23.7.13

Berbuka Bersama

kali pertama selama kenal dia. akhirnya dapat jugak rasa suasana berbuka puasa ngan encik tunang. tak cayer? nampak tak cincin comel kat jari manis tu? hehe masa kapel tak dapat keizinan nak keluar berbuka bersama. so bila da tunang, kewangan da stabil sikit2 boleh la demand sesekali nak berbuka kat luar. ye dok? 

kami pilih pattaya village, (jalan berek 12) kota bharu. complete set untuk 2 orang RM55 
lauk: siakap 3 rasa + tomyam + kailan ikan masin + telur dadar + sambal belacan + ulam
dapat percuma: kurma dan agar-agar (ore kelate panggil beledo)
air: teh o beng (ais)! *air boleh pilih. ada sunquick, bandung cincau, sirap, sirap limau, teh o limau tapi teh o beng menjadi pilihan hati :)

tapi hari ni dia caj RM60 sebab ikan besar. memang besar pun. 2 orang makan tak habis. siap suruh bungkus bawak balik untuk bersahur. banyak sangat. makan sampai kenyang. 

terima kasih Allah, di atas rezeki kurniaan dari-Mu ini...
terima kasih Allah, di atas kebahagiaan yang Kau beri pada kami.... 
permudahkanlah segala urusan untuk menghalalkan perhubungan kami ini...
amin....

10.7.13

Hati-hati Student UiTM

awal2 ramadhan nak post pasal perkara yang sangat2 tak puas hati. haaa, adik2 dari UiTM yang bakal grad lepas raya ni, hati-hati ye! nak tau kenapa saya pesan hati-hati ni? supaya tak ditipu atau tak rasa tertipu. faham? tak faham? begini ceritanya....

yang nak konvo tak lama lagi, kalau nak pi amik gambar studio ngan family atau sorang-sorang mintak tolong berhati-hati dengan El Studio. tahun lepas depa guna nama El Studio. tahun ni saya tak tahu. saya cerita ni dari pengalaman saya. amik pakej mahal pun, janji siap bila tiba masa tak siap. 

pastu suruh orang tinggal resit dengan janji nak pos, tapi kalau tak cari memang tak hantar. kenapa tak call jer? mesti soalan tu kan korang pikir. dah call. nombor di phamplet 03-55102221 dan 0172733417 tak dapat langsung. bila check kat TM no tu didaftarkan atas nama MOHAMAD KHAIRUL FAZLI BIN ZAINI beralamat flat PKNS. nak alamat details pun saya boleh kasi. tapi masalahnya talian tu dah dipotong

so???? apa pilihan yang saya ada? mujur ada cik google. godek punye godek akhirnya dapat tau sekarang depa guna nama Eye Lens Photographick. jumpa page tu kat fb. masalahnya depa ni layan tak layan. kalau kita tak tanya, jangan harap depa nak inform pape kat kita. dah la hantar gambar softcopy salah. bila orang mintak gambar buat derkkk je. lepas janji, buat lagi janji. pastu bila kita tanya langsung tak balas pm kita. kita komen kat gambar, delete plak. kat wall langsung tak boleh post. bisnes apa macam ni?   

haaaa... ni peringatan sahaja. nanti akan menyusul cerita yang lebih lanjut kalau takde apa2 perkembangan dari pihak sana. nak printscreen mesej plak. hehee

p/s: korang kalau kenal orang dalam gambar ni, boleh komen kat sini ek. saya nak tanya dia dapat gambar softcopy betul atau salah.  kalau salah saya boleh kasi softcopy. ada gambar dia dengan family jugak. kesian kan? kenangan konvo ni bukan boleh di ulang...

selamat berpuasa kawan-kawan :)

3.7.13

Pada-Mu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-Mu