29.10.09

Bad Mood

Hari yang sedikit malang untuk saya. Kenapa? Mestilah sebab ada orang buat saya sakit! Sakit hati, sakit mata, sakit lutut, sakit telinga dan banyak lagi sakitnya. Awal pagi lagi dah buat mood orang tak betul. Kan ke ngop namanya begitu? Duit makin berkureng ni, nak tambah lagi kemarahan saya. Apa kes? Apa yang tak puas hati lagi ngan saya? Dah nak exam la weh, tak perlulah buat muka seposen kalau kita berdepan. Ada faham? Ishkkkk dia baca ke blog saya ni? Kalau baca baguslah tapi macam tak baca je.

Dah nak final ni macam2 dugaan lah. Datang pulak bertimpa-timpa. Kesian kat saya dan syefa tau! Hari ni kelas BM agak enjoy, snap pic lagi. Sangat suka! Cikgu Mascitah n cikgu Noraini sangat sporting! Kalau bergambar, memang tak pernah nak tolak pun. Tapi macam mana nak amik pic tu eh? Tak kenal la brother yang bawak kamera besar tuh. Erm…kelas pon habis awal hari ni. Sempat la pi makan ngan Syefa. Thanks for everything, thanks for understanding me, syefah. You know me better than her now!

Lepas tu, pergi online kat Lab. Awal ek kitaorang pi kelas Java hari ni. Mentang2lah last class, kul 12.45 dah statik depan pc. Layan facebooklah. Hari ni buat exercise je. Suka bila Sir datang tolong saya! Thanks Sir, dah nak final baru saya nampak bayang2 untuk run program dengan jayanya. Ermm, biar lambat asal jangan tak berpeluang langsung.
Hari ni, kecoh2 dapat tahu carry mark Calculus. Mila cakap, Sir ucap macam ni kat kelas dia “See you next year/sem”. Uishhhh statement apakah itu Prof? Taknak lah Sir. Kalau repeat, bila saya nak kawin?

Ni mama dah tanya ada BF ke tak. Agak nak gelak lah. Kenapa? Takkan sebab umur 22 tahun, tapi masih single nak kena cari BF? Hohohoooo kalau nak ada BF tu senang sangat. Tapi masalahnya, I’m not ready for any commitment yet. I’m happy with my life now(ini kata hati saya!). So, I don’t have any reason why I need a special BF. I already have sooo many BFs lah. All of them are special for me tau. Enjoy with them! Untuk apa seseorang yang istimewa andai bersamanya belum tentu saya bahagia,kan?
Memilihkah? Mestilah! Tak salah memilih pasangan sebab masa depan saya yang dipertaruhkan. Yang pasti, saya perlukan seseorang yang cukup matang. Kalau setakat nak couple pastu manja2, calling2, say i love u everyday, every weekend outing, sms bla bla bla... Sorry to say, i've so many things to do-Lah. Cinta tak perlu diluah setiap hari, cukuplah sekadar memahami dan memberi kebebasan kepada pasangan. Kepercayaan dan kesetiaan. Itulah yang paling penting dalam suatu perhubungan.

Hari ni mood tak berapa nak OK. Semua perasaan bercampur aduk. Yang pasti, saya rindukan teman2 lama saya. Saya rindu kecik. Saya rindu amiratul. Saya rindu kema. Saya perlukan seseorang untuk bercerita. Nak harapkan member di UIA? Erm…xsemua boleh dikongsi bersama. Bukan sebab diaorang tak baik. Kawan kat sini terlebih baiklah. Kadang2s susah juga,kan? heheheee ina,nat,ira,izrin,zuzu(budak baik semua ni, mila terkeluar ek..bukan jahat tp sb 2x5 ngan saya).Tapi tadi dah ada syefa dah. Hari ini, saya tahu membezakan antara kawan, dan sahabat... Bagi saya:


Kawan: saya ada ramai kawan. Tetapi kawan2 tak ada di saat saya memerlukan… Sahabat: sentiasa berada di sisi bila saya perlukan seseorang untuk bercerita…

Kecik, rindulah ko mung. Ni kalau saya bercerita kat kecik, mesti dia akan cakap camni “mung bo lah saim ngan dio, kalu aku xsaim lamo doh ngan ore gitu!.” Tapi masalahnya, saya bukan kecik. Saya adalah saya.
Saya boleh tipu semua orang tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri.

Sahabat * Aku berharap kau selalu ada * Saat aku memerlukanmu * Saat suka dan duka menjenguk jiwaku * Saat aku hilang tempat berpaut * Dan saat itu kuharap * Kau hulurkan tanganmu * Bersama keikhlasan hati * Tanda tuluskan ikatan kita * Sahabat * Aku tidak berharap kau jadi insan sempurna * Kerna aku juga tidak sempurna * Aku tidak berharap kau sebagai pelindungku * Aku hanya berharap * Agar kau memberi sedikit semangatmu * Untuk aku berdiri tegak * Berani menempuh arus hidup * Yang semakin ganas gelombangnya

~Aku bukan membenci tapi aku telah disakiti....

++puisi sahabat tu, amik dr blog Muzri...Thanks ya;-)

1 comment:

Anonymous said...

i'm here my dear sis...
don be sad ok..;)
luv u my sis...