30.9.10

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang… tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang… tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita

Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita

Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

singer: SO7

27.9.10

CEMBURU

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak.

Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!
Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005
sumber: http://www.islam.gov.my/portal/pdf/CEMBURU.pdf

25.9.10

STRESS!!!!!

keBIZIan melanda!
assignment melambak-lambak
. project bertimbun-timbun. nak pilih siapa supervisor untuk FINAL YEAR PROJECT next sem. elective subject ada lagi 2, pun masih belum terfikir. rasanya macam nak amik cryptography dan software quality assurance. kalau boleh, nak habiskan semuanya sem depan.

nak kena fikir PLKN lagi. aduiiiii. banyaknya kat dalam kepala ni. pening dah. tak tahu yang mana satu nak di dahulukan dan di utamakan. hurmmm, kalau ikut kata PM kita la.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". tapi saya nak kata. "Belajar Didahulukan, Cinta Diutamakan:)" hihihiiii...sama2 penting tu untuk masa depan yang berjaya dan bahagia. lalalala..ayat gedik!

tak kisah la. yang pasti sekarang, nak fikir pasal diri sendiri je. pasal benda2 yang tak berapa nak penting ni, letak kat tepi dulu. dah settle yang penting, baru amik yang kat tepi. mahu kurangkan berfacebooking jugak. melalaikan betul la. tapi setakat ni berjaya la kurangkan 20% masa online dari kebiasaan. upload post pun dah jarang2. yeay!! berjaya akhirnya.

rasanya minggu ni sangat2 tak cukup tidur. penat beraya tak hilang lagi, dah sambung penat kat UIA. nasib baik semua mid-term dah lepas. kalau tak, haru biru lah diriku!!

hurmm, malas dah. nak balik bilik + nak makan + nak tenangkan fikiran. mahu tidur awal. takmo tengok buku pun malam ni. rehat sebab esok hari ahad!!!

23.9.10

Kisah Kita

ada ketikanya, facebook boleh merosakkan perhubungan dua insan!

mengapa harus ada benci di hati
andai diri sendiri tidak mahu disakiti...

mengapa harus ada dendam yang dipendam
sedangkan ia hanya memakan diri...
mengapa harus ada sayang yang tidak dizahirkan
sedangkan ia membahagiakan pabila dikongsi...
mengapa harus ada kasih yang tidak dilafazkan
sedangkan ia akan membuatkan kita saling mengerti...

.:: i love u, muhamed nain ::.
p/s to my bucuk: "lain kali kalau nak mengamuk ke, nak kasi serangan hendap ke, nak touching2 ke, nak merajuk2 ke...
pilihlah waktu yang paling tepat.
agak2 ar masa sesuai ke tak. kesian kat ayang, tengah mamai dah kena serang. tak ready nak jawab apa2 masa tu. tak patutlah b, wat ayang macam ni. ishk!!!"~
.:: saya janji tak buat camtu lagi ::.

21.9.10

Kerana

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gila
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

singer: Erra Fazira
(duk melayan lagu ni sejak 16 Sept. tapi hari ni dah boleh senyum)

to my bucuk:
"I've put my trust in you pushed as far as I can go
For all this there's only one thing you should know
I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter"
It takes years to build up trust and just seconds to destroy it.

p/s: hargailah apa sudah dimiliki. jangan musnahkan kepercayaan saya pada awak. kita sama-sama pernah buat silap, dan hari ini kita perlu belajar dari kesilapan masa lalu:-)

19.9.10

Janganlah Tak Jadi

Dah lama ku cari gadis yang sepertimu
Miliki wajah keibuan
Bergetar jantungku
Gugur hatiku memandangmu

Cantiknya parasmu seanggun bidadari
Semua itu bukan yang kumahu
Hanya yang ku pinta engkau setia
Dan menjadi suri hidupku

Berkali-kali ku lafazkan i love you
Berkali-kali ku bilangkan i miss u
Tapi mengapa kau masih ragu-ragu
Kasih sayangku ada dalam dirimu

Hanyalah engkau yang aku mahu
Aku tak punya gadis lain cantik manis dan lembut

Dah lama ku cari gadis yang sepertimu
Miliki wajah keibuan
Bergetar-getar jantung hatiku
Keranamu kekasihku

Dah lama ku cari lelaki sepertimu
Punyai semua yang ku mahu
Bergetar jantungku gugur hatiku
Memandangmu... Kekasihku

Janganlah tak jadi
Janganlah tak jadi
Janganlah tak jadi
I love u... I miss u

"hari ni masih kat kelantan. malam ni dah nak balik uia. walaupun dekat, takleh jumpa gak. sebab dia dah start kelas dan saya nak kena pi kenduri kesyukuran umah mami. huk2.. kejap je, dah 5 bulan kisah kita. setiap bulan pasti ada tsunami. kalau tak tsunami, ribut petir melanda tapi tetap mantain. harap2 sampai bila2 la camni. janganlah tak jadi, kan bucuk:) jodoh itu rahsia Allah. moga ada jodoh kita. aminnn"

p/s: awak jangan buat perangai macam dia, sebab takde orang nak rasa kesian kat saya. itu saja pesanan dari penaja untuk bulan ke-5.
[ ecah ] [ nain ]

16.9.10

Novel- Suka saya, ya? Suka saya, tidak?

Jodoh itu rahsia Allah

Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.

Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

* * *

MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.

sumber: Jemari Seni

14.9.10

Raya Sakan

raya oh raya. tahun ni beraya tak ingat dunia. boleh dikatakan hari-hari keluar beraya. kalau tak keluar beraya, keluar berjumpa a.k.a dating. raya pertama je duk umah sampai malam.

raya ke-2: umah ina
raya ke-3: dating time!
raya ke-4: dating lagi + umah fairul
raya ke-5: umah mimiey + tak dating dah sebab dia balik kampung. sob..sob:-(

akan datang:-

raya ke-6: umah cikgu adawiyah dengan bebudak ting 5 gigih smk zainab 2 (2005)
raya ke-7: reunion ex-mpi
raya ke-8 + 9: hajatnya nak dating (moga2 dia free)
raya ke-10: kenduri kesyukuran umah mami + balik uia. huwaaaa!!! taknak..

12.9.10

Happy Birthday Sayang


celebratecelebratecelebrate
♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪
happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to 'bucuk'
happy birthday to you
♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪♫♪
to my bucuk,
selamat hari lahir
celebratecelebratecelebrate
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki:)
aminn....12/9/2010 (23 tahun dah)

11.9.10

Antara Cinta dan Keluarga

cinta atau keluarga?

"Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.
Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.
Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.
Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan.
Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.
Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.
Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!"
sumber: Cerita Kaki Lima

kalau terpaksa membuat pilihan antara cinta dan keluarga, saya pilih... TAK TAHU!!! melepaskan atau meneruskan, kedua-duanya perlukan kekuatan. andai kata saya lepaskan cinta yang ada, yang pasti hati dan jiwa saya merana. orang yang saya sayang juga mungkin turut bersedih. andai kata saya teruskan, banyak hati yang akan terluka dan saya tak sanggup melihat keluarga bersedih kerana saya.

so how? nak pilih mati, boleh? ishk, tu ayat orang yang tak ada iman lah cikcah! saya nak pilih dua-dua. nak teruskan kebahagiaan bersama keluarga yang saya rasa selama ini bersama orang yang saya cinta. tapi kalau kena pilih salah satu, maknanya akan ada yang terpaksa dikorbankan. erkkk, ayat macam raya haji la pulak!

tolonglah. saya tak nak buat pilihan buat masa sekarang. jangan buat saya bersedih. pleasee:-(

10.9.10

RaYa-1

riang ria raya
(wani, cikcah, ayu, aki, dayah, norsha, ema)
geng main berambak duduk n lompat tali. skang dah besar. tunggu masa nak kawen jer. dan cikcah rasa ema kawen dulu!

penat2 beraya pun, tetap enjoy! tak tahu nak kata apa. yang pasti, saya bahagia. lalalalala~ untuk kali pertama sambut 'my buah hati' datang beraya di rumah. errkkkk... iye ke dia yang pertama? hahahahaaa... sungguh la! dia yang pertama tau. tak ada sesiapa sebelum dia, dan harapan saya... semoga dia juga yang terakhir untuk saya. insya-Allah...
bie ayang
thanks sudi datang sayang.

ni bunga dari dia. elok-elok tak keluar bersama, gatal nak jumpa 2 hari sebelum raya. skali dah jumpa, sakit hati + terasa hati + kecik hati + ... semua virus berkaitan hati pun datang. tapi untung gak merajuk musim raya ni. banyak kedai jual bunga. bila dah ok, terus dapat bunga. murah pun murah la, janji dia kasi tanpa perlu saya minta. how sweeeeet!! ahaksss:)
errkkk..kalut gak awak eh? dah habis gaya pujuk, semua tak jalan. sampai saya pula rasa kasihan...hurm, tak apalah. skang dah ok. lupakan semua yang dah berlalu dan ingat pesanan awak, jangan terlalu sensitif dan fikir yang bukan-bukan!~

9.9.10

Salam Aidilfitri

❖•.¸¸.•´¯`•...♥...•´¯`•.¸¸.•❖
♥.s e l a m a t-h a r i-r a y a.♥

♥.m a a f-z a h i r & b a t i n.♥

♪♫•**•.¸¸❤♪❤♪❤¸¸.•**•♫♪

7.9.10

Seiras Bayang Dan Mentari

Bila siang melabuh tirainya
Bermukimlah sebuah rasa
Bertaut menampakkan seri
Biarpun malam ku sendiri

Walaupun kau tiada di sisi
Bayangan mu ada di sini
Seperti malam ada bintang
Di hatiku tetap mu sayang

Kutitipkan azimat
Kasihku hanya untuk mu
Bersemi dalam jiwa
Kusemai dalam dada

Biarkanlah sengsara terbuang di birai hari
Usahlah cinta kita diulit mimpi ngeri

Ku dengar rintih hati
Dari jiwa yang suram
Meski ku pancung sepi
Wajah mu masih bertandang

Pastinya malam ini
Mengundang hari esok
Mengajar erti cinta
Seiras bayang dan mentari

~handyblack

4.9.10

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

home sweet home!
__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__
saya di kampung sudah
hepi suka suki

2.9.10

kenapa?

kenapa mak saya tak jadi balik beraya kat kelantan tahun ni? huwaaaaa sedih tau! nak nangis please... dah nangis dah sampai tak ada air mata lagi nak keluar. siapa tak sedih kalau ada mak, tapi tak beraya dengan mak. hurmmm tak apa lah. simpan kenangan beraya tahu lepas kemas2 kat dalam ingatan. itulah sebagai pengubat hati yang sedih.

tapi dalam sedih ada gembira jugak. nak beraya dengan encik nain tahun ni:) jangan malu jangan segan, jemputlah datang rumah saya. oh hoo... lambatnya nak balik! lambat tak lambat, malam esok baru naik bas. huk2. hari ahad, dating! yess.. suka suka suka. suka sangat. sangat suka. lama dah tak jumpa. rindu tau! nanti nak temankan dia beli baju raya. pastu nak main bowling. confirm kalah lagi mat nain kali ni. ahakss...

raya kedua plak. sambut bakal keluarga baru. insya-allah. semoga semuanya seperti yang dirancang. semoga Allah mempermudahkan segala urusan. dan semoga adik saya kuat hadapi semua yang mendatang. aminn...

sedih ke, kecewa ke, raya tetap raya. kena raya sungguh2 sebab orang lain dah lama balik kampung, saya masih tercongok duk uia tunggu exam! lepas semua exam, mood raya mesti ceria.

terima kasih awak, sebab ada untuk saya mengadu. betul jugak kata awak. "tak apalah mak xde, bie ada." hurmmmm ok jugak tu. bie ada untuk ayang kan? so malam raya kena datang rumah. tolong pasang langsir, tolong buang sampah semua, tolong lap pinggan mangkuk, tolong basuh periuk yang besar2 tu, tolong susun meja kerusi. hahahahahhaaa.. kan bie ada. mesti boleh, kan?

1.9.10

Kalau Aku Salah

post ni kena guna ganti diri aku. sebab untuk kau. kan lebih mesra:)
aku nak minta maaf. dalam bahasa inggeris, orang putih cakap sorry. bahasa arab, aku tak sempat belajar perkataan tu apa.

mungkin semalam aku ada terkasar bahasa. aku pun tak tahu kenapa aku boleh keluarkan kata-kata macam tu kat orang tercinta kau. alasan aku, sebab aku sakit hati tengok mata kau dah bengkak. tidur sekejap, pas sahur tak tidur. duk online facebook pastu nangis. mestilah aku sakit hati! bukan jealous k. aku sayang kau. aku dah jumpa kebahagiaan yang aku cari dan aku happy bila lihat kau bahagia jugak.

aku cakap macam tu sebab kau yang mula bercerita apa yang kau rasa. aku jadi sakit hati pada orang yang tak reti menghargai ni. aku harap kau boleh terima alasan aku ni sepertimana kau terima alasan orang tercinta kau. tak dapat A pun tak apalah. janji kau percaya jugak walaupun sikit.

kau ingat lagi tak pesanan aku kat post dari sahabat kepada sahabat? kau baca semula post ni, kau akan tahu betapa aku menghargai kau sebagai seorang sahabat. ni aku copy balik: satu pesanan dari aku, jangan terlalu mudah menilai lelaki. mereka ada 9 akal. macam-macam cara dia boleh tipu kita yang hanya ada 1 akal. tersilap langkah, kita jatuh. kita yang rasa sakit itu.

jahat kan aku bila aku cakap:"lepas ni kalau kau nangis, jangan lah mesej aku lagi." ya. memang jahat pun. nain pun kata aku jahat bila buat kawan macam tu. masalahnya kau bukan kawan aku. kau sahabat aku walaupun aku mungkin hanya kawan pada kau. aku nak ada bila masa kau susah. tapi kalau aku ada, nanti tak pasal2 aku terburuk sangka pulak kat orang tercinta kau yang baik itu. so, senang cerita. aku tak campur dah bila melibatkan masalah cinta ni. lagipun aku bukan doktor cinta. aku budak ict yang selalu happy~

kalau kau sedih untuk sebab lain, aku akan ada temankan kau. tapi bukan untuk sebab yang sama macam hari kelmarin. kalau kau nak sedih sebab orang tercinta kau layan kau macam biasa, sebab orang tercinta kau tak dapat dihubungi, sebab terasa hati ngan post orang tercinta, sebab kau rasa tiada hak sebagai seorang kekasih dan sebab kau rasa macam dipermainkan. maaf. aku tak dapat lagi nak temankan kau. ini kerana kalau aku pergi tenangkan kau pun, lepas orang tercinta kau call dengan alasan tertentu. automaticly kau akan kembali senyum:) dan aku akan terus ingat air mata kau yang telah mengalir tu.

biasalah tu, lumrah bercinta. sedangkan lidah lagi tergigit, suami isteri yang tidur sekatil pun bertengkar, apatah lagi kita pasangan yang masih belum ada apa-apa ikatan. yang penting, kena tabah hadapi segalanya. perlu bersangka baik jugak sepertimana kau nasihatkan aku semasa aku sedih dan curiga dengan nain. terima kasih untuk nasihat kau. dan sampai sekarang aku bersangka baik tau. aku pun nak percaya dia sampai A macam kau lah lepas ni.

tak banyak, tapi sedikit mesti hati kau tercuit dengan tanggapan aku semalam. kalau aku kat tempat kau pun, aku terasa bila member cakap bukan2 sedangkan alasan orang tercinta berikan sangat kukuh. jadi, sekali lagi aku cakap:
aku mintak maaf banyak2 sebab dah tersalah sangka.
SORRY for everything
~