26.4.10

Semalam dan Hari Ini

semalam. masih kat rumah. itu tak penting. yang penting, sempat lagi keluar jumpa orang tu. kesian orang tu meredah hujan. tak apalah. kan bila dah cinta, lautan api sanggup di renangi. setakat hujan tu, dikira dugaan kacang je lah, kan awak? should be thanks to norsha, sebab dia lah saya balik hari ahad. kalau ikut kata saya, nak balik hari sabtu sebab nak rileks seharian di uia pada hari ahad. heheheee ada hikmah rupanya norsha nak balik hari ahad. satu kebetulan yang amat manis buat saya dan orang tu. kesian kat orang tu, dating kat cc je. huhuu, nasiblah. dah awek orang tu budak computer science. of course lah tak dapat dipisahkan dengan komputer. nak lepak lama2 kat kfc, dua2 dah beku. hujan + aircond = duo2 darak xleh sejuk!

hari ini. dah kat uia. awal pagi lagi dah terserempak dengan encik LIPAS kat toilet. hwaaa!!! camne nak habiskan masa 8 minggu akan datang kalau tiap pagi ada lipas? sepanjang hari, mengemas bilik yang tak kemas ini. angkut barang + turun naik tangga. macam sengal la pulak. naik tangga sampai level 2 blok A, ambil barang + bawak turun. naik tangga sampai level 2 blok B, letak barang + susun leklok. apa salahnya kalau uia ni buat satu laluan pejalan kaki setiap level yang menghubungkan setiap blok. tak payah susah2 cikcah duk turun naik tangga banyak kali. ekekee idea bernas ni. perlu bagi cadangan pada principal college.

dah. tamat untuk hari ini. jumpa di lain post~

♪♫•♫♪•Namun jika kau datang ini ~Untuk menggilapkan cermin kasih ~Pastiku sambutmu dengan mesra.... Katakanlah rindumu ~Aku sentiasa menunggu ~Di pintu gerbang mahligai syahdu♪♫•♫♪•

3 comments:

Zuzu said...

hahaha! ape ni cah..sah2 da angau..cuba baca ayat yg bawah cah..ececeh..turun naik tgga pun suda tersyasyul turun nain tgga hahaha!

c-t-i shah said...

hahahaaa
naseb baik cikzuzu tegur. xperasan!
dah betulkan dah tu;-)
alahai..hebatnye penangan mr.N ni~

Tendou Sani said...

haha...^_^_~