Dear Readers, Hope Enjoy Your Reading :)

31.1.12

Adikku Sayang

rindu adik lelaki bongsu ni. ahmad firdaus. nama yang dipilih sendiri oleh saya. hehe. awal2 dulu panggil dikfir. pastu panggil abang. sekarang budak ni nak suruh panggil dia adik pulak dah. haihhh~ 2 minggu adik di kelantan. minggu pertama hanya dia sorang. mak dan kakchik kat kampung. ambil dia masa pi kenduri kat kampung. seminggu tidur ngan kaklong dia nih. bagus. tak nangis. tak mengigau. saaaaaayang adik!

saja2 beli kek. konon birthday dia.

kepenatan. keletihan. akhirnya ketiduran

posing sambil main layang-layang kat PCB

29.1.12

;-)

"A great boyfriend is proud of you, he doesn't try to hide you."

10.1.12

Membebel Sesorang

ouh. penat. tenat. tak larat. eh, ingatkan senang habis praktikal. rupanya makin susah. final report yang tak siap-siap lagi. dah 10 hari, tapi baru 60% siap. hurm, target nak siapkan esok. sebab khamis ni nak hantar. moga-moga target tercapai. insya-Allah

dah lama tak menaip kat blog ni. rinduuu. tapi masa tak mengizinkan. dah habis baca "ingat janji kita". best! tunggu ek. nanti bila rajin, saya taip ayat2 yang saya suka dari novel tu. dah tanda dah page mana yang ada ayat best. cuma tak sempat nak taip.

oklah. mau keluar cari baju untuk baby boy, anak my best fwen dari sekolah rendah, mimi. esok nak g tengok baby ngan su. baby dah 3 bulan, aunty cah tak tengok lagi. huhu. takpelah kan? biar lambat asalkan pi tengok.

eh, jap. tahun ni lah paling ramai kawan yang bakal jadi ibu atau ayah. dan paling banyak saya terima kad jemputan kahwin. ouh yeah!!! kawan2 yang kahwin terlalu awal atau saya yang lewat kahwin? wakakaka. tak kisah lah kahwin bila-bila pun, yang penting perkahwinan biar sampai syurga. bukan separuh jalan wokey. happy for you, friends. selamat menjalani kehidupan sebagai isteri~

babai.

5.1.12

Malas

5hari menghabiskan masa di rumah. ouh, rasa lambat jam bergerak. bangun, makan, tidur. tengok jam masih awal. hadoiii~

final report tak sentuh lagi. target nak hantar next week. insya Allah. semoga dipermudahkan segalanya dan bertambah rajin. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

malas sangat sekarang nih. erk... malas buat report. tapi novel "ingat janji kita" dan "akhirnya aku kahwin" dah habis baca. tu pun ambil masa 5 hari untuk 2 novel. makin lama duk rumah, makin malas. nak cari kerja malas. masak pun malas. kemas rumah lagi malas. rajin basuh baju je. ye. tau. sangat bahaya penyakit malas ni.

takpelah. result praktikal pun tak keluar lagi. nanti dah keluar result, kalau masih tanam anggur bulan 4/5 baru serius nak fikir pasal masa depan. sekarang nak bagi ruang pada diri untuk berehat secukupnya. penat tau belajar. bertahun-tahun takde masa nak rehat. kesian kat tubuh badan dan perasaan. heh.

malas, sila pergi jauh2. malu kat budak kecik ni hah.
baru 4 tahun tapi dah rajin nak pi sekolah.

1.1.12

New Year Present

patutnya dapat hari khamis 29 Dis 2011. belated birthday present la ni kiranya. apa dalam ni? hehe takleh gitau lagi. tunggu cuna habis pratikal dulu. kang tak suprise plak kalau dia dah tahu. kot2 la dapat hadiah sama, kan?
abedin, saya, bos n kak bib.

hadiah untuk bos pulak
with my "sporting-est" supervisor n bos cmu

p/s: saling memberi dan menerima. sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. tak gitu?

dear readers: happy new year!!! may this year brings more happiness for all.

30.12.11

Selesai Sudah 1 Perkara

dah habis praktikal semalam. alhamdulillah. tapi final report tak siap lagi. presentation ntah ke mana. hurm. biarlah. taknak fikir lagi. nak duduk diam2. nak tenangkan fikiran.

maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa:
PC, TELEFON DAN PASSCARD INI BUKAN MILIK SAYA LAGI.

huhu. PC ni lah yang banyak berjasa walaupun masih dengan window-xp, dengan microsoft office 2000, dengan IE version 6. nasib baik budak computer science. bolehlah stakat nak upgrade version IE tu. wakakaka.

telefon hitam tu la yang saya guna untuk hubungi rakan-rakan tersayang andai ada masa terluang. call nat, mila, cikyin, atie, bun, cepah, rumah sendiri. pendek kata banyak guna phone office.

passcard tu lah saya bawak kalau bajet nak bebas keluar masuk main gate TM. tapi tak pakai pun. pegang kat tangan je. takyah nak skema sangatlah kan.

wokey. babai. lain kali cerita panjang k. nak tau? esok nak balik kemaman. hantar paang. sedihnya. takleh g tengok pelancaran jersi red warrior untuk musim depan. hurm..

26.12.11

Minggu Terakhir

ini minggu terakhir saya di CMU, Telekom Kota Bharu. rasa? -macam2 ada

ada rasa suka. ada rasa duka.

suka sebab boleh rileks. boleh baca novel yang tak sempat baca. boleh balut novel.
duka sebab akan berpisah dan akan jauh. jauh dari kawan-kawan universiti dan staff CMU yang saya sayang.

sayang?
ye. sayang. banyak kenangan bersama kalian yang tak mungkin saya lupa. sungguh.

dulu hati saya selalu menafikan kata-kata cikgu bm saya, Pn Rosnani. cikgu cakap "alam universiti lah yang paling indah." saya tak percaya sebab masa di uia, saya rasa zaman persekolahan especially SMK Zainab 2 adalah kenangan terindah buat saya. ini bukan bermakna SMU (A) Maktab Pengajian Islam tu takde kenangan. ada. kawan2 MPI lah sahabat sejati saya. saya tak lupa mereka.

sekarang, terbukti. alam universiti lah yang terindah. kalaulah adik2 yang baca ni tak masuk U lagi, berlajarlah bersungguh-sungguh dik. kita kutip pengalaman di universiti. kita tambah kawan di universiti. ingat pesan kak kebayan ni ye. heh.

sedihnya. lagi 3 hari di CMU.

p/s: JAM, SILA BERHENTI BERPUTAR.

21.12.11

19.12.11

Terima Kasih, Awak

terima kasih, awak
kerana menjaga hati saya

walau peluang di depan mata


terima kasih, awak

kerana tak melukai hati ini
dengan kesilapan sama berulang kali


terima kasih, awak

kerana buat saya rasa bahagia

hanya hati merasa indahnya cinta

hingga tak terungkap dengan kata-kata


terima kasih, awak
untuk dulu, kini dan selamanya

hanya awak di hati saya


forever love, ecah.

-selamat ulang bulan ke-20 encik 9-

18.12.11

Majlis As-Syura TM Kota Bharu

15 disember 2011 = khamis. TM kota bharu yang merangkap tempatku berpraktikal telah mengadakan majlis sambutan as-syura. kat kelantan ni kiranya macam majlis turun temurun la bila tiba bulan muharram. ok readers comel2 hensem2. jom layan gambar pulak

csm: hiris bawang

cmu: hancurkan daging yang berlemak tu.
p/s: abaikan gadis bertudung merah. sebab dia orang csm. hehe

cmu kena goreng bawang dari csm. with my beloved cmu staff kaksah, kaknurul n kakbib

kawah kami paling besar. ada je budak tudung merah ni ek. dah kamera dia, mestilah dia ada.

yang baju purple tu supervisor saya. yang baju hijau tu, sekampung ngan saya abe ji. yang baju merah tu suami saya kakbib. baju putih tu pulak, orang tmpoint.


meriah yang tak berapa nak meriah. tapi tetap indah walaupun hari hujan.

bab pecah telur memang terror saya ni. pakar bebenor wei. jangan jeles.

okey. selama berpraktikal, 15 disember 2011 adalah hari paling lambat saya sampai rumah. tunggu syura ni lah. eh, berbaloi tau. mama dan mami kata sedap. ouh well, tengoklah pulak resepi dan kerjasama siapa kan? haha *berlagak di sini

p/s: pening fikir pasal presentation and final report!