12.10.09

Stabaz + Convest @ UIA

Sem ni, 4 malam berturut-turut saya ke Stabaz @ Convest IIUM 2009. Fuh! Meriah + Seronok sangat. Enjoy je di hujung minggu. Hari pertama, pergi pun dah lewat. Habis tutorial java baru leh pergi. Jalan kaki dari ICT ke sana. Sempat la jugak tengok bunga api dari jauh!

Hari Jumaat pula, pergi ngan adik. Dia datang menumpang di UIA. Tapi masa tu tak ada artis pun. Bebudak UIA je atas stage. Tak best sangatlah. Adik cakap, PESKUM lebih banyak stall dari CONVEST UIA ni. Ermmmmm, bazar2 pun jual pakaian Islamic. Dah nama pun university Islam Antarabangsa,kan. Nak wat camne lagi.

-ngan adik-

Hari Sabtu, pergi ngan Norsha n Bun. Konon plan nak makan kat Ayamas. Skali nasi da habes. Tinggal ayam je. Blah cari kedai lain. Jumpalah gerai yang jual makanan agak kena ngan selera. Say n Bun order nasi ayam. Norsha beli char kue tiaw. Yang digeramkan, saya order air teh tarik. Dah OK dah sebab betul2 dia tarik, tapi leh pulak lepas tarik tu pi tambah ais 2 ketul. Memang anginlah! Nak cekik je abang tuh.

-norsha-

-ngan Bun-

Malam tu, ada performance dari Saujana dan Hafiz Hamidun. Walaupun saya kureng minat, tapi Norsha dan Bun ni bersemangat. Okaih, saya bleh je join semua. Layan nasyidlah malam tu. Yang saya tahu hanya 2 lagu je iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu (Hafiz) dan Keluarga Bahagia (Saujana). Lain-lain lagu, setakat dengar je lah. Dapat tahu ada Amy Search pulak malam seterusnya. Apalagi, paksa Bun siapkan assignment cepat-cepat.

-hafiz hamidun-

-saujana-

Hari Ahad, haaaa…masa ni lah yang best. Pergi ngan Bun lah, sapa lagi. Sampai saje tempat yang dituju, isi perut dulu. Tertunai hajat nak makan nasi ayam Ayamas. Ermmm, takde lah sedap sangat. Saya masak sendiri lagi sedap rasanya. Sesudah makan, saya singgah beli tudung untuk Kakchik, manakala Bun pula beli nombor U pax untuk adik dia. Kami memang kakak terbaik (ini kenyataan!).

-cantik la jugak, kan?-

Bermulalah apa yang ditunggu. Pergi jenguk la stage. Skali dah ramai orang. Tak Nampak stage lagi dah. Bun? Mestilah kena tarik tangan dia. Kalau tak, confirm dia tak gerak. Mesti berdiri kat belakang punye! Masuklah mencelah kat orang ramai, yuhuuuuu akhirnya berjaya sampai ke depan. Masa tu, izad exist tengah nak nyanyi lagu Untukmu Ibu, last performance from him. Dengar suara izad dari jauh je sebab time tu kitaorang sedang menjamu selera. Tak apalah. Tahun lepas pun, dah tengok si Izad ni.

-izad exist-

Amy Search! Mantap + Hebat dan sewaktu dengannya lah. Tak leh dinafikan lagi dah. Rocker terbaik! Dah agak lagu Isabella akan dinyanyikan akhir sekali. Niway, tak rugilah jalan jauh-jauh. “berbaloi-baloi, piiiiiiwwwwiiiiiiiiiiiiitttttttttttt” heheeee

-hebat OK-

Jumpa Natrah ngan Ira juga. Agak pelik bila Ira ada sama. Nak tahu? Ira ni sama cam Bun lah. Orang nyanyi dia diam. Nyanyi dalam hati je kot! Kan??? Kalau Nat, saya dah tak heran. Tahun lepas dah pi layan Nash sama-sama. Nampak je cam budak skema, tapi leh tahan “galaknye”. Heheheeee

-ira + nat-

Oklah, sampai sini dulu. 13 Okt ni, nak pergi tengok konsert plak. Ni konsert baik punya lah. Malam Simfoni Kesyukuran (tribute to Ust. Asri). Nasyid plak. Bun teman saya tengok Amy Search, saya teman dia tengok Saujana. Adil lagi saksama,kan?

stabaz @ UIA da best la

1 comment:

idanirha said...

kami mmg kakak yg baik...
yg tu aku setuju 100%..
enjoy sgt2 la...
berbaloi2...