7.4.11

Saya Dah Bosan Dengan Awak

"Saya Dah Bosan Dengan Awak"

sakitkan kalau orang yang kita sayang cakap macam tu? tapi, bila ayat tu keluar dari mulut kita sendiri sedangkan kita masih perlukan dia, menyesal kan?

kepada awak,

saya tak tahu kenapa boleh cakap macam tu. mungkin sebab saya nak awak rasa apa yang saya rasa. kalau hati saya sakit, saya nak awak juga sakit hati. tapi tanpa saya sedar, saya telah melukakan awak. saya minta maaf sangat2. saya menyesal. :'(

awak, sayang saya masih ada untuk awak. cinta saya masih milik awak. itu saya pasti. tapi, mungkin kehadiran dia yang buat saya berubah laku. saya tak nak dia. saya hanya mahukan awak. bukan dia dan bukan siapa-siapa. biarlah apa orang kata, saya tetap pilih awak.

awak, sayalah wanita paling bertuah bila awak pilih saya. dan saya akan jadi manusia paling bodoh kalau saya lepaskan awak. saya tak nak kehilangan awak. saya perlukan awak lebih dari segalanya. tapi kadang-kadang saya lupa untuk hargai awak. teruk kan saya? :-(

awak, ini yang awak perlu tahu: sekali saya jatuh cinta, selamanya saya akan mencintai...

awak, kalau sebelum saya kenal awak, doa saya supaya Allah mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang baik. sesungguhnya Allah itu maha mendengar. sekarang, bila saya dah ada awak, doa saya supaya ada jodoh kita berdua. saya harap awak pun begitu. kita sama-sama berdoa kerana Dia tak akan menghampakan hamba-Nya yang selalu meminta.

awak, terima kasih kerana sudi memaafkan saya. terima kasih kerana masih sayangkan saya. terima kasih, awak. untuk segala-galanya.

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

saya anggap semua ni dugaan dalam perhubungan kita. walau sakit, walau pedih... selagi mampu, kita sama-sama pertahankannya...

forever love, ecah-[nain]

No comments: