19.12.10

Novel Sekarang Hampeh - Part 1

disebabkan rasa "TAK PUAS HATI" ngan novel2 sekarang, maka tertaiplah post ni. hurm... kenapa tak puas hati? untuk post part 1, saya kasi satu alasan je dulu. sebabnya:

-jalan cerita sama-
okaih. novel kat pasaran sekarang especially dari novelis2 baru, jalan cerita mereka lebih kurang ngan novel2 yang telah lama kat pasaran. balik2 tema lebih kurang: kahwin paksa. dari benci jadi sayang , gaduh2 pastu jatuh cinta.

perghhh!!! sumpah bosan weh citer camni.

kalau bab kena kahwin paksa: sebabnya, keluarga perempuan tu dah banyak terhutang budi ngan keluarga pihak lelaki. tak pun, sebab kena ganti kononnya pengantin asal lari dekat2 nak kahwin. menyampah dah baca novel macam ni. ishk...

kalau bab benci jadi sayang: konon dah kenal lama, ada something wat hero dan heroin ni gaduh. selalu gaduh dari zaman kecik2 terbawa2 hingga ke alam dewasa. punyalah benci tapi bila dah jumpa balik, kenal pastu timbul rasa sayang. hurmm...

kalau bab bergaduh tapi jatuh cinta: awalnya masing2 ego. masing2 nak menang, masing2 takmau kalah. dari awal hingga separuh buku duk baca, tak habis2 gaduh. sabar je lah. nak jadikan cerita, bila dah selalu gaduh tetiba sorang senyap ke, mengalah ke, mulalah rindu. adoyaiii.

titik. tunggu part 2 plak ye... bye~!

p/s: ini suara hati seorang peminat novel melayu. aku minat. aku beli. aku baca. dan aku ada hak nak luahkan apa yang aku rasa 'perlu'.

2 comments:

luahan said...

salam...
tapi memang banyak ya, citer camtu sekarang hehe...
tapi kalau olahannya baik, citer akan jadi menarik, kan?

Puteri Kebayan said...

Aku dh baca beberapa novel dgn plot yg kau maksudnya. Yep, sucks. Gadoh2, rindu... Hubby jiwang karat . Bini buat seks selepas jatuh cinta taraf agung yg tuhan anugerahkan akhirnya. Happy end.

Dah baca Terlanjur Menyintaimu? Kalangan novel citer kahwin paksa yg paling teruk pernah aku baca. Fail!