28.9.11
Hatimu Milikku
pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini
betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku
disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini
bagai bahtera yang dilanda badai
gelora cintamu mengoncang jiwaku
berombak mencari daratan yang damai
ohhh cintaku
*lagu ini ditujukan kepada bie saya. ok, bye.
27.9.11
Cemburu Seorang Perempuan
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal...
terjumpa pasal novel ni kat forum. pastu, saya pun mintak tolong cik google. hasilnya:
bagus. cerita best. nak beli. harap2 ada la novel ni kat SMO.
*tak banyak sangat novel creative. ni jer:*
26.9.11
Kesian Kakak Tu :-(
saya kat ofis sekarang. tapi ada 4 orang je. 2 orang practical student dan lagi 2 orang staff. lain-lain ada meeting ngan bos. jadi, tercongok lah saya di depan lappy comel lote saya ni.
tadi, ada sorang kakak datang jual kerepek. tapi kitaorang tak beli. huwaaaa, saya tak makan kerepek yang dia jual tu. kalau ada adik2 kat rumah, saya mesti beli. saya kesian. kesian kat kakak tu. muka dia sedih je. :-(
kadang2 saya terfikir, lagi bagus kalau tak benarkan penjaja masuk ke dalam opis. tapi, kejamkan? kalau masuk opis takde pembeli, kesian pulak. jadi nak macam mana?
ya Allah, murahkanlah rezeki kakak tadi. semoga kerepek dia habis dibeli oleh orang lain.
p/s: aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. walaupun tak mewah, tapi alhamdulillah. cukup serba-serbi. aku bertuah. sangat bertuah. terima kasih, Allah.
22.9.11
Pertemuan & Perpisahan
bermula satu pertemuan
terjalin sebuah ikatan
tercipta seribu kenangan
dan kini
hadirnya perpisahan
menguji keutuhan dan kesetiaan
dalam menjalinkan percintaan
lantaran itu
belajarlah menghargai sebuah kenangan
kerana ia akan wujud dalam ingatan
dan takkan mungkin akan berulang lagi
malah tak siapa boleh mengubahnya
itulah realiti
namun sebuah percintaan abadi
pasti akan membawa kerinduan yang abadi
p/s: ayat di atas di kopipes dari pesbuk~
the past... it's done. unchangeable.
*yeay! esok jumaat. lusa sabtu. cuti*
terjalin sebuah ikatan
tercipta seribu kenangan
dan kini
hadirnya perpisahan
menguji keutuhan dan kesetiaan
dalam menjalinkan percintaan
lantaran itu
belajarlah menghargai sebuah kenangan
kerana ia akan wujud dalam ingatan
dan takkan mungkin akan berulang lagi
malah tak siapa boleh mengubahnya
itulah realiti
namun sebuah percintaan abadi
pasti akan membawa kerinduan yang abadi
p/s: ayat di atas di kopipes dari pesbuk~
the past... it's done. unchangeable.
*yeay! esok jumaat. lusa sabtu. cuti*
18.9.11
Cinta Muka Buku
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
-cinta muka buku saya-
alhamdulillah. permulaan di muka buku, sekarang sudah hampir setahun lima bulan perhubungan ini. dia semakin tua dan semakin matang seiring usianya. hehe (hepi besday ke 24 bie- 12092011)
ayat kopipes: cinta tu bahaya. boleh pudar bila-bila masa. sayang itu bahagia. kekalnya sampai bila-bila.
12.9.11
4.9.11
Dugaan Buat Saya
ya Allah
andai kau ciptakan dia sebagai jodohku
kau tetapkanlah hatinya padaku
kuatkanlah semangatku
untuk menempuh dugaan yang mendatang
ya Allah
sesungguhnya dugaan-Mu untukku ini
terlalu berat untuk aku tanggungi
namun aku redha dengan takdir-Mu
ya Allah
permudahkanlah jalan untukku berterus-terang
hanya kepada-Mu aku bermohon
dan hanya kepada-Mu aku berserah
p/s: bie, cepat balik. really need you :-(
2.9.11
Rapuh
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan…
Seribu mimpi, berjuta sepi, hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa dalam dosa dan airmata
kupersembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku…
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu…
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada kuharap hanya diri-Mu yang bertahta…
Detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu…
~opick~
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan…
Seribu mimpi, berjuta sepi, hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa dalam dosa dan airmata
kupersembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidupku…
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu…
Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada kuharap hanya diri-Mu yang bertahta…
Detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu…
~opick~
Subscribe to:
Posts (Atom)