28.4.11

Senyum.. Jangan Tanya Apa-apa

saya mau menyepikan diri buat seketika. perlukan sedikit ruang untuk manjakan diri. nak mejauhkan diri dari semua orang.

kenapa?

kerana saya rindukan privasi. dah lama saya rasa hidup saya tak senormal dulu. saya tak suka apa yang saya rasa sekarang. jadi, bila nak normalkan kembali keadaan, saya kena jauhkan diri dari semua orang. tumpukan sepenuh perhatian pada hati, pada jiwa, pada perasaan dan pada diri saya sendiri. orang lain? letak kat tepi dulu.

bila saya terlebih nak menjaga hati dan perasaan orang lain, sampai saya telupa bahawa saya juga punya hati dan perasaan. tapi semuanya di luar kemahuan dan kehendak saya. saya dah penat berlakon. itu saja.

saya nak jadi diri saya sendiri. saya dan hidup saya, tanpa ada kaitan dengan siapa-siapa. ok, senyum.. jangan tanya apa-apa.

~malas dah menaip. nak tengok semanis kurma plak. tajuk: perigi cari timba. hehe, sekarang ni, timba tak banyak weh. perigi kena cepat! buat macam saya... encik nain lambat mengayat, cik ecah yang mula mengorat.

[takde kaitan ngan entry] - ada ketikanya, perempuan yang perlu memulakan suatu perhubungan.

No comments: