31.12.12

Berakhirnya 2012 Dan Azam 2013

berakhir sudah 2012. esok tahun baru 2013. umur jadi 26. ini bermakna, saya berjaya menjadi seorang penganggur terhormat selama setahun. syabas betey! syabas!! hahahaaa selamat tinggal 2012 yang penuh suka dan duka. 

azam 2013: 
1) nak kurangkan merapu di pesbuk! - mahu ganti masa online dengan mengaji quran. tak salah kan ada impian macam ni? moga jadi kenyataan. insya Allah. amin....

2) nak usaha cari kerja dengan bersungguh-sungguh! - wohaaa! lagi azam nak cari kerja tapi tercongok kat rumah tunggu kerja cari kita. pemalas! pemilih kerja! hahaaa

3) nak tutup aurat dengan sempurna! - selama ni memang dah tutup aurat. tapi macam bungkus aurat ketat-ketat. sebenarnya dah berubah dah sikit2 awal muharram hari tu. banyak kali keluar rumah dengan berbaju kurung. cuma tahun depan nak banyakkan lagi. doakan saya k. blink2 :)

4) nak tukar status! - mohon yang berkenaan mengerti. sebab umur 26 bagi lelaki mungkin masih muda tapi saya rasa saya dah tua. hahaaa

gatalnya entry ni. takpe. blog kita, ikut pandai kita la nak merapu apa pun. kita sendiri taip kan. korang baca je. nak komen, silakan. nak baca sahaja pun tak apa. aishah tak kisah :)
kenangan tercipta

26.12.12

Banjir

Tambatan Di Raja, Kelantan

23.12.12

Gelagat Adik Kesayangan

inilah aktiviti mereka bila balik rumah "tok" di kota bharu

akitiviti dalam rumah:
MEMAKSA budak ni menulis. kalau tak menulis takleh main badminton :)

bahagi masa antara membaca, buat latihan matematik dan mengadap laptop dengan game dora.


aktiviti di luar rumah:
tengok air kat tambatan di raja. 

main air. tak banjir lagi. air hujan je

12.12.12

Wordless Wednesday - 12.12.12

“I may not always be with you 
But when we're far apart
Remember you will be with me
Right inside my heart” 

11.12.12

Seperti Dulu

dua tahun berlalu
masih seperti dulu
tiada apa yang berbeza
yang berubah hanya masa

ya...
masa tak kekal di situ
hati dan perasaan mungkinkah masih sama?
berharap. berdoa. agar semuanya masih sama

kita merancang, tapi kita lupa
sebaik perancangan itu datangnya dari Allah

*malam ni ada "sesuatu" yang dia lupa sedangkan "sesuatu" itu adalah kebiasaan baginya. hurmm.... 

wah,ramai yang duk tunggu keputusan Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 ek? mungkin kerajaan nak kasi tau esok kot. sempena tarikh cantik 12.12.12. sabar ye semua. takyah nak berdebar sangat. hehehe

p/s: tahniah kepada sahabat baik saya kakbun sebab lulus temuduga j-qaf :)

9.12.12

Berdebarnya Hati

ya Allah
kuatkan semangatku
tabahkan hatiku
menghadapi apa yang sudah tertulis untukku
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku... amin...

esok 10.12.12 keputusan temuduga spa. hadoi... berdebar beb! berdebar! debaran kali ni tak macam tunggu keputusan temuduga yang sebelum2 ni. tak tahu kenapa. tapi mungkin sebab ni kali pertama saya tunggu keputusan temuduga untuk jawatan dalam kerajaan kot. jadi aura dia lain.

tipulah kalau saya kata tak berharap. semua orang yang pergi interview dengan harapan dapat kerja. kan? tapi dalam berharap saya sedar persaingan saya banyak. apatah lagi jawatan saya mohon jauh lari dari bidang yang saya belajar masa di universiti. bahkan semasa temuduga ramai calon yang dah ada pengalaman kerja, pengalaman interview s.p.a. saya semuanya pertama kali. jadi, harapan tu taklah terlalu tinggi. 

kalau dapat, alhamdulillah. kalau tak dapat, saya percaya pada rezeki dari Allah. mungkin ada rezeki lain untuk saya. kawan2 yang banyak komen di entry TEMUDUGA PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN, nanti share lah ye keputusan korang. awal2 saya nak ucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya. sesungguhnya anda amat bertuah :) 

sebelum tu, nak minta korang jenguk jap blog ni terutamanya kepada bakal pengantin dari kota bharu, kelantan. blog ni dalam proses lagi tapi boleh je korang jenguk dulu. rajin2kan diri anda untuk klik blog ni ye. thanks ---> Pengantin JAYA Rusma

2.12.12

Novel Jan 2013 Alaf 21



Tajuk: Dia Tak Tanya!
Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM26.00
Halaman: 672
ISBN: 978-983-124-833-1

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”


Tajuk: Aku Bercerita

Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

*mesti beli ni. dua-dua dari my fav novelis...

30.11.12

Kemalasan Dan Kebosanan

dah lama rasanya tak ada entri baru kat blog ni. rindunya nak menaip macam dulu-dulu!!! entri setiap bulan paling kurang ada sepuluh. sekarang ni nak sampai 5 entri pun rasa macam susah sangat. nak kata busy, rasanya banyak masa free kot. hurmm... sebenarnya malas menguasai diri. syuh!!! pergi jauh-jauh kau wahai malas. aku tak perlukan kau!

membebel ntah apa-apa. sebenarnya sekarang saya bosan. bosan tau, bosan. sebabnya encik 9 pi shah alam dah. huwaaa. sedihnya sebab tak dapat join hari bersejarah dia. kalau saya konvo dia ada, giliran dia konvo pulak saya tak boleh temankan dia. keadaan tak mengizinkan :-(

takpelah. dah snap pic berdua pun dengan jubah konvo cukup la tu. kan?

disember dah dekat. sekejap je dah jumpa penghujung 2012. sebenarnya tak sabar nak jumpa 2013. hehe readers, doakan yang terbaik untuk saya. untuk kehidupan seharian, kerjaya, dan masa depan. moga seperti yang dirancang. insya Allah. amin....

12.11.12

Selamat Pengantin Baru Sahabat

amiratul khaliesah dan mohd yusoff
semoga berbahagia sampai syurga

2.11.12

Novel Disember Alaf 21

Tajuk: Bila Kupetik Gitar 
Penulis: Fahmi Faiz
Harga: RM10.00
Halaman: 120
ISBN: 978-983-124-828-7

Demi mencari jiwa dan inspirasi, seorang ahli muzik muda membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan menjelajah ke Tanah Besar Asia Tenggara yang merangkumi negara Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos seorang diri. 

Berbekalkan wang tunai sebanyak RM500 sahaja dan beberapa kelengkapan pengembaraan yang asas, Fahmi Faiz nekad untuk menghabiskan misi kembaranya hingga ke garisan penamat meskipun ramai yang mengatakan bahawa misi tersebut mustahil kerana persediaan yang kurang rapi serta sumber kewangan yang begitu terhad. 

Dalam memastikan pengembaraannya berjalan lancar, Fahmi terpaksa mencari jalan untuk mencari wang saku di negara asing serta senti asa memilih alternatif yang paling murah meskipun dihimpit kesusahan dan keti dakselesaan. Namun dalam segala kesulitan yang dihadapi, sentiasa ada kemanisan dalam setiap pengalaman yang dilalui.

Tajuk: Amir Minah Macho
Penulis: Ummu Wafa
Harga: RM19.90
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-825-6

SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.

Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?


Tajuk: Sayang Awak, Sayang...
Penulis: Murni Aqila
Harga: RM26.00
Halaman: 704
ISBN: 978-983-124-826-3 


SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, dia mesti ‘kenakan’ Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.

Tajuk: Asam Pedas Untuk Dia
Penulis: Nureen Mirza
Harga: RM21.00
Halaman: 528
ISBN: 978-983-124-827-0

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Beli buku dan majalah secara online di http://mall.karangkraf.com/ :)

p/s: kat dalam kepala nak beli Asam Pedas Untuk Dia & Sayang Awak, Sayang...

30.10.12

Proton Wira Untuk Dijual

Price: RM 9 000
Color: Grey
Engine Capacity: 1500 cc
Model: Wira
Reg. year: 1993
Transmission: Manual
Lokasi: kota bharu, Kelantan
untuk sebarang pertanyaan,
emel: zimis.ecah@gmail.com
phone no: 0199977535

29.10.12

Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

kepada sesiapa yang menggunakan khidmat cik google, hopefully jumpa la page tak berapa nak comel ni. ahakss! entry kali ni saya nak share apa yang ditanya oleh panel kepada saya untuk jawatan pegawai perhubungan perusahaan yang mana sesi temuduga bermula hari ini sehingga 10 november 2012.

apalah malang nasib hamba terpilih jadi calon pada hari pertama. huwargh!!! kesian saya, cari bahan ngan cik google pun tak banyak sangat yang boleh membantu. sebab tu ter-ciptanya entry ni. niat nak menolong kawan-kawan seperjuangan yang akan berjuang pada hari esok dan hari-hari seterusnya.

baiklah, berbalik kepada tajuk asal. ini kali pertama saya dapat panggilan temuduga dari SPA. bab gagal temuduga dari company lain tu dah berjuta kali alami. takpe. think positive, kutip pengalaman temuduga yang tak mampu kita beli walau kita ada berjuta harta.

antara soalan yang di tanya untuk saya (ada 2 orang panel. dua2 tu lelaki tak hensem) 

1) perkenalkan diri (masa perkenalkan tu ada la sikit soal jawab tentang family, tempat tinggal dsb)
2) what do you understand about ministry of human resources? (yang ni kena jawab dalam bahasa inggeris. dia dah mention awal-awal)
3) apa yang awak tahu tentang jawatan ini dan jabatan mana? (make sure kena hafal deskripsi tugas kat spa tu)
4) umur persaraan 60 tahun. awak setuju/ tidak? beri cadangan. (pandangan masing-masing yang ni)
5) pendatang asing semakin ramai datang bekerja di malaysia. kenapa? positif ke negatif? kalau awak jadi pegawai, macam mana nak kurangkan? (korang balun la. sebab saya pun hentam jerk)
6) apa kelebihan diri untuk kita ambil awak sebagai pegawai? (promote la diri sendiri. bila lagi nak puji diri sendiri kan?)
7) awak boleh kerja sabah? sarawak? pedalaman? (buat muka yakin dan jawab: boleh!)

SILA DUDUK. ANDA AKAN DILAYAN SEBENTAR LAGI - 8:36AM
AKU DUDUK. DAN AKU DILAYAN SELEPAS EMPAT JAM. TERIMA KASIH :)

p/s: seeloknya untuk jawatan pegawai memang patut pakai blazer dan nametag. menyesal tak ikut saranan wani. konon malu takut berlebih-lebihan tapi bila sampai tengok ramai jugak yang berblazer dan bernametag. memang tau kat situ dapat markah. susunan sijil pun penting. takpelah. dah lepas. percaya pada rezeki masing-masing. bahagia macam lepas hutang sejuta. 

kawan-kawan: goodluck tau. all the best!

24.10.12

Wordless Wed: Majlis Khatam

program pintar Al-quran 2012
@ stadium tertutup Gong Badak

21.10.12

TREBLE

TAHNIAH THE RED WARRIORS!!!
Piala Malaysia: 20102012

18.10.12

Untuk Dia


ini bukan lagu. ini post merapu.
menaip apa saja ayat yang terlintas di hatiku.

untuk dia yang suatu ketika dulu
pernah hadir dalam hidup saya
yang selalu di sisi dan menemani saya
yang tak pernah jemu menasihati
walau nasihatnya tak pernah saya ambil peduli

terima kasih 
untuk kenangan yang pernah tercipta
untuk perhatian dan setiap pertolongan
saya hargai dan takkan melupakan

tahniah untuk dia, 
selamat berbahagia
hingga hujung nyawa

9.10.12

me.officially.grad.

...thank you Allah, for everything...

13.9.12

Tonton & Download Drama Adam dan Hawa

sekarang ni saya tengah mabuk melayan drama Adam & Hawa. walaupun kat rumah saya takde astro channel 134 tapi tetap boleh tengok walaupun lambat sikit. dunia semakin canggih beb. hangpa sekat kat youtube, kita tengok kat dailymotion. hehe

entry kali ni, semata-mata nak share link yang saya gunakan untuk download setiap episod drama Adam & Hawa dengan readers semua. baik kan saya? saya pernah post link yang saya akan kongsikan ni kat Fanpage Adam dan Hawa. tapi kena delete oleh admin. alasan beliau macam ni: 

printscreen dari emel

jadi, sebab takleh nak share link tu kat fanpage, saya share kat blog saya. moga peminat2 setia Adam & Hawa rajin menggooooogle untuk download atau tonton online sahaja drama ni. kalau rajin guna khidmat mr.google mesti jumpa blog ciput ni. (dah jumpa tu,tinggallah komen.hihiii)

ni link untuk semua cerita melayu: MALAYMOVIESFULL.NET


demi cinta dalam hatimu.. ku yakin engkau untukku.. meski jejak pisahkan kita.. cinta kan bawa kembali.... ♥ Adam dan Hawa ♥ 
ini link untuk korang semua menonton Adam & Hawa secara online----> SILA KLIK
kat blog ni pun ada ---> Drama Online
selamat menonton semua!!!!

maklumat tambahan kepada yang belum tahu, drama ni adaptasi dari novel Aisya Sofea. 
ok, bye! 

1.8.12

Wordless Wed: Aura Raya Mula Dirasa

pilih sayang, pilih!
awak kan PUASA PENUH :)

30.7.12

Ku Tak Akan Bersuara - Lirik Best!

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi Kenyataan
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan

Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu

Hanya Kupinta Darimu
Setialah Selamanya
Sehingga Abadi Cinta Ini Sayang
Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

me.loves.you.mat 9.

21.7.12

Ramadhan Seorang Penganggur!

ahaks! tajuk post tu yang penting. penganggur wokey! dengan ini bermakna, saya bertuah kerana berpeluang untuk merasai dan menikmati alam puasa sebagai penganggur terhormat. tak semua insan terpilih seperti saya tau. hahaa

apapun, tetap berharap ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan tahun-tahun lepas. 
berdoa dan terus berdoa moga dipanjang umurku dan keluarga untuk ramadhan akan datang, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. aminn...

2.7.12

Semua Kalah

badi menyokong ke apa? semua kalah! malam ni sokong italy pun italy kalah. hadoiii nasib la. rupanya memang tak best kalau setiap kali sokong, team yang kita sokong tu kalah. sedih weh! lebih2 lagi kalau final. tengok muka player, nangessss!!!

sebenarnya kan, pemain spain hensem. spain menang walaupun tanpa messi. tu diaaa. ayat takleh blah. aura nur dayana masih ada hingga saat ini. hehe

orait bebeh, tahniah spain!!! babai. 

p/s: alang2 dah bangun tengok bola, jom bersolat sunat kawan2 :)

29.6.12

Euro 2012

asyik kalah jer team saya. benci la. semalam bangun tengok portugal vs spain. sokong portugal. portugal kalah. hadoiii. mau nangis tengok ronaldo! malam ni bangun tengok jerman vs itali. sokong jerman. dan jerman pun akan kalah. (masa taip ni ada lagi 5minit sebelum masa tamat)

kenapa la malang nasib kali ni. mood nak bangun tengok final pun jadi KURENG. asal sokong je kalah. haha 

19.6.12

Doa

ya Allah
makbulkanlah segala hajatku
permudahkanlah segala urusanku
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
amin.

31.5.12

Akta Apa Ni?

terlewat tahu. ada akta baru. eh tetiba jadi makin malas nak update blog kalau baca akta ni. hadoiii. pehal nak takut ngan bayang-bayang sendiri kah? namanya Akta Keterangan.
baca ni sikit:


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

ok, dah. cukup penjelasan setakat tu. kalau nak tahu lebih lanjut, dengan segala hormatnya dipersilakan tanya pakcik GOOGLE apakah itu "AKTA KETERANGAN". ini lah negaraku tercinta, Malaysia. akta kalau tak lawak memang tak best. haha

22.5.12

Selanjur Bercinta - Aishah


Masih tiada ikatan
Walau telah lama berpasangan
Hanya bahasa meyakinkan
Hubungan kita

Dengan suara yang syahdu
Dapat kau lukis hatiku
Keindahan mimpi-mimpimu

Apakah benar cinta berbunga
Harum di dalam jambangan jiwa
Sehingga ku asyik terlena
Olehnya...

Rindu berlarutan
Mimpi berpanjangan
Namun belum ada kenyataan
Mahligai masih lagi
Terapung di awangan
Dalam madah
Seloka cinta

Berapa lama lagi
Perlu aku nanti
Rindu ini mencecah ke bumi
Segala janji kan menjadi nyata
Dan bertapak mahligai bahagia

Bukan aku memaksa
Tapi selanjur bercinta
Biar sampai berumahtangga...

Biar kita beralas adat
Demi menjaga bangsa berdaulat
Agar kita dapat syafa'at
Di akhirat

13.5.12

Hadiah Hari Ibu

sebenarnya macam ni, entry ni untuk minta jasa baik my beloved followers and readers untuk LIKE satu gambar di fesbuk sempena contest hari ibu. hadiah pun menarik iaitu comprehensive medical check up and health supplement. kalau menang, boleh la buat menampung bekalan ubat mama. hadiah memang untuk ibu peserta, bukan untuk peserta contest. kiranya hadiah hari ibu la ni :)

jadi, saya harapkan jasa baik anda semua yang baca entry ni, rajin-rajinkan lah LIKE this photo:
:: i ♥ u mama.., u are everything in my life::
so guys, hanya  ---> KLIK SINI
terima kasih

7.5.12

Surat Mohon Kerja

assalamualaikum readers. lama dah rasanya tak jenguk blog ni. busy. busy la sangat kan? haha. kali ni, saya nak kongsi contoh surat permohonan kerja untuk fresh graduate ni. atau orang panggil cover letter atau surat iringan. 

so, kalau hantar resume kat mana-mana company, eloklah bersama surat iringan. jadi, taklah pihak syarikat pening tetiba terima resume kan?

klik imej untuk besarkan

sekian sahaja untuk entry kali ni.
doakan saya untuk jawab exam 12 MEI ni ye kawan2 :)

28.4.12

Novel Baru Alaf21 - MEI 2012

novel baru alaf21 beb. suka!!!! ada anis ayuni. ada emma maizura. ada ramlee awang murshid. ye. wajib beli. sukanya saya. terima kasih alaf21. skang tunggu novel dari aisya sofea pulak :-)

27.4.12

Telemovie Kau Untukku

pengumuman kepada peminat setia novel2 aisya sofea. sebenarnya kan, mood menaip langsung takde sekarang. tapi takpe, disebabkan minat yang mendalam dan juga maklumat kepada follower2 saya yang saya sayang ketat2. heheee jadi, saya kopipes dari fesbuk penulis ye. baca leklok

AisyaSofea Jamalluddin
Buat peminat-peminat khasnya peminat Kau Untukku, harap maklum ye siaran telemovie Kau Untukku akan disiarkan pada 1 Mei pukul 9 mlm- 11 mlm, 2 Mei pukul 4pg-6pg & 8mlm-10mlm dan 3 Mei pun ada juga. Jangan lupa saksikan Kau Untukku di astro C952 (channel ni kebetulan percuma selama beberapa hari bermula hari ini. jadi tak perlu risau, yg ada astro semua boleh tgk ye. tkasih astro!:))

ok, sekarang dah tahu bila siarannya. selamat menonton :)

20.4.12

Novel Baru Mimie Afinie - Tolong Ingatkan Aku

Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.

Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azah memang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.

“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”

Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi.

TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.

16.4.12

Kau Untukku Di A.B.O


dear readers, tahu tak novel kau untukku?
kalo peminat setia Aisya Sofea mesti tau punya lah. kalau yang tak tahu lagi, sila klik sini dulu ye: Telemovie Kau Untukku

tayangan telemovie 'kau untukku' bermula MEI ini di ASTRO BOX OFFICE.

ulang sekali lagi. di ASTRO BOX OFFICE. ye. rumah saya takde ABO. kalau nak tengok jugak, kena langgan. so, kena serius cari kerja dah ni. hahaaa

p/s: eksaited nak tengok fuad & nurul umairah (terima je la remy ishak jadi fuad. walau tak macam ku gambarkan)

14.4.12

Entry Di Kala Kebosanan

assalamualaikum w.b.t

hai readers tercinta... cewah~!

ehem2, dah lama tak post apa2 kat blog ni. busy mengalahkan orang kerja. padahal masih lagi bergelar penganggur terhormat. nak masuk 2 bulan dah ni tanam anggur. kenapa ye? hah, padan la ngan muka sendiri. sape suruh pilih kerja?

tapi sekarang dah ada kerja sementara. tukang cat bilik. haha. so memang terbukti busy la sekarang ni. konon mengecat, padahal upah paksu amin. tapi memang busy pun. busy. sibuk. nak kena alihkan baju dari dalam almari, susun novel masuk dalam kotak.

nanti tak lama lagi cantiklah bilik saya. heee:-)

4.4.12

Novel Baru Alaf 21 April 2012

novel wajib beli bulan ni: Jujur Aku Setia - Eka Fahara
it might be my anniversary gift from him. nak mintak hadiah + novel ni jugak. heee:)

1.4.12

Jumpa Fav Novelis :)

kenangan terindah 30 mac di pesta buku kelantan 2012. bersemangat betul. siap pesan kat "driver tak bergaji" suruh sembahyang jumaat kat masjid negeri. takut lambat sampai pesta buku. tapi bila sampai, rupanya kita terawal. penulis pun takde lagi. sempat la jalan2 dua tiga pusingan dewan jubli perak tu. layan gambar dulu ek :)

kali pertama jumpa penulis damya hanna
kali kedua jumpa aisya sofea
kedua mereka memang penulis yang saya minat. semua novel dari kakak2 berdua tu saya ada tau. sila percaya kerana tiada yang benar melainkan benar belaka.

kali pertama shopping novel paling sedikit di pesta buku
beli buku kanak-kanak untuk ecah kecik jugak!
ini kali kedua encik 9 ikut saya ke pesta buku. nak gelak pun ada bila tengok dia masuk pesta buku. sebagai tukang bimbit bakul yang penuh dengan buku. kelakar! pepun, terima kasih bebanyak sebab sudi temankan saya. jasamu di kenang!

28.3.12

Pesta Buku Kelantan 2012

p/s: kalau nak jumpa saya, pegi hari jumaat 30mac waktu petang ye. heh. *bajet hot letewww~

26.3.12

Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

ok,mabuk laut. kepala masuk air. duk ulang nyanyi lagu ni dari tadi

22.3.12

Aisya Sofea - Novel & Drama: Sehangat Asmara

kali ni kita cakap pasal drama sehangat asmara pulak. juga dari penulis kegemaran saya, Aisya Sofea. memang semua novel dia saya beli. karya aisya sofea antara novel paling romantis la. ayat2 memang bunga2. mendayu-dayu gitu.

ni wajah heroin, kamilia najwa.
memang rita paling sesuai jadi kay.

ni pulak hero nya, zainal arif.

ok la kot. tapi kalo sein lagi la saya suka. heh

tak tau lagi budak mana jadi misha. readers, kalau rajin nak baca lagi pasal novel2 aisya sofea yang diangkat ke layar perak, meh la klik:



ok,cukup sampai di sini. harap cerita dari novel aisya sofea ni tak terlalu mengecewakan peminat. kecewa tu mesti. memang takkan sama drama ngan novel. tapi janganlah "terlalu" mengecewakan.

kadang2 terfikir jugak, untuk menjaga kualiti sesebuah novel... rasanya tak perlulah di angkat hingga ke layar perak. ye dop? biarkan novel selamanya novel. okbai~

*entry membebel di tengah malam

update 26/1/2013: klik http://puterikebayan.blogspot.com/2013/01/download-sehangat-asmara.html kalau nak tonton online atau download drama sehangat asmara :)

18.3.12

Telemovie Kau Untukku (Dari Novel Aisya Sofea)

telemovie yang diadaptasi dari novel "kau untukku" karya aisya sofea. beb, novel paling saya suka. saya sayang. saya baca banyak kali sampai kuning!

mengikut apa yang ditulis di fb penulis, telemovie ni akan disiarkan dia astro. tak tahu lagi astro mana. ria ke, prima ke, warna ke, arena ke. hehe *tetiba astro arena!

ini nurul umairah
ini pula encik fuad
hurm... pemilihan pelakon. pernah jugak terfikir watak fuad untuk remy ishak. nurul umairah tu je langsung tak jangka dira abu zahar. walaweh~!!! siyes tak sabar nak tengok citer ni.

15.3.12

Mandur ladang sawit maut ditindih tayar traktor

KEMAMAN – Seorang mandor ladang sawit tidak sempat menjamah pulut yang dimasak isterinya apabila maut ditindih tayar traktor selepas kenderaan berat dipandunya itu hancur dirempuh dari belakang dalam nahas di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor, dekat simpang ‘Cheneh Recreation and Resort’ (CRR), Cheneh.

Mahdi Sain, 41, yang be-rasal dari Lombok Timur, Indonesia maut serta merta di tempat kejadian ketika dalam perjalanan pulang dari bengkel di Jalan Felda Cerul untuk balik ke Ladang Bukit Bandi selepas membaiki lampu traktor yang rosak.

Dalam kejadian itu, traktor dipandu mangsa cuba mengelak lubang di bahu jalan namun dirempuh sebuah Toyota Fortuner dari arah belakang mengakibatkan traktor tersebut terbalik manakala salah sebuah tayar belakangnya tercabut serta menindih mangsa yang tercampak ke atas jalan.

Janji akan makan pulut

Isteri mangsa seorang warga tempatan, Maisah Mamat, 45, tidak dapat menahan tangis sebaik tiba di tempat kejadian apabila melihat suaminya parah di kepala dan kaku dibasahi darah apatah lagi suaminya berjanji untuk memakan pulut yang dimasaknya sejurus pulang membaiki traktor.

“Berkali-kali saya ajak dia makan pulut untuk sarapan ketika kami berdua tiba di ladang namun dia menolak, katanya mahu makan waktu rehat jam 11 pagi.

“Saya tunggu suami pulang dari bengkel, tetapi ketika mahu memulakan kerja semula secara tiba-tiba rakan suami yang mengikutnya menghantar traktor ke bengkel memberitahu suaminya terlibat dalam kemalangan,” katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman.

isah dan suaminya bekerja di Ladang Bukit Bandi, Cheneh di bawah syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.

Kata Maisah, suaminya itu bekerja sebagai mandor di tapak semaian sawit (nurseri) di ladang itu sementara dia pula melakukan kerja di ladang.

Pernah pesan hantar jenazahnya ke Indonesia

Kata Maisah, beberapa bulan lalu arwah suaminya itu kerap berpesan agar menghantar jenazahnya untuk dikebumikan di Lombok Timur, Indonesia sekiranya dia meninggal dunia.

“Waktu dia pesan begitu saya terkejut dan minta dia menghentikan permintaanya,” katanya yang tidak menyangka akan kehilangan suaminya dikahwini sembilan tahun lalu sekelip mata.

Katanya, ketika berkahwin dengan arwah dia sudah mempunyai enam anak hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu manakala suaminya itu mempunyai dua anak yang tinggal di Indonesia.

Meskipun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun suaminya itu menyayangi anaknya sepenuh hati.

Akan penuhi hasrat arwah suami

“Walaupun sudah berkahwin selama sembilan tahun tetapi saya belum pernah mengikut suami pulang ke Lombok Timur dan kami sebenarnya merancang pulang Ogos depan,” katanya sugul.

Menurutnya, dia berhasrat menghantar jenazah suaminya pulang ke negara asal bagi memenuhi hasrat arwah suaminya itu yang sudah berkerja di negara ini selama hampir 17 tahun.

Sementara itu, Pegawai Ladang Bukit Bandi, Mohd Faizul Mat Shah berkata, kehilangan Mahdi ibarat khabar duka kerana mangsa seorang pekerja cemerlang.

Sementara itu, Toyota Fortuner berkenaan remuk pada bahagian depan namun pemandunya tidak mengalami kecederaan.

al-fatihah.
innalillahiwainna ilaihiraji'un.
sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.