12.1.11

Aku Tersentuh Dengan 'Interlok'

ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor.

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

sumpah! sedih bila baca berita tentang novel INTERLOK ni. kenapa ya? semua mahu di'rasis'kan? dah terlambat kot saya tahu cerita ni. tapi, bila baca temubual dari utusan dan tengok gambar di atas tu, saya jugak tersentuh. sedih bila karya beliau tak dihargai. tengok. beliau masih mampu untuk menjawab soalan secara bertulis kerana tidak berdaya untuk berbicara. hebat penulis ni kan? saya bangga dengan dia. tapi persoalannya, kenapa baru sekarang? sedangkan novel ni sudah lama. huurrmmm..

No comments: