31.10.09

Ecah oh Ecah

Tengok gambar Ecah yang ditag oleh adik kat facebook. Dah lama tak tengok si Ecah ni. Comel je bertudung.
Aisyah Dalilah. Seorang anak yang masih belum mengenal erti kehidupan. Telah kehilangan ibu di usia yang masih terlalu muda. Kesian kan? Menurut pihak JKM, ibu Ecah telah meninggal dunia. Bapanya seorang warga Indonesia yang hidupnya agak susah. Ecah dihantar ke JKM oleh seseorang. Dan di situlah bermula kehidupan Ecah. Membesar bersama anak-anak yang senasib dengannya. Aku bersyukur, walaupun aku telah kehilangan ayah, sekurang-kurangnya aku masih ada seorang emak.

16 Januari 2009, bebe+mami+kak na+kak nini datang KL untuk ambil Ecah. bila sampai di JKM, kak na cakap kanak-kanak kat situ dibiarkan bermain sesama mereka. Diasingkan mengikut peringkat umur. Penjaga tak ramai. Makan pun ada waktu. So, kalau kanak-kanak tu menangis pun diaorang tak akan buat apa-apa. Serius cakap memang saya benci + menyampah ngan orang2 yang tak reti bertanggung jawab + tak buat kerja. Ko nak makan gaji buta ke? Kasi anak bini makan dari rezeki yang tak berkat.

wajah Ecah pertama kali saya tengok

Itulah wajah pertama Ecah. masa dalam kereta on the way balik Kelantan. Sangat comot! Kat kepala ada macam kudis dan parut. Ecah ni kurus je masa tu. macam tak cukup makan tau! Saya tak dapat tengok masa tu sebab saya kat UIA. Tapi saya sempat hadiahkan sepasang baju yang cantik untuk Ecah. Nasib baiklah saya dan Bun pandai memilih. Ngam2 bila Ecah pakai sekarang.(masa beli tu terlebih besar)

Bila dah balik Kelantan, mestilah keluarga bawa pergi berubat. Sekarang Ecah dah jadi comel pun. Makin gemuk plak tu. Agak kelakar pasal Ecah ni, bila kita jelirkan lidah. Dia marah sebab dia tak reti nak ikut. Adik saya pulak, ajar Ecah macam2. Bila tanya, mana comel? Ecah akan tunjukkan gelang kat tangan dia. Bila tanya, mana mata ke hidung ke mulut ke. Dia akan tunjuk kat muka orang yang bertanya bukan kat muka dia tau.

Ecah ni masih suci tau. Nak tahu kenapa? Sebab kak na saya tak pernah bawa dia keluar jalan-jalan. Kalau nak beli apa-apa, hanya kak na dan kak nini yang keluar beli barang. Mami kat rumah ngan Ecah. kalau mami ada appointment dengan doctor, masa tu mama saya lah yang jaga Ecah ni. Mama saya jaga Ecah ni senang je. Pesan awal-awal kat kak na, nak datang rumah suruh jaga Ecah kena bawak mainan Ecah banyak2 sebab mama saya tak larat jalan. So, kalau ada mainan mama saya duduk je main ngan Ecah tu. kalau hari mama saya mengasuh Ecah, bebe saya konpem kena beli nasi bungkus lah hari tu sebab tak sempat nak masak dah. Hah, tengok betapa ramainya sayang si Ecah ni. Memang keluarga saya kehausan kanak-kanak. Dah tak ada budak kat rumah.

Malas dah nak menaip, saja2 melalut sebab teringat kat Ecah..

dahulu~muka kesian weh

sekarang~dah pandai panjat dah

i like this pic!

30.10.09

Terlebih Rajin

geramnya!
ni kes bila dah terlebey rajin
konon nak pi tutorial java
selama sem ni
saya pergi tutorial baru 2 kali
ber'jurus' sangatlah ni

pergi tutorial sebab Mila call
tanya saya nak pergi ke tak
tengah tido waktu tu
masih mamai-mamai
so, jawablah nak pergi
lagipun last tutorial
kot2 lah tutor baik hati bagi hint ke apa

dalam hujan kami berdua melangkah
hahaha padanLah muka saya!
roomate ada keta
tapi poyo nak jalan kaki
coz ingatkan Akma pi sama

dah sampai Lab
wajah2 pelajar yang rajin 3 orang je
Izrin, Haizum, Ina
kami pun
tunggulah cik tutor tu

kul 9 kena keluar dari Lab
sebab?
cik tutor tu tak datang
dushhhhh

wahai cik tutor yang kusayang
tahukah anda
adalah satu "kepenatan"
bila saya datang tapi tutorial cancelled
menyusahkan
meletihkan
memenatkan
tau tak?

29.10.09

Bad Mood

Hari yang sedikit malang untuk saya. Kenapa? Mestilah sebab ada orang buat saya sakit! Sakit hati, sakit mata, sakit lutut, sakit telinga dan banyak lagi sakitnya. Awal pagi lagi dah buat mood orang tak betul. Kan ke ngop namanya begitu? Duit makin berkureng ni, nak tambah lagi kemarahan saya. Apa kes? Apa yang tak puas hati lagi ngan saya? Dah nak exam la weh, tak perlulah buat muka seposen kalau kita berdepan. Ada faham? Ishkkkk dia baca ke blog saya ni? Kalau baca baguslah tapi macam tak baca je.

Dah nak final ni macam2 dugaan lah. Datang pulak bertimpa-timpa. Kesian kat saya dan syefa tau! Hari ni kelas BM agak enjoy, snap pic lagi. Sangat suka! Cikgu Mascitah n cikgu Noraini sangat sporting! Kalau bergambar, memang tak pernah nak tolak pun. Tapi macam mana nak amik pic tu eh? Tak kenal la brother yang bawak kamera besar tuh. Erm…kelas pon habis awal hari ni. Sempat la pi makan ngan Syefa. Thanks for everything, thanks for understanding me, syefah. You know me better than her now!

Lepas tu, pergi online kat Lab. Awal ek kitaorang pi kelas Java hari ni. Mentang2lah last class, kul 12.45 dah statik depan pc. Layan facebooklah. Hari ni buat exercise je. Suka bila Sir datang tolong saya! Thanks Sir, dah nak final baru saya nampak bayang2 untuk run program dengan jayanya. Ermm, biar lambat asal jangan tak berpeluang langsung.
Hari ni, kecoh2 dapat tahu carry mark Calculus. Mila cakap, Sir ucap macam ni kat kelas dia “See you next year/sem”. Uishhhh statement apakah itu Prof? Taknak lah Sir. Kalau repeat, bila saya nak kawin?

Ni mama dah tanya ada BF ke tak. Agak nak gelak lah. Kenapa? Takkan sebab umur 22 tahun, tapi masih single nak kena cari BF? Hohohoooo kalau nak ada BF tu senang sangat. Tapi masalahnya, I’m not ready for any commitment yet. I’m happy with my life now(ini kata hati saya!). So, I don’t have any reason why I need a special BF. I already have sooo many BFs lah. All of them are special for me tau. Enjoy with them! Untuk apa seseorang yang istimewa andai bersamanya belum tentu saya bahagia,kan?
Memilihkah? Mestilah! Tak salah memilih pasangan sebab masa depan saya yang dipertaruhkan. Yang pasti, saya perlukan seseorang yang cukup matang. Kalau setakat nak couple pastu manja2, calling2, say i love u everyday, every weekend outing, sms bla bla bla... Sorry to say, i've so many things to do-Lah. Cinta tak perlu diluah setiap hari, cukuplah sekadar memahami dan memberi kebebasan kepada pasangan. Kepercayaan dan kesetiaan. Itulah yang paling penting dalam suatu perhubungan.

Hari ni mood tak berapa nak OK. Semua perasaan bercampur aduk. Yang pasti, saya rindukan teman2 lama saya. Saya rindu kecik. Saya rindu amiratul. Saya rindu kema. Saya perlukan seseorang untuk bercerita. Nak harapkan member di UIA? Erm…xsemua boleh dikongsi bersama. Bukan sebab diaorang tak baik. Kawan kat sini terlebih baiklah. Kadang2s susah juga,kan? heheheee ina,nat,ira,izrin,zuzu(budak baik semua ni, mila terkeluar ek..bukan jahat tp sb 2x5 ngan saya).Tapi tadi dah ada syefa dah. Hari ini, saya tahu membezakan antara kawan, dan sahabat... Bagi saya:


Kawan: saya ada ramai kawan. Tetapi kawan2 tak ada di saat saya memerlukan… Sahabat: sentiasa berada di sisi bila saya perlukan seseorang untuk bercerita…

Kecik, rindulah ko mung. Ni kalau saya bercerita kat kecik, mesti dia akan cakap camni “mung bo lah saim ngan dio, kalu aku xsaim lamo doh ngan ore gitu!.” Tapi masalahnya, saya bukan kecik. Saya adalah saya.
Saya boleh tipu semua orang tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri.

Sahabat * Aku berharap kau selalu ada * Saat aku memerlukanmu * Saat suka dan duka menjenguk jiwaku * Saat aku hilang tempat berpaut * Dan saat itu kuharap * Kau hulurkan tanganmu * Bersama keikhlasan hati * Tanda tuluskan ikatan kita * Sahabat * Aku tidak berharap kau jadi insan sempurna * Kerna aku juga tidak sempurna * Aku tidak berharap kau sebagai pelindungku * Aku hanya berharap * Agar kau memberi sedikit semangatmu * Untuk aku berdiri tegak * Berani menempuh arus hidup * Yang semakin ganas gelombangnya

~Aku bukan membenci tapi aku telah disakiti....

++puisi sahabat tu, amik dr blog Muzri...Thanks ya;-)

28.10.09

Happy Birthday Sis

28 Okt- Ulang tahun adik saya ke 20
so, ni kira post istimewa untuk dia lah
sebenarnya malas nak upload new post
tapi kena paksa!
xpatutlah!
semalam tidur lewat
konon nak study CN
nak tunggu kul 12 nak wish
skali terkusyuk study
tengok jam dah 12.30
uishhhhhhh

kira oraitlah tu
tak jadi yang pertama
sebab Mira siap call lagi kat adik saya tu
best friend lah katakan

mereka berdua ni
berkongsi bulan kelahiran
~Fir 9 Okt~
cayunk mereka!

eh..saloh2
cayunk KakChik dan Pa-ang-Lah

~muakssss~

27.10.09

Novel Baru Aisya Sofea

Ni novel baru Aisya Sofea...
tajuknya YANG SEBENARNYA
nak tahu details click kat SINI ;-)


memang kena beli-Lah ni
mesti!!!!!
walaupun poket semakin menipis
sukaaaa sangat
~Dah lama tunggu~

er....rasa2 kali ni hero nya bleh tandingi Fuad tak?
-Mestilah TAK boleh
er....kenapa xboleh plak ecah
-Sebab Fuad is my hero. He is my past, my present and my future
er...ecah ni da terlebih berangan ni
-heheheeee sekali sekala xsalahkan? opsssss
terlebey sudaaaa

24.10.09

Merajuk


saya merajuk!
merajuk ngan broadband
dah malas nak online kat bilik
buat sakit hati je
line cam siput
pastu kejap2 kuar camni
"Mobile network is not possible"

dah mengadu kat bebe
dia suh tukar maxis plak
sb dulu saya dah guna maxis pun
better than celcom la i think

ni nak salahkan siapa?
celcom ke UIA?
dah la laptop xleh nak connect wireless
tak ke sunyi hidup ni tanpa internet?

sekarang ni pun on9 kat CC Mariam
macam da lama tak on9
nak jugak check e-mail la konon2 nya
heheheeee

22.10.09

The Guard and The Pencuri

Hari ni ada kecurian kat kafe mahallah Mariam. Patutlah balik kelas tadi, pagar tutup. Cik Zuzu pulak ingatkan spot-check kenderaan. Siap dah plan nak jawab datang hantar kawan. Heheheeee rezeki saya dapat tengok live orang kena gari kat polis hari ni. Bertuah betullah! Takut pun ada, macam saya yang kena gari plak.

Ceritanya bermula begini. Pada suatu petang(hehehe merapu!), puteri_kebayan ni lapar. So, balik dari kelas Java ngan Cik Zuzu, dia pun singgah la kafe Mariam. Hujan pulak lebat masa tu. Tapi nasib baik si puteri ni bawak payung tau. Cik Natrah je berlari dalam hujan!

Bila dah sampai kafe, si puteri ni jenguk2 lauk yang berkenan di hati, tapi tak jumpa. So beli je Teh Ais abang Sudin yang memang tiada tandinganlah dari dulu sampai sekarang. Apa yang bermain di dalam kepala si puteri ni, ‘ke mana orang jual air ni?dah tutup ke?’ sebab masa tu semua pekerja berkumpul ramai2 gaya ala-ala bermesyuarat. Tapi xkan mesyuarat kat kafe kot.

Si puteri ni pun pergilah kat orang bermesyuarat tu dengan muka tak malu. Cakap macam ni, “Akak, saya nak beli air. Mana orang jual air?” hah! Amik ko. Dah la time tu si puteri ni memang betul2 lapar sebab dari pagi tak makan apa pun. Nasib la akak ni baik. Dia pergilah panggil cik abang tu suruh wat keje. Syok je eh korang melepak, customer nak membeli pun susah!

Dah amik air, nak pergilah bayar. Kat kaunter ada makcik isteri pertama(Nat cakap!heheee) yang sedang bertugas. Tengah elok2 beratur datanglah big boss macam nak marah kat makcik tu. Ape kes ni? Takkan nak buat wayang free kat kafe kot bang! Pastu, barulah terperasan ramai guard kat belakang kafe. Si puteri ni buat xkisah je la sebab kat dalam kepala dia sekarang hanya Nampak nasi kerabu.

So bila dah settle bayar apa semua,sip uteri ni pun pergilah amik payung yang dia tinggalkan kat atas kerusi (poyo tul, payung pun taruk atas kusi). Masa tu, guard ramai2 tu lalu lah kot depan si puteri ni. Still buat tak tahu lagi. Tapi masa diaorang lalu ni, bising+kecoh betul. Sakit telinga! Adalah 4orang foreigner (3 men n 1 woman).

Yang buat si puteri ni menyampah, bila dah sampai kat gerai burger tu boleh pulak korang bertumbuk. Sikit lagi nak kena si puteri! Babi + sial + celaka ah pak guard UIA ni. Ko nak hentam si pencuri, ko xpikir ke sape yang ada kat sekeliling? Yang si pencuri ni pun satu hal. Kot ye pun ko nak lari, tengok ah dulu apa yang ada kat belakang! Si puteri ni punyalah tinggi boleh pulak ko undur buat muka selamba badak ko tuh,nak pijak payung si puteri ni lagi.Payung xpe lagi, kaki ni berharga tau! eee...cam nak ketuk je ngan payung RM5 ni kat kelapa the guard and the pencuri tuh.

Nasib baiklah si puteri baik hati(sbnrnya takut!). berundur la si puteri ni masuk ke dalam. Bukan apa, kang tak pasal2 korang bertumbuk ngan pak guard tapi tempias terkena si puteri. Si puteri pun tengok je la, pastu tanya sister kat tepi si puteri ni. Kami sama2 tak leh keluar dari café sebab wayang dipentaskan di hadapan pintu masuk kafe. Sister tu cakap, brother foreigner tu curi duit. Buat2 beli barang pastu amik duit kat kaunter. Ouh….patutlah kecoh!

Best jugak lah bila bab bertepuk tampar ngan pak guard UIA ni. Tapi still tak leh lawan The Rock and Undertaker lah! Si puteri tak sokong mana2. Dalam sesi pergaduhan tu, si puteri tengok the pencuri and pak guard sama-sama jahat! Bodoh! Tang mana bodohnya? Ni tang sini..

the pencuri: dah ko wat salah ngaku je lah, tak yah nak bela diri tu. Yang ko nak pi melawan pak guard UIA tu pe hal? Ko Cuma ber4, pakguard plak ramai. Kang free2 je dapat sakit. Si puteri bilang tau. Ko kena 3 tumbukan padu dr tauke kafe n pak guard. Lagi satu, kena sepak kat anu oleh pak guard baju hijau. Kesian la pulak.(si puteri memang berhati lembut, dat’s why xlayak jd hakim) Si puteri lupa nak tengok nama guard tu. Mantap beb!hahahaaa

the guard: ada sekor guard yang biol kat UIA ni. Guard tu pi tolak kepala woman yang sekali ngan the pencuri tu. Tak patutlah si puteri rasa. Lagipun bukan si woman tu yang mencuri, lelaki 2 orang tu yang bersalah. Cuma bila dah nama pompuan tu, emo nya lebih sikit. Duk menjerit je ke arah pak guard, mestilah kena ‘puk’ kepala tuh. Maybe dalam kepala guard tu ‘pompuan ni nak kena bagi sebijik baru senyap!’ apa pun, si puteri tetap tak suka bila lelaki berkasar dengan wanita. Tak kisahlah dia bersalah ke tak tapi ada banyak cara lain nak mengajar. Memang bukan jantan lah guard tu. Cian bini dia kan? Eeee..xherolah wei kalo lelaki pukul wanita. Macam lembik je. Wanita bukan lawan lelaki wei.

Dah habis part bertumbuk tu, datang pak polisi berbangsa India 2 orang. Ingatkan bila polis datang cepat sikit selesai tapi makin kecoh. Si puteri tengok je. Yang pompuan tadi, sibuk duk cakap telefon. Lagi sorang lelaki bersama the pencuri tu still young. Macam umur lebih kurang 17 gitu. Kesian dia, nangis2 tau. Huhuuuu si puteri pun sedih tau. Akak tau adik tak salah. Cuma jadi mangsa keadaan. Jadi mangsa orang2 yang ngok! Tapi si puteri memang respect abes lah kat polis tu, ingat senang ke nak gari tangan the pencuri 2 orang tuh. Melawan tau! Skali kena pusing kat polis, huh kan dah padan ngan muka!

Dah pak polisi datang tu, apa lagi yang polis reti buat keje? Gari je lah. Habis cerita! Mak guard pun ada tau. Tapi biasalah pompuan, kecoh nak snap pic. Bila dah kena gari, angkut masuk van. Pastu sip uteri terdengar mak guard plak kecoh2. Cari kunci kereta the pencuri tu. Kat dalam kepala si puteri, ‘patutlah pagar tutup, pastu siap letak van lagi. Takut the pencuri itu lari rupanya’

Hah! Tauke café ni pun satu hal. Kot ye pun kedai ko ada pencuri, janganlah menyusahkan orang lain. Ikut suka je taruk van ko kat tepi jalan. Pastu undur van laju nak mampus. Kalau nak mampus aku xkisah, pi lah mampus sorang2 tapi cara ko tadi tu macam gaya nak ajak aku, Cik Zuzu n Cik Natrah mampus sekali ngan ko tau tak? Bengap! Ha tengok? Kan da bertambah dosa saya! Ishkkkkk

21.10.09

Review Kemilau Mutiara Raudhah

Judul: Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis: Saidatul Saffaa
Harga: RM22.00

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

*****

Pendapat saya:

Ini kali kedua saya baca novel gaya ala-ala Islamic selepas novel Ayat-ayat Cinta. Apa yang pasti, novel kali ini pun menarik. Saya suka cerita ni. Agak berlainan dari yang novel biasa. Enjoy je bila membacanya. Tak ada lah nak feeling lebih2.

Novel ni lebih berkisar kepada perjuangan umat Islam. Macam tu lah lebih kurang. Raudhah ni budak baik, Jack pulak dengan gaya hidup moden tapi mulai berubah. Banyak gak ayat yang leh buat saya tersengih depan novel ni, antaranya "Budak sekolah agama baca kitab" dan "tudung besar gedabak"

Suka juga part Jack jumpa Rina..
Jack: I nak tanya you... selama ni you beli jewellary kat tepi jalan ke kat dalam kedai?
Rina: Kat dalam kedai la!
Jack: Kenapa tak beli yang tepi jalan?
Rina: Of course sebab kualiti...
Jack: That's how men choose their wives. Quality....

So, wahai perempuan jaga maruah OK? Jangan terlalu murah!

Sesiapa yang minat novel Islamic tu, tak menyesal lah kalau beli novel ni. Saya kasi 4*!

"You are my past, my present and my future. Macam mana saya nak lupa?"-Raudhah

"Dalam banyak2 bidadari syurga nanti, bidadari bernama Raudhah bt Ahmad tetap yang tercantik di hati saya."- Izzat

congrats to da writer
-Saidatul Saffa-
for the good job!

Release Tension

okaih
semalam kuar jenjalan ngan Bun
konon nak release tensionLah

seronok jugak
pusing satu JJ Wangsa Maju
pastu jamu selera di mcDonald
banyak jugak lah habis duit

saya n Bun beli baju n gelang tangan yang sama
warna je lain ek
heheheeee
sahabat sejati lah katakan
pastu Bun beli hadiah untuk KakNik
saya pulak beli hadia untuk Dayah
Dayah nak convo esok
ni hadiah untuk dia

cantik kan?

saya beli novel pulak!
uishhh
teruk betuLLah
tapi nak wat camne
dah minat kan
heheheeee
novel yang baru di beli

dah habis baca pun
semalam tidur pukul 3.30am
lagi sikit nak habis tapi mata dah penat
so tidoooooooo
bila bangun pagi
mestilah tak larat nak buka mata
sekali lagi ponteng kelas Calculus

tido punyer tido
nak bangun pi kelas Comp Network
tapi cam malas
call Ella tp xjawab
call Anis pun xjawab
tp Anis msj bgtau CN xde kelas hari ni
apa lagi?
mestilah sambung baca novel
pastu tido balik
apa nak jadi la ecah ni


19.10.09

Stress!


okaih
2 3 hari ni
fikiran bercelaru
assignment berderet nak kena hantar
salah siapa bila banyak kerja?
mestilah salah diri sendiri
suka sangat tangguh2
suka buat kerja last minute
huishh padan muka!

hari ni kena submit assigment Da'wah
baru settle semalam
dah la semalam tidur 2 jam je
kul 5.30 am baru mata tertutup
bangun punyalah awal
kelas kul 8.30am

esok kena submit Java
punyalah teruk!
individual assignment
soklan ala-ala group project
tak ke membunuh student namanya tu?
mata ni dah tak nampak apa dah
makan nasi pun nampak coding
minum air plak nampak inheritance
dushhhhhh!!!!!!

plan ngan Bun nak kuar esok
kesian dia
sms saya petang tadi
tapi tengah bad mood
fikiran tengah nampak coding
baca msj pun nampak cam class
dat's why tak reply msj dia
bukan taknak reply
tapi kena tenangkan diri dulu
kang tak pasal2 saya jadi sensitive
bila dah berserabut
benda kecik pun bleh jadi besar

confirm lah nak kuar esok
so macam biasa
skip kelas Java
rasanya assignment tak hantar esok
sebab Izrin punya kelas
Sir da postpone ke next class
thanks Sir
love u much lah!
opppppssss

18.10.09

Apa Nak Jadi?

bila tengok gambar kat atas tu
macam nak pi maki hamun je
si pembawa sial kat dunia ni

perempuan oh perempuan
apa nak jadi ni?
ko dah buat dosa
makin nak tambah dosa pulak
berapa lama nak duk dalam neraka?

menyampah la weh!
tak akan tak ada hati perut kot
tak kasihan kah
kenapa mesti bayi
yang masih tak kenal dunia
jadi mangsa kebodohan kau?

bila dah jadi macam ni
si lelaki entah ke mana
yang tanggung kesakitan
mestilah perempuan
tak malu ke eh?
maruah taruk kat mana?
kepala lututkah?
otak pulak kat mana?
di perutkah?

inilah akibatnya
apabila nafsu menguasai akal
sangat tak suka bila ada kes sebegini!
+ gambar dari Harian Metro

17.10.09

Merapu Nur Kasih ep 20

Weekend ni, hanya memerap di bilik sahaja. Nak keluar macam tak sedap hati. Kerja banyak yang tak siap lagi. Lebih selesa menghabiskan masa di bilik dan online. Semalam, dinner ngan Norsha dan adik. Tak tengok Nur Kasih, download awal-awal lagi dah.

Kesian pulak kat Nur n Sara. Ada ke wanita sebaik Nur Amina sekarang ni? ermm...kalau saya, memang tak boleh! Orang lain tak tahulah. Rasanya ada yang begitu, tapi sangat jarang. Madu? Pahit OK! Madu lebah je manis. Berlakon boleh la, cuba jadi betul-betul. Mau bertumbuk kot. Apapun, kalau bab2 madu ni lelakilah yang beruntung. Perempuan yang merana. Mulut lain sedangkan jiwa berduka. Nak payung emas? Banyak lagi cara lain nak masuk syurga OK. Kang tak pasal-pasal perempuan bersenang lenang di bawah payung emas tapi si suami jalan senget plak sebab tak berlaku adil. Nak ke macam tu?
Cinta perlukan pengorbanan. Walaupun pengorbanan itu pahit, namun hasilnya amat manis.

Si Sara pulak, terpaksa melihat kebahagiaan orang yang dicintai. Sedey weh! Apatah lagi bila kebahagiaan si dia di depan mata kita. Si Aidil pun satu lah, tak reti-reti lagi ke? Takkan takleh nak bajet owang suka kat dia. Apekehal? Uishh nyampah tul. Sakit bila dilukakan. Sape yang pernah alami tu tahulah rasa sakitnya. Lebih sakit dari cabut gigi tau! Kadang-kadang, sampai satu tahap tu cinta perlu diluahkan. Tapi mestikah perempuan yang mulakan? Entahlah. Bab ni susah sikit nak komen.
kadang kala ku rasa
ingin ku luah segalanya
rahsia yang tersimpan di dada
sekian lama
namun kelu terus membisu
menatap wajahmu
daku malu tapi tak mahu
kehilanganmu

Mana lebih sakit sebenarnya
+ Kecewa kerana ditinggalkan oleh orang yang di cintai setelah sekian lama bersama?
atau
+ Melihat kebahagiaan orang yang kita cinta dalam diam sedangkan dia tidak pernah tahu kita menyintainya?


16.10.09

Tabik Setan


Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.



Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.





Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....

Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????

Kredit kepada afats11.blogspot.com


15.10.09

Lelaki Yang Hebat

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Na mun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

+ Special thanks to (gaddafi2030@yahoo.com) for this e-mail




12.10.09

Stabaz + Convest @ UIA

Sem ni, 4 malam berturut-turut saya ke Stabaz @ Convest IIUM 2009. Fuh! Meriah + Seronok sangat. Enjoy je di hujung minggu. Hari pertama, pergi pun dah lewat. Habis tutorial java baru leh pergi. Jalan kaki dari ICT ke sana. Sempat la jugak tengok bunga api dari jauh!

Hari Jumaat pula, pergi ngan adik. Dia datang menumpang di UIA. Tapi masa tu tak ada artis pun. Bebudak UIA je atas stage. Tak best sangatlah. Adik cakap, PESKUM lebih banyak stall dari CONVEST UIA ni. Ermmmmm, bazar2 pun jual pakaian Islamic. Dah nama pun university Islam Antarabangsa,kan. Nak wat camne lagi.

-ngan adik-

Hari Sabtu, pergi ngan Norsha n Bun. Konon plan nak makan kat Ayamas. Skali nasi da habes. Tinggal ayam je. Blah cari kedai lain. Jumpalah gerai yang jual makanan agak kena ngan selera. Say n Bun order nasi ayam. Norsha beli char kue tiaw. Yang digeramkan, saya order air teh tarik. Dah OK dah sebab betul2 dia tarik, tapi leh pulak lepas tarik tu pi tambah ais 2 ketul. Memang anginlah! Nak cekik je abang tuh.

-norsha-

-ngan Bun-

Malam tu, ada performance dari Saujana dan Hafiz Hamidun. Walaupun saya kureng minat, tapi Norsha dan Bun ni bersemangat. Okaih, saya bleh je join semua. Layan nasyidlah malam tu. Yang saya tahu hanya 2 lagu je iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu (Hafiz) dan Keluarga Bahagia (Saujana). Lain-lain lagu, setakat dengar je lah. Dapat tahu ada Amy Search pulak malam seterusnya. Apalagi, paksa Bun siapkan assignment cepat-cepat.

-hafiz hamidun-

-saujana-

Hari Ahad, haaaa…masa ni lah yang best. Pergi ngan Bun lah, sapa lagi. Sampai saje tempat yang dituju, isi perut dulu. Tertunai hajat nak makan nasi ayam Ayamas. Ermmm, takde lah sedap sangat. Saya masak sendiri lagi sedap rasanya. Sesudah makan, saya singgah beli tudung untuk Kakchik, manakala Bun pula beli nombor U pax untuk adik dia. Kami memang kakak terbaik (ini kenyataan!).

-cantik la jugak, kan?-

Bermulalah apa yang ditunggu. Pergi jenguk la stage. Skali dah ramai orang. Tak Nampak stage lagi dah. Bun? Mestilah kena tarik tangan dia. Kalau tak, confirm dia tak gerak. Mesti berdiri kat belakang punye! Masuklah mencelah kat orang ramai, yuhuuuuu akhirnya berjaya sampai ke depan. Masa tu, izad exist tengah nak nyanyi lagu Untukmu Ibu, last performance from him. Dengar suara izad dari jauh je sebab time tu kitaorang sedang menjamu selera. Tak apalah. Tahun lepas pun, dah tengok si Izad ni.

-izad exist-

Amy Search! Mantap + Hebat dan sewaktu dengannya lah. Tak leh dinafikan lagi dah. Rocker terbaik! Dah agak lagu Isabella akan dinyanyikan akhir sekali. Niway, tak rugilah jalan jauh-jauh. “berbaloi-baloi, piiiiiiwwwwiiiiiiiiiiiiitttttttttttt” heheeee

-hebat OK-

Jumpa Natrah ngan Ira juga. Agak pelik bila Ira ada sama. Nak tahu? Ira ni sama cam Bun lah. Orang nyanyi dia diam. Nyanyi dalam hati je kot! Kan??? Kalau Nat, saya dah tak heran. Tahun lepas dah pi layan Nash sama-sama. Nampak je cam budak skema, tapi leh tahan “galaknye”. Heheheeee

-ira + nat-

Oklah, sampai sini dulu. 13 Okt ni, nak pergi tengok konsert plak. Ni konsert baik punya lah. Malam Simfoni Kesyukuran (tribute to Ust. Asri). Nasyid plak. Bun teman saya tengok Amy Search, saya teman dia tengok Saujana. Adil lagi saksama,kan?

stabaz @ UIA da best la