19.3.11

Awak Mulakan, Saya Teruskan, Dan Kita Tamatkan

awak yang memulakan, saya akan meneruskan. nanti bila tiba masanya, kita sama2 tamatkan semua ni dengan satu ikatan ♥

sangat comey n sweet ayat ni bagi saya. tetiba terlintas masa taip post kat blog gedik milik kebayan. haihhh... tak tahu kenapa. tetiba malam ni saya rindu setahun yang lalu. tengok status fb saya pada 20 mac 2010.

"semua kawan saya kena jadi kawan awak. ape kes? perlu ke weh???"

masa ni saya dah perasan sesuatu yang tak kena. macam mana kawan2 yang saya list bestfriends kat fb jadi kawan dia jugak? aiyooo.. tak suka! sumpah! mula2 memang tak suka. rasa macam semua dia nak tahu. ouh. please. di mana privacy? ekeke.. gedik! mula2 je tak suka. lama2 bukan setakat suka, tapi siap ada sayang, cinta lagi tau. hahahaaa

mula2 memang tak suka, tapi lama2... tipu lah kalau kata tak suka.
kalau tak suka, takkan saya kasi nombor telefon?
kalau tak suka, takkan saya layan sms dari dia?
kalau tak suka, takkan saya setuju bila dia ajak jumpa?
nak tipu orang lain boleh. tapi tetap tak leh nak tipu diri sendiri. mulut cakap takde apa2, tapi hati dah merasa. so? mengaku je lah.

seorang perempuan takkan mudah memberikan nombor telefon kepada lelaki yang baru dikenali, atau lelaki yang memberi alasan nak menjadi kawan, melainkan lelaki itu telah berjaya mencuit dan menyentuh hati dan perasaannya walaupun sedikit.

sekejap je masa berlalu. lagi sebulan, cukuplah setahun. hurmm.. rindunya pada masa yang dah berlalu... rindu 2tahun 1 bulan akan datang jugak. heee. gedik lagi!
menaritido dulu..nite allmenari

2 comments:

Unknown said...

kuat teh gewe.

Aida Ismail said...

2 tahun 1 bulan akan datang? jeng jeng jeng. nasi minyak kahh? hehe. semoga terus berbahagia and may Allah bless you both.

Tapi ada betulnya, perempuan cuma akan bagi no phone kepada seseorang yang dirasakannya "istimewa" di hatinya.

p/s: dari cikda editor 100penulis. hehe