31.1.12

Adikku Sayang

rindu adik lelaki bongsu ni. ahmad firdaus. nama yang dipilih sendiri oleh saya. hehe. awal2 dulu panggil dikfir. pastu panggil abang. sekarang budak ni nak suruh panggil dia adik pulak dah. haihhh~ 2 minggu adik di kelantan. minggu pertama hanya dia sorang. mak dan kakchik kat kampung. ambil dia masa pi kenduri kat kampung. seminggu tidur ngan kaklong dia nih. bagus. tak nangis. tak mengigau. saaaaaayang adik!

saja2 beli kek. konon birthday dia.

kepenatan. keletihan. akhirnya ketiduran

posing sambil main layang-layang kat PCB

29.1.12

;-)

"A great boyfriend is proud of you, he doesn't try to hide you."

10.1.12

Membebel Sesorang

ouh. penat. tenat. tak larat. eh, ingatkan senang habis praktikal. rupanya makin susah. final report yang tak siap-siap lagi. dah 10 hari, tapi baru 60% siap. hurm, target nak siapkan esok. sebab khamis ni nak hantar. moga-moga target tercapai. insya-Allah

dah lama tak menaip kat blog ni. rinduuu. tapi masa tak mengizinkan. dah habis baca "ingat janji kita". best! tunggu ek. nanti bila rajin, saya taip ayat2 yang saya suka dari novel tu. dah tanda dah page mana yang ada ayat best. cuma tak sempat nak taip.

oklah. mau keluar cari baju untuk baby boy, anak my best fwen dari sekolah rendah, mimi. esok nak g tengok baby ngan su. baby dah 3 bulan, aunty cah tak tengok lagi. huhu. takpelah kan? biar lambat asalkan pi tengok.

eh, jap. tahun ni lah paling ramai kawan yang bakal jadi ibu atau ayah. dan paling banyak saya terima kad jemputan kahwin. ouh yeah!!! kawan2 yang kahwin terlalu awal atau saya yang lewat kahwin? wakakaka. tak kisah lah kahwin bila-bila pun, yang penting perkahwinan biar sampai syurga. bukan separuh jalan wokey. happy for you, friends. selamat menjalani kehidupan sebagai isteri~

babai.

5.1.12

Malas

5hari menghabiskan masa di rumah. ouh, rasa lambat jam bergerak. bangun, makan, tidur. tengok jam masih awal. hadoiii~

final report tak sentuh lagi. target nak hantar next week. insya Allah. semoga dipermudahkan segalanya dan bertambah rajin. ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

malas sangat sekarang nih. erk... malas buat report. tapi novel "ingat janji kita" dan "akhirnya aku kahwin" dah habis baca. tu pun ambil masa 5 hari untuk 2 novel. makin lama duk rumah, makin malas. nak cari kerja malas. masak pun malas. kemas rumah lagi malas. rajin basuh baju je. ye. tau. sangat bahaya penyakit malas ni.

takpelah. result praktikal pun tak keluar lagi. nanti dah keluar result, kalau masih tanam anggur bulan 4/5 baru serius nak fikir pasal masa depan. sekarang nak bagi ruang pada diri untuk berehat secukupnya. penat tau belajar. bertahun-tahun takde masa nak rehat. kesian kat tubuh badan dan perasaan. heh.

malas, sila pergi jauh2. malu kat budak kecik ni hah.
baru 4 tahun tapi dah rajin nak pi sekolah.

1.1.12

New Year Present

patutnya dapat hari khamis 29 Dis 2011. belated birthday present la ni kiranya. apa dalam ni? hehe takleh gitau lagi. tunggu cuna habis pratikal dulu. kang tak suprise plak kalau dia dah tahu. kot2 la dapat hadiah sama, kan?
abedin, saya, bos n kak bib.

hadiah untuk bos pulak
with my "sporting-est" supervisor n bos cmu

p/s: saling memberi dan menerima. sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. tak gitu?

dear readers: happy new year!!! may this year brings more happiness for all.