19.4.11

Chicken Pox + FYP Presentation = Anniversary Penuh Dugaan

19/04/11. kononnnyalah. dah setahun. alhamdulillah. tapi tak rasa pun macam ulang tahun.

kenapa?

1- sebab semalam dia tak sihat sangat. ok. takpe.

2- awal pagi, 8.30am: saya pi jumpa sir untuk discuss pasal presentation untuk final year project. si dia pulak, memang ada presentation hari ni. ok lagi.

3- bila dua2 dah habis presentation, dia sms cakap dia kat hospital. adoiiii. sekali kena chicken pox a.k.a CACAR AIR, JINTUNGAN atau BERTIH.

saya pun tanyalah cik google pasal chicken pox ni. tanda dan gejalanya:

  • Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. (dia cakap, muka dia ada jerawat. eh awak, dah tak leh nak bezakan jerawat ngan bintik biasa eh? hehehe, saya pulak cepat2 suruh pi klinik. sebab kat dalam kepala saya ada 3 penyakit kalau ada bintik2 nih: campak, bertih, n denggi)
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. (yang awak pi picit tu kenapa? sebab tu makin banyak. nanti ada parut. huwaaaa. jangan kasi kena hujan, jangan makan kicap. wokey? nanti parut hitam)
  • Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. (dia mengadu sakit kepala, ingatkan stress sebab minggu2 terakhir sebelum final)
ok, dah. itu bab dia. nak detail--> KLIK SINI. sekarang ni bab saya pulak.

8.30am pi bilik sir ingatkan nak discuss pasal presentation esok. skali hari ni last day untuk presentation. adoii. apa lagi? balik bilik, amik laptop..masuk opislah. siapkan slide. great! 10.30am semua siap. sementara tunggu natrah n ira present, sempat lagi buat part discussion. tu pun nasib baik intai diaorang. kalau tak, memang hampeh! sempoi giler. tu la, sir cakap nak simple2. kan dah tersangat simple. susah jadinya. tapi 12.15 tengah hari present. pinjam laptop ira jugak. alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. terima kasih, ya Allah.

dah siap semua, kesengalan demi kesengetan menikam kalbu. semua kerja serba tak kena. washing machine pulak buat hal. telan bodoh2 duit saya rm1.50. siot~! ishk, tak baik. niat sedekah. dapat jugak pahala.

nak gi basuh baju sebakul. leklok dah turun sampai bawah, masukkan baju dalam mesin basuh. skali tak bawak sabun. ouh. nyanyuk! ok, takpe. exercise. naik balik ambil sabun. turun pulak, masukkan sabun. then, bila masukkan duit 50sen... lekat pulak dah. memang angin tol lah. sabar lagi, naik amik duit 20sen pulak. tersempak dengan akak cleaner ngah susun kertas, dengan penuh ramah mesra saya bagitahu. "kak, saya ada banyak gak kertas. jap lagi saya bawak turun... kejap ek kak" baik kan saya? heh. naik ambil duit 20sen = 10 = rm2 sambil angkut kertas yang dah tak nak guna. berat! masukkan dalam baldi, bawak turun bawah. beramal jariah. babai all notes. gonna miss u damn much! muah.

bila dah lalui semua di atas, saya dah tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana sekarang. bahagia ke anniversary pertama ni? ye. sumpah saya bahagia. walaupun jauh, walaupun tak sambut bersama, bahagia tetap dirasa.

tapi, pada masa yang sama..penuh dengan pengharapan. harap2 dia cepat sembuh sebab 23hb ni dia dah start final exam. harap2 dia boleh study dengan tenang walaupun orang kata penyakit ni buat si pesakit rasa panas. paling penting: HARAP2 TAKDE PARUT. hehehe

sejak dari awal kalau cakap tepon mesti parut, parut, parut... skali dia tanya, "kalau ada parut ayang dah tak nak ke?" eh2 dia ni, sekeh kang! sape cakap taknak? orang tetap nak lah. eeeiii, kalau dah nak tu, setakat parut tak ada hal la...

tu lah awak, saya ajak kahwin lari di siam tak nak. kan kalau kita dah kahwin, saya boleh jaga awak. euwwww~! kegedikan di sini. awak, cepatlah sembuh. rindu lah.

No comments: