3.10.09

-P.o.L.i.G.a.M.i-

Post kali ini, agak berbeza dengan yang sebelumnya. Saya nak berceloteh panjang lebar. Kalau rajin, boleh baca. Kalau tak suka tak apa. For the first time, I write my post with paragraph. Nampak macam cantik la pulak. Macam menulis karangan zaman sekolah muda-muda dulu. Kenapa ya saya poyo-poyo taip siap dengan perenggan lagi? Sebab nak bercerita panjang-Lah!

Poligami! Huhuhuuuu…perkataan yang membuatkan wanita takut. Termasuklah saya. Siapa yang nak dimadukan. Lainlah kalau madu lebah. Banyak khasiat! Hari ini, ustaz yang mengajar parenting (nama ustaz tu saya dah lupa, sorry! Ina, apa nama ustaz ek?) beritahu, he has two wives. Patutlah selama ini ustaz macam menyebelahi kaum adam kalau bercerita isu poligami ini. Rupanya dia salah seorang lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri. Menurut ustaz, isteri pertamanya adalah pilihan keluarga. Isteri kedua pilihan sendiri. Cukup setakat ini perihal ustaz saya itu.

Kembali kepada isu poligami (cewah!), berapa ramai perempuan yang boleh menerima orang ketiga dalam perkahwinan? Seriously, I can’t. Orang lain saya tak tahulah. Bagi Syefa “ tak boleh terima apa-apa alasan jika alasan itu tak sekukuh alasan Nabi Muhammad s.a.w”. Dunia sekarang, ada lagi ke yang berniat ikhlas nak ikut sunnah nabi? Agak mustahil.

Nabi kita, baginda mengahwini janda-janda tua, balu-balu yang kematian suami semasa peperangan menegakkan agama Allah. Lelaki sekarang? Isteri kedua dan seterusnya biasanya berkerjaya, muda dan berharta (untuk dia tumpang senang lah tu!). Hello cik abang di luar sana yang ada hati nak beristeri lebih tu, tepuk dada tanya iman. “mampukah?” well, nak ikut sunnah nabi?. Sorrylah! Nabi kita tak pernah solat bersendirian, nabi kita menjahit pakaiannya yang koyak sendiri, nabi kita bila pulang lewat malam takkan sesekali mengejutkan isterinya, nabi kita tak pernah sesekali membohongi isteri-isterinya. Kita hanya manusia biasa yang sudah tentu banyak kelemahan. Lainlah kalau akhlak kita itu semulia Nabi.

Di Malaysia, tak macam di Negara Arab. Di sana wanita boleh menerima poligami. Dalam satu rumah, dua tiga orang isteri boleh tinggal bersama. Bukan setakat isteri sahaja, ibubapa isteri pun ada. Fuh…nasib baik saya bertuah dilahirkan oleh ibu di Malaysia. Ayah saya bijak memilih isteri. Hehehehe;-)

Lelaki oh lelaki, normal seseorang itu jika pernah terfikir untuk beristeri lebih daripada satu. MHZ juga pernah mengeluarkan ayat power, “Saya nak kahwin 2 nanti. Awak yang pertama.” (awal2 dah kena reject!) Senang sahaja jawapan bersyarat dari saya, “dia mesti tua at least 20 years from me, single mother with lots of child, comes from poor family and only if I can’t give you some babies;-)” Last-last, dia cakap “Kalau macam tu baik tak payah! Tak ada sebab nak p tanggung anak orang.” Gila kejam ayat dia! Nampak sangat nak berpoligami semata-mata kerana nafsu. susah bila nafsu menguasai akal fikiran!

Ada juga yang bahagia berkongsi suami ni. Contoh terdekat di depan mata saya sendiri. Berlaku kepada jiran saya. Isteri pertama pergi meminang untuk si suami. Si isteri pertama ni, hanya membenarkan suaminya berkahwin dengan jiran saya. Jika perempuan lain, dia tak benarkan. Oh alangkah peliknya hati manusia. Susah nak faham! Yang saya hairan, datang meminang tetapi tak datang majlis akad nikah. Ha…kan dah cakap? Mana ada perempuan sanggup! Mulut cakap lain, hati cakap lain. Tak perlulah nak hipokrit. Malu pada diri sendiri. Alasan isteri pertama membenarkan suami berkahwin lain, kerana mereka inginkan anak. Sebenarnya dah ada dua orang anak, tapi dah besar pun. Si isteri pertama dah tak boleh hamil lagi. Itulah pengorbanan berharga seorang isteri.

Tetapi, wahai si suami... tidakkah anda terfikir perasaan isteri? Bila isteri ada lelaki lain, namanya curang. Tapi bila suami berkahwin lain, itukah makna kesetiaan? Tak dinafikan, hak suami ada di situ. Kita tidak boleh menidakkan hukum Allah. Tetapi, lelaki juga ada akal bukan? Bahkan ada 9 akal. Melebihi akal kaum Hawa. Gunalah akal yang dianugerahkan itu untuk berfikir, menilai hati budi, dan menghargai diri seorang insan bernama isteri.

love - very hard to describe!

1 comment:

Izrin said...

sgt suka dgn post yg ni..
tbe2 trtarik nk bca essei pnjg2 bdak2 sek..eheh
even pnjg tp x bsan..ada msg!bgs!