1.3.11

Menunggu Hujan

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

* * *

ADILEAH menulis lagi. Cerita Menunggu Hujan menyerlahkan lagi kematangan ADILEAH dalam mengatur rasa seorang wanita. Bacalah untuk faham hati perempuan bukan dibina daripada pualam.

-----------------------------------------------------------

ISBN: 978-967-5118-56-2

Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)

Pesanan online mulai 14 Mac 2011 ---> www.jemariseni.com


ini novel baru dari penulis Pada Angin Aku Berpesan(PAAB). novel PAAB best sangat! saya dah jatuh hati ngan novel pertama beliau, maka dengan ini... novel Adileah dah jadi novel kategori WAJIB beli. orait. cover ni pun cantik beb. perlu masuk dalam list untuk PBAKL 2011. heh

Adileah. sayer. Nor Azzahra
(nak jugak tunjuk gambar!)

baca kisah PBALK 2010 kat sini---> KLIK-KLIK dan KLIK-KLIK

tambahan: oh no! jersi TRW masih tak dapat lagi. serius hampa! bwek~

No comments: