10.1.12

Membebel Sesorang

ouh. penat. tenat. tak larat. eh, ingatkan senang habis praktikal. rupanya makin susah. final report yang tak siap-siap lagi. dah 10 hari, tapi baru 60% siap. hurm, target nak siapkan esok. sebab khamis ni nak hantar. moga-moga target tercapai. insya-Allah

dah lama tak menaip kat blog ni. rinduuu. tapi masa tak mengizinkan. dah habis baca "ingat janji kita". best! tunggu ek. nanti bila rajin, saya taip ayat2 yang saya suka dari novel tu. dah tanda dah page mana yang ada ayat best. cuma tak sempat nak taip.

oklah. mau keluar cari baju untuk baby boy, anak my best fwen dari sekolah rendah, mimi. esok nak g tengok baby ngan su. baby dah 3 bulan, aunty cah tak tengok lagi. huhu. takpelah kan? biar lambat asalkan pi tengok.

eh, jap. tahun ni lah paling ramai kawan yang bakal jadi ibu atau ayah. dan paling banyak saya terima kad jemputan kahwin. ouh yeah!!! kawan2 yang kahwin terlalu awal atau saya yang lewat kahwin? wakakaka. tak kisah lah kahwin bila-bila pun, yang penting perkahwinan biar sampai syurga. bukan separuh jalan wokey. happy for you, friends. selamat menjalani kehidupan sebagai isteri~

babai.

No comments: