3.1.11

Nak Kata Apa?

nak kata kau bodoh
aku yakin kau cerdik

nak kata kau bengong
aku pasti kau ok

nak kata kau gila
aku tahu kau waras

nak kata kau tak reti
aku rasa kau faham

nak kata apa ek?
boleh tak berhenti?
jangan berangan terlalu tinngi
kelak akan menyembah bumi

boleh tak jangan perasan? please...
aku nak gelak tapi tak sampai hati nak ketawa
aku nak marah tapi tak sampai hati nak tinggikan suara

kau ada otak, sila gunakan.
otak bukan sekadar perhiasan.
gunakan untuk memilih jalan kehidupan.

yang penting
sebelum memulakan,
perlu bersedia untuk menamatkan
titik. tak mau tengok kau buat-buat bodoh lagi.

ada mulut, perlu bertanya
ada mata, perlu memandang
ada telinga, perlu mendengar
ada otak, perlu berfikir...

jangan tepuk dada, tanya selera
tapi ketuklah kepala, tanya otak kat dalam tu...

No comments: