak tahu nak pilih banner mana~

-banner 1-
saya suka banner 1
simple tapi comel

-banner 2-
saya suka banner 2
cute dan sweet

12.11.10

Ada Apa Dengan Novel?

novel. semua tentang novel paling saya suka. tengok novel, beli novel, balut novel, baca novel, pinjam dan memberi pinjam novel (xsuka sangat). novel, novel dan novel. saya dan novel tak dapat dipisahkan. dulu, kini dan selamanya.

ada apa dengan novel sampai minat tahap cipan ni? bagi saya lah kan, novel ni sebenarnya macam astro jugak. macam-macam ada. nak tau? teruskan membaca...

11.11.10

Menang Lagi

MUSIM 5
PEMENANG BULAN NOVEMBER 2010 - MINGGU 2
yeay!!! dapat novel Aisya Sofea free. cayalah! hantar je leh menang:) thanks banyak2 to my bucuk sebab guna emel dan alamat dia. bertuah gitu~

10.11.10

Novel - Alaf21

Harga: RM19.90
Halaman: 525
Penulis: Sania Yasmin
ISBN: 978-983-124-607-8

Sinopsis: AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Fitri Hussin
ISBN: 978-983-124-619-1

Sinopsis: ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

9.11.10

Tak Mungkin Ku Hindar

kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?

novel yang sangat menarik! best sangat2! pinjam atie punya. dah lama dah nak novel ni, masa PBAKL lagi. dah kirim kat ina, skali saya salah kasi tajuk pulak. tajuk novel ni tak sama dengan yang saya baca kat penulisan2u. takpe. penulis dan jalan cerita tetap sama. hurm, walaupun dah baca saya nak beli untuk koleksi peribadi. tak rugi:)

lain dari yang lain. Maria a.k.a Lia, gadis yang hanya belajar sampai tingkatan 4 kerana kemiskinan keluarga. cuma pekerja kilang. tapi dia tabah. dia kuat.

berkisar hubungan kekeluargaan, tentang tanggungjawab seorang ayah. ayah lia tinggalkan ibunya untuk perempuan kaya. ibunya dan dia sering dipukul sejak ayahnya kenal perempuan tu. nanti baca sendirilah. hehee

pastu kisah hisyam dan lia. bila hilangnya kepercayaan dalam perhubungan suami isteri. saat dugaan mendatang, masing-masing membawa haluan sendiri. fitnah dari salina yang tak pernah lekang, tapi hisyam tak pernah percaya dengan kata-kata maria. sehinggalah kebenaran muncul sendiri suatu masa.

hisyam: baginya, perkahwinan bukan perkara main-main. perkahwinan bukan untuk sehari dua. perempuan untuk dijadikan isteri perlu dipilih dengan teliti dan berhati-hati. dia yakin, kalau ada jodohnya nanti, pasti Allah akan memberikan kepadanya isyarat kerana jodoh itu Dia yang menentukannya.

"seorang lelaki dan seorang perempuan tidak akan bercinta kalau masing-masing tidak tertarik antara satu sama lain"

kata saya: jujur dan percaya. dua elemen penting dalam suatu perhubungan. untuk apa diteruskan lagi perhubungan jika sudah hilang kepercayaan dan tiada lagi kejujuran?

jom layan blog penulis ni---> Ana Sofiya
congrats to da writer:)

7.11.10

Cinta Buat Ku Bahagia

kadang2 rasa marah
tapi tak pernah menyampah

kadang2 rasa bosan
tapi tak sanggup untuk meninggalkan

kadang2 rasa sunyi
tapi tak terlintas cari pengganti

kadang2 rasa sedih
tapi tak pernah rasa tersisih

kadang2 rasa jemu
tapi hati tetap merindu

kadang2 rasa kecewa
tapi cinta mengatasi segala

marah. bosan. sunyi. sedih. jemu. kecewa.
semua tu cuma rasa yang mucul seketika, ianya akan berlalu bila datangnya bahagia. bahagia bila ada dia, tempat untuk kita meluah dan berkongsi rasa. terima kasih cinta kerana buatku rasa bahagia:)

perghh!! cikcah ngah mengom skang.
esok exam, sempat lagi berjiweng kurap!
hihihiiii, dapat idea masa ngah baca case study Licra yang ntah apa2. layan jiwa lagi besh~

thanks to cikzuzu untuk broadband;)

6.11.10

Apabila Dikecewakan Lelaki

Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

Memahami lelaki adalah cukup senang… kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang… dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?
Jawapan kepada soalan anda ialah…
“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA… ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!INGAT… ITULAH LELAKI… that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple.

Dia nak… dia akan tergila-gila.
Dia dah tak nak… dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang, HANYA MEMBUANG MASA!

"Dia dah bahagia dengan hidupnya... percayalah!
Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta.
Kecuali, dia tiada pilihan lain.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

* Apabila dia tidak jawab call/sms/email…
boom, you cari kawan baru!
* Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
* Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
* Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
* Apabila break aje…MOVE ON!
* Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru :)

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single, and find your Mr Right!

*tips untuk perempuan. ni saja post untuk kali ni yang saya copy dan edit dari blog Bro Razi

5.11.10

Happy Birthday Sahabat

dan Selamat Menyambut Deepavali jugak;)
~ceria2 selalu~

p/s: jgn lupa send cara nak wat sambal nasi lemak tu eh!

3.11.10

Dating Terbaik!

hah. jangan tak percaya. library ok! Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. semalam, dari pukul 9.30am hingga 2.30pm. 5 jam! amik kau. ni lah venue paling sesuai untuk pelajar2 yang gatal nak bercouple even tak habis belajar lagi;) sekarang musim final exam, nak tak nak... ni lah tempat paling sesuai.
comel kan? berbaju kurung siap berselendang. huahuahuaa..bolok!!!

study ke? ye lah, study lah sangat. berkobar2 saya keluar rumah bawak file semua. skali dah sampai sibuk nak amik gambar. yelah, bukan senang cikcah nak masuk library tau. pecah rekod ni. alang2 dah masuk library tu, eloklah amik gambar sebagai kenangan. ntah bila plak nak masuk tempat camni. kesian orang tu nak study, kena jadi cameraman plak. hahahaaa

mula2 memang dia fokus. cayalah! serius dia wat latihan.

ni bila dia dah overload. takleh study hard, kena study smart tau sayang

sebenarnya, nak novel ni. hadiah hari jadi yang lewat sehari.
thank you bucuk:)
"Kalaulah ku tahu, Takkan ku bercinta
Resah tak menentu, Tidur baring pun tak lena...
Janganlah jangan kecewa
, Adat hidup pasang dan surut"

hari ni dah kat uia. esok exam eap. huwaaaaa!!! tension. rinduuuu~

1.11.10

011110 - Sudah 23 Tahun!

jangan kata tua
sebab masih muda belia
usia baru masuk dua puluh tiga
bukannya tiga puluh dua

hehehehee berpantun siap:)

tahun ni sangat2 special tapi jadi tak berapa nak special. bukan salah siapa, tapi sebab cuaca. nak celebrate ngan yang tercinta pun tak menjadi la. hujan dari pagi sampai petang tak berhenti. huhuhuuu sedih! nak hadiah dari dia. huwaaaaa~

esok plak jumpa tuntut hadiah. tu penting! tau dah dapat novel. sebab, jumpa 30hb ari tu saya dah tunjuk nak novel mana. cuma saya tak kasi beli masa tu, nanti tak suprise bila dah tengok dia bayar. hahahaaa sengallah saya ni dan pakwe saya the best tau. awal2 dah tanya nak hadiah apa untuk birthday. erk... cayang bucuk!

lagi lawak bila bangun pagi tadi, saya call my bucuk. nak merajuk sebab dia tak wish happy birthday kat awek dia ni hah. rupanya malam tadi dia dah call pukul 12, tapi saya plak tidur tahap tak ingat dunia. kan malu! aiyooo~ (ingat2 lupa. rasa mcm ada sy cakap.."b, ngantuk ar. nak tidur..."ahahaaa)

selamat ulang tahun yang ke-23 kepada diri saya sendiri:)