31.1.11

TAK PANDAI LAH KAU

kepada yang berkenaan,

kalau kau rasa kau dah pandai dengan buat profile fb baru semata-mata nak add aku, nak tengok aktiviti aku, nak siasat aku... hehehee nampaknya kau takdelah pandai sangat.

aku plak, tak lah bodoh sangat nak confirm semua friend request. hanya yang aku kenal je. lelaki ke, perempuan ke.. memang aku tak confirm kalau tak kenal. kalau aku confirm pun, yang jenis private mutual friend, segala info semua private. then, bila dah tengok profile dan aku masih tak kenal, aku remove balik lepas tu. hehehee. sorry ya.

semua ni bersebab. cukuplah sekadar aku cakap yang sekarang, aku perlukan privasi. untuk diri aku dan orang terdekat.

peminat fanatik aku, tengok dan baca blog ni je la ye. heh!

aku tak sukalah 'home' aku penuh dengan aktiviti orang yang aku tak kenal. takmau gedik2. takmau perasan friend ramai. padahal tak kenal pun. kalau mutual friend beratus pun, tapi aku tak kenal... takde maknanya lah aku nak confirm.

kesian... eh silap2. sekian!

p/s: aku tau kau orang yang sama. aku dah remove, kau add balik. nak korek apa weh? rahsia aku dan dia takde kat facebook lah!

No comments: