30.4.10

Jom Jawab Tag

this tag comes from blogger yang diberi nama ezan.

1. Apa yg anda buat klu anda tahu member tikam belakang anda?
-cepat2 pusing depan pastu tikam dia sblum dia tikam belakang kita. (kejam kot)

2. 6 org dihati anda??
1. mak
2. arwah ayah
3. asma
4. farham
5. alia
6. firdaus

3. Anda rasa anda COMEL?
-comel tu tak, cantik je sikit2. (perasan sudaa)

4. Single or taken?
-i'm single but my heart is totally taken. auwww!

5. Blog yg anda suka?
-penulisan2u.my

6. Adakah bilik anda kemas setiap ari?
-kenapa mesti tanya soklan camni? mestilah tak kemas! sebab bila rajin je saya akan berkemas.

7. Lagu terakhir yg anda dgar?
-aku ingin kamu, kamu ingin dia (ashanty).

8. Last text mesej?
-alahai..nak tau gak ke? ni hah, from my mum: 'kakcik oyat, kaklong xoyat pun mussalam' (hehehee,jgn diikut perangai ini ye. saya akan gelak bila ada yg beri salam)

9. Last fon call?
-emak (berborak ngan kakchik)

10. Hari terakhir anda menangis?
-lama dah tak nangis. cuma ada rasa nak nangis je.

11. List 5 warna kegemaran?
1. biru
2. hitam
3. coklat
4. merah
5. putih

12. Org terakhir anda ber YM?
-fasihah.

13. Game yg anda paling suka?
-mr.mario.

14. Adakah anda peminat MCR?
-MCR tu ape sebenarnya? my chemical romance ke? tak minatlah.

15. Apa perasaan anda bila jawab TAG ni?
-eloklah untuk isi masa bosan saya ni. at least saya tak merepek tak tentu hala kat blog.

16. Anda rasa TAG ni best?
-boleh la. 3*.

17. Ok TAG lagi 10 org?
-ramainye. my followers lah. sape2 yg rajin jugak. sila buat~

Apabila Kebosanan Bertemu Keboringan

i'm bored of being bored!

baru 5 hari menjalankan kewajipan sebagai pelajar, dah rasa macam nak mati. bosannya. banyak cuti. kelas 3 hari je seminggu. seminggu ada 7 hari. lagi 4 hari nak buat apa? kenapa mesti begini? hwaarghhh!!!

dah la keadaan bilik yang tak berapa nak cantik. tak selesa lah. kenapa katil tinggi sangat? cikcah tak suka tidur bawah! nak naik tidur atas katil, macam lawak la pulak. tinggi kot. ishk. dah la setiap blok tak ada benda terpenting ni (washing machine). sangat2 penting. kan saya dah rajin sekarang. hahahaaa setiap malam basuh baju. how sweet! dah takleh nak kumpul baju banyak2 dan basuh seminggu sekali macam dulu lagi dah. pandai sangat bajet kelas dua hari seminggu. macam tahun lepas. kan dah tak ada baju kurung. kelas 3 hari, ada baju kurung 4 pasang. nak tak nak, lepas pakai kena basuh. ngop la cikcah. sape suruh tak bawak banyak2. kan dah padan muka awak, cikcah. haihhhh~

ni dah terkena tempias semangat cikzuzu dan cikyin bila baca blog diaorang. cikcah sejak angau ni makin malas nak update blog. bukan apa, kang mr.N baca nanti dia gelak plak. malu lah saya. baik tulis kat diari, tak ada sape boleh baca. huhuhuuu. niway, nice storylah. cikcah tersengih memanjang bila baca post kehidupan seorang pelajar episod 13 kepunyaan cikzuzu dan short sem bermula kepunyaan cikyin. best dowh. korang berdua ni, siap snap pic bilik lagi. cayalah lu!

tapi kan cikyin, kenapa mesti ada ayat ni: "Suka tgok glagat korg yg tgah angau ni..hehehe" kat post itu. ishk2. tak patut, tak patut. cikyin pun tengah angau gak kan. sama je kita. dalam hati 3 orang bebudak bilik B2.8 ada taman. huahuahua. tak nampak ke bunga2 cinta bersepah kat depan bilik tu? yang banyak sekali cikzuzu punya bungalah sebab diaorang berdua dekat. asal rindu je, boleh jumpa. kan A kan? terlebih sudaaa~

ni baru hari jumaat. esok sabtu. lusa ahad. tulat isnin. banyaknya masa free. bun pun tak ada. kalau ada bun, tak lah bosan sangat. at least boleh mengumpat, mengata, mengada, memanja, membuli, merapu, merepek, membebel ngan bun. bun, cepatlah pulang. aku rindu!

27.4.10

Hati dan hati

hati...
janganlah merajuk
dia tak pernah marah
tapi diri sendiri yang bersalah

hati...
janganlah menangis
dia tak pernah membenci
tapi diri sendiri yang meragui

hati...
percayalah pada setiap janjinya
bersyukurlah dengan kasih sayangnya
berbahagialah dalam cintanya

i called u juz wanna know ~
but what i got from u? hurmmm?
kupujuk hati sendiri:
ecah, dia tak marah, tapi dia kena menjerit sebab masa tu dia kat tepi jalan. so, kena cakap kuat2. faham? tak kan tak faham?

-ok, saya faham. kalau tak faham pun, saya buat2 faham. rojer n out
manusia selalu buat manusia lain pening~

26.4.10

Semalam dan Hari Ini

semalam. masih kat rumah. itu tak penting. yang penting, sempat lagi keluar jumpa orang tu. kesian orang tu meredah hujan. tak apalah. kan bila dah cinta, lautan api sanggup di renangi. setakat hujan tu, dikira dugaan kacang je lah, kan awak? should be thanks to norsha, sebab dia lah saya balik hari ahad. kalau ikut kata saya, nak balik hari sabtu sebab nak rileks seharian di uia pada hari ahad. heheheee ada hikmah rupanya norsha nak balik hari ahad. satu kebetulan yang amat manis buat saya dan orang tu. kesian kat orang tu, dating kat cc je. huhuu, nasiblah. dah awek orang tu budak computer science. of course lah tak dapat dipisahkan dengan komputer. nak lepak lama2 kat kfc, dua2 dah beku. hujan + aircond = duo2 darak xleh sejuk!

hari ini. dah kat uia. awal pagi lagi dah terserempak dengan encik LIPAS kat toilet. hwaaa!!! camne nak habiskan masa 8 minggu akan datang kalau tiap pagi ada lipas? sepanjang hari, mengemas bilik yang tak kemas ini. angkut barang + turun naik tangga. macam sengal la pulak. naik tangga sampai level 2 blok A, ambil barang + bawak turun. naik tangga sampai level 2 blok B, letak barang + susun leklok. apa salahnya kalau uia ni buat satu laluan pejalan kaki setiap level yang menghubungkan setiap blok. tak payah susah2 cikcah duk turun naik tangga banyak kali. ekekee idea bernas ni. perlu bagi cadangan pada principal college.

dah. tamat untuk hari ini. jumpa di lain post~

♪♫•♫♪•Namun jika kau datang ini ~Untuk menggilapkan cermin kasih ~Pastiku sambutmu dengan mesra.... Katakanlah rindumu ~Aku sentiasa menunggu ~Di pintu gerbang mahligai syahdu♪♫•♫♪•

22.4.10

In A Relationship

1- tak botak.
2- tak busuk.
3- bukan suami orang.

tiga syarat nak jadi my 'boypren'. hahaaa. (ngop!)
saya takut orang botak sebab nampak macam jahat. saya tak suka orang busuk sebab macam orang gila. paling penting, bukan suami orang sebab saya tak mungkin bina kebahagiaan di atas kelukaan kaum saya sendiri.

saya dah ikut saranan cikzuzu- "kenal dulu dan beri dia peluang." awak, peluang hanya datang sekali. untuk satu perhubungan yang kita sendiri belum tahu bagaimana kesudahannya, kita perlu jujur dan saling percaya. kejujuran dan kepercayaan itu sangat2 penting.

ok. dah. tentang hati dan perasaan, bukan untuk bacaan umum.
sekian, terima kasih~

20.4.10

Dari Mata Hati

Menyusuri malam kelam tak bertemu cahaya
Di dalam kedinginan langkahku tak bermaya
Keliru di mata dan di hati kian teruji
Ke mana harga diri sungguhku tak mengerti

Sedang terhayun fikiran dan langkahku
Datang suara melontarkan ke mana

Bak dingin menusuk ke tulangku
Bumi turut membeku
Dosa-dosa terbentang nyata
Dalam astana rela

Sampai masa engkau kan tiba
Selangkah yang berharga
Renunglah dengan mata hati
Pasti terbuka kunci..

Kedinginan malam
Jadilah teman yang sejati
Di sana pasti menanti
Cahaya yang abadi

Cahaya mata hati...

singer: Zamani

kenapa saya baru dengar lagu ni? nasib baik lepak depan tv. kalau tak, tak tahu pulak Mr Zamani ada lagu best camni. tak nak dah minat lagu suratan. nak minat lagu ni plak sekarang.

19.4.10

Novel- Sweet Sour

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

dicopy paste dari website Jemari Seni

~nice cover, sweet story=)
bekalan short sem la ni nampaknya..

16.4.10

Penat Yang Gembira

penat. letih. tak bermaya. tapi suka hati. puas hati. tak ada sakit hati. hari jumaat = hari bergembira bersama keluarga. (naseb baik cancel date!)

awal pagi pergi Kubang Kerian. balik dah tengah hari. pandu keta kejap. masih lagi failed!! tak pe, belajar dari kegagalan ye cikcah. think positive.

singgah umah mami, amik baju yang tertinggal semalam. tetiba kakna ajak pi pantai irama, bachok. saya beres je. angguk. then, kakna kasi bihun 2 bungkus, suruh saya masak. hehehee. so apa lagi, tunjuk bakat lah wei. setakat nak makan 10 orang tu, pejam mata cikcah leh masak. hahahahaaa (giler perasan!)

kakna nak gi tu pun kalau saya dan adik ikut. kalau tak, dia pun malas. sape nak jaga budak ni kalau saya tak gi? makan pun sepinggan ngan saya=) jadi anak kaklong la cah kalau cam ni eh.

sungguh letih. tak larat nak ikut budak kecik nih.
ecah oh ecah...penat kaklong cah weiii~
kalau ada kakchik dan dikfir, mesti lagi seronok. meriah!

*tengok gambar je la. malas nak taip panjang2.
yang pasti saya happy...sangat.

14.4.10

Tiada Lagi

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan

Biar aku sendiri tanpa diri mu


Tiada lagi kata cintaku

Takkan lagi ku bersama mu

Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

ok. dah. itu kisah dulu. cukuplah sampai di situ. kesudahan yang menyakitkan. tak seperti yang diimpikan. tak nak ingat lagi dah. yang ada cuma kenangan. sesekali kenangan itu tetap hadir. tapi, kenangan hanya muncul di fikiran. telah lama saya buang rasa itu dari hati.

hari ini, saya pasti. tempat untuk dia dah tiada. ruang hati saya yang ditinggalkan olehnya itu telah terisi. terima kasih kepada seseorang itu.

awak, saya sayang awak jugak. suka awak. love a.k.a cinta? itu saya tak pasti. saya kena kenal awak dulu. kan dah tulis kat fb "tak kenal maka tak cinta"

ini post terakhir tentang dia. cukuplah. dah lama saya hidup dalam "kenangan terindah" yang dia hadiahkan buat saya. yang telah berlaku, biarkan ia berlalu. selepas ini, dia tetap kawan saya. tiada apa yang buat saya berdendam atau benci dengan dia. saya tak akan sesekali membenci orang yang pernah membahagiakan hidup saya. thanks for everything~

13.4.10

Diam Atau Berterus-terang

aku tak tahu
yang mana satu perlu
diam dan buat2 tak tahu
atau berterus terang biar dia tahu

kalau aku pilih berdiam diri
sambil terus memerhati
yang sakitnya hati sendiri

kalau aku berterus-terang
meluahkan apa yang terpendam
mungkinkah dia akan faham?

awak...
saya cemburu!
siapa 'dia' sebenarnya?
itu saja yang saya nak tahu
tolonglah faham
-full of love: ecah

11.4.10

Bila Cikcah Memandu

drive wira. besar! mana bleh. belajar ngan kancil je. tak nak dah drive rasanya. nak ke mana2 biar je lah dihantar dan dijemput. kan lebih manja gitu. rasa disayangi dan dikasihi=)

markah? cuma 5/25. failed!! hahaha. ngopngek! ni lah masalah bila dah ada lesen tapi buat2 macam tak ada lesen. kan dah lupa segala step! nak berbelit kaki. haihhh!

sebenarnya saya malu. malu ngan mak. malu ngan adik. mak kat kampung boleh je drive. so takkan saya tak boleh? tu pasal tetiba ajak bebe, suruh dia ajar bawak kereta. last saya drive, JPJ kat sebelah. lepas tu, langsung tak sentuh dah. bulan 6 ni, my P akan expired.

susahnya hidup cikcah ni. ada lesen kereta, tak reti bawak. tak ada lesen motor tapi cekap je ke mana2 ngan motor. hwarghhh!

driving is complicated~
sekian, terima kasih.

10.4.10

Rondo Cinta Buta

Acapkali kau nyatakan
Ungkapan maafkan daku
Acapkali kau siakan
Belas kasih sayang ku

Acapkali kau dendangkan
Nyanyian keinginan mu
Acapkali ku tertarik
Dengan irama mu itu

Cukuplah lakonan opera mu itu
Kau tak tahu siapa yang baik
Untuk kau jadikan teman
Mengharungi usia tua

Cukuplah kau perbodohkan fikiranku
Sehingga aku pun menyangka
Kaca adalah permata
Yang indah dan berharga

Acapkali kau bermain
Dengan kata-kata manja
Acapkali ku tertipu
Dan serahkan segalanya

singer: Ukay's

mungkinkah baginya:
ungkapan rindu hanya gurauan.
ucapan sayang hanya mainan.
hanya bibir yang meluah kata.
bukan dari hati yang ikhlas menyinta.

makin kita rapat, makin saya tak kenal siapa awak sebenarnya. hurmm.

p/s: andai sekadar persinggahan, sebaiknya awak segera berlalu pergi. saya rela kehilangan awak sebagai seorang kawan daripada menangis kerana kecewa di hari kemudian. ~love,ecah

9.4.10

Temanku Cikzuzu

post ni untuk roomate saya, cikzuzu. semalam saya baca blog dia. terharu sangat. sungguh. baca link ini. saya tak tahu yang saya masuk list kawan baik dia. erm, nampaknya blog yang berbicara. tak apa. saya tak kisah. sebab saya pun kadang2 tak luahkan apa yang saya rasa. tapi saya menulis. sama macam cikzuzu. mungkin cikzuzu malu nak ngaku sayang kat cikcah kot.

cikcah lebih suka pic ni lah cikzuzu~

cikzuzu, cikcah pun sayang cikzuzu tau. mungkin cikcah tak pernah cakap. tapi kalau dah akhir sem tu cikcah mintak sebilik lagi ngan cikzuzu, cikzuzu kena fahamlah. hehehee. cikzuzu, awaklah roomate yang paling lama tau. dah 2 tahun kita sebilik. semua yang orang lain tak tahu awak tahu pasal saya. kan?

cikzuzu, untuk pengetahuan awak: awak pun salah sorang teman saya. awak tau tak, saya berkongsi apa yang saya tulis dengan awak. awak orang pertama tahu dan tak ada sesiapa selain kawan2 saya di alam maya. kenapa saya suruh awak baca apa yang saya tulis? sebab saya tahu, awak akan sokong saya. saya tak suruh kawan2 baik saya yang lain. saya pilih awak. saya yakin saya boleh berkongsi apa sahaja dengan awak. saya pasti awak akan terus memberi saya semangat. betul apa yang saya fikir. thanks kerana awak sudi membaca walaupun saya tahu awak tak minat sangat. tapi kerana saya yang tulis, awak fokus membacanya. saya sangat hargainya. malam itu, venue: office halimah. saya akan ingat sampai bila2 sebab awaklah orang pertama yang saya kongsi apa yang saya buat walaupun hasil itu bukan yang terbaik. tapi yang keluar dari mulut awak-pujian.

cikzuzu, saya segan untuk jadi kawan baik awak. sebab saya rasa saya tak layak untuk itu. sungguh. saya kenal awak. awak kenal saya. kita jauh berbeza. saya rasa saya tidak sebaik awak. saya tidak seislamic awak. saya tidak sesopan awak. dunia saya lain. bila saya pergi rumah awak, heheh kesian awak. dah banyak kali kan nak saya kenal rumah awak. hari buat muffin itu jugak yang saya pilih. bila bersama mak awak, saya makin hormat awak. hati saya kata: awak seorang anak yang sangat baik. sungguh. jadi saya rasa saya banyak kekurangan untuk menjadi sahabat awak. tapi selepas baca post awak, saya tahu yang saya telah silap menilai awak.

cikzuzu, andai selama ini saya pernah "terbuat" awak terasa hati dengan saya, saya minta maaf. yang awak balik hari tu, awak cakap saya senyap je. memang masa tu kepala saya berserabut. jumpa kat toilet pun saya buat tak nampak. jahat kan? erm, tapi lepas awak balik rumah tu, saya post kat facebook awak. tanya awak kat mana. awak cakap awak takut nak tegur saya. haizum, lain kali jangan camni tau. saya tak makan orang. don't worry. awak tahu kan kalau saya tak online, saya landing atas katil maknanya saya sedang membaca. hahahaa awak pun tahu apa yang saya baca kan? bab ni saya memang suka cara awak. sebab awak tahu masa saya tak nak diganggu. walaupun sebilik, awak sms je. tak panggil sebab tak nak saya terganggu. i really appreciate it. hwahwaaaa. mana ada orang sebilik main sms. kita berdua je. kreatif!

cikzuzu, saya rasa kata2 mak awak betul awak terlalu menjaga hati kawan2 sampai awak lupa yang awak juga punya sekeping hati. tak salah nak jaga hati kawan tapi jangan sampai kita terluka. satu kelemahan awak, awak tak tahu kata tidak pada kawan. itu yang saya rasa dan saya alami bila dengan awak. sebab tu saya tak berani nak rapat dengan awak, sebab saya takut orang kata saya ambil kesempatan atas kelemahan awak. kalau betul2 terdesak barulah saya minta tolong. tu pun saya segan tau! malu sangat!

cikzuzu, awak teman saya. dulu, kini dan selamanya. insya-Allah. saya sayangkan persahabatan yang telah lama terjalin antara kita.

untuk tatapan cikzuzu:
cikcah balik kelantan. hwaaaa!! tak jadi balik kemaman lah cikzuzu. nasib baik ada ag tiket.

tak sempat nak salam n peluk2 cikzuzu sebelum balik semalam.
muakssss
(kalo rindu, tgk gmbar ni ek)

-cikcah sayang cikzuzu sangat~

p/s: buat yang pernah menjadi rakan sebilik saya

matrik uia: bun + sedo + fidz + mila
uia 0708: kak dayah + kak hana + kak shima
uia 0809: cikzuzu + kak patma + zimah
uia 0910: cikzuzu + zimah + kak ezan
short sem: cikzuzu + murni + (lupa nama sowang lg)

ecah sayang korang semua~

8.4.10

Inilah Kehidupan

inilah kehidupan
di mana manusia meneruskan perjalanan
sebelum kembali pulang

inilah kehidupan
apa yang menanti di hadapan
bukan seperti yang dirancang

inilah kehidupan
pahit manis yang telah dilalui
akanku pastikan tersemat kemas dalam sanubari

inilah kehidupan
adakalanya bukan seperti yang diharapkan
adakalanya tidak seindah yang diimpikan
yang diharapkan tak mampu ku miliki
yang diimpikan tak mampu ku genggami

inilah kehidupan
adanya takdir Tuhan
kerana Dialah yang menciptakan

*-*-*-*-*-

~happy 45th birthday to bebe=)

6.4.10

Ujian Buat Hati

aku mengajar hati
untuk membenci
namun aku tak mampu menipu diri

aku mengajar hati
untuk melupakan
namun namanya masih di ingatan

aku ingin lari
namun aku tidak mampu melangkah
aku ingin pergi
namun aku tidak tahu ke mana arah

tuhan...
tunjukkanlah aku satu jalan
semoga dengan petunjuk-Mu
aku mampu bertahan
amiiinnn...

4.4.10

Rumahku Syurgaku

__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__
saya nak balik
nak jumpa adik-adik

tak nak jawab exam
sebab mood membaca dah hilang
entah ke mana ia melayang

lambatnya 9 April
jam, cepatlah berputar
saya dah tak sabar

KL - Kuantan
Kuantan - Kemaman
Kemaman - Kota Bharu
jauh perjalanan luas pemandangan

budak2 bolok, tunggu kaklong yer!!
paang-kakchik

laksamana sunan junior

rindu ecah sangat!

2.4.10

Air Dari Mata

"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.- Pergilah Air Mata"

p/s: mengucapkannya sangat mudah, namun untuk melaksanakan apa yang telah terucap itu amat susah. hanya bibir meluah rasa, namun bicara hati kita berbeza. seharusnya tiada paksaan untuk memulakan suatu perhubungan.

i like to know you, but i can't to love you~
sorry for everything~ love, ecah.

1.4.10

Merindu Tanpa Kata

Dikaulah yang ku sayang
Dikaulah yang ku rindu
Segenap ruangku terbayang
Wajahmu di ingatan

Harumnya harum cinta
Semadi dalam jiwa
Mengapa aku yang terasa
Merindu tanpa kata

Ku puja bunga larangan
Kuntum-kuntum yang berseri
Kelopak gugurnya berderai

Sungguh ku pilu
Pilu di hati
Cintaku semai sudah berbunga
Takku miliki

Sampai hati engkau khianati
Rasa cinta berubah dusta
Tak sedikit kau rasa berdosa

Sedangkan ku pedih luka
Dihiris sembilu bisa
Katamu ku hanya teman biasa

singer: Kapilla