25.9.10

STRESS!!!!!

keBIZIan melanda!
assignment melambak-lambak
. project bertimbun-timbun. nak pilih siapa supervisor untuk FINAL YEAR PROJECT next sem. elective subject ada lagi 2, pun masih belum terfikir. rasanya macam nak amik cryptography dan software quality assurance. kalau boleh, nak habiskan semuanya sem depan.

nak kena fikir PLKN lagi. aduiiiii. banyaknya kat dalam kepala ni. pening dah. tak tahu yang mana satu nak di dahulukan dan di utamakan. hurmmm, kalau ikut kata PM kita la.."Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". tapi saya nak kata. "Belajar Didahulukan, Cinta Diutamakan:)" hihihiiii...sama2 penting tu untuk masa depan yang berjaya dan bahagia. lalalala..ayat gedik!

tak kisah la. yang pasti sekarang, nak fikir pasal diri sendiri je. pasal benda2 yang tak berapa nak penting ni, letak kat tepi dulu. dah settle yang penting, baru amik yang kat tepi. mahu kurangkan berfacebooking jugak. melalaikan betul la. tapi setakat ni berjaya la kurangkan 20% masa online dari kebiasaan. upload post pun dah jarang2. yeay!! berjaya akhirnya.

rasanya minggu ni sangat2 tak cukup tidur. penat beraya tak hilang lagi, dah sambung penat kat UIA. nasib baik semua mid-term dah lepas. kalau tak, haru biru lah diriku!!

hurmm, malas dah. nak balik bilik + nak makan + nak tenangkan fikiran. mahu tidur awal. takmo tengok buku pun malam ni. rehat sebab esok hari ahad!!!

No comments: