24.1.14

Ujian Bertulis Dan Temuduga Guru KAFA


haaa lama nya tak menaip kat sini. makin lama mood nak menaip tu semakin tak ada. entah ke mana perginya. tapi takpe, saya rajinkan diri untuk berkongsi pengalaman temuduga guru kafa dan ujian bertulis di kota bharu, kelantan. 

saya calon dari PPD kota bharu. tarikh ujian bertulis dan temuduga pada 20 januari 2014 bersamaan hari isnin. tempat temuduga di open universiti malaysia, kota bharu kelantan. nak dapatkan borang permohonan KAFA, sila berhubung dengan JPP atau PPD ya. negeri lain kalau tak salah melalui pejabat agama negeri. biasalah, kelantan istimewa kan... faham? :)

back to the main point. untuk ujian bertulis guru KAFA ni, anda diberikan satu jam untuk jawab beberapa bahagian (tak ingat dah ada berapa). antaranya:

QURAN & TAJWID
tulis ayat 1-5 surah alfatihah dengan resm othmani
hukum tajwid (dia kasi hukum, cari dalam ayat yg diberi)

ARAB:
kena melayukan petikan bahasa arab yang diberikan
buat ayat dalam bahasa arab berdasarkan perkataan diberi (tilmizatun, maktabun, takingat dah)

MENULIS JAWI: 
petikan dari tulisan rumi
5 perkataan (transformasi, internet, 2 ni je ingat)

SIRAH
wahyu pertama
masjid pertama dibina rasulullah @ qiblat pertama (tak berapa ingat ni)
sahabat nabi yg hijrah bersama
sahabat nabi yg ganti tempat tidur semasa nabi berhijrah

susun mengikut tertib 1 hingga 5 rukun solat 
lafaz niat wudhuk dan hadas besar dalam bahasa arab

senaraikan sifat mahmudah dan mazmumah
senaraikan sifat ALLAH SWT
senaraikan nama kitab dan nabi
senaraikan nabi ulul-azmi
nyatakan tanggungjawab kita kepada pemimpin

untuk temuduga pulak adalah seperti biasa. kenalkan diri dengan sijil agama apa yang kita ada. pastu~

baca surah al-fatihah
pilih mana-mana satu ayat lazim dan baca
6 ayat quran:  pilih 2 dan baca
pilih 2 ayat pertama yg ada tanda mad tu: contoh (alif lam mim... alif lam ra'... tho ha... yaa siin...) 
hukum tajwid 2 soalan

kelebihan guru KAFA
elaun guru KAFA
subjek yang di ajar

itu sahaja yang boleh saya kongsi sebab setakat itu sahaja yang saya ingat. hope boleh membantu rakan-rakan pada masa akan datang. 

ce cari mana satu puteri kebayan neh. 
ni masa tunggu untuk di temuduga selepas ujian bertulis. mula2 sampai awak2 semua kena tengok nama duk di saluran berapa. setiap saluran ada 10 orang. jadi masuk la dalam kelas mengikut saluran masing2. masa exam duk jauh2 tau. satu baris satu calon sebab ni kan kelas. opkos la kerusi meja banyak dalam tu. calon plak hanya 10orang satu kelas. haaa so pandai2 la nak menggoreng ke nak menumis ke. ikut suka la. lepas ujian bertulis keluar kelas dengan kerusi masing2. tunggu kat luar tu sehinggalah nama anda di panggil untuk di temudugakan. hehehe. sekian, terima kasih. 

4 comments:

muhammad said...

assalamualaikum ....nk tny...guru kafa nie tuk prmpn je ke??

muhammad said...
This comment has been removed by the author.
eiQa dYla said...

Assalamualaikum,
Nk tnye ckit la, borang u mohon sbgai guru kafa nie time bile dibuka??

che embon ahmad said...

borang guru akafa ni sentiasa dibuka
hantar je ke pejabat agama borang guru kafa
bila ada kekosongan pej agama akan panggil
buat ujian bertulis