29.4.11

Saya Pun Nak Kahwin

tengok majlis kahwin prince william & kate. fuh. kelu lidah tak mampu bersuara. mantap seh! bertuah betul si kate ni. dari petang tadi, sampai 8.30 tecongok depan tv. pasangan paling ideal. cewah~!
gaun kate sangat simple, tapi serius cantik. make up pun tak tebal sangat. (kalau kat malaysia, org melayu kawin anak raja sah2 make up ada tebal 2 inci)

euww.. what a sweet moment to remember

lambaian dari seorang puteri kebayan

muaks. tetiba rasa nak kahwin jugak (bie, jom kahwin! heeee...gatal)

-ok, sekian. mau berangan kahwin ngan anak raja-

28.4.11

Senyum.. Jangan Tanya Apa-apa

saya mau menyepikan diri buat seketika. perlukan sedikit ruang untuk manjakan diri. nak mejauhkan diri dari semua orang.

kenapa?

kerana saya rindukan privasi. dah lama saya rasa hidup saya tak senormal dulu. saya tak suka apa yang saya rasa sekarang. jadi, bila nak normalkan kembali keadaan, saya kena jauhkan diri dari semua orang. tumpukan sepenuh perhatian pada hati, pada jiwa, pada perasaan dan pada diri saya sendiri. orang lain? letak kat tepi dulu.

bila saya terlebih nak menjaga hati dan perasaan orang lain, sampai saya telupa bahawa saya juga punya hati dan perasaan. tapi semuanya di luar kemahuan dan kehendak saya. saya dah penat berlakon. itu saja.

saya nak jadi diri saya sendiri. saya dan hidup saya, tanpa ada kaitan dengan siapa-siapa. ok, senyum.. jangan tanya apa-apa.

~malas dah menaip. nak tengok semanis kurma plak. tajuk: perigi cari timba. hehe, sekarang ni, timba tak banyak weh. perigi kena cepat! buat macam saya... encik nain lambat mengayat, cik ecah yang mula mengorat.

[takde kaitan ngan entry] - ada ketikanya, perempuan yang perlu memulakan suatu perhubungan.

Al Kisah Di Pesta Buku

entry yang lalu, saya dah post pasal Novel Yang Dibeli Masa PBAKL pada 23/4/2011. sekarang, kita tengok gambar pulak.

dr. mahathir. kali ke-2 tengok dr.m secara live. masih tak berubah. tak makan dek usia. salah seorang tokoh yang paling saya kagumi.

1st time jumpa dhiya zafira. boleh tahan, peramah orangnya. saya beli novel Hati Bergetar Rindu. memang dalam list nak beli masa pbakl. kenapa beli? sebab novel dhiya zafira kategori "novel wajib beli". tak pernah tak beli. tak percaya? sugguh. tak tipu pun. saya paling suka novel beliau: Ku Damba Bahagia

norhayati berahim dan teta comey. jumpa "si atok" teta. heee. atuk muda hensem siot. paling tak sangka bila kak yati masih ingat saya. wah.. terharu beb. novel kak yati? yang tahun lepas pun tak sentuh lagi. "takpe tak baca pun, yang penting dah beli sebab takut habis". sangatlah istimewa bila kak yati kasi resepi 'pekasam novel'. terbaik beb!

mimie afinie. ni pun terharu sangat kan kak ezan? tak sangka kak mie cam lagi kita. siap nak panggil tu bila nampak kita turun escalator. *tetiba rasa popular sebab orang glamour kenal kita. hahahaaa. novel ni pun masih tak sempat baca lagi. takpe2. kalau tak sempat, dekat2 nak g uia saya kasi kat cik bun. nanti dia terus bawak pi uia. terbaiklah. bagus punya otak. tak nak beg berat, kasi kat my bibik iaitu bun.

with aleeya aneesa. beliau semakin kurus berbanding tahun lepas. tapi takde novel pun untuk pesta buku kali ni. tak lama lagi akan ada. tak payah risau. dan tak lama lagi, bie saya akan keje untuk isi masa cuti. yeay!!! "sayang, novel aleeya aneesa sutir." wakaka

ini siti rosmizah. saya dah puas hati sebab dah luahkan apa yang saya tak puas hati ngan novel beliau. harap2 novel kali ni tak mengecewakan. novel paling tebal saya beli. huh, entah bila la nak belek

di booth jemari seni. 'kureng memuaskan' berbanding booth tahun lepas. kedudukan penulis yang tak mesra pembaca. hehe tapi pondok untuk penulis tu tetap comel

perasmian novel Bisik-bisik Gelora dari fauziah ashari. saya jumpa beliau 1st time pijak kaki ke pwtc tahun 2008. masih kurus macam dulu. cuma sekarang, dia cam kelam kabut dan gelabah. ni gambar terakhir kamera sengalku. pastu bateri habis:-( korang tau tak, saya dah keluar pwtc, lepas makan ngan k.ezan kat the mall, sanggup masuk balik. sebab tak puas hati selagi tak beli novel ni dan Yang Mana Satu dari emma maizura. siap meredah hujan lagi tu.

sepanjang di pesta buku, inilah yang paling bermakna. kalau yang kenal saya dah lama, mungkin dah tahu, saya minat sangat2 karya aisya sofea. akhirnya, impian tahun lepas tercapai. yang bertudung ungu tu, emma maizura. novel beliau pun masuk kategori "novel wajib beli". paling best: Ada Cinta Di Hati.

kalaulah ada pesta buku antarabangsa kat kelantan, memang saya bawak semua novel yang saya ada untuk penulis tanda tangan. wah.. bestnya kan?

~skang ngah baca novel anis ayuni: cinta yang kurasa. tapi tak sampai pun separuh. kenapa la lambat sangat nak baca novel sekarang. mood nak belek novel memang takde. nak muntah tengok novel. ouh, penyakit apakah ini? mana semangat aku pergi? lalalala~

25.4.11

Gelora

Jiwa rasa gelora
Kasih pada teruna
Bukan kerna intan permata
Kerna budi bahasa

Kasih bukan paksaan
Sayang bukan mainan
Jiwa dan raga jadi taruhan
Ooooo pujaan

Rinduku padamu
Kekanda idamanku

Kekasih dikaulah
Oh! adinda puspitaku

Murni sungguh impian
Indah nian harapan

Jika tercipta taman kencana
Ooooo bahagia

Rinduku padamu
Kekanda idamanku

Kekasih dikaulah
Oh! adinda puspitaku

Murni sungguh impian
Indah nian harapan

Jika tercipta taman kencana
Ooooo bahagia
Ooooo kekanda
Ooooo adinda

~layan seniman bujang lapok malam ni. bila dengar lagu ni, teringat kat bie. rindu lah! tak sabar nak jumpa esok. bie, nanti esok ayang buat kek batik yang bie nak tu ek.. cayang bie banyak2

24.4.11

Novel Yang Dibeli Masa PBAKL

entry ni bukan nak bercerita apa yang berlaku di pesta buku. tapi, hasil dari "perjalanan kakian" di dewan2 yang ada di pwtc.

mula2, sila tengok Dalam List PBAKL 2011

Alaf21- Cinta Yang Kurasa
Alaf21- Hati Bergetar Rindu
Alaf21- Yang Mana Satu
Fajar Pakeer- Cintamu Cintaku Satu
JS- Menunggu Hujan
JS- Quartet
KarnaDya- Yang Ku cari
NB- ...Dan Cinta Pun Tersenyum

tapi bila di sana, ni lah hasilnya
kamu2 kira la sendiri ya

ni pulak buku untuk kak chik. dah pos hari ni...
nak buku lain, beli buku lain. ---> baca sini

penat tau. dah la sehari sebelum ke pesta buku, sibuk mengemas. nak kena kosongkan bilik. ni hasilnya:
boleh tahan. banyak jugak yang tinggal untuk short sem.

tapi bila tengok gambar ni, hilang penat saya
sape tu? mereka adalah novelis kesayangan saya. aisya sofea dan emma maizura. gembira sangat bila jumpa mereka, sebab dah lama sangat nak jumpa aisya sofea. akhirnya, impian saya tercapai. alhamdulillah.....

celoteh di pesta buku next entry ya. masih takde mood nak menaip panjang2...

*pegang novel ni, salah. pegang novel tu, salah. akhirnya on laptop, log in facebook dan upload new post.

23.4.11

Out

9.30 jap lagi, dengan bangga nya saya terpacak depan bus stop no 3 uia. nak gi pesta buku kat pwtc. dengan sape? ngan kak ezan lah. berdua lebih baik;)

ok bye. nak bersiap a.k.a jangok kasi lawa.

p/s: lenguh dah tangan angkut beg berat. pasni nak bawak novel yang dibeli lagi:-(

22.4.11

Alone

awak,
saya rindu awak. banyak sangat.

bila awak nak kembali macam dulu?
saya rindu semua yang dah berlalu.

awak,
cepat sihat.
saya perlukan awak.

21.4.11

Salah Siapa?

bila semua serba tak kena, tak tahu nak cakap apa.
bila bibir tak mampu berbicara, hanya air mata peneman setia.

salah siapa?
semuanya dari saya

tapi
kalau saya tak tanya, saya bersalah.
bila saya bertanya, awak pulak marah.

beritahu saya
apa yang perlu saya buat untuk awak?

p/s: mengapa kita sering menyakiti hati orang yang sayangkan kita? padahal hakikat sebenarnya, kita perlukan dia lebih dari dia perlukan kita?

20.4.11

Booth & Novelis Di PBAKL 2011

DEWAN TUN RAZAK 3

KarnaDya
Booth No: A49-A51 dan A70-A72

NB Kara
Booth No: B62-B63 d

Fajar Pakeer
Booth No: A06-A09,

Kaki Novel
Booth No: D13-D16

DEWAN TUN DR. ISMAIL

Karangkraf Group
(alaf21, buku prima)

DEWAN TUN HUSSEIN ONN

Jemari Seni
Booth No: A05-A08

~pssst! tahun ni bermakna sikit. dapat duit lebih untuk borong novel. thanks to bebe. walaupun kasi rm50, dah cukup bermakna. hehehe

p/s: kak ezan, salin no booth ni ye. tahun ni giliran kak ezan bawak kertas plak. ecah cuma nak bawak diri, bawak duit, dan bawak kamera je:)

impian: nak sangat bergambar ngan Aisya Sofea. harap2 tahun ni bernasib baik. insya Allah.

Cintamu Cintaku Satu

"Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?”
“Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.”

Taufik Azhari ~ Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu air mukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturan. Bagaikan satu sumpahan, aku terus mencari siapakah dirimu. Lalu aku sematkan tekad di hati, engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir Tuhan menemukan. Kau hadir mengharap pertolongan dan aku pasti tidak keberatan, namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan. Sungguh bukan niat untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang aku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu, suri hatiku.

Nurul Hana ~ Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku wajar dijadikan cagaran? Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini? Sudah berulang kali aku katakan tiada cinta di hati untukmu, lalu bahasa apa lagi harus kulafazkan agar kau bisa mengerti? Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sehingga aku tidak punya pilihan. Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaanku harus kukorbankan. Aku keliru di persimpangan, antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini. Yang mana harus aku utamakan?

Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

~masuk list pbakl 2011

19.4.11

Chicken Pox + FYP Presentation = Anniversary Penuh Dugaan

19/04/11. kononnnyalah. dah setahun. alhamdulillah. tapi tak rasa pun macam ulang tahun.

kenapa?

1- sebab semalam dia tak sihat sangat. ok. takpe.

2- awal pagi, 8.30am: saya pi jumpa sir untuk discuss pasal presentation untuk final year project. si dia pulak, memang ada presentation hari ni. ok lagi.

3- bila dua2 dah habis presentation, dia sms cakap dia kat hospital. adoiiii. sekali kena chicken pox a.k.a CACAR AIR, JINTUNGAN atau BERTIH.

saya pun tanyalah cik google pasal chicken pox ni. tanda dan gejalanya:

  • Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. (dia cakap, muka dia ada jerawat. eh awak, dah tak leh nak bezakan jerawat ngan bintik biasa eh? hehehe, saya pulak cepat2 suruh pi klinik. sebab kat dalam kepala saya ada 3 penyakit kalau ada bintik2 nih: campak, bertih, n denggi)
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. (yang awak pi picit tu kenapa? sebab tu makin banyak. nanti ada parut. huwaaaa. jangan kasi kena hujan, jangan makan kicap. wokey? nanti parut hitam)
  • Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. (dia mengadu sakit kepala, ingatkan stress sebab minggu2 terakhir sebelum final)
ok, dah. itu bab dia. nak detail--> KLIK SINI. sekarang ni bab saya pulak.

8.30am pi bilik sir ingatkan nak discuss pasal presentation esok. skali hari ni last day untuk presentation. adoii. apa lagi? balik bilik, amik laptop..masuk opislah. siapkan slide. great! 10.30am semua siap. sementara tunggu natrah n ira present, sempat lagi buat part discussion. tu pun nasib baik intai diaorang. kalau tak, memang hampeh! sempoi giler. tu la, sir cakap nak simple2. kan dah tersangat simple. susah jadinya. tapi 12.15 tengah hari present. pinjam laptop ira jugak. alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. terima kasih, ya Allah.

dah siap semua, kesengalan demi kesengetan menikam kalbu. semua kerja serba tak kena. washing machine pulak buat hal. telan bodoh2 duit saya rm1.50. siot~! ishk, tak baik. niat sedekah. dapat jugak pahala.

nak gi basuh baju sebakul. leklok dah turun sampai bawah, masukkan baju dalam mesin basuh. skali tak bawak sabun. ouh. nyanyuk! ok, takpe. exercise. naik balik ambil sabun. turun pulak, masukkan sabun. then, bila masukkan duit 50sen... lekat pulak dah. memang angin tol lah. sabar lagi, naik amik duit 20sen pulak. tersempak dengan akak cleaner ngah susun kertas, dengan penuh ramah mesra saya bagitahu. "kak, saya ada banyak gak kertas. jap lagi saya bawak turun... kejap ek kak" baik kan saya? heh. naik ambil duit 20sen = 10 = rm2 sambil angkut kertas yang dah tak nak guna. berat! masukkan dalam baldi, bawak turun bawah. beramal jariah. babai all notes. gonna miss u damn much! muah.

bila dah lalui semua di atas, saya dah tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana sekarang. bahagia ke anniversary pertama ni? ye. sumpah saya bahagia. walaupun jauh, walaupun tak sambut bersama, bahagia tetap dirasa.

tapi, pada masa yang sama..penuh dengan pengharapan. harap2 dia cepat sembuh sebab 23hb ni dia dah start final exam. harap2 dia boleh study dengan tenang walaupun orang kata penyakit ni buat si pesakit rasa panas. paling penting: HARAP2 TAKDE PARUT. hehehe

sejak dari awal kalau cakap tepon mesti parut, parut, parut... skali dia tanya, "kalau ada parut ayang dah tak nak ke?" eh2 dia ni, sekeh kang! sape cakap taknak? orang tetap nak lah. eeeiii, kalau dah nak tu, setakat parut tak ada hal la...

tu lah awak, saya ajak kahwin lari di siam tak nak. kan kalau kita dah kahwin, saya boleh jaga awak. euwwww~! kegedikan di sini. awak, cepatlah sembuh. rindu lah.

Selamat Ulang Tahun, Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

--> kepada yang berkenaan,

terima kasih kerana menjadi bie saya. saya love awak tau. banyak2. heeee. awak, dah setahun kita bersama. macam-macam perasaan yang rasa rasa selama setahun ni. ada bahagia, suka, gembira, riang... ada marah, sakit hati, sedih, cemburu.

awak, perjalanan cinta kita masih jauh. jadi saya harap kita tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. dan sama-samalah kita berdoa supaya perhubungan kita berakhir seperti yang kita impikan selama ini.

awak, 1st anniversary awak ngah sakit. huhu. sedih saya bila awak minta izin nak tidur awal. tapi saya terpaksa cakap "ya" sebab esok awak ada presentation. tapi, awak tahu tak? saya bahagia sangat bila sms saya pada pukul 12, awak balas. selalunya, kalau awak tidur... jangan kata sms, saya call pun awak susah nak jawab. thanks awak.

awak, saya sayang sepenuh hati kat awak. walau siapa pun awak, biar apa orang kata... yang penting saya bahagia bersama awak. cinta saya hanya untuk awak. peace~

.::SeLaMaT uLaNg TaHuN PeRtAmA::.
forever, ecah nain

17.4.11

Setahun Yang Lalu

ini post guna teknik imbas kembali-

tempat: kedai buku popular kb mall
masa: 11 pagi waktu malaysia

..apa yang awak tak tahu dan perlu tahu...

ini yang awak tak tahu:

awak tahu tak, saya sangat tak setuju bila awak pilih kbmall?
-tapi saya tak boleh kata apa dah. sebab saya yang suruh awak pilih tempat. hehe padan muka saya.

awak tahu tak, saya tak sanggup jumpa awak sorang-sorang?
-saya rasa nak cancel je plan kita sebab tarikh yang kita pilih tu, bun takde di kota bharu. sepatutnya dia kena jadi bodyguard saya.

awak tahu tak, 1st meeting awak lambat 20 minit?
-penat saya tunggu. kat dalam kepala saya "dia tak tepati masa, jadi jangan percaya sangat kalau dia berjanji"

awak tahu tak, awak tak perkenalkan diri pun bila jumpa?
-pelik saya. yang keluar dari mulut awak... "ecah. sori lambat.." pastu awak sengih. erk, bajet macam dah lama kenal.

awak tahu tak, tak patut bila awak suruh saya temankan awak pilih seluar?
-pening saya. tak dibuat orang tau, tapi awak buat. elok jugak tu dari jumpa, duduk dan makan. sekurang-kurangnya saya leh ukur ketinggian awak bila jalan kat tepi saya. heh.

awak tahu tak, sebenarnya kan... saya lenguh ikut awak pilih seluar?
-saya memang tak suka kalau temankan orang shopping. paling kurang, awak beli la blause ke, kemeja ke sepasang buat saya sebagai kenangan. eee... kedekut taik idung masin la awak ni.

awak tahu tak, saya malu dengan sketsa 30saat depan kfc dan mcD?
-masa nak turun escalator lagi saya dah tanya nak makan kat mana. kanan mcD, kiri kfc. awak suruh saya pilih. kan awak nak belanja? awaklah pilih. last2 kita berdiri kat tengah... saya cakap "ikut la.." awak pulak cakap.."ikut ecah la.." eee..panas hati saya.

awak tahu tak, saya tak percaya bila awak cakap awak tak reti nak order mcD?
-alasan awak sebab awak tak biasa maka kat mcD. saya tahu awak tipu! awak nak uji saya ke apa? sampai sekarang saya tak dapat jawapan.

awak tahu tak, sebenarnya saya nak makan ayam goreng mcD?
-tapi saya malu. saya takut jadi comot a.k.a bolok. last2 saya order nugget je. awak pulak boleh selamba badak makan burger depan saya. huh. tak patut langsung!

awak tahu tak, kenapa saya tak kasi awak ambil gambar saya masa tu?
-sebab saya tak tengok apa ada kat dalam hp awak. mana lah tau, kalau2 awak suka simpan gambar pompuan yang keluar ngan awak. saya tak nak jadi bahan koleksi awak.

awak tahu tak, kenapa saya cakap tak nak bila awak nak hantar saya balik?
-sebab mama saya dah pesan sebelum saya keluar dengan awak. saya ingat lagi pesan mama, "biar adik hantar dan ambil. nanti nak balik, telefon adik, biar adik jumpa juga ngan dia. jumpa tu jangan lama..." sekarang baru saya nampak dan faham apa yang mama nak sampaikan pada saya.

awak tahu tak, apa yang saya fikirkan tentang awak bila saya balik?
-hati saya membebel macam ni.. "ala, nape rambut dia tak macam zamani? aku suka lelaki rambut panjang sampai bahu. nape gaya dia ada macam bebe? pakai seluar slack, t-shirt maroon ada kolar. mesti budak skema ni. dah la cakap pun tak banyak..."

awak tak tahu kan semua tu?

dan apa yang awak perlu tahu sekarang:

saya rindu awak. saya rindu masa lalu kita. sekarang awak sibuk, masa untuk saya pun dah tak macam dulu. tapi awak dah janji, awak akan ganti balik masa saya bila dah habis exam. hurm... cepat2 lah awak habis exam. tak best lah macam ni.

saya habis exam, awak plak nak exam. macam tahun lepas juga kan? saya balik sebab dah habis exam, awak tengah berperang ngan final exam. hurm, kiranya saya ni pembakar dan penguat semangat awak la kan? hehehe

awak, saya sayang awak sangat. saya tunggu 19042011~

love is sweet when it's new, but sweeter when it's true

...gediknya saya...

15.4.11

Jom Masak: Bihun Goreng Putih

gambar cilok dari mr. google

jom masak bihun putih versi puteri kebayan. sedap tau. tak cayer? cuba dulu ek:)

ni untuk 1 bungkus bihun je ye.

bahan wajib: bihun (rendam la dulu) + minyak masak + sayur campur

bahan 1:
  • ayam (potong kecik),
  • bawang putih (tumbuk sikit2 je)
  • air + garam + gula
mula2 tumis bawang. tahu kan? panaskan minyak, masukkan bawang putih tu. pastu masukkan ayam. agak2 ayam separuh masak, masukkan air 2 setengah cawan. tutup api bila dah mendidih:)

(kalau nak masukkan hidupan laut seperti udang dan sotong, buat camni jugak. tapi mesti berasingan dengan ayam)

bahan 2:
  • telur: 4/5 biji
telur ni, nak goreng. mula2 pecahkan telur dalam mangkuk. pastu masukkan garam secukup rasa, kemudian kacau lah telur2 itu. panaskan sedikit minyak, masukkan telur tu. kacau ye puan-puan, kasi hancur. jangan sampai hangit tau.

bahan 3
  • selabu bawang putih
  • 4-5 biji lada hijau
blender bawang dengan lada ni ye... masukkan air sikit

okey, dah pasal bahan2...

cara memasak:
  1. panaskan bahan wajib: minyak.
  2. masukkan bahan 3
  3. masukkan ayam dan setengah cawan air tumisan ayam (bahan 1). boleh juga masukkan hidupan laut, tapi jangan guna air rebusan tu. tapis dulu mereka ye.
  4. agak2 seminit, masukkan bahan wajib iaitu bihun. kalau langkau step ni, tak jadi la bihun goreng putih puan2 semua.
  5. rasa dulu, kalau tawar: tambahlah garam, gula, dan aji naik no moto.
  6. masukkan bahan wajib seterusnya iaitu sayur campur. boleh juga masukkan tumbuhan lain seperti kubis, sawi. ikut selera puan2 semua ya.
  7. masukkan bahan 2
  8. okey. dah siap. selamat menjamu perut.
hidangkan pada suami tercinta. konpem suami sayang kalau puan2 masak dengan penuh kasih sayang. hehehe.

u no wat? ni lah yang saya masak pepagi raya tau. special untuk bakal suami my bucuk. sekali "terpedas" la pulak. aiyorkkk. tapi takpe, dia cakap sedap. (masa bercinta biasalah, pedas boleh jadi sedap. dah kahwin tak tau lah. arap2 macam ni jugak)

raya ke-2 pun sama. tak pedas dah. hidangan untuk bakal mertua adik saya. pergh. terbaik kan? sape kata saya tak pandai masak? hah? elehh... see the hand la weiii~

bila saya pandai masak 15 jenis makanan, saya akan kahwin. hihihihi(gatal)

*pepagi buta merapu*

14.4.11

Novel Baru- Fauziah Ashari

BISIK-BISIK GELORA
FAUZIAH ASHARI
RM 25.90
ISBN: 976-967-0184-48-7
~608 hlm
Bahasa Melayu

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

~nama hero ni Jad, macam hero novel Dhiya Zafira la pulak.

13.4.11

Buku Untuk Kak Chik

ini. adik saya. nama dia siti alia natasya. tapi panggil kak chik. sekarang umur 5 tahun. belajar kat tadika kemas. hobi dia bercakap. dia sangat2 tak suka kak ngah! sebab? kak ngah suka buli adik2.
pssst! sementara tunggu abang long

hurm, saya teringin nak beli buku untuk kakchik ni. nak pupuk minat membaca lah katakan. kecik2 baca buku pelajaran. nanti besar, boleh lah dia baca novel2 saya yang bertimbun tu kan? so, saya pun sms la mak saya. tanya mak, kak chik dah kenal semua huruf ke? skali mak tepon

saya cakap ngan kak chik. saya tanya. dia kenal huruf abc tak. dia cakap:

"kak chik pandai dah abc. abcdefghijklmnopqrstuvwxyz"

bagus kak chik. saya tanya lagi. kak chik pandai baca tak. skali ini jawapan dia:

"pandai. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10. cikgu kabo hari ni hari rabu. kaklong, kaklong duk mana? kota bharu ke kuala lumpur?"

saya cakaplah kat kuala lumpur. tak balik lagi. nak gi beli buku minggu depan untuk kak chik. bleh pulak dia tanya:

"kak long, kat kuala lumpur hari ni hari apa?"

hahahahaa... kak chik oh kak chik.

rasa cam nak beli buku pasal "hari-hari dalam seminggu". hurm, kembali pada topik asal. saya pun minta bantuan encik google. mula2 saya cari kamus bergambar. tapi mak cakap lagi bagus kalau beli buku yang ajar mengeja. so, cari buku bacaan suku kata. sebab, bila budak dah kenal semua huruf, kena ajar membaca pulak. hurm, jumpa buku2 ni
survey punya survey, cari punya cari.. buku-buku ni yang saya rasa paling bagus setakat ni. harap2 jumpa masa kat pesta buku nanti:)

kakngoh: kakchik xse vi aku baik nga mung!

12.4.11

Novel- Yang Ku Cari

Yang Ku Cari
Mimie Afinie
Harga Semenanjung: RM23.90
Harga Sabah/Serawak: RM26.90
ISBN: 978-967-5367-97-7

ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada 'si dia', dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya 'si dia' yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?

ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?

BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?

HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?

SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.

YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.

pssst~ masuk list PBAKL nanti. sebab? novel mimie afinie ni kategori WAJIB beli ;)

10.4.11

Novel Jemari Seni

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²

Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.

Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis.Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~

Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~

Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah.

hurm. novel baru dari jemari seni. akan keluar pada bulan MEI, tapi akan ada kat pesta buku. oh yeah... mana nak korek duit ni? semua sebab kamera punye pasal! dah lari bajet dah ni.

9.4.11

Bersama Budak ICT


habis exam cryptography yang memang membunuhku, saya dan kawan2... ceh, skema plak. ok, saya kuar petang jumaat bersamaan 8 april 2011. saya dan mereka pegi wangsa walk. jalan2, makan2. pastu karok together-gether. ok, layan gambar jer.

kata syepah "untung....cikgu"

sedap tau. istimewa dari 'girlfriend cikgu'

inilah mereka yang bersama saya semalam

atie, mida n shah


norzatul natra, sarmilah, nur syahifah, siti nor haizum, nur atiqah, nur izrin, nursyazira (skema la pulokss)

dah kenyang perut, masuk la sini.
memang pro lah syefah

test suara okey. masing2 ada bakat. cuma tak nak tunjuk. bukan apa, bimbang siti aishah tak leh cari makan jerk.
hey ladies!!!

mek ganung 2 orang nih, orang suh nyanyi dia bisik2 lak. cayalah cikzuzu n cikyin. bleh tahan gak korang nih. hehehe

memori daun pisang. joget! golek!

pastu, kitaorang gi i-city
nasib baik sorang "budak tu" tak jatuh tergolek


sebahagian nyawa saya sem ni. me with cik mila.

ini camera-woman.
nasib baik ada kamera syefah "pinjam". leh jugak saya merasa pegang kamera mahal weh

ini hasil kerja tangan syefah:

terbaik!
semua tinggal kenangan.

so, buat kawan2 semua...termasuk ina(xpernah lupa tau)

semailah kenangan bersama di sudut hatimu,
bajailah ia agar terus subur di ingatanmu.... ♥ecah