12.11.10

Ada Apa Dengan Novel?

novel. semua tentang novel paling saya suka. tengok novel, beli novel, balut novel, baca novel, pinjam dan memberi pinjam novel (xsuka sangat). novel, novel dan novel. saya dan novel tak dapat dipisahkan. dulu, kini dan selamanya.

ada apa dengan novel sampai minat tahap cipan ni? bagi saya lah kan, novel ni sebenarnya macam astro jugak. macam-macam ada. nak tau? teruskan membaca...

-kehidupan: semua novel yang saya baca berkisar kehidupan seharian. eh, ngopngep la saya ni. mestilah kisah kehidupan, takkan ada novel cerita kisah alam barzakh plak. setakat ni takde lagi saya jumpa novel camtu. okai, dari kisah2 yang dipaparkan kita boleh jadikan panduan. ambil iktibar dari pembacaan. yang buruk jadikan sempadan. peace!

-masalah & penyelesaian: setiap novel ada konflik. ada konflik yang lebih kurang je, tapi korang perasan tak setiap konflik yang ada dalam novel tu pastinya ada penyelelesaian. setiap masalah yang ada dalam novel, penulis dah fikir siap2 cara mengatasinya supaya ending of the story tu tak tergantung. ada kesudahan sama ada gembira atau sedih. so, andai kata kita mengalami masalah sama suatu hari nanti, bolehlah kita praktikkan apa yang kita dah baca dari novel. betul tak?

-keagamaan: sekarang ni dah banyak novel berunsurkan islam. ada novel yang penuh dengan gaya penyampaian yang islamic. watak-watak yang menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan sebagainya. ada jugak penulis yang turut menyelitkan makna ayat al-quran atau hadith dalam novel beliau. secara tak langsung, saya dapat menambah ilmu agama. nak harap beli buku2 agama, memanglah jarang. so, baca novel boleh membantu jugak kan?

-ayat & loghat: ayat2 novel semua indah. betul ni. especially yang jiwang2 punya. ada sesetengah novel, kalau dialog penulisnya lebih suka guna loghat negeri. best kan? setakat ni saya pernah baca loghat perak, kedah, penang (tapi tak tahu nak bezakan), dan kelantan(negeriku). paling penting, ayat romantis yang terkandung dalam novel boleh kasi pada buah hati tercinta tau.

-lelaki & perempuan: setiap novel memang tak boleh lari dari unsur cinta. macam-macam watak hero dan heroin dalam setiap novel. dengan cara ni, kita mungkin lebih mengenali sikap manusia. realiti kehidupan yang kita tengok, hanya luaran seseorang. hati dia, kita tak nampak. tapi kalau korang baca novel, korang boleh tahu apa yang ada di hati setiap watak tau. hurmm, kalau tak percaya leh cuba baca novel lepas ni.

-kematangan & pengalaman: orang yang suka baca novel mungkin lebih matang. tak semua ya. itu yang saya rasa. sebab, orang yang baca novel ni tahu banyak sangat tentang pahit manis kehidupan. dalam novel semua ada, dari lucu, sedih, gembira, bahagia, kecewa. even pembaca novel tak banyak pengalaman, tapi melalui pembacaan seseorang itu mampu meneroka setiap ruang kehidupan. dia boleh menilai sebelum membuat keputusan:)

-kawan: novel boleh di jadikan kawan, sahabat dan teman. kenapa? sebab novel tak pernah buat saya kecewa. malah kalau saya sedih ke, kecewa ke.. novel yang saya cari. korang yang tak ramai kawan bertentangan gender la kan, baik baca novel. melalui pengalaman saya, sesetengah kawan2 saya (biasanya datang dari budak sekolah agama yang tak bercampur) si perempuan selalu terlebih perasan. lelaki layan baik sikit, dah mula perasan lelaki sayang dia. hakikat sebenarnya, memang sifat semula jadi lelaki suka mengambil berat. si lelaki plak, perghh... nak ngorat perempuan punya lah susah. maklumlah, tak biasa ada kawan perempuan. hihihii

hehehee... ini pendapat saya. lain orang lain cara pemikirannya. saya sekadar berkongsi apa yang saya rasa. tiada paksaan kepada pembaca untuk bersetuju atau tidak dengan post ini...
*erk..tetiba rasa nak jadi penulis novel:)

-kalau ada pendapat lain, jom kita saling bertukar pendapat. saya pun nak tahu apa yang korang fikir tentang novel;)

post dari 100penulis(puteri_kebayan)

No comments: