12.3.11

Tsunami Di Jepun

"Antara sepuluh tanda kiamat ialah tiga kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab." - Hadis Riwayat Muslim

tak boleh tidur. saya takut. takut tsunami berlaku kat malaysia. tak nak semua ni berlaku kat malaysia. tengok yang kat jepun pun, dah mengucap panjang.

ya Allah, jauhkanlah negaraku dari segala musibah.

pagi tadi, bila tahu pasal tsunami, terus share link kat fb. selepas 2-3 jam, makin banyak orang post pasal ni. siap ada video lagi. masya Allah. teruk sangat. tak sanggup nak tengok. tetiba fikir: "kalau berlaku kat malaysia, selamatkah aku? andai aku mati, syurgakah tempatku?" sendiri jawab: tak. jauh lagi nak sampai syurga. sekurang-kurangnya bencana ini mengingatkan saya pada kematian, pada syurga, pada neraka. tanya pada diri, nilai dengan hati. rupanya syurga terlalu masih jauh untuk saya.

ya Allah, sesungguhnya aku manusia yang lalai. aku leka dengan permainan duniawi. ya Allah, limpahkan aku dengan hidayah-Mu supaya aku sentiasa berada dalam rahmat-Mu. amin.....

malaysia pun ada amaran berjaga-jaga. jauhkan diri dari pantai. sebentar tadi, tengok fb kak nini kat kelantan, cakap hujan lebat + ribut + guruh. mama pun cakap macam tu kat adik.

pagi tadi, lepas saya dapat tahu ancaman tsunami kat malaysia, orang yang saya call ialah mak. sebab apa? sebab saya takut mak saya pi jalan2 kat pantai bawak adik2. cukuplah saya kehilangan ayah, sekarang saya masih perlukan mak saya. pastu, saya call adik kat UM. dah tahu dia kat UM, nak call jugak. pastu tunggu si bucuk saya call(xleh call sb takut kacau program dia). bila dia call, saya cakap ada tsunami kat jepun. dia cakap jepun jauh. pastu mula lah dia sebut selat melaka, laut cina selatan. huh. bikin hati panas jerk! orang duk runsing kat dia sebab dia duk penang. pulau ok! pulau pinang. jangan kata tsunami 7.2 skala ritcher, 0.2 pun bleh hancus setakat pulau pinang tu. eee. mood: bimbang dan geram.

tengok gambar ni:
sekelip mata semua boleh hancur. takut kan?

KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta rakyat Malaysia mempunyai ahli keluarga di Jepun supaya menghubungi pihaknya bagi memeberikan maklumat mengenai kedudukan mereka di negara matahari terbit yang baru dilanda gempa bumi dan tsunami itu bagi memudahkan sebarang bantuan diberikan. Jurucakapnya berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 4570, 03-8887 2746, 03-8889 2830, 03-8887 4770, 03-8889 2380, 019278 4566 atau melayari www.kln.gov.my. sumber berita ni: SINI

banyak lagi gambar: kat sini

korang perasan tak bencara besar ni berlaku hari jumaat. mungkinkah petanda kiamat dah dekat? hurmm... apa2 pun, semoga malaysia dijauhkan dari bencana tsunami. amin....

No comments: