31.3.11
Awak, Maafkan Saya
29.3.11
Ungkapan Kata Bernafas Cinta
Terjalin semangat yang membuka rahsia di jiwa
Dengan getaran rasa kau bisikan
Ungkapan katamu bernafas cinta
Indahnya debaran saat pertama bersua
Tak pernah kuharapkan kau bersumpah setia
Demi kerana alam dan malam telah menjadi saksi kita
Ikrar cinta abadi yang bersemi
Lena dibuai angin malam ini
Kita berdua bertemu rindu bersaksi purnama
Kita bersama saling bercinta sehati dan sejiwa
Kita bersama saling berdoa berkekalan akhirnya
28.3.11
Quartet
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.
Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.
Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka.
Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?
Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
nak baca bab awal novel ni? --> klik sini
blog penulis --> sini
novel ni masuk list WAJIB beli masa pbakl nanti. sebabnya: novel pertama dari beliau memang puas hati beb. kalau nak baca review novel pertama beliau iaitu kemilau mutiara raudhah, sila lah KLIK SINI. kalau belum baca, novel ni sangat bagus. ada pengajaran + unsur islamik. gaya penulisan, mantap. kalau tak percaya, beli. kemudian, baca lah;)
26.3.11
Aku Bukan Pilihanmu
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai
Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini
Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu
Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu
Lirik Lagu Aku Bukan Pilihanmu - Isma
dah tahu itu yang saya tak suka, tapi itu jugak yang awak buat. ngop ngep!
24.3.11
TM and Dating
awal pagi dah keluar rumah. kul 11 gitu. awal ker? hurm, tapi suruh bebe hantar depan mcD je. pi cc dulu, print surat n resume semua. dah siap semua, dengan penuh anggun dan bergaya jalan kaki pi TM. huh. berpeluh. tanya kaunter kat mana CSM? skali abang guard cakap, bangunan belakang. kena keluar, pastu masuk pagar lain.
aiyooo. cari bangunan pun dah 15 minit. tanya orang tu, cakap naik level 2 bangunan ni. bila sampai, bangunan ni salah. kena g bangunan tu plak. capek bangat. bila dah betul, orang yang dicari tu pulak takde. huh. tunggu pukul 2.
pi lepak kat cc sementara tunggu 'orang tu' habis kelas. sambil buat2 merajuk sebab orang tu lambat. suruh ponteng kelas, tapi orang tu kata "TAK NAK". alaaa, bukan suruh hisap rokok pun. suruh ponteng kelas pun dia tak nak jugak. takpe lah. nak buat macam mana. dia lebih sayangkan kelas dia dari saya. sedihnya:-(
bila orang tu sampai, ada hati suruh saya turun jumpa dia. weh! kan merajuk. mana leh turun. awak kena naik la. pujuk saya ni hah. wakakakaaa. padan muka. last2 dia naik jugak tempat saya lepak tu. bwek! yeay! balik-balik, makan kat mcD jugak.
hurm. dah la. malas citer panjang2 sebab takde gambar ngan orang tu. jumpa di lain post ya. sabtu ni plak. hehehehe babai. peace! gedik!
Happy Birthday Bun
21.3.11
Nak Balik
- saya rindu mama saya
- saya rindu saim baik saya iaitu bebe
- saya rindu ecah kecik yang comel cam ecah senior
- nak tengok rupa rumah yang dah macam "kapal pecoh"
- amik jeans hitam yang saya 'tertinggal' kat rumah! nak pakai gi PBAKL nanti
- 'jumpa' bucuk saya. kesian kat dia sebab rindukan saya. haahaaa
19.3.11
Felda United vs Kelantan (Tiket)
Awak Mulakan, Saya Teruskan, Dan Kita Tamatkan
seorang perempuan takkan mudah memberikan nombor telefon kepada lelaki yang baru dikenali, atau lelaki yang memberi alasan nak menjadi kawan, melainkan lelaki itu telah berjaya mencuit dan menyentuh hati dan perasaannya walaupun sedikit.
17.3.11
Aiyoo
14.3.11
Hari BunTak Sedunia
idanirha_87: aku xselesa tak
idanirha_87: siyes aku oyak ko mu aku xselesa
idanirha_87: masa tu pon aku rasa xselesa tak
idanirha_87: aku clash.
puteri_kebayan: mu xperlu tggalkan bf atau shabat...mu bleh dpt 2-2...tp mu kena mta pjelasan dr 2-2 knapa mereka xleh jd kawan
puteri_kebayan: knpa kt kna buat pilihan sdgkan kt bhak dpt 2-2
puteri_kebayan: kalo bf kt xleh ngam ngan shbt kt, msti ada smthing wrong...
puteri_kebayan: lain lah kalo bf kita tu ex sahabat kita. tu lain citer...
puteri_kebayan: dok. aku xmaroh ore eh.kalu aku maroh aku syap tupah doh
puteri_kebayan: dok pon aku serang lama doh mu.
idanirha_87: huhu
idanirha_87: so, maaf ko aku dok ni ?
12.3.11
Tsunami Di Jepun
11.3.11
Novel Emma Maizura: Yang Mana Satu
10.3.11
Celcom: GPRS, 3G & Internet Setting
9.3.11
Menyampah!
♥ i'm not a princess. but i'll be a queen to him ♥
it's hard to describe about my life,
but one thing that you should know...
"my life, my rules. so please keep your nose, out of my business"
my life is private and confidential.
i don't like to share anything with all.
seriously, i'm really need privacy now.
8.3.11
Bila Kau Kata Kau Sayang
7.3.11
Antara Kau Dan Dia
kau dan dia, sama-sama istimewa
kau dan dia, sama-sama buat aku bahagia
aku sayang kau dan dia
aku sayang kalian berdua
tapi rasa sayang aku berbeza
kau cuma kisah silam
kau tetap ada dalam lipatan kenangan
kau hanya muncul dalam ingatan saat aku sendirian
dia kehidupan yang akan datang
dia yang aku perlukan sekarang
dia sentiasa ada dalam hatiku walau berjauhan
antara kau dan dia
aku pilih dia. sebab?
aku hanya ada satu cinta, dan cinta itu telah aku serahkan padanya
♥saya rindu dia♥dia tu bie saya♥nama bie saya mat nain♥kalau sape2 jumpa dia, pulangkan pada saya ye♥
4.3.11
Tak Suka!
3.3.11
Saman Ekor : Ketahui Hak Anda by Penasihat Undang2 KASE
2. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
3. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
4. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
5. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
6. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
7. Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
8. Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
9. Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.
10. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.
11. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
12. Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
13. Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.
14. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.
15. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
16. Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=185808764793721&id=303331692311&ref=mf
korang mesti tahu: saya takde saman ekor okai. alhamdulillah.
1.3.11
Trionovel Mac Alaf 21
Menunggu Hujan
Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”
Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”
Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”
Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.
Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.
Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya
Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.
Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?
* * *
ADILEAH menulis lagi. Cerita Menunggu Hujan menyerlahkan lagi kematangan ADILEAH dalam mengatur rasa seorang wanita. Bacalah untuk faham hati perempuan bukan dibina daripada pualam.
-----------------------------------------------------------
ISBN: 978-967-5118-56-2
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 14 Mac 2011 ---> www.jemariseni.com