17.10.09

Merapu Nur Kasih ep 20

Weekend ni, hanya memerap di bilik sahaja. Nak keluar macam tak sedap hati. Kerja banyak yang tak siap lagi. Lebih selesa menghabiskan masa di bilik dan online. Semalam, dinner ngan Norsha dan adik. Tak tengok Nur Kasih, download awal-awal lagi dah.

Kesian pulak kat Nur n Sara. Ada ke wanita sebaik Nur Amina sekarang ni? ermm...kalau saya, memang tak boleh! Orang lain tak tahulah. Rasanya ada yang begitu, tapi sangat jarang. Madu? Pahit OK! Madu lebah je manis. Berlakon boleh la, cuba jadi betul-betul. Mau bertumbuk kot. Apapun, kalau bab2 madu ni lelakilah yang beruntung. Perempuan yang merana. Mulut lain sedangkan jiwa berduka. Nak payung emas? Banyak lagi cara lain nak masuk syurga OK. Kang tak pasal-pasal perempuan bersenang lenang di bawah payung emas tapi si suami jalan senget plak sebab tak berlaku adil. Nak ke macam tu?
Cinta perlukan pengorbanan. Walaupun pengorbanan itu pahit, namun hasilnya amat manis.

Si Sara pulak, terpaksa melihat kebahagiaan orang yang dicintai. Sedey weh! Apatah lagi bila kebahagiaan si dia di depan mata kita. Si Aidil pun satu lah, tak reti-reti lagi ke? Takkan takleh nak bajet owang suka kat dia. Apekehal? Uishh nyampah tul. Sakit bila dilukakan. Sape yang pernah alami tu tahulah rasa sakitnya. Lebih sakit dari cabut gigi tau! Kadang-kadang, sampai satu tahap tu cinta perlu diluahkan. Tapi mestikah perempuan yang mulakan? Entahlah. Bab ni susah sikit nak komen.
kadang kala ku rasa
ingin ku luah segalanya
rahsia yang tersimpan di dada
sekian lama
namun kelu terus membisu
menatap wajahmu
daku malu tapi tak mahu
kehilanganmu

Mana lebih sakit sebenarnya
+ Kecewa kerana ditinggalkan oleh orang yang di cintai setelah sekian lama bersama?
atau
+ Melihat kebahagiaan orang yang kita cinta dalam diam sedangkan dia tidak pernah tahu kita menyintainya?


No comments: