29.5.11

Percintaan & Perpisahan

pasangan suami isteri yang sah2 HALAL boleh bercerai, apatah lagi setakat hubungan cinta yang sememangnya HARAM kan?

bercinta:
love is cinta. cintalah yang diutamakan. cintalah segala-galanya. kerana cinta, manusia boleh jadi gila. iye tak? kalau tak gila kerana cinta, mesti takde kes bunuh diri... terjun bangunan... minum racun... bakar diri... kan? bukan semua gila, yang tak gila tu jadi buta. tak nampak apa yang orang lain nampak. buta mata takpe. masalahnya kalau dah terlalu cinta, boleh buta hati.

orang bercinta, kita pun nak bercinta. boleh, siapa kata tak boleh. tapi perlu waspada. lelaki sekarang MAJORITINYA tak boleh percaya sangat. hehe (sowie ye bie)

dalam cinta, paling penting kejujuran dan kepercayaan. kalau ada dua elemen tu dalam diri masing2, insya-Allah selamat. jangan lupa untuk berdoa moga dipertemukan jodoh anda dengan si dia jugak.

berpisah:
perpisahan bukanlah jalan terbaik kerana rindu adalah satu rasa yang paling menyakitkan. yup! kalau yang pernah merasa kecewa tahulah macam mana sakitnya tu.

orang kata, kita jangan ambil hak orang kalau taknak hak kita diambil orang. tapi sekarang ni, kita baik pun, ada yang jahat. saya sangat2 setuju dengan komen seseorang kat fb: "kt ni org perempuan.jgn jd jahat.jgn jd permpas.cantik tu merangkumi semua.bkn muka ja." terbaik kan ayat ni?

ini lagi satu kalau kecewa: "kuatkan ati..xprlu b'sdih tuk org yg sdg b'bahagia.." yes. kalau si dia tinggalkan kita kerana dia ada orang lain, buat apa kita nak bersedih sedangkan dia berbahagia dengan pengganti kita, kan? take your time, ambil masa untuk melupakan. bukan sepanjang masa duk memikirkan. beri peluang pada hati untuk menikmati rasa bahagia sekali lagi bersama orang yang tahu menghargai diri kita.

kesimpulan:

kita merancang, tapi kita ada Dia yang maha mengetahui segalanya. jangan salahkan takdir andai terjadi perpisahan dalam perhubungan, kerana Dia jua berikan kita kekuatan untuk tempuh segala dugaan yang mendatang. sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang hamba di luar kemampuannya.

p/s: selagi boleh, cubalah pertahankan. tapi, andai ini hakikatnya... saya cuma mampu berdoa moga dia kuat hadapi semua ni. sayang sangat kalau perhubungan selama 7 tahun hancur macam tu je:-(

27.5.11

Novel-novel Bakal Di "Drama"kan

bosan sangat. jadi malam ni saya jenguk blog orang macam biasa. jenguk punya jenguk, jumpa la post yang saya berkenan dari blog Ana Sofiya. suka sangat! tahu apa? adaptasi novel! dan paling penting: "KAU UNTUKKU" di layar tv beb. ouh! nak pengsan. gile

kemudian, dengan penuh semangat... saya pun tanya cik google pasal 'drama adaptasi dari novel'. dan seperti biasa, cik google tak pernah mengecewakan saya. maka saya dengan penuh perasaan gembira jumpa la semua ni... korang baca ye...

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2011: Mahu memberikan sajian yang menarik dan terbaik kepada khalayak, syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd telah pun memilih 7 buah novel popular terbitan Alaf 21 untuk diadaptasikan kepada drama.

Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa merupakan 7 buah novel pilihan Global Station Sdn Bhd yang bakal diadaptasi ke drama kelak. Ianya juga akan ditayangkan di saluran Astro Warna dan Citra kelak.

Penerbitnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, perancangan untuk mengadaptasi 7 novel yang terpilih itu dilakukan sebagai satu usaha untuk mengikut trend semasa serta menyokong karya-karya sastera Melayu untuk berkembang semula.

"Kami merasakan trend mengadaptasi novel kepada drama ini semakin diminati. Itu adalah antara sebab mengapa kami juga terpanggil untuk melakukannya. Semua ini berlaku secara tak langsung dan kami juga ingin membantu menyokong karya-karya penulisan sastera Melayu agar ianya diminati semula.

"Kami juga mahu menyajikan produk-produk yang bermutu buat penonton drama tempatan,"katanya ketika ditemui pada majlis menandatangi MoU dan pelancaran drama adaptasi novel 21, di Hotel Ritz Carlton, kelmarin.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Penerbit Eksekutif Karangkraf Sdn. Bhd, Firdaus Hussamuddin, Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi dan Pengurus Saluran Warna, Nizam Sani.

Ditanya mengenai pemilihan 7 buah novel itu, Zaiton berkata, ianya dipilih berdasarkan populariti novel berkenaan.

"Kesemua 7novel itu dipilih berdasarkan populariti novel tersebut. Bahkan, 7 novel itu merupakan antara 10 novel yang mencatat jualan tertinggi di Alaf 21 yang mana kesemuanya melebihi jualan 80 ribu unit. Jadi rasanya pilihan kami sememangnya kena kerana ingin menyajikan produk yang terbaik buat penonton," jelasnya.

Sementara itu, jelas penerbit ekskutifnya, Zetty Adila pula, 7 novel iersebut dipilih kerana ianya menampilkan jalan cerita serta mesej yang berlainan.

"Dalam kesemua 7 novel itu, enam daripadanya akan kita adaptasi kepada telemovie manakala yang satu lagi iaitu Adam Dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri. Kita tak akan ambil 100 peratus cerita dalam novel ini, tapi isi atau cerita asalnya tak akan lari.

"Mana yang tak patut kita tak akan paparkan, mana yang perlu akan dikekalkan. Kita telah pun memilih penulis skrip yang sesuai. Antaranya ialah Rozie Rashid dan Zaleha Hassan untuk menterjemahkan semula naskhah novel itu kepada skrip drama," jelasnya yang turut memberitahu baawa pre produksi untuk kesemua 7 drama itu masih belum lagi dimulakan.

sumber: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9635&c=1&s=1

p/s: tak sabar nak tahu siapa yang pegang watak "hero saya" iaitu F.U.A.D dari 'kau untukku- rahsia di hati, tak siapa yang tahu'. erk..."datin, saya nak jadi nurul umairah boleh? hehehe... kalau xleh, jadi ellina pun takpe. jadi mak fuad pun saya sanggup;-)"

ok bye~

25.5.11

Percaya Padaku

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu... melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

-kepada mat nain sayer-




24.5.11

Akhirnya... Jadi Jugak

huh. jenuh nak edit supaya jadi camni. ponin den! bila scroll down pun, gambar tepi tu tetap ada. cewah. cantiklah! heeeee... tau, saya gedik. memang pun.

special thanks to my tutor: bolok. (still xleh lwn blog ko lah wei)
hurm..cepatlah bie! online. tengok blog kita da cantek dah

23.5.11

All I can say is I Miss You

I remembered the day
I was with you

You made me feel like a matured girl
You taught me right from wrong
You showed the way to be like you

I was hoping that I woudn’t lose you
But the time has come
I should go far away and live in my dreams
But it’s hard to say goodbye

From all the laughter you gave
From all I felt of you

All I can say is I Miss You
Now that we are far away
Memories’ still in my mind
How can I live without you

But I still wait for the right time
The time to be happy being with you
That’s what I’ve been waiting for
poem cilok-->dari sini

p/s: All I can say is I Miss Muhamed Nain sooo much

21.5.11

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim

KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.

"Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya.

ini pulak versi cikyin: "wat msa ni 5 trkorban.act diorg tgh buat prsiapn tuk smbut rombgan FINAS makan tghri..ade yg tgh wat ltihan kompang..tgah2 wat ltihan tbe2 tnah runtuh..yg kt kwsan diorg main kompng tu yg truk tu.."

mangsa yang terselamat
-aku respek lelaki yg xberbaju ni. dia bukak bju dia utk tutup kaki budak tu. baik, kan dia? ada lg seorg lelaki yang masuk ke dlm kwsn bencana semata-mata nak payungkan mangsa yang dibawa keluar. alhamdulillah, semoga Allah merahmati kalian-

-mayat yg tertimbus- (cilok dr fb)

episod tanah runtuh kali ni sangat2 menyentuh hati saya. kalau sebelum ni, saya cuma baca sekadar untuk tahu keadaan terkini,(jahat kan?) tapi kali ni saya turut bersedih. dalam mata ada air:-( mungkin sebab mereka anak2 yatim. al-fatihah kepada yang terkorban.

jadi, sama-samalah kita berdoa...."Semoga Allah permudahkan bantuan kepada anak-anak yatim yang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat ketika hujan lebat petang tadi. Aminnn...."

20.5.11

Syukur :)

alhamdulillah... akhirnya:

praktikal kat TM Kota Bharu bulan 7 ni. department dah approve. suka sangat:) sekarang berdoa supaya dapat lecturer dan supervisor dari pihak TM yang baik2 plak. insya-Allah. amin....

pastu, eop punye midterm postpone to week 5. sir cakap. walaupun tak rasmi lagi tapi hopefully so lah kan~

tiket balik KLATE dah beli. balik untuk jumpa adik2 n pegi wedding siti nor basirah a.k.a mekba yang merangkap teman sekuliyyah mekbun... (erk, seswai!! mekba vs mekbun)

terima kasih, ya Allah....

~suda seTAHUN seBULAN seHARI. hehehe...comey lah~

18.5.11

Gambar Paling Lama

my pic for desktop background

ini pic paling lama bertahan di lappy saya. tak tahu kenapa, saya sukaaa sangat gambar ni. selalunya desktop background kejap2 tukar, kejap2 tukar.

ada apa dengan gambar ni? satu penantian, satu pengharapan, dan satu kerinduan. hehehe.. (ye2 je aku nih! memandai plak.)

ok, dah. mengada je. gedik lebih. euwww~!

p/s: saya rindu bie sayer:-(

17.5.11

Cinta Berbaur Rindu

-saya rindu mat nain. banyak sangat-
nak nyanyi lagu ni. lirik best. jom layan;)

Bila malam bertamu
Hati kian sepi dilamari mimpi
Yang penuh dengan asyiknya

Cinta berbaur rindu
Sehingga membara
Terbias ke alam yang nyata

Bila siang bertabuh
Jiwa ketandusan
Diterik mentari

Dan ku cuba rimbunkan
Dengan kasih dan sayang
Agar kau dan aku
Berteduh rindu sekudusnya

Bukan lagi rahsia
Hubungan kita
Telah pun terpatri
Di sudut hati

Cuma yang ku pinta kesabaran
Di dalam menanti yang pasti
Bukan setakat janji yang tiada tunas
Sehingga terguris hati dan terluka
Dan itulah yang paling ku geruni

~kelate masuk final la. terbaik!!! sukaaaaaa sangat~

14.5.11

Trend Simbah ASID ke Sekarang?

Kuala Lumpur- 8 Mei. Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis ‘thinner’ dan ‘alkali’ kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal. Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan. Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

6 Mei- dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam. Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

7 Mei- seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa. Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

kenyataan polis:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek kes simbah asid dipercayai menunggang motosikal Honda EX5 berwarna hitam, dilihat memegang botol berlabel 100 Plus. Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis melalui Hotline polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728

suspek:
baca lagi kat sini:




~baru tau pasal ni bila jumpa ina kat kafe. dia yang bagitahu... lepas tu, saya terus cari berita pasal ni. sebab? takut. sekarang, cuma mampu berdoa semoga saya, kawan-kawan (ramai yang praktikal area ni), dan kita semua (especially wanita) selamat. semoga penjenayah ni ditangkap secepat mungkin. aminnn.

~pelik kan? apa salah mangsa2 tu sedangkan mereka langsung tak mengenali lelaki tersebut. apa motif penjenayah nak simbah asid kat perempuan melayu?

~hurm... semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t. insya Allah. amin....

11.5.11

R-I-N-D-U

hari ni dah di uia. last sem. 1 subject je. EOP. pastu praktikal. yeay! dah tak payah nak sibuk2 baca buku, ngadap exam.

short sem kali ni, untung sikit. sebab kelas mula hari selasa. kenapa? sebab salah anr. budak uia yang amik short sem mesti tahu pasal ni. jadual kami WESAK DAY = 9 MAY 2011. hahahaaa.. memang saya nak gelak. sepatutnya, tak patut pihak anr buat kesalahan seperti ni. sedikit memalukan. ok dah. abaikan.

untung jugak sempena cuti HARI WESAK UIA, at least saya boleh balik uia lewat sikit. sempat la lepas hajat (bukan berak ya) nak makan nasi ulam ngan budak tu. heee. best! jauh tau jalan kaki dari depan pantai timur. capek! panas! huh. orang ni majuk2, orang tu emo2. macam comel.

banyak nasi tak habis. salah siapa? mat nain punya pasal. LAPAR MATA.

baru saya tahu, rupanya bie saya ni macam baby. tak suka pedas. . hahahaa

makanan:-
kitaorang pilih: ayam goreng + ikan keli goreng + sayur lemak putih + budu (WAJIB ni)
ulam pulak: saya ambil kacang botol, dia ambil kacang panjang + ketiak jagung (jagung pun ada ketiak ek? hehehe)

minuman:-
a: b nak air ape?
b: nak i love u...
jawapan merapu yang membahagiakan;)
saya- teh beng ais. dia- teh o ais.

jumlah perlu dibayar: RM16. murah kan?

setelah perut di isi, masing2 tersenyum hepi

pastu masuk mydin, beli barang keperluan. pastu masuk pantai timur, beli susu dan gula. pastu penat. eh, tak. bukan penat sebenarnya. tapi nak rehat sebab tak puas lagi nak borak. banyak benda nak cakap. kitaorang pun masuklah kfc.

makan lagi. nugget + air sahaja.

kami yang senget menget

berat hati nak tinggalkan bumi kelate. saya TAK SUKA cinta jarak jauh. sakit! sakit sebab demam. demam kerana rindu. euwww~! gediksss.
soal pada hati, tanya kenapa merindu?
jawapan yang pasti… kerana aku cinta padamu

*peliklah. sepatutnya hari ni takde kelas, tapi nape si bun ni rajin pi kelas? hahahaaa. okeh, gelak setan
setansetansetan

7.5.11

Rahsia Yang Bukan Rahsia

semua serba tak kena
apabila rahsia bukan lagi rahsia
nak salahkan siapa?
salahkan diri sendiri.

yang pasti
kita tak setanding
saya tak mampu nak lawan awak
sebab tu saya rahsiakan segalanya.

saya SAYANG awak, wahai mat nain!!!
-ok, bye-

4.5.11

Review- Cintamu Cintaku Satu

ini novel kedua yang dibaca (beli masa pbakl) selepas novel anis ayuni, Cinta Yang Kurasa.

rasanya lagi bagus novel pertama daripada beliau iaitu tak mungkin kuhindar (klik SINI kalau nak baca review). mungkin sebab cerita ni pada awalnya kisah kahwin paksa. bukan keluarga yang memaksa, tapi bakal pengantin lelaki yang memaksa heroin kahwin. tambahan pula, saya memang dah takleh nak ngam kalau cerita kahwin paksa ni. nasib baik novel ni bukan kahwin paksa yang bisa membuatkan novel sekarang hampeh.

namun apa yang membuatkan novel ini lain dari cerita kahwin paksa yang ada sekarang, bila si heroin tu, Ana terus jatuh sayang kat Taufik. bukan nak gaduh2 ke, benci2 ke, tidur asing2 ke. be honest. kalau sayang, kata sayang. tak payah nak buat2 benci padahal dalam hati ada cinta. iye tak?

mereka kahwin sebab Ana perlukan wang untuk menyelamatkan anak saudaranya, Irfan yang juga anak saudara kepada Taufik. erk, faham tak ayat tu? kakak Ana kahwin ngan adik Taufik. faham kan? so, Irfan tu anak saudara mereka berdua. pada awalnya, ibu Taufik tak sukakan Ana manakala Ana pula penuh dengan prasangka buruk pada keluarga Taufik setelah membaca diari arwah kakaknya, Liyana.

ini bukan kisah biasa. ini bukan cerita mertua yang ingin merosakkan rumahtangga anak menantu. tapi segalanya berpunca dari dendam. dendam Akmal kepada ayah Taufik dan Liyana, dendam Azim kepada Ana. erk, nak tahu pasal apa, beli dan baca ye. best jugak.

erk, tapi kan... rasanya Ana Sofiya tak sesuai buat cerita thriller camni. selalunya, kalau saya baca novel ala-ala ada polis, ala-ala ada penyiasatan... saya mengharapkan sesuatu itu diceritakan secara terperinci. macam novel Jauh Kau Pergi-Dhiya Zafira, Mikail-RAM.

apapun, tak salah mencuba kan? okey, itu sahaja. lepas ni mungkin baca novel dari JS pulak. tak tahu lagi tajuk apa. ada 11 lagi novel untuk dihabiskan. babai~

2.5.11

Review: Cinta Yang Kurasa

akhirnya, setelah seminggu... berjaya jugak habiskan novel ni. hurm, mengambil masa yang agak lama kali ni. sebab? mood nak membaca hilang.

okey, balik kepada topik asal. banyak jugak watak dari novel2 anis ayuni yang sebelum ni. antaranya: sufian dan raihana. watak mereka berdua: parent kepada hero novel ni iaitu Mir Shariman. (ada juga watak zairi & dhira)

novel ini mengisahkan mir dan laila yang saling jatuh cinta. erk, cam tak sedap bunyinya. takpelah. tak reti nak buat ayat, yang penting readers faham. paling best bila part mir nak bagitahu laila bahawa dia sukakan laila. laila pun sebenarnya sukakan mir, tapi takkan perigi nak cari timba kan?

okey, perhubungan diaorang lancar sehinggalah masing2 melanjutkan pelajaran ke luar negara. tiba-tiba mir menyepikan diri selepas dia kemalangan. dalam masa yang sama, raid hadir dalam hidup laila. tapi, awal2 lagi laila dah bagitahu yang dia sudah berpunya. how sweet. bagus betul si laila ni. walaupun mir dah lama menghilang tanpa sebarang kata, dia masih tetap setia.

dah habis belajar, laila pulang ke malaysia. kebetulan bisnes family dia pula mengalami masalah. jadi laila bekerja di syarikat uncle sufian. satu kejutan buat laila, rupa-rupanya kesan kemalangan yang menimpa mir menyebabkan mir cacat. tak boleh berjalan. guna kerusi roda.

adoii malas dah nak taip. dipendekkan cerita, mir dan laila kahwin. "SAYA TERIMA AWAK TANPA SYARAT", kata laila. this is love. baguskan? perempuan: kalau dah cintakan seorang lelaki, walau macam mana sekalipun keadaan lelaki tu, rasa cinta yang ada tak pernah kurang.

laila: mengapa lepas kemalangan, awak macam terus hilang daripada saya?
mir; sebab keadaan saya macam ni..
laila: sekalipun keadaan awak macam ni, bukan ke saya patut tahu?
mir: saya tak pasti penerimaa awak. saya takut awak tak boleh terima keadaan saya yang dah macam ni.
laila: ada ke kalau saya yang duduk atas kerusi roda ni, awak tak boleh terima saya?... selalunya macam nilah orang lelaki. apabila isteri atau anak sakit, dia mula cari macam-macam alasan untuk kahwin lain, untuk lari dari tanggungjawab. tapi... seorang perempuan kalau suami atau anak dia sakit, dia ikut merasakan kesakitan itu....

"aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. hakikatnya laila... aku mengoyak hati sendiri."-mir

nak baca lagi, beli lah novel ni ye. heheh. erk, sumpah benci kalo bab lelaki hilang camtu tanpa apa2 alasan. pengecut!

*komen: rasanya sampai habis takde pasal keadaan syarikat ayah laila dan dengan siapa adik kembar laila, art berpasangan. (erk.. apelah aku nih. ada je tak puas hati. ke aku yang tak perasan? padahal ada jerk dalam novel ni..) tapi takpe. tetap best.

habis dah. sambung novel seterusnya: tak tahu lagi nak baca yang mana. huhu... babai~

tambah sikit lagi:
"Kalau kau dah jadi isteri dia, memang patut kau pergi. Tapi, kalau setakat pakai cincin tanda yang dia sendiri bagi, kau nak pergi sebagai apa? Nak kata tunang, ada ke keluarga dia datang bawa tepak sireh jumpa keluarga kau?" ~pg207 ♥ cinta yang kurasa