22.10.09

The Guard and The Pencuri

Hari ni ada kecurian kat kafe mahallah Mariam. Patutlah balik kelas tadi, pagar tutup. Cik Zuzu pulak ingatkan spot-check kenderaan. Siap dah plan nak jawab datang hantar kawan. Heheheeee rezeki saya dapat tengok live orang kena gari kat polis hari ni. Bertuah betullah! Takut pun ada, macam saya yang kena gari plak.

Ceritanya bermula begini. Pada suatu petang(hehehe merapu!), puteri_kebayan ni lapar. So, balik dari kelas Java ngan Cik Zuzu, dia pun singgah la kafe Mariam. Hujan pulak lebat masa tu. Tapi nasib baik si puteri ni bawak payung tau. Cik Natrah je berlari dalam hujan!

Bila dah sampai kafe, si puteri ni jenguk2 lauk yang berkenan di hati, tapi tak jumpa. So beli je Teh Ais abang Sudin yang memang tiada tandinganlah dari dulu sampai sekarang. Apa yang bermain di dalam kepala si puteri ni, ‘ke mana orang jual air ni?dah tutup ke?’ sebab masa tu semua pekerja berkumpul ramai2 gaya ala-ala bermesyuarat. Tapi xkan mesyuarat kat kafe kot.

Si puteri ni pun pergilah kat orang bermesyuarat tu dengan muka tak malu. Cakap macam ni, “Akak, saya nak beli air. Mana orang jual air?” hah! Amik ko. Dah la time tu si puteri ni memang betul2 lapar sebab dari pagi tak makan apa pun. Nasib la akak ni baik. Dia pergilah panggil cik abang tu suruh wat keje. Syok je eh korang melepak, customer nak membeli pun susah!

Dah amik air, nak pergilah bayar. Kat kaunter ada makcik isteri pertama(Nat cakap!heheee) yang sedang bertugas. Tengah elok2 beratur datanglah big boss macam nak marah kat makcik tu. Ape kes ni? Takkan nak buat wayang free kat kafe kot bang! Pastu, barulah terperasan ramai guard kat belakang kafe. Si puteri ni buat xkisah je la sebab kat dalam kepala dia sekarang hanya Nampak nasi kerabu.

So bila dah settle bayar apa semua,sip uteri ni pun pergilah amik payung yang dia tinggalkan kat atas kerusi (poyo tul, payung pun taruk atas kusi). Masa tu, guard ramai2 tu lalu lah kot depan si puteri ni. Still buat tak tahu lagi. Tapi masa diaorang lalu ni, bising+kecoh betul. Sakit telinga! Adalah 4orang foreigner (3 men n 1 woman).

Yang buat si puteri ni menyampah, bila dah sampai kat gerai burger tu boleh pulak korang bertumbuk. Sikit lagi nak kena si puteri! Babi + sial + celaka ah pak guard UIA ni. Ko nak hentam si pencuri, ko xpikir ke sape yang ada kat sekeliling? Yang si pencuri ni pun satu hal. Kot ye pun ko nak lari, tengok ah dulu apa yang ada kat belakang! Si puteri ni punyalah tinggi boleh pulak ko undur buat muka selamba badak ko tuh,nak pijak payung si puteri ni lagi.Payung xpe lagi, kaki ni berharga tau! eee...cam nak ketuk je ngan payung RM5 ni kat kelapa the guard and the pencuri tuh.

Nasib baiklah si puteri baik hati(sbnrnya takut!). berundur la si puteri ni masuk ke dalam. Bukan apa, kang tak pasal2 korang bertumbuk ngan pak guard tapi tempias terkena si puteri. Si puteri pun tengok je la, pastu tanya sister kat tepi si puteri ni. Kami sama2 tak leh keluar dari café sebab wayang dipentaskan di hadapan pintu masuk kafe. Sister tu cakap, brother foreigner tu curi duit. Buat2 beli barang pastu amik duit kat kaunter. Ouh….patutlah kecoh!

Best jugak lah bila bab bertepuk tampar ngan pak guard UIA ni. Tapi still tak leh lawan The Rock and Undertaker lah! Si puteri tak sokong mana2. Dalam sesi pergaduhan tu, si puteri tengok the pencuri and pak guard sama-sama jahat! Bodoh! Tang mana bodohnya? Ni tang sini..

the pencuri: dah ko wat salah ngaku je lah, tak yah nak bela diri tu. Yang ko nak pi melawan pak guard UIA tu pe hal? Ko Cuma ber4, pakguard plak ramai. Kang free2 je dapat sakit. Si puteri bilang tau. Ko kena 3 tumbukan padu dr tauke kafe n pak guard. Lagi satu, kena sepak kat anu oleh pak guard baju hijau. Kesian la pulak.(si puteri memang berhati lembut, dat’s why xlayak jd hakim) Si puteri lupa nak tengok nama guard tu. Mantap beb!hahahaaa

the guard: ada sekor guard yang biol kat UIA ni. Guard tu pi tolak kepala woman yang sekali ngan the pencuri tu. Tak patutlah si puteri rasa. Lagipun bukan si woman tu yang mencuri, lelaki 2 orang tu yang bersalah. Cuma bila dah nama pompuan tu, emo nya lebih sikit. Duk menjerit je ke arah pak guard, mestilah kena ‘puk’ kepala tuh. Maybe dalam kepala guard tu ‘pompuan ni nak kena bagi sebijik baru senyap!’ apa pun, si puteri tetap tak suka bila lelaki berkasar dengan wanita. Tak kisahlah dia bersalah ke tak tapi ada banyak cara lain nak mengajar. Memang bukan jantan lah guard tu. Cian bini dia kan? Eeee..xherolah wei kalo lelaki pukul wanita. Macam lembik je. Wanita bukan lawan lelaki wei.

Dah habis part bertumbuk tu, datang pak polisi berbangsa India 2 orang. Ingatkan bila polis datang cepat sikit selesai tapi makin kecoh. Si puteri tengok je. Yang pompuan tadi, sibuk duk cakap telefon. Lagi sorang lelaki bersama the pencuri tu still young. Macam umur lebih kurang 17 gitu. Kesian dia, nangis2 tau. Huhuuuu si puteri pun sedih tau. Akak tau adik tak salah. Cuma jadi mangsa keadaan. Jadi mangsa orang2 yang ngok! Tapi si puteri memang respect abes lah kat polis tu, ingat senang ke nak gari tangan the pencuri 2 orang tuh. Melawan tau! Skali kena pusing kat polis, huh kan dah padan ngan muka!

Dah pak polisi datang tu, apa lagi yang polis reti buat keje? Gari je lah. Habis cerita! Mak guard pun ada tau. Tapi biasalah pompuan, kecoh nak snap pic. Bila dah kena gari, angkut masuk van. Pastu sip uteri terdengar mak guard plak kecoh2. Cari kunci kereta the pencuri tu. Kat dalam kepala si puteri, ‘patutlah pagar tutup, pastu siap letak van lagi. Takut the pencuri itu lari rupanya’

Hah! Tauke café ni pun satu hal. Kot ye pun kedai ko ada pencuri, janganlah menyusahkan orang lain. Ikut suka je taruk van ko kat tepi jalan. Pastu undur van laju nak mampus. Kalau nak mampus aku xkisah, pi lah mampus sorang2 tapi cara ko tadi tu macam gaya nak ajak aku, Cik Zuzu n Cik Natrah mampus sekali ngan ko tau tak? Bengap! Ha tengok? Kan da bertambah dosa saya! Ishkkkkk

No comments: