9.10.09

happy birthday adik

pejam celik pejam celik dah 2 tahun berlalu. Tapi saya masih ingat waktu itu. Semasa emak saya melahirkan adik bongsu, saya turut berada di hospital. Buat kali pertama dalam hidup menemani emak saya bersalin. Sebenarnya saya pun nak masuk bilik bersalin tapi dihalang mak long. Dia cakap, orang tak pernah bersalin xleh masuk. Aduiiii nak bersalin camne kawen pun belom!

ni gambar2 adik yang baru berusia setengah jam

Subhanallah! Baru saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Hargailah ibu anda. Adik Fir ni dilahirkan dalam bulan Ramadhan. Seminggu sebelum hari raya tahun 2007. Tahun itu, kenangan amat pahit! Saya terpaksa beraya di Ceneh, Kemaman! Last minute pergi beli baju raya. Langsung tak cantik! Tapi tetap bersyukur, masih ada baju raya.

Berbalik cerita pasal adik saya ni. Dialah satu2nya adik lelaki saya. Walaupun kami berlainan ayah, tapi saya tetap sayangkan dia seperti mana saya sayangkan adik saya, Ema. Tak ada beza pun. Sekarang ni, adik fir dah boleh panggil "Kaklong".

Nama adik fir ni AHMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM. Sayalah yang kasi nama tu. Dah booking awal2 ngan mak, kalau anak lelaki saya yang akan kasi nama. Mak nak kasi Ahmad Asyraf sb anak dara dia tiga orang semua huruf a (Siti Aishah, Siti Asma n Siti Alia Natasya). Ada sejarah sebenarnya nama dik fir ni. Nak letak Muhammad, tapi bebe cakap Muhammad tu panggilan nabi di bumi, tapi di langit di panggil Ahmad. So, pilihlah Ahmad. Firdaus tu, sebab nama syurga! heheeeee...orang yang saya minat pun nama firdaus. Sebab nak adik saya macam Firdaus tu, kasilah nama sama. Saya lebih suka nama yang ada dua perkaatan sahaja. Nama Alia tu panjang, saya tak tahulah siapa yang kasi sebab masa tu ayah tiri saya ada lagi. Saya tak campur. Saya cuma cadangkan Siti Masitah n Siti Atikah. Tapi mak suruh pilih antara Alia atau Anis. Ermmmm saya pun tak tahu siapa yang pilih . Natasya pun saya tak tahu saper yang taruk.

Ermmmm...kerana ada adik fir juga, buat kali pertama saya pandai pegang baby! heeheheeee..selama ni mana nak reti. Saya tak ada adik kecil pun. Alia(kakchik) pula masa tu, jarang jumpa sebab dia kat Kemaman ngan mak n ayah tiri saya. Tapi saya tinggal di Kota Bharu. Pecah rekod! Ecah pandai urus baby berusia 3 jam! hohohoooooo suka dukung baby tapi kepala dia lembik lagi masa tu.

Semasa ibu saya bersalin, ayah tiri saya meninggal sebulan sebelum adik fir lahir. Means adik fir tak sempat tengok ayah tiri saya. Sekarang ni muka dik fir iras2 ayah tiri saya tau! Sebab mak saya berseoranganlah, maka saya tak balik berhari raya di Kelantan. Mama pun xkasi balik. Hari yang sepatutnya saya naik bas untuk pulang ke Kelantan itu adalah hari emak saya sakit nak bersalin. Kalau saya pulang juga, andai apa-apa berlaku mesti menyesal.

So,decide nak tunggu. Hajatnya nak balik sehari sebelum raya tapi tiket dah tak ada. Kebetulan pulak, my cousin raya kat Kemaman tahun tu. Takleh balik lah jawabnya! Tak pa, walaupun sedih banyak pengalaman yang saya dapat.

Sayalah yang cuci kain yang mak saya gunakan semasa bersalin. Mak saya taknak kasi sebenarnya, sebab takut saya takleh cuci ngan darah2 ni. Tapi, takkan nak menyusahkan maklong saya sedangkan saya ada di situ. Masa cuci kain tu, takyah cakaplah! Mata berair(nangis;-(). Duk terbayang betapa banyaknya dosa saya pada insan yang saya panggil mak. Selepas itu, saya minta maaf. Janji tak nak sakiti hati mak lagi.

Mak saya sangat sporting sebenarnya. Kami boleh bercakap dan bercerita apa sahaja tanpa ada batasan. Mungkin sebab mak saya pun muda lagi..heheheee muda ke? baru 41 tahun! Kira oraitlah tu kan? Umor 41 anak sulong umo 22 tahun. Kawin muda la katakan;-)

Semasa mak berpantang, ermmm takyah cakaplah. Mak, semua makanan dia bedal. Sampai selalu kena marah ngan maklong. Lepas tu, tak sampai 40 hari dah pergi kenduri kawen anak saudara dia kat Paka. 3 hari lepas bersalin, adik fir sakit pulak. penyakit baby2lah yang dipanggil "kuning". hohoooo...nyakit raja2 kot. (Adik fir ni sejak mula lahir sampai sekarang selalu sakit. Entahlah. Mak cakap, ujian dari tuhan sebab anak lelaki seorang. Tabahnya hatimu, ibu.)Masa bawa dik fir ke hospital, bila balik sempat lagi singgah shopping. Bukan main lagi mak berjalan sana sini macam tak bersalin. Tugas saya, mestilah dukung adik! huhuhuuuuu

adik fir sekarang
sayang adik!
moga jadi anak yang soleh
mcm Laksamana Sunan ek!
Susah2 kaklong kasi nama macam dia
hopefully perangai pun macam dialah

No comments: