1.4.11

Blog Yang Buat Aku Terasa (Untuk Wanita)

semalam ada orang share satu blog yang buat saya terasa hati. terasa hati sangat. dah kena sebijik atas kepala, tak kan tak terasa. ingat saya tak ada perasaan? ada ok. so, mesti lah terasa. terima kasih banyak2 kepada orang tu. sekurang2nya beliau berkongsi sesuatu yang bermanfaat. i likeeee.

kisahnya macam ni. kat blog tu, ada gambar2 ni semua.

gambar 1
gambar ni ok lagi. tak terasa langsung sebab saya tak pernah dressing camtu. saya sendiri menyampah kalau tengok perempuan bergaya ala2 terlebih jangok(bhsa klate) ni. kalau cantik tak apa. saya tak kisah.

ni gambar ke-2
sedikit dah tersentuh. tapi tak sampai tahap terasa hati lagi. sebabnya saya tak pakai baju berlengan pendek pastu inner nampak. dah alang2 gatal nak pakai lengan pendek, tak payah pakai terus lah inner tu. bukan tutup aurat pun kalau pakai inner, tapi balut aurat. dosa sama je.

ni gambar paling terasa hati: TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT
yang ni memang saya tak nafikan. ramai kot gaya macam ni termasuklah saya yang hina ini. saya nak berubah. tapi tak boleh terlalu drastik kan? slow2 lah. doakan saya ye kawan2. sekarang ni pun, kalau saya keluar shopping beli baju, pilih yang besar2. paling penting yang tutup bontot ok!

TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?

Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

ini fakta:
lelaki memang suka tengok perempuan seksi, tapi perempuan seksi bukan untuk dibuat bini.

nak baca lagi, korang klik ----> http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

1 comment:

anna said...

i like ur post dear...sme2 la kite cuba tuk berubah mnjadi lebih baik