31.1.11

TAK PANDAI LAH KAU

kepada yang berkenaan,

kalau kau rasa kau dah pandai dengan buat profile fb baru semata-mata nak add aku, nak tengok aktiviti aku, nak siasat aku... hehehee nampaknya kau takdelah pandai sangat.

aku plak, tak lah bodoh sangat nak confirm semua friend request. hanya yang aku kenal je. lelaki ke, perempuan ke.. memang aku tak confirm kalau tak kenal. kalau aku confirm pun, yang jenis private mutual friend, segala info semua private. then, bila dah tengok profile dan aku masih tak kenal, aku remove balik lepas tu. hehehee. sorry ya.

semua ni bersebab. cukuplah sekadar aku cakap yang sekarang, aku perlukan privasi. untuk diri aku dan orang terdekat.

peminat fanatik aku, tengok dan baca blog ni je la ye. heh!

aku tak sukalah 'home' aku penuh dengan aktiviti orang yang aku tak kenal. takmau gedik2. takmau perasan friend ramai. padahal tak kenal pun. kalau mutual friend beratus pun, tapi aku tak kenal... takde maknanya lah aku nak confirm.

kesian... eh silap2. sekian!

p/s: aku tau kau orang yang sama. aku dah remove, kau add balik. nak korek apa weh? rahsia aku dan dia takde kat facebook lah!

30.1.11

a ♥ b

sukaaa!!!!
tak tahu nak cakap apa.
hanya perkataan "bahagia".
menggambarkan segala-galanya.
pink? sabor je lah... comey gak la

thanks to my bucuk, Muhamed Nain;)

erk...bila nak ada keluarga sendiri eh?
hiii gediks suda~
♥hari yang membahagiakan♥
i love u. i miss u.

"Kekasih..janganlah kau pergi,
Kerana ku menyayangimu,
Kerinduan ini..hanyalah untukmu..
Percayalah ku cinta padamu..
Moga realiti, bukannya mimpi.."

Tuhan, tetapkanlah hati kami walau dugaan mendatang. amin...

28.1.11

Sayangilah IbuBapa Anda

Sayangilah IbuBapa Anda

syarat-syarat nyer..

1) Warganegara Malaysia sahaja tau..
2) Nak join contest kan.. so follow blog cintairmata ni yer..
3) Laki-laki dan perempuan-perempuan semua leh masuk okeh..
4) Buat la entry pasal contest ni kat blog korang..
5) Letak sekeping gambar korang bersama ibu bapa korang..
(tak kesah laa ibu sahaja ke.. bapa sahaja ke)
Gambar yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.. Paham?? =)
6) Dah siap entry.. tinggal link kat ruang komen tau..
7) Untuk mengelakkan kesilapan.. anda boleh jugak send email kat saya yer..
send gambar ngan link jer tau..
Send sini : suweetcity_luv@yahoo.com
8) Contest akan bermula 6 Jan 2011 hingga 16 Feb 2011 sahaja
9) Keputusan adalah muktamad

tetiba rasa nak join contest Sayangilah IbuBapa Anda dari cik siti suhaila. mula2 tau pasal contest ni, sebab baca post cikyin. saya pun jenguk lah blog si "pereka" contest ni. hurm, hadiah yang menanti kalau menang amatlah dan memanglah menarik. saya pun tertariklah dengan hadiah yang tersebut. pemurah betul empunya blog ni. hehehee.. so, misi mencuba nasib sekarang.

mengikut cik siti suhaila, gambar yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.. godek punya godek, cari punya cari, open folder tu, open folder ni...
rasanya ni lah gambar paling menarik saya bersama dengan emak
~i love u mom~
disebabkan taman ni tak ramai budak2, daripada duk tengok je congek-cakdung jongkang-jongkit tu apa salahnya kalau mak budak dan kakak budak tumpang duduk, kan? baju putih tu mak saya. sumpah tak tipu. muda lagi kan? hiiiiii.. yup. beza umur kami cuma 19 tahun jerk. tak jauh mana, macam adik beradik gitu.

.tu je lah sesi merepek kali ni. dalam kepala, terbayang hadiah.

27.1.11

Perempuan Gila

perempuan sekarang suka tunjuk yang diaorang tu gila. kenapa? tak malu ke? orang gila pun kalau kita tanya, kau gila eh? dia akan cakap... "kau tu yang gila". see? orang gila pun tak mengaku yang dia gila.

dah tu, kau yang waras dan sure2 lah kau ada otak yang sihat lagi cedas. kenapa kau nak tunjuk kau gila kat semua orang? tujuan kau apa weh?

penting:

bila kau serahkan dan ajarkan hati kau untuk mencintai dan merasa dicintai, seMESTInya kau kena jadi kuat. bersedia dengan 2 kemungkinan. sama ada bahagia atau kecewa.

when you are in love, you have to be strong. mental + physical. inside + outside.

sihat mental. kuat dalaman: supaya kau tabah dan bersedia dengan apa yang telah ditentukan Ilahi

sihat fizikal. sihat tubuh badan: supaya kau gagah perkasa. senang nak bertumbuk dengan sape2 yang rampas dia dari kau. hehehe

kalau bahagia. alhamdulillah. tapi tak habis kat situ, perlu teruskan berdoa semoga jodoh berkekalan sampai kau mati.

kalau kecewa. takde apa lah. sedih. menangis. meroyan lah kau.

tapi bila orang tanya, kenapa clash? kau akan jawab...

1) hurm...dah tak ada jodoh: dah tahu kau dengan takde jodoh, duk tunjuk lagi perasaan kau kat orang tu buat apa? nak suruh ex kau gelakkan kau ke?

2) dia dah ada perempuan lain: kalau kau tahu dia dah ada pengganti kau, yang kau nak terhegeh2 lagi tu buat apa?

3) kitaorang dah tak sehaluan: kalau dah tak sehaluan, maknanya bila ada simpang, kau dan dia ikut jalan masing-masing. so kau ikutlah jalan kau.

4) banyak makan hati selama ngan dia: kau tahu rasa makan hati tu macam mana. sedap ke tak? tak kenyang pun kan? dah tahu cam tu, tak payah nak rasa lagi.

5) biarlah aku dan dia yang tahu: dah kau dan dia sahaja yang tahu, tak payah la nak post benda2 yang boleh buat 1 DUNIA tahu. tak malu ke?

6) aku nak jadi single balik: fine. kau nak jadi single. dah tu yang kau tunjuk segala rasa kat fb, kat twitter, kat blog, kat ms, kat fs... buat apa? tetiba rasa nak berDOUBLE plak ke?

7) aku bukan yang terbaik untuk dia: dah tahu kau bukan yang terbaik, kau bagi lah perempuan yang lebih baik untuk dia. so, tak yah nak tunjuk kau baik kalau dah tahu kau bukan yang terbaik.

8) mungkin dia bukan yang terbaik buat aku: dah sedar dia bukan yang terbaik, kau duk tunjuk rasa nak kat dia lagi tu buat apa? free2 kau kena gelak.

9) dia pergi tanpa sepatah kata: senang nak faham lelaki ni. kalau dia pergi, maknanya dia dah tak nakkan kau la tu. mungkin dia tak sampai hati nak bagitahu kau. kalau dia tinggalkan kau macam bodoh, tetiba kau tengok dia ber-relationship dengan orang lain. kau faham-faham je lah. kau pun dah boleh mula cari lain. berhenti berharap. dah dia buat kau macam bodoh, kau janganlah jadi betul-betul bodoh. faham?

eh perempuan. sedarlah weh. sumpah dowh! aku malu ada kawan macam kau. please lah. jangan tunjuk gila. JANGAN TUNJUK KAU MASIH GILAKAN DIA WALAUPUN KAU MEMANG DAH TAHAP GILA MEROYAN / GILA TALAK.

malu weh. lelaki duk bergembira sakan dengan dunia dia yang baru. kau cuma kenangan dia je. entah dia ingat ke tak kat kau. so, tak ada sebab kenapa kau perlu ingatkan dia lepas korang dah tak ada apa-apa hubungan.

girls: sedarlah. a boy tak akan kembali setelah dia meninggalkan, kecuali dia tiada pilihan lain.

post ni tercipta bila... tetiba aku rasa menyampah dengan seseorang. tak semua perempuan yang aku kenal macam tu. tapi adalah sesetengahnya memang jenis suka tunjuk gila.

tolonglah hentikan semua ni. aku merayu. sebab aku tahu, bukan aku je duk gelakkan kau, ex kau pun sama. please. aku maluuu~!!! hahahahaaaa. peace~

25.1.11

Penangan Facebook Dan Blogger

sekarang "makhluk" facebook dan blogger ni semakin menjadi-jadi. kuat bebenor penangan depa berdua. tapi mereka tak bersalah. sebab mereka tak ada otak. yang selalu buat salah: MANUSIA. kita lah tu.

yang baiknya:

facebook: saya jumpa balik kawan2 yang dah bertahun2 tak jumpa.

blogger: boleh mereview novel yang dah dibaca. boleh mengamuk + mengutuk + mengata + luah perasaan tak puas hati kat blog. nak serang orang depan2, takut beb!

yang buruknya pulak:

facebook: selalu lalai dengan FARMVILLE + CITYVILLE. kadang2 lecturer ada kat depan, saya sibuk berkebun, kutip hasil, bina bangunan kat belakang kelas. (mcm sekaranglah) heeee;)

blogger: kadang2 dapat idea nak update new post masa dalam kelas. nak wat camne kan? ku manusia yang lemah. tak berdaya nak menghalang idea yang mendatang tanpa di undang ni. (macam sekarang)

pemboleh ubah dimalarkan: masa (10-11.30am)
pemboleh ubah dimanipulasikan: penglihatan (nak tgk fb ke, blog ke, slide dr lecturer)
pemboleh ubah bergerak balas: kadar penerimaan pembelajaran

hipotesis: semakin lama kat kelas, semakin banyak yang saya lihat(fb, blog) dan semakin berkurang kadar penerimaan pembelajaran.

kesimpulan: hipotesis diterima.

penutup: TEKNOLOGI YANG ADA PADA MASA KINI TAK PERNAH SALAH, TAPI MANUSIA SELALU MENYALAH GUNAKAN TEKNOLOGI.

sekian, terima kasih. ok. dah. mau fokus. [saya♥cryptoghraphy]

p/s: jangan tiru aksi perangai seperti ini.

22.1.11

Dah Dua Tahun Bersama

sedang asyik online fb, tetiba dapat post dari kak nini:
kalau dulu Aisyah Dalilah, sekarang dah jadi Nur Aisyah. pendek tapi punya maksud yang baik iaitu cahaya hidup bahagia. erk.. kalau eja aishah maksud ape ek? hidup bahagia gak kan? ouh... patutlah setakat ni, saya bahagia dengan kehidupan yang telah saya lalui. terima kasih ya Allah. dan terima kasih kepada arwah ayah & emak yang telah memberikan saya nama "Siti Aishah"

ok. berhenti perasan. post kali ni nak citer pasal Nur Aisyah dan bukan Siti Aishah. hurm, pejam jelik pejam tak celik dah dua tahun ecah bersama keluarga saya. hurm... alhamdulillah. ecah seorang anak yang baik. bijak. tak manja. comel. cute. putih. suka bercakap. dan paling penting, ecah sayang kak longnya iaitu saya. wakakakaa

-ecah sepanjang tahun 2010-
saya sayang dia sama seperti saya sayangkan adik2 saya yang lain.
baca sini untuk post setahun yang lalu

21.1.11

10 Perkara Paling Best Masa Sekolah Rendah

1- masa darjah 6, perasan jadi pengawas. suka jaga budak darjah 1

2- balik sekolah WAJIB singgah "kedai pakmud". beli air kelapa 30sen je masa tu.

3- jual sticker, beli sticker. ekeke

4- buat name card kartun.

(no 3 + 4 leh baca kat sini kalau nak tengok rupa sticker dan name card tu)

5- belajar buat jeruk mempelam masa kelas sains. cikgu nama norizan.

6- dapat hadiah tafsir surah al-baqarah kaler hijau dari ustaz omar sebab dapat A pendidikan islam. pastu ustaz suruh tulis kat tafsir tu "yang dihadiahkan oleh ustaz omar"

7- buku saya kena curi. si pencuri tu potong nama saya kat buku, then tulis nama dia. bawak mak pergi sekolah sebab nak suruh mak bagitahu cikgu. seronok;)

8- tak pergi sekolah masa cikgu bagitau nak kena suntikan vaksin Rubella. ingatkan dah lepas, rupanya cikgu kasi surat, suruh pi hospital. huwaaaa!!! kena jugak~

9- 2 biji batang gigi saya kena tampal masa kat sekolah. best kan? free je. paling tak suka kalau doktor dan nurse datang nak check gigi. mulalah nak kena bawak berus gigi dan cawan. belajar cara gosok gigi beb.

10- mak pergi hantar & amik saya ngan adik kat sekolah, naik motor bonceng 3 orang. adik kat tengah. kadang2 saya kat tengah. sekarang dah tak boleh naik 3 orang. sebab adik saya lagi besar dari mak saya. rindu semua tu.

srk islah (1994-1999)
okai dah jawab tag dari dikdah
kena tag orang ke tak ni ek? hurm.. tapi cam nak tau gak ape yang best masa sekolah rendah mereka:


dengan segala hormatnya, silakan jawab;)

20.1.11

Makin Lama Makin Kecik

nak membebel pasal benda ni hah. rasanya majoriti penduduk 1 Malaysia mesti beli benda ni. namanya "kad tambah nilai" atau "reload card". tapi saya selalu panggil 'top up' je. hurm, ada apa dengan nama? tak de apa. jadi tak kisah lah panggil apa2 pun yang penting orang paham.

zaman mula2 pakai henpon dulu, nak cari topup rm10 susah. selalu orang jual rm30. okai. bukan nak cakap pasal nilai topup, tapi nak membebel tentang rupa bentuk kad ni.

tengok ni:
awal2 dulu, besar. lebih kurang saiz ic kot


dari saiz tu, di bahagi kepada 2. ok, boleh tahan lagi
sekarang: saiz kecik ni je. jimat beb!
jimat ke, tak jimat ke. saya bukan apa. susah la kalau kecik camni. nak tengok nombor pun tak berapa jelas. nak baca instruction lagi (padahal dah tau. hari2 duk topup). memang kecik. tak sesuai. paling tak best: kecik2 macam ni, kalau jatuh saya tak sedar tau tak!

dah. tu je. heheheheee

pesanan:
to cikzuzu-moga post ni bisa mengubat rindu kamu ya;)
to all readers-nasi goreng paprik mahalah halimah best.(xde kaitan ngan post ni)

sekian, terima kasih (idea asal- my sis)

18.1.11

Mahligai Bernama Cinta

Padamu ku serahkan
Suatu yang bernama cinta

Kupeluk jasadmu dalam bayangan
Biar tak terasa namun kubahgia
Resahku berlalu rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi memutik kenyataan

Tersentuh di jiwa terkesan di hati
Kemelut nan melanda di minda ku ini
Ingin ku katakan tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati menjadi benci

Satukan dua jiwa ini di mahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti apa yang tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran

Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata bererti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya

Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Ku tetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku...

Nikmatkah Maksiat?

Setiap amalan yang kita kerjakan seharian sama ada baik atau buruk akan mendapat pembalasan yang setimpal. ALLAH S.W.T mengganjari kebaikan dengan pahala manakala dosa pula bakal mengundang azab yang sangat pedih di akhirat kelak.

NIKMATKAH MAKSIAT menghuraikan konsep dosa dalam Islam, dosa sepuluh anggota tubuh kita dan mengapa kita melakukannya. Setiap dosa tersebut disertakan dengan jenis-jenis kesalahan yang berkaitan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada anggota fizikal sahaja. Malah, hati dan akal juga tidak terkecuali. Ingatlah… kita bertanggungjawab untuk menjaga anggota tubuh kita sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan nanti.

Demi mengukuhkan setiap hujah yang dibentangkan, dalil daripada nas al-Quran dan sunnah dinyatakan dengan jelas untuk pemahaman kita. Sama-samalah kita jadikan perkongsian ilmu ini sebagai renungan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan kita agar terselamat daripada kemurkaan ALLAH S.W.T.

Isi Kandungan Menarik

• Konsep dosa dalam Islam
• Pengertian dosa dan akibatnya
• Punca kita melakukan dosa
•Dosa 10 anggota kita: Akal, Hati, Mata, Telinga, Kaki, Perut, Tangan, Tubuh badan, Lidah atau mulut, Faraj atau kemaluan.

----------------

Harga: RM 12.00
Halaman: 240
Penulis: Drs. Hj Hanafi Mohamed & Hjh Siti Zaimah Ab. Rahman
ISBN: 978-967-86-0364-5
Borang pesanan:
http://www.alaf21.com.my/imej/brg_langgan.jpg

15.1.11

Pasangan Bercinta Banyak Menipu?

betul ke tajuk post kali ni? huk..huk... siyes weh. benar. sungguh. sengoti. pasangan bercinta banyak menipu. tapi tak semua pasangan menipu. faham tak? ulang sekali lagi, banyak menipu tapi tak semua pasangan macam tu, k.

contoh2 menipu masa bercinta:

1- cara makan: ni paling takleh blah. punye lah cover. kunyah 40kali kot sebelum telan. suap makanan dalam mulut pun sikit je. kalau makan burger, cubit roti kecik2. dah habis roti, makan daging plak. sayur satu2 masuk dalam mulut. perghhh!!! menyampah dowh kalau ada control macam ni. tadi saya lunch kat mcD, ada satu pasangan tu memang camni lah. yang peliknya, bila boyfriend tu pi basuh tangan... u know what? mulut tu bukak bukan main luas. separuh roti burger tu muat weh. eee.. sabor je lah kalau tengok ragam camni.

2- gaya berjalan: lengggang lenggok takyah cakaplah. slow je jalan. buka langkah kecik2. bukan apa, kang kalau jalan laju2 cepat plak sampai kan? heheheee. tapi bila jalan ngan kawan2, takyah cakaplah. ada longkang? langkah beb. ada tangga? setakat 2 3 anak tangga tu, lompat main-main je lah. yang penting perlu nampak "sopan" dan keperempuanan depan boyfriend k.

3- nada bercakap: bukan main lemah lembut. dengar tak dengar je suara. sengih2 tu mesti dah. sambil cakap, mulut tu senyum jer. motif: nak nampak manis even muka tu kelat semacam. nak marah pun leh lagi sabar, perkataan melampau + 18sx tak keluar. tapi kalau gaduh ngan adik-beradik, gaduh ngan member... bukan setakat perkataan melampau + 18sx je keluar dari mulut tu. habis segala jenis binatang pun disebut. sumpah seranah wajib! uish.

4- jadi penyayang: masa dating, kucing bergayut kat kaki pun takpe. jumpa teddy bear besar2 dipeluk. bajet sukalah tu. kalau ada budak langgar pun sengih. siap cubit manja lagi pipi budak kecik tu. kat dalam hati kita tak tahu. kalau yang tak biasa ngan budak, poyo buat2 suka baby. kalau dah suka baby tuh, cepat-cepatlah ajak pasangan kahwin. takyah nak tipu2 buat2 suka budak, pastu kalau dah ada anak? erk... kasi mak ayah kat kampung jaga. pehal?

cukuplah tu. 4 je. malas dah nak fikir yang lain. sekali lagi nak ulang: tak semua pasangan berperangai seperti di atas, tapi kebanyakan memang camtu. ingat ye. bukan semua. readers jangan nak emo2 plak kat post ni. saya taknak kena marah dengan post sendiri;)

p/s: thanks pada pasangan tadi. sebab tengok ragam dialah, saya ada idea nak taip semua ni...

-jujurlah pada pasangan agar masalah tak timbul di kemudian hari. jadi diri sendiri. kalau si dia ikhlas, dia akan terima walau macam mana diri kita yang sebenarnya-

13.1.11

Arus Cinta

Sering aku tertanya tanya
Lidah pun kelu berbicara
Kemana kau letakkan cinta
Nilainya kasih dan sayang

Arus cinta yang ku salurkan
Mengalir tiada hentinya
Biar kemarau yang melanda
Cinta padu di hatiku ini

Andainya masih menyintai daku
Mengapa harus membisu
Resah kutunggukan jawapan pasti
Ku carimu di mana mana
Ingin ku bawamu bersama sama
Kemana pun kita akan berdua

Mari sayang kita cari makna bahagia
Mari sayang kita janji bersama
Usah lagi dikau ragui kasih dan sayang

pesanan yang takde kaitan: saya tak suka pada sebarang perubahan dalam diri seseorang! kalau awak berubah, lagi lah saya tak suka. titik!!!

12.1.11

Aku Tersentuh Dengan 'Interlok'

ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor.

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

sumpah! sedih bila baca berita tentang novel INTERLOK ni. kenapa ya? semua mahu di'rasis'kan? dah terlambat kot saya tahu cerita ni. tapi, bila baca temubual dari utusan dan tengok gambar di atas tu, saya jugak tersentuh. sedih bila karya beliau tak dihargai. tengok. beliau masih mampu untuk menjawab soalan secara bertulis kerana tidak berdaya untuk berbicara. hebat penulis ni kan? saya bangga dengan dia. tapi persoalannya, kenapa baru sekarang? sedangkan novel ni sudah lama. huurrmmm..

11.1.11

Janji Dipateri

Sepi yang mencengkam
Perasaan... memilukan
Sukar ku terima
Hilangnya... dari mata

Tanpa pesanan
Aku ditinggalkan
Kini kau ingin kembali
Pinta bermesra bermanja

Kini telah terlalu lama
Ku harungi sendiri
Tak mungkin ku terima kembali
Ku telah dimiliki

Hati suci yang memahami
Kesetiaan cinta tanpa berdusta
Ku sematkan cinta di hati
Takkan ku mungkiri janji dipateri

Terlalu sukar untuk kuterima
Cintamu kali kedua
Setelah musnah hati kau lukai
Untuk apa kembali

sukalah! zamani terbaik dari dulu;) lirik lagu ni memang menyengat~

10.1.11

Kaca Jendela Ainnur

ISBN: 978-967-5118-51-7
Harga: RM18.00 (Sem. M'sia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 24 Jan. 2011

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

* * *
DIYA NORDIN memeta watak Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membawa anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca?

~macam masuk list untuk PBAKL2011 kot;)

Rindu Di Awan Biru

Harga: RM 19.90
Halaman: 528
Penulis: Meen Zulaikha
ISBN: 978-983-124-625-2
Borang langganan:

Sinopsis: JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Ĺ’bercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

-jalan cerita yang bagus. mau kutip ilmu dari buku ni;)

9.1.11

AJL oh AJL

saya nak faizal tahir menang malam ni sebab lagu selamat malam tu lagu untuk saya~! tapi kalau kalah pun takpe, sebab saya tak rugi apa2. cuma lagu ni mengingatkan saya pada beberapa bulan yang lalu:

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

selamat malam ialah lagu pertama saya dapat dari dia. ini kisah di sebalik lagu selamat malam:
tanggal 6 mac 2010(malam) yang lalu, seorang budak diberi nama sekut_tawar telah minta nombor telefon puteri_kebayan. kesian, dah dua kali dia mintak. akhirnya, puteri_kebayan pun bermurah hati memberikan nombor telefon dengan pesanan "boleh sms dan call, tapi jangan miskol". bila dah kasi nombor, terus dapat miskol. aduiiii, ngopngep punye sekut_tawar. tak faham bahasa. bila dia dah dapat nombor telefon, tetiba jadi romantik pelik. sebelum berakhir satu perchattingan, sempat kasi lagu selamat malam sebagai penutup ym. saya pulak, tak pernah dengar lagu tu, terus download. bila dah balik bilik(sb msa tu on9 at ofis), sempat lagi buka laptop sebelum tidur semata-mata nak dengar lagu yang dia kasi. heheheee gedik kan?

~bibir tak perlu meluah kata apabila hati telah lama berkongsi rasa yang sama...

Senarai Lagu yang bakal beraksi di Final AJL25 :

  1. Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
-lagu mana ye juara kali ni?

6.1.11

Perempuan Baik Dapat Lelaki Jahat

ini kisah benar. fakta. bukan auta. tiada yang benar melainkan benar2 belaka. salah seorang dari beberapa sahabat terpilih yang melalui kisah cinta yang pelik dan unik. hehehee moga boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. ringkasnya, sahabat saya ni, diberi nama si A.

bermulalah kisah...
si A agak bernasib baik sebab dapat tahu sendiri yang bf dia tu kaki perempuan. macam mana tahu? dia minta password fb, tapi kalau dah bf kaki pompuan mestilah tak kasi. untungnya, si A ni bijak meneka password. bila dah dapat masuk, semua dia tahu. baru seminggu lepas saya bercakap ngan sahabat saya, kak bun tentang si lelaki ni. si bun siap cakap jangan percaya sangat. (pergh, nasihat orang pandai. dia percaya 80% xpe kat bf). ok, teruskan bercerita. mengikut kata si A, panjang ceritanya tapi berlaku dalam masa yang singkat. dipendekkan cerita, si A berchatting ngan bf dia sampai 4am. pastu dia call. tapi dia dah perasan yang cara bf dia bercakap macam dah taknak kat dia. mungkin sebab lelaki tu taknak datang rumah dia bila cuti nanti, so baiklah minta putus awal2. alasan lelaki tu minta putus: sebab dia menipu si A (pengakuan jujur seorang lelaki). tipu tentang usia dan dia pernah cakap dia tak sempurna fizikal. itu alasan dia minta putus. auww!! si A ni plak, punyelah sedih sebab tengok muka, punyalah baik. seriuslah. memang budak lelaki ni muka baik. tapi muka je lah baik, perangai haram cam setan. kata si A kat ym "sumo tino dio nk blako..." (semua pompuan dia nak) hurm... ye jugak. mana boleh semua. setakat 4 cukup lah. dah. itulah cara si lelaki minta putus dengan si A.putuscinte

jahat ke lelaki tu?
kalau tanya saya, mestilah saya cakap jahat. sebab dah buat sahabat saya berduka lara. lelaki camni spesies cam gambar di atas tu. setan! tak kisah lah. yang penting, perlu bersyukur dapat tahu awal2 sebelum perhubungan tu pergi lebih jauh, kan? tapi ada jugak baiknya kot tindakan lelaki ni. sebab dia berani berterus-terang alasan nak putus walaupun hampeh alasannya tak kukuh langsung. sekurang-kurangnya dia tak tinggalkan kita macam bodoh je tanpa sebarang kata. gentleman apa lelaki camtu? hihihiii

sketsa pendek dr si A(klik utk besarkan)

bagus si A ni. tak yah susah2 nak feeling lebih2. takyah nak bazirkan air mata banyak2. ym ngan si A semalam tak nampak macam orang baru kena tinggal. hahahaa.. memang sengal. hurm, bercintalah dengan orang yang sayangkan kita. kita yang bercinta, kita boleh nampak sejauh mana rasa sayang yang ada dalam diri pasangan. yang penting, jangan biarkan rasa cinta itu menguasai diri. bila kita bercinta, perlu bersiap sedia sama ada akan ditinggalkan atau kita yang meninggalkan demi menjaga hati sendiri. lebih baik kita tak ada jodoh dari sekarang daripada ada jodoh di kemudian hari tapi jodoh tak panjang.

p/s kepada si A: kau untung A, sebab kau masih belum sampai tahap menghabiskan wang untuk orang macam tu. mujur masa bercinta kau tak ikut kata hati sangat. kau ada otak, nasib baik kau guna untuk berfikir. hahahaaaa (weh! aku tak sempat nak wat kisah si B. tunggu la ek? aku takde idea nak mulakan macam mana lah.)

3.1.11

Kalau Lelaki Kasanova, Perempuan Kena Jadi Pisau Cukur

10 ciri lelaki kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

10 ciri perempuan pisau cukur

1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

sumber: http://cintadearhaniey.wordpress.com
peaceperempuan: tak perlu jadi baik kalau jumpa lelaki kasanova.
peacelelaki: tak perlu jadi bagus kalau jumpa perempuan pisau cukur.

~tak payah nak setia pada yang tak tahu erti kejujuran, tak payah nak berkorban pada yang tak faham makna pengorbanan~

Nak Kata Apa?

nak kata kau bodoh
aku yakin kau cerdik

nak kata kau bengong
aku pasti kau ok

nak kata kau gila
aku tahu kau waras

nak kata kau tak reti
aku rasa kau faham

nak kata apa ek?
boleh tak berhenti?
jangan berangan terlalu tinngi
kelak akan menyembah bumi

boleh tak jangan perasan? please...
aku nak gelak tapi tak sampai hati nak ketawa
aku nak marah tapi tak sampai hati nak tinggikan suara

kau ada otak, sila gunakan.
otak bukan sekadar perhiasan.
gunakan untuk memilih jalan kehidupan.

yang penting
sebelum memulakan,
perlu bersedia untuk menamatkan
titik. tak mau tengok kau buat-buat bodoh lagi.

ada mulut, perlu bertanya
ada mata, perlu memandang
ada telinga, perlu mendengar
ada otak, perlu berfikir...

jangan tepuk dada, tanya selera
tapi ketuklah kepala, tanya otak kat dalam tu...

1.1.11

2011

umur pun turut akan bertambah. hukhuk... takpelah. bulan november nanti baru 24 tahun, bukan 42 tahun. so, masih lagi muda belia. tahun ni nak jadi seorang siti aishah yang lagi bagus dari tahun 2010. to all readers:

selamat menyambut tahun baru - 2011